Anda di halaman 1dari 9

Nota Tingkatan 1: BAB 6:TENAGA

Tenaga
Tenaga (energy) didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja(ability to do
work).
Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok, menyalakan mentol,
menunggang
basikal,
dan
mendayung
sampan.
Semua hidupan (living things) memerlukan tenaga bagi melakukan aktiviti harian mereka.
Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada makanan yang diperolehi daripada
tumbuh-tumbuhan
atau
haiwan-haiwan
lain.
Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada makanan yang dihasilkan semasa proses
fotosintesis
(photosynthesis).
Tenaga

diukur

dalam

Tenaga didapati dalam pelbagai bentuk:


1. Tenaga kinetik (kinetic energy).
2. Tenaga keupayaan (potential energy).
3. Tenaga Haba (heat energy).
4. Tenaga cahaya (light energy).
5. Tenaga bunyi (sound energy).
6. Tenaga kimia (chemical energy).
7. Tenaga elektrik (electrical energy).
8. Tenaga nuklear (nuclear energy).
9. Tenaga mekanikal (mechanical energy).
Tenaga Kinetik

unit

Joule

(J).

Tenaga kinetik (kinetic ebergy) adalah tenaga yang dimiliki (possessed) oleh jasad yang
bergerak
(moving
body).
Tenaga kinetik sesuatu objek adalah bergantung kepada jisim (mass) danhalaju (velocity).
Tenaga kinetik akan meningkat (increase) jika:
1. Jisim sesuatu objek itu bertambah.
2. Halaju sesuatu objek itu meningkat
Tenaga

kinetik

bagi

sesuatu

objek

pegun

Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:


Sistem aliran.

Gerakan jarum jam.

Angin.

Guli yang bergolek.

Kipas yang berputar.

Kenderaan yang bergerak.

(stationary)

adalah

sifar

(zero).

Kegunaan tenaga kinetik


1. Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah kincir angin
(windmill).
2. Air yang mengalir boleh digunakan untuk mengangkut kayu balak (timber logs) di
dalam industri pembalakan (timber industry).
3. Jarum jam yang bergerak dengan setiap tandaan (saat/minit/jam) membolehkan kita
untuk mengetahui masa/waktu pada bila-bila masa sahaja.
4. Air sungai yang mengalir deras (swift flowing) boleh digunakan untuk menjana kuasa
elektrik (generate electrical power).

Berlari - Salah satu contoh tenaga kinetik.

Tenaga Keupayaan
Tenaga keupayaan (potential energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam badan/jasad
kerana kedudukannya (tenaga keupayaan graviti) atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan
elastik).
Tenaga keupayaan sesuatu objek bergantung kepada:
1. Jisim (mass) objek.
2. Jarak (distance) objek dari permukaan bumi.
3. Kuasa tarikan graviti (power of the gravitational) ke atas objek itu.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek meningkat jika:


Jisim objek bertambah.

Semakin tinggi jarak objek dari permukaan tanah.

Daya tarikan graviti pada objek bertambah.


Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek yang berada betul-betul di atas permukaan
Bumi
adalah
sifar
(zero).
Sesuatu objek yang sedang jatuh boleh mendapat tenaga kinetik (kinetic energy) dan
kehilangan
tenaga
keupayaan.
Sebaliknya, sesuatu objek yang dilemparkan ke atas boleh mendapat tenaga keupayaan dan
kehilangan
tenaga
kinetik.

Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan graviti:


Buah kelapa yang tergantung di atas pokok.

Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan anjal.

Buku-buku yang terletal di atas rak dinding.

Kipas yang tergantung pada siling (ceiling).

Kegunaan tenaga keupayaan graviti (gravitational potential energy):


Seorang penyelam/penerjun boleh terjun menjunam ke dalam
menyelam/anjal.

Kanak-kanak boleh meluncur dengan mudah menuruni papan gelongsor.

Air di empangan boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di stesen hidroelektrik.

air

dari

papan

Tenaga keupayaan elastik (elastic potential energy) hanya wujud dalam bahan-bahan
yang
kenyal
sahaja,
seperti
spring
atau
getah.
Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan elastik:

Segulung spring kereta mainan.


Gelang/gelung getah yang diregangkan.
Spring yang dimampatkan.
Kegunaan tenaga keupayaan elastik:

Tenaga keupayaan yang tersimpan di dalam spring sebuah kereta mainan


boleh membuatkan kereta tersebut bergerak.

Spring digunakan untuk menggoncang/menghayun buaian (cradle). Spring


yang diregangkan dan dimampatkan boleh menghasilkan pergerakan yang
berterusan (continous).
Gelung getah (rubber band) yang diregangkan boleh mengikat barangan
dengan ketat.
Tali getah lastik (catapult) boleh melontarkan batu apabila ditarik dan
dilepaskan.
Anak panah bergerak ke arah sasarannya apabila dilepaskan dari busur
pemanah (the archer's bow).
Contoh tenaga keupayaan elastik yang terdapat di dalam spring kereta.

Tenaga Haba
Tenaga haba (heat energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam objek panas (hot object).
Tenaga haba sesuatu badan/jasad adalah bergantung kepada suhu (temperature) dan isipadu
(volume)
badan/jasad
tersebut.
Tenaga haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh konduksi (conduction),
perolakan
(convection)
dan
sinaran/radiasi
(radiation).
Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas (hot sensory receptor).

Contoh-contoh sumber tenaga haba:


Api.

Matahari.

Kolam air panas.

Air yang mendidih.

Pemanas elektrik.

Badan manusia dan haiwan.

Kegunaan tenaga haba:


Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk menukarkan air (water) kepada stim
(steam). Stim tersebut kemudiannya digunakan untuk mengendalikan (operate) enjin stim.

Untuk memanaskan air dan memasak makanan.

Untuk membuat unggun api (bonfire) bagi memanaskan badan.

Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan (evaporation) air laut di bawah
matahari.

Untuk mengeringkan pakaian yang basah.

Tenaga Cahaya
Tenaga cahaya (light energy) adalah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang
memancarkan
cahaya.
Tenaga cahaya boleh dikesan oleh mata (eye). Tanpa cahaya, mata tidak
dapat
melihat
objek
sekeliling.
Tenaga cahaya boleh bergerak didalam vakum (vacuum) dan didalam satu
garis lurus dalam bentuk gelombang (in the form of waves).
Objek bercahaya (luminous object) merupakan suatu objek yang
mengeluarkan tenaga cahayanya tersendiri (gives out its own light energy).
Contohnya,
bintang
dan
matahari.
Objek tidak bercahaya (non-luminous object) merupakan suatu objek yang
tidak dapat menghasilkan tenaga cahaya sendiri tetapi ia hanya boleh
memantulkan (reflect) cahaya. Contohnya, cermin (mirror) dan logam
(metal).

Sumber-sumber tenaga cahaya:


Matahari.
Api.
Kilat.
Lampu / mentol.
Kegunaan tenaga cahaya:
Membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap (dark).
Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses fotosintesis
(photosynthesis).
Membekalkan tenaga kepada sel-sel solar.
Menayangkan filem.

Tenaga Bunyi
Tenaga bunyi (sound energy) tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar(vibrating
object).
Sesuatu objek
movement).

yang

Apabila

sesuatu

Udara

yang

Gelombang

bergetar

objek

bergetar,

bergetar
bunyi

menghasilkan

akan

udara

membentuk
didengar

pergerakan
disekelilingnya

gelombang
oleh

yang berulang(recurring

telinga

juga

bunyi
manusia

turut

bergetar.

(sound

waves).

sebagai

bunyi.

Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti udara, air, dan pepejal. Ia tidak
boleh
dipindahkan/bergerak
(travel)
di
dalam
vakum
(vacuum).

Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:


Wisel (whistle) yang ditiup.

Dram/gendang (drum) yang dipukul.

Gitar yang dipetik talinya (guitar string).

Tali biola (violin string) yang digesek (scraped).

Loceng (bell) yang dibunyikan.

Siren kereta polis.

Tenaga Kimia
Tenaga kimia (chemical energy) adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan
kimia.
Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia (chemical reaction), tenaga kimia yang
tersimpan
akan
dibebaskan
dan
ditukarkan
kepada
bentuk
tenaga.
Tenaga kimia didapati pada bahan api (fuels) seperti petroleum, gas metana, lilin, arang
batu dan kayu; makanan (food) seperti beras, daging, buah-buahan dan jagung; sel-sel
elektrokimia (electrochemical cells) seperti bateri sel kering dan akumulator.
Semasa pembakaran (combustion), tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan
dibebaskan
dalam
bentuk
haba
dan
cahaya
(heat
and
light).
Dalam pengoksidaan makanan (oxidation of food), tenaga kimia yang tersimpan di dalam
makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan.

Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya,
tenaga
elektrik,
tenaga
haba,
dan
lain-lain.

Kegunaan tenaga kimia:


Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan mendidihkan
air.

Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan motor/enjin.

Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba untuk
memanaskan badan serta mengawal suhu badan.

Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

Tenaga Elektrik
>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Tenaga elektrik (electrical energy) ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran cas elektrik (flow
of
electric
charges).
Tenaga elektrik dibekalkan dalam bentuk kuasa elektrik, yang kemudiannya ditukar kepada
bentuk
tenaga
yang
lain
untuk
melaksanakan
kerja.

Contoh-contoh tenaga elektrik:


Dinamo (dynamo).

Bateri/sel kering.

Sel solar.

Penjana-kuasa elektrik.

Kegunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian:


Untuk menyalakan lampu.

Untuk membolehkan kita menggunakan perkakas elektrik seperti periuk nasi, cerek elektrik,
dan pengekstrak jus.

Untuk memisah/mengasingkan air kepada hidrogen dan oksigen dalam proses elektrolisis air.

Untuk mengendalikan motor dan enjin elektrik.

Tenaga Nuklear
Tenaga
atom
Tenaga

nuklear
nuklear

(nuclear energy)
(nucleus
juga

dikenali

adalah

tenaga
of

sebagai

yang

tenaga

tersimpan
an
atom

dalam

(atomic

Contoh-contoh tindak-balas (reactions) yang menghasilkan tenaga nuklear:

nukleus
atom).
energy).

1. Pembelahan
nuklear
(nuclear
fission)
Satu proses di mana atom yang besar dipecahkan kepada dua atau lebih atom yang
lebih kecil dan ringan, yang mana tenaga juga dibebaskan.
2. Pelakuran
nuklear
(nuclear
fusion)
Satu proses di mana unsur-unsur (element) yang lebih kecil dan ringan bergabung
dengan satu sama lain untuk membentuk elemen baru dan lebih besar. Tenaga juga
dibebaskan semasa proses tersebut.

Kegunaan tenaga nuklear dalam kehidupan seharian:


Untuk menjana tenaga bagi mengendalikan mesin dan kapal selam (submarines).

Untuk menjana tenaga elektrik, seperti di stesen-stesen kuasa nuklear (nuclear power
stations).

Untuk menghasilkan senjata seperti bom atom (atomic bomb).

Tenaga Mekanikal
Tenaga mekanikal (mechanical energy) dihasilkan apabila sesuatu mesin atau objek
berubah
kedudukannya.
Tenaga

mekanikal

Tenaga mekanikal
keupayaan

juga

dikenali

terdiri

sebagai

daripada

tenaga

tenaga kinetik
(potential

Contoh-contoh tenaga mekanikal:


Sebiji bola yang dilontar ke udara/atas.

Ayunan bandul ringkas (simple pendulum swinging)

Pergerakan gergaji yang sedang digunakan.

Menunggang basikal.

Kegunaan tenaga mekanikal:


Menunggang basikal.

Permainan yo yo.

Permainan buaian.

gerakan

(energy

(kinetic energy)

of

motion).

dan

tenaga
energy).

Tenaga Solar
Tenaga solar (solar energy) adalah tenaga yang dihasilkan semasa prosespelakuran
nuklear
(nuclear
fusion)
di
dalam
teras
matahari
(sun's
core).

Hampir

kesemua

tenaga

yang

wujud

adalah

berasal

daripada

matahari.

Kegunaan tenaga solar:


Untuk membolehkan sel-sel solar menjana tenaga elektrik.

Untuk
membolehkan
(photosynthesis).

tumbuh-tumbuhan

hijau

menjalankan

proses

fotosintesis

Untuk membolehkan air menyejat (evaporate) dan kemudiannya membentuk awan.

Untuk mengeringkan pakaian.

Anda mungkin juga menyukai