Anda di halaman 1dari 22

Bismillah Hirrahmanirrahim....

Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ
DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan
salam 1 Malaysia...

Yang Berhormat Datuk Hj Sapawi


Ahmad, Ahli Parlimen P.178 Sipitang.

Y.B Datuk Hj Ahmad bin Haji Bujang ADUN N.28


Sindumin

Yang Berusaha Encik Latip Bin Ahmad, Pegawai


Daerah Sipitang merangkap Pengerusi J/K
Pelaksana Sambutan Maulidur Rasul SAW
Peringkat Negeri Sabah

Bin

Hj

Dif-Dif Kehormat/Datuk-Datuk/Datin-Datin, Hadirin


dan Hadirat yang dihormati sekelian.

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Selamat
datang
ke
Malam
Kesenian Islam Sipitang 2015 dan
Pertandingan
Akhir
Lagu-lagu
Dakwah & Kemanusiaan.

Puji dan syukur ke hadhirat Ilahi


kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat sama-sama kita berkumpul
di GATA Square untuk bersama
menghayati keindahan kesenian
islam pada malam ini.
Hadirin yang dihormati,
Malam Kesenian Islam &
Pertandingan Akhir Lagu-lagu
dakwah & kemanusian ini
diadakan bertujuan untuk
memeriahkan lagi Sambutan
Maulidur Rasul SAW peringkat
negeri Sabah 1437H yang
bertempat di daerah sipitang.
Kalau Dilipat Sebesar Kuku
Kalau Dibentang Seluas Alam,
Yang Jauh Diimbau
Yg Dekat Di Gamit,
Degup Bicara
Merisik Rasa,
Tanpa melengahkan masa, majlis
pada malam ini diteruskan lagi
menjemput Y.B Datuk Hj Ahmad
bin Haji Bujang ADUN N.28

Sindumin untuk meyampaikan


ucapan alu-aluan Majlis dengan
segala hormatnya
mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan


terima kasih diatas ucapan alualuan sebentar tadi.
Sidang Hadirin yang dihormati
sekalian
DARI PENTAS UTAMA GATA
SQUARE, SIPITANG, MAJLIS
DENGAN INI MEMPERSEMBAHKAN
KARNIVAL KESENIAN ISLAM
SIPITANG 2015
(Muzik latar dimainkan..)

Kini tibalah acara Pertandingan


Akhir Lagu-lagu Dakwah &
Kemanusiaan yang melibatkan 10
orang yang telah dipilih dalam
saringan awal pertandingan ini.
Pertandingan ini telah menarik
perhatian peminat-peminat seni
lagu di seluruh negeri Sabah,
Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan yang
melibatkan pelbagai suku kaum
dan agama.
Ok bob 10 peserta akhir sudah
kita ketahui apa pula hadiah yang
ditawarkan untuk pertandingan
pada malam ini.

Ya abang amir semestinya


pertandingan ini menawarkan
hadiah yang cukup lumayan
dmana Johan Pertandingan Ini
akan membawa wang tunai
sebanyak RM2,000 tunai, piala
iringan berserta sijil penyertaan.
Bagi naib johan pula akan
membawa wang tunai sebanyak
RM1,500 tunai piala iringan
berserta sijil penyertaan. Bagi
tempat ketiga pula akan
membawa wang tunai sebanyak
RM1,000 piala iringan berserta
sijil penyertaan manakala
Penerima saguhati pula akan
menerima wang tunai RM500 dan
sijil penyertaan setiap seorang.

Amir Wah memang cukup


menarik yang ditawarkan pada
malam ini. Sudah tentu peserta
akhir kita cukup bersemangat
untuk mempersembahkan lagulagu mereka.

Bob Tapi abang amir


Sebelum pertandingan akhir lagulagu dakwah dan kemanusiaan ini
dimulakan ada baiknya dulu kita
redakan debaran para peserta
akhir malam ini. Apa kata kita
menjemput dahulu kumpulan
Malaeka untuk membuat
persembahan pembukaan. Sidang
hadirin yang dihormati sekalian
dengan ini majlis mempersilakan
kumpulan Malaeka dengan lagu
persembahan Masihkah Ada dan
Ya Rasulullah. Majlis
mepersilakan.

Terima kasih atas persembahan


yang telah disampaikan tadi.
Kumpulan Malaeka ditubuhkan
pada januari 2010 terdiri
daripada beliawanis sekitar Kota
Belud. Penaung Datuk Haji Abd
Rahman Dahlan Menteri
Kesejanteraan Bandar Perumahan
Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Ahli Parlimen P.169 Kota Belud.
Pengurus Kumpulan ialah Ustaz
Jalaim Jalumin. Kumpulan
Malaeka merupakan Johan
Festival Nasyid Negeri Sabah
kategori tradisi. Naib Johan
Festival Nasyid Peringkat
Kebangsaan kategori tradisi 2010
dan Naib Johan Festival Nasyid
Peringkat Negeri Sabah 2012.

Wah memang memukau la


persembahan kumpulan Malaeka
tadi tu bob. Tapi debaran
pastinya lebih dirasai oleh
peserta akhir pertandingan lagu
lagu Dakwah & Kemanusiaan
pada mala mini. Baiklah, juri pun
sudah bersedia, tanpa
melengahkan masa, marilah kita
saksikan peserta pertama kita,
yang akan mendendangkan lagu
yang dipopularkan oleh Ebith
G.Ade, yang bertajuk berita
kepada kawan. Dipersilakan
saudara Mike Tyson Francis.
Demikian lah tadi persembahan
saudara Mike Tyson Francis tapi
bukan ahli tinju tu ya. Saudara
Mike berasal dari Tambunan dan
sekarang menetap di Kg. Siputol
Sindumin dan berumur 25 tahun.
Kita teruskan lagi pertandingan
kita ini dengan peserta kedua
yang akan menyampaikan lagu
Padamu Ku Bersujud yang

dipopularkan oleh
Afgan.Dipersilakan saudara
Mohd.Rifanzie Ruji.

Demikianlah tadi peserta yang


kedua yang telah menyampaikan
persembahannya. Saudara
Mohd.Rifanzie berasal daripada
Ranau, berusia 27 tahun dan
merupakan guru Bahasa Inggeris
di Sekolah Menengah Agama Tun
Datu Mustapha Papar.

Kini kita beralih kepada peserta


yang ketiga. Peserta kita ini akan
membawakan lagu yang
dipopularkan oleh Datuk M.Nasir
yang bertajuk Kepadamu Kekasih.
Dengan vocal yang meruntun
jiwa, terimalah Mohd.Syafiq Faqih
Hadis
Berikan tepukan gemuruh kepada
Saudara Mohd. Syafiq diatas
pesembahan sebentar tadi.
Macam M.Nasir pun ada, mcm
Jamal pun ada, mcm Hattan pun
ada juga yaa kan BOB..
Untuk makluman, saudara mohd.
Syafiq berasal dari Kg.
Merintaman Sipitang dan
merupakan seorang guru di
sekolah agama negeri. Baiklah
kini kita beralih peserta yang ke4 yang akan menyampaikan lagu
yang bertajuk Derita yang pernah
di popularkan oleh Orkid. Kita
tampilkan saudara Junaidih
Majamal.

Begitulah persembahan daripada


saudara junaidih yang berasal
dari Kg. Gerama Beaufort,
berusia 28 tahun dan masih solo.
Kini kita teruskan pertandingan
kita dengan mempersilakan
Saudara Christopher Adrian
Winces dengan lagu pilihannya
yang merupakan lagu tema untuk
rancangan IMAM Muda.Terimalah
Hambamu..
Wah, sungguh bertenaga
persembahan yang disampaikan
oleh saudara Christopher.Peserta
kita ini berusia 26 tahun dan
berasal dari Tambunan.

APALAH ERTINYA SEBUAH


PERTANDINGAN TANPA JURI..
APALAH ERTINYA SEBUAH
PERTANDINGAN TANPA ADA YG
MENGHAKIMI
Mungkin para hadirin tertanyatanya siapakah yang menjadi
hakim kepada pertandingan kita
ini. Untuk itu saya mempersilakan
Saudara BOB bagi meperkenalkan
barisan hakim kita pada malam
ini.
Terima kasih Abang Amir, baiklah
saya perkenalkan barisan hakim
kita pada malam yang terdiri
daripada
1.
Lan Laga, seorang
komposer yang terkenal di
Malaysia
2.
Nurul Fadzilah Noirdin
seorang pencipta lagu dan
penulis lirik yang cukup
terkenal di negeri sabah.
3.
Ketua Hakim- Encik
Dzulkifle Hj Awang Adi juga

merupakan pencipta lagu dan


penulis lagu yang cukup
terkenal dalam seni nasyid di
negeri Sabah.
Auditor kita pada malam ini
seorang guru, saudara
Mohd.Fadhli Mohd Yakof.

Wau, hebat sungguh barisan


hakim kita pada malam ini.
Baiklah kita berehat sebentar
dengan persembahan yang
didatangkan khas dari bumi
kenyalang iaitu Kumpulan Amani
dengan lagu mereka Mujahadah
dan Naratif Cinta. Terimalah

Terima kasih atas persembahan


itu tadi. Kumpulan Amani
sebentar tadi yang terdiri
daripada Belia Hikmah Lawas.
Kumpulan nasyid ini ditubuhkan
pada 2010 dibawah bimbingan
Ustaz Aris Bin Abdullah.
Kumpulan ini juga merupakan
Johan pertandingan nasyid
Peringkat Negeri Sarawak tahun
2011 dan 2012 dan juga
merpukan finalis fetival nasyid
kebangsaan 2012 didalam
kategori moden.
Baiklah Hadirin, mari kita kembali
semula dengan pertandingan
lagu-lagu dakwah & kemanusiaan
dengan menjemput saudari
jashierah jeffry dengan lagu Sinar
Ini.
Tepukan gemuruh kepada saudari
peserta kita. Lagu yang
dipersembahkan oleh saudari
Jashierah td itu merupakan
ciptaan beliau sendiri. Beliau
berasal dari Kg. Bundusan Papar

dan berusia 21 tahun dan masih


solo.

Seterusnya kita akan


menjemput peserta kita
seterusnya yang merupakan satusatunya duo pada pertandingan
kita pada malam ini yang akan
membawa lagu yang pernah
dipopularkan oleh Shahir AF.
Terimalah peserta duo Ahmad
Faez Mohd Shafie dan Mohd.
Afyzandin Awg Tuah dengan lagu
mereka, Aku Yang Berdosa..

Sungguh hebat peserta duo kita


sebentar tadi.Untuk makluman
peserta duo kita itu berasal dari
daerah sipitang. Kini dijemput
saudari Qaleesya Safiya Francis
Abdullah yang akan membawa
lagu yang dipopularkan oleh
Adira iaitu Hilang. Terimalah
Saudari Qaleesya Safiya..
Tepukan gemuruh kepada peserta
kita tadi.Saudari Qaleesya Safiya
tadi berasal dari Tambunan dan
kini menetap di Kg Siputol
Sindumin. Beliau berumur 20
tahun dan sudah bernikah.Ingat
Bujang rupanya sudah kahwin.

Kita teruskan lagi pertandingan


kita ini dengan mempersilakan
saudari Nurul Adha Zulkifli yang
akan membawa lagu yang
dipopularkan oleh Krisdayanti
iaitu Menanti Cinta. Dipersilakan
saudari Nurul Adha.

Fuh.. bertenaga sungguh


persembahan dari saudari Nurul
Adha yang berasal dari Kota
Belud, berumur 21 tahun dan
masih solo. Hadirin, kini kita
sampai ke peserta kita yang
terakhir pada mala mini yang
akan membawa lagu Ketika Cinta
yang dipopularkan oleh Dato Siti
Nurhaliza.Terimalah saudari
Shyalinah Suhimi.

Terima kasih atas persembahan


yang mengasyikkan dari saudari
Shyalina yang berasal dari
Labuan dan menetap di Kg
Kemensian Kuala Penyu.Beliau
baru berumur 28 tahun dan sudah
berkahwin.
Dan berakhirlah sudah
pertandingan kita malam ini .
Sementara kita menunggu
keputusan dari pihak hakim kita.
Mari kita sama- sama
menyaksikan persembahan dari
Kumpulan Nasyid Baiduri Di
Bawah Bayu dengan lagu mereka
Rasul Junjungan dan Tidakkah
kau fikirkan.

Terima kasih atas persembahan


kumpulan nasyid dari kumpulan
nasyid baiduri di bawah bayu.
Kumpulan ini dibawah
pengurusan Encik Abdullah Haji
Awang Adi dan dilatih oleh Encik
Mohd Raffae Awg Besar.Kumpulan
ini merupakan Johan
pertandingan nasyid Jabatan
pendaftaran negara Malaysia.
Baiklah keputusan kini sudah
berada di tangan kami. Untuk
menyempurnakan majlis
penyampian hadiah dijemput
Yang Berhormat Datuk Haji
Sapawi Haji Ahmad yang diiringi
oleh Encik Latif Ahmad Ketua
Pegawai Daerah Sipitang Dan
Ustaz Sidik Haji Awang Adi
Timbalan Pengarah JHEAINS
negeri Sabah naik ke pentas kita.

Sebelum mengumumkan
keputusan bagi pertandingan
lagu-lagu dakwah dan
kemanusiaan. Kita ada sedikit
cenderahati kepada hakim kita.
Dijemput hakim
1.
Lan laga
2.
Nurul Fadzilah Nordin
3.
__________________
4.
Ketua Hakim Dzulkifle
Awang Adi
5.
Auditor Mohd Fadhli
Mohd Yakof
Pemenang Saguhati membawa
pulang wang tunai rm500.
(Lihat List dari auditor)
Pemenang tempat ke tiga
membawa pulang wang tunai
sebanyak RM1000, sijil dan
cenderahati.(Lihat list auditor)
Naib Johan membawa pulang
sijil,cenderahatidan wang tunai
sebanyak RM 1500(lihat List
Auditor)
Johan bagi pertandingan lagulagu dakwah & kemanusiaan yang

membawa pulang
sijil,cenderahati dan wang tunai
sebanyak rm2000 ( lIhat List
auditor)

Majlis merakamkan ribuan terima


kasih kepada Yang Berhormat
Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad di
atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.
Kelopak menadah embun menitis
Celahan Batu tepian perigi
Berakhir sudah madah puitis
Sampailah waktu berundur diri

Bersarang tempua celahan


mayang,
Sayangnya jatuh di tengah paya,
Hendak berpisah terasa saying,
Hendak bersama apakan daya.
Dengan berakhirnya pantun itu
tadi maka berakhirlah majlis kita
pada malam ini. Ucapan terima
kasih kepada semua hadirin yang
memeriahkan majlis kesenian
islam.