Anda di halaman 1dari 9

JAUNDIS NEONATAL

PENGENALAN
Jaundis neonatal merupakan keadaan abnormal fizikal neonatal yang paling lazim. 3/4
jumlah bayi baru lahir mengalaminya di minggu pertama kelahiran. 25 30 peratus dari
kejadian memerlukan rawatan

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini.
Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit
demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau
jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan
kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan
lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh
dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan
bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

PENYATAAN MASALAH
BUTIR-BUTIR PESAKIT
NAMA IBU

SITI MARIAM BINTI UDA

NAMA ANAK

MUHAMMAD HISYAM BIN LOIS

NO. PENDAFTARAN

B 81/15

BANGSA

MELAYU

ALAMAT

NO 4-1, BLOK DELIMA, RUMAH PANGSA PAROI JAYA,


70400, AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

UMUR NOMBOR K/P :

890304-10-5140

HOSPITAL/KLINIK

KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK AMPANGAN

TARIKH LAHIR

17.12.2015 @ 2045 HOURS

TEMPAT DILAHIR

HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN

KEADAH LAHIR

LSCS

BERAT SEMASA LAHIR

3.08 KG.

PERIHAL ATENATAL
GRAVIDA

: 04

PARA

: 03

REDD

: 15 DISEMBER 2015

LAWATAN DATANG KE KLINIK

: 17 MAC 2016

RIWAYAT PESAKIT
ADUAN PERTAMA

: JAUNDIS DIKESAN DI BAHAGIAN MATA DAN MUKA.

PENCARIAN LITEATUR
DR ASMUNNI YAHYA
Pakar Perunding Paediatrik
JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah
perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.
Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80
peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan
pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi
kelihatan kuning.
Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti
bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan
dan kulit akan berlaku.
Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat
dan kuning tak berkonjugat.
Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel
darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan
diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan
melalui najis.
Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi
baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan
paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam
kulit yang menyebabkan kekuningan.

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning.
Bayi kuning atau neonatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna
setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada
kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang
selepas beberapa hari.

JENIS-JENIS JAUNDIS
Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah:

* Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal, biasa berlaku
pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak
mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi
tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang
cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya
menyebabkan warna kuning- kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan
dua - empat hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas satu hingga dua minggu.

* Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang
masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses
jumlah bilirubin yang terhasil.

* Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku
dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang
terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula
pada hari ke empat hingga hari ke tujuh dan menghilang selepas tiga hingga sepuluh
minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam
kuning berterusan melebihi tujuh hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi
sembuh daripada demam kuning.

* Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah
yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan
darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula
dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang
teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu

dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi
yang boleh membahayakan bayi

* Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman,
bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal
(physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi
dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur
lima-enam hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi
mencecah sepuluh hari.
APAKAH PENYEBAB LAIN JAUNDIS
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang
terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya
pundi hempedu akibat kecacatan lahir (biliary atresia).
Antara penyebab lain :

Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum

Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)

Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma

Masalah tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)

Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)

Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)

Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)

Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah
dikenalpasti negatif)

PERINGKAT JAUNDIS
i) Zon 1 Jaundis dikesan dibahagian muka dan leher bayi.

ii) Zon 2 Jaundis dikesan dibahagian muka, leher dan dada hingga ke paras pusat.
iii) Zon 3 Jaundis dikesan dibahagian muka, leher, dada hingga ke pusat dan
abdomen hingga ke pertengahan peha.
iv) Zon 4 Jaundis dikesan dibahagian muka, leher, dada hingga ke pusat dan
abdomen hingga ke pertengahan peha dan kaki serta tangan.
vi) Zon 5 Jaundis dikesan pada semua bahagian tubuh bayi termasuk tapak tangan dan
kaki

BAGAIMANA JAUNDIS DIKESAN

Jaundis boleh dilihat dipermukaan kulit, dan boleh dikesan dengan mudah menggunakan
kaedah blanching.

UJIAN BLANCHING

Ujian ini hendaklah dilakukan dibawah cahaya siang hari yang terang. Warna langsir dan
dinding boleh mempengaruhi atau melindungi warna jaundis. Lampu yang kekuningan akan
menyukarkan untuk membezakan tahap jaundis bayi.
Ujian blanchingmesti dilakukan di kulit yang berada di atas permukaan tulang seperti di
bahagian dahi, hidung, dagu, sternum dan lain-lain. Tekanan ibu jari dengan kemas (tanpa
menyakitkan anak) untul beberapa saat (dalam pengiraan 5). Lepaskan bahagian
tekanandan perhatikan kehadiran kekuningan di kulit.
Selain itu jururawat perlu perhatikan jaundis di permukaan mukosa mulut, bahagian
posterior lelangit keras dan konjuktiva bagi anak yang berkulit gelap.
Sekiranya jaundis wujud, pemerhatian yang rapi perlu di lakukan untuk menilai keterukan
jaundis.
Ini boleh di katakana mengikut kramer rules iaitu penentuan keterukan mengikut zon yang
terlibat untuk memudahkan rujukan ke hospital

RUJUKAN

http://www.alahkam.net/home/index.php?
option=com_content&view=article&id=5203%3Ajaundis-neonatal-penyakit-kuning-bayi-juga-

disebut-demam-kuning&catid=69%3Aartikel&Itemid=1 .
http://kautsarku.wordpress.com/2008/02/13/penyakit-kuning-di-kalangan-bayi-yang-baru-

lahir/
http://www.sihatselalu.com.my/2009/06/penyakit-bayi-kuning.html
http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitDemamKuningJaundis

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

FORMAT PEMARKAHAN CASE STUDY

Nama Pelatih:

No. Matrik: ..

Tahun: Semester: Kawasan Penempatan: ...

Bil.

Perkara

Wajaran

Pengenalan dan penyataan


masalah yang jelas

10

Pencarian literatur yang lengkap


dan relevan

20

Perbincangan & hujah yang jelas,


kukuh serta menunjukkan keaslian

40

Rumusan yang padat dan konklusif

10

Sumber rujukan yang sesuai dan


mencukupi

10

Format:

- Kulit pakej yang jelas

- Bilangan perkataan seperti


ditetapkan

Skor

- Cetakan yang jelas dan bersih


6

- Penjilidan yang kemas

- Format mengikut yang ditetapkan

Demerit:
- Kesilapan ejaan > 20 perkataan
-5
JUMLAH

Nota:
Kelewatan penghantaran tugasan akan diperiksa berdasarkan wajaran 80%.

Tandatangan Pemeriksa

: .

Catatan

Nama

: .

Tarikh

: .