Anda di halaman 1dari 16

CONTOH KARANGAN BERKAITAN PENCEMARAN ALAM

CONTOH KARANGAN 1.
Faktor Pencemaran Alam Sekitar dan Langkah Mengatasinya.
"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan
cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan
bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya.
Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan
indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam
sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca
berlakunya
alam
sekitar
dapat
dibejat.
Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara,
pencemaran
air
dan
pencemaran
bunyi.
Pencemaran
udara
nyata
memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus
dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang
terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal
ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang
menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai atau laut.
Lebih ruwet lagi, pencemaran air memberikan kesan yang eksplisit terhadap kesihatan
manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar penyakit-penyakit seperti taun
dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan sifat nafsi dan mulalah
menjaga
alam
sekitar.
Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih
dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran
udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan
kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon
dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana
populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan
kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009
menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.
Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran
bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan
yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi
bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan
sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan
pencemaran pencemaran udara yang izhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus
bersifat
inovatif
dan pragmatis agar
pencemaran
tersebut
dapat
dikekang.
Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat keindahan alam
sekitar, kita haruslah memikirkan mangkin yang efektif agarpidana ini tidak bermaharajalela.
Langkah yang boleh diambil adalah proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan.
Cara ini dapat meningkatkan kandungan gas oksigen dalam udara selain kelebihan menahan
tanah daripada runtuh sekiranya penanaman di lereng-lereng bukit dilakukan secara progresif.
Di samping itu, pemaju perumahan yang masih tegar menjalankan projek di kawasan yang
tidak diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini bagi memartabatkan kesedaran

mereka bahawa alam sekitar amat penting. Bagi memastikan langkah ini menjadi, pihak
berkuasa tempatan harus melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa
tempatanlah yang menjadi petualang dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah,
"harapkan
pagar,
pagar
makan
padi".
Mereka
harus
dihukum.
Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya.
Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar
menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus
dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di
dunia.
CONTOH KARANGAN 2.
Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Pencemaran Alam
Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak
belakangan ini. Setiap hari terdapat laporan media tentang gejala pencemaran alam. Hal ini
telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut. Pihak kerajaan
dengan pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan
alam sekitar terpelihara.Walau bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi berleluasa
seolah-olah tidak ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa
langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini.
Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah
pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah
mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam
Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihakpihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak
terbabit mencemarkan alam. Selain itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah
dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti
melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak
serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika
hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup
membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya
sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang
dikenakan. Oleh itu, pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman
terhadap
pihak
yang
melakukan
pencemaran.
Selain itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada
murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke
arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar
pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata
pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk
menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di
sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih
sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa
lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini
akan mengatasi gejala pencemaran alam pada masa akan datang, bak kata pepatah melentur
bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah
merupakan
satu
langkah
untuk
mengatasi
pencemaran
alam.
Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan perlu

melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling
berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media
massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui kempen.
Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada
umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu, televisyen wajar
digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah mengatasi
pencemaran alam. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan
sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang
dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak
ubah seperti pahat dengan penukul. Adakalanya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti
bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan
bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
CONTOH 3.
Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen Sayangi Sungai
dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara,
membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini,
isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat
kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.
Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami
sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah
masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa
yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai
acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta
adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan
kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar
mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini,
baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu
mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan
sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap
pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang
terpaksa
dikategorikan
sebagai
sudah
mati.
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan
dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita
sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai
yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin
buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan
sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih
bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun
kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,
jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja
pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang
menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun
kemudian.

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya


tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan
kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini
disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap
kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir
bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus
tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak,
berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah.
Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan
30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika
itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika
pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran
sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih
tidak
dapat
mengikis
pandangan mereka
terhadap
sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan,
selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan.
Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi.
Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan
kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih
prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan
peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai
dipelihara
supaya
terus
bersih.
Walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan
sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab
ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan
pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran
didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya
dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut
menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara
berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik
demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini
sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak
kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan
menggunakan
sungai
terbabit.
Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada
keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul
tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.
NOTA TAMBAHAN:Isu-Isu Alam Sekitar
Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat
tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai
bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya
dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki
dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media
massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam

sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan
alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian
termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di
bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah
tanih.Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora
dan fauna juga turut diberi perhatian.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting
untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira
ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya
akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan.
Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi
generasi masa depan akan menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini.
Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang
semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan
dalam menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan
perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh
pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut.
Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan
masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik
dan berkesan untuk isu-isu tersebut.
MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN
Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana
kawalan-kawalan itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu
merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk
bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata
terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk
pencemaran walaupun masih dalam peringkat yang tidak membimbangkan dan juga
segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga
perlu diambil kira. Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi
hampir segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi
pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar
yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah
yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk
melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak
swasta dan masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga
untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam
sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..
Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah
diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat
piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh
menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan
tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah cukai
pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi sehingga ia boleh
dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan
seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan
yang telah dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya?

Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi dari
segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang
telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh,
sistem pembekalan air di Malayisa telah memenuhi piawaian WHO ( sumber:
Majalah MASSA ) namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik
masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan. Tentang
denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu
membendung pencemaran di tahap yang dikehendali dan bukan semua program
yang dirancang dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan.
Contohnya program kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir
kerana tiada sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran
mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.
KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI
Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya
kekukuhan politik pemerintah pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap
penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan
menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan
kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri
memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh
itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam
sekitar. Beberapa contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur
telah menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan
menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan raya
Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam buah kampong di daerah
Relau dan Balik Pulau.
Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang peraturan alam
sekitar yang akan dibuat dirujukkan kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan
penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada
satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan
berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan
kakitangan akademik universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih
memberatkan kepada priority pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala candangan
dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak
mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian
yang tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai
semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang awam agar
segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan
kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip check and balance yang diamalkan
oleh perlanan sistem pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama
iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.
Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga
mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada
pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin
akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan.
Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang
sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel
Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu
Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada
tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar
Sungai Tawar dan Sungai Kangar.

Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak
berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke
laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau keduaduanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak
lebih RM 10 000, penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda
tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis
daripada Ketua Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat
iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan
masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak
berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan
berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah
merupakan derma daripada pencemar yang sedikitpun tidak akan memberi
sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan pencemaran
dan membayar denda yang kecil.
Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri
dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar
adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil
yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan
Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang-undang yang tertinggi.
Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang-undang yang
seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar
yang dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di
semenanjung namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak
kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan
Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam
Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah negeri
seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan
adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau
Sarawak.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan
dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan tanah, hutan,
sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah
bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual
Kesembilan, Senarai Negeri , Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering
berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan
alam sekitar.
Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta
Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan
diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih
dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada
kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang
kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah
pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin
akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas
500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada
tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000
ekar daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan

daripada badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri menyatakan
mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat
pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya
dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar
Pahang yang baru dilantik.
Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan
pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana masing-masing mempunyai hak untuk
menguruskan sumber-sumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau
membebankan kerana ia bertujuan mengimbangi kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang
berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang
telah dinyatakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia
dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru
seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya
imbangan kuasa dalam pemerintahan negara.
Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan
dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk
menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting
memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan
kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah
pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di samping memastikan
Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar
negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka.
Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka
haruslah megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan
pembangunan terancang ( substainable development) seperti yang diperuntukkan
dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).
Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan
Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga
mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam
sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang
tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama dengan undang-undang
tersebut dan menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia betul-betul
merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan
undang-undang persekutuan.
Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk
Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan
kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaaan Empangan Bakun di Sarawak
banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu
menggunakan kuasa mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan untuk tidak membenarkan projek ini pada awalnya jika mereka betulbetul mengutamakan kepentingan dan pengurusan alam sekitar.
MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam
Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan

alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi
kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).
Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program,
JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang
nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk
memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi
keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan
JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di
sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam
sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya
dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk
menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain
atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.
Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu
pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya.
Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak
mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan
boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu
pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak menyokong
tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan
fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan.
Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan
dan tidak mampu mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak
sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar
yang serius.
Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak
Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat
pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika
Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana
Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan
Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira penglibatan dan
pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan
terancang dapat dicapai.
Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan
meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa
khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan
sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan.
Yang ada cuma perbincangan perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut
sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah
wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat
menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.
Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar
sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di
bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin
timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri
kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh,
terdapat sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS

hendak mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat


daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini,
JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana
perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan
ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah,
mahkamah perlu memainkan peranan dalam menyelesaikannya.
Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan tempatan
yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS
dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya membawa lebih banyak
kebaikkan daripada bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu,
kerjasama juga boleh dibuat dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan
Tanah dan Jabatan Kesihatan.
MASALAH KAKITANGAN
Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan
Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu
berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh
sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang
berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta
tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.
Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat
JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah
perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa
sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksana dan
dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk
menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta ini
dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai
Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga
tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius
dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan.
Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan
Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan
Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk
memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana
ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian,
program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja
perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana
yang diharapkan.
Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan
kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti
kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian
dasar sahaja dapat dijalankan berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini
disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu.
Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak
mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan
dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai
penguatkuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada

pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini
juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.
Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak
kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan
alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit
dalam melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti
yang telah dinyatakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang.
Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga
yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain
agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat
dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan
alam sekitar yang lebih baik.
Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat
dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik
menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak
menjalankan tugas dengan sambil lewa.
MASALAH KOS PENGURUSAN
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan
perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah
merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun
keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah
peruntukan perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya adalah terlalu kecil, tidak
melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan tersebut. Walaupun begitu
peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda antara tahun
1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin
meningkat.
Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan
sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20
mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan
bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan
pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya
menyukarkan bagi pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan
dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos purata pada tahun
1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan
buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih
daripada RM 18 juta akan terlibat bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur
sahaja.
Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan
kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi
piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga
tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.
Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan
alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan
15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi?
Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam
sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah
ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan
kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan
pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.

Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak
swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi
atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan pencemaran.
Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul
bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar
yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan
untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran
terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam
sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar
pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah
ini akan turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai
dapat menikmati alam sekitar yang bersih.
MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM
Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat,
tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai
yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang
nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.
Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus
melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam
sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang menggunakan asap-asap
kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di
bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan
mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi
atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang
berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik
yang diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu
datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan
bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan
berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain.
Mereka yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan
menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan
sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti
menlupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara yang dipratikkan dan
bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti memudaratkan penduduk.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan
alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada
dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai
bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan
berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat.
Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan
kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan
dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji
serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.

Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai
matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti
sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali
matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh
itu, pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar
dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi
pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan
dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk
menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti
masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan
fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar
yang betul.
Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana kerajaan
mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh
(1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat
tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan
alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media
elektronik dan media massa.
Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak
diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang
pendidikan alam sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan
dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang
berkesan untuk pembangunan kelak.
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam
menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah
kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan
kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun.
Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak
pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa
buangan ke dalam sungai.
Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius
kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih
berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di
antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang
penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di
Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal
penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan
berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.
Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi,
pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang
mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah
amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah
kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang
diketahui umum.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan
alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para
pegawai penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka
sepatutnya berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar
usaha mereka dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja,

masalah-masalah lain yang dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan
seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu persatu. Kelemahan dan tiada
kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi
penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan
penguatkuasaan .
KESIMPULAN
Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam
sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah
alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak
dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini,
kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan
undang-undang alam sekitar yang baru.
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam
meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata
menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar
secara bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu
dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan
terancang dapat dicapai dengan berkesan.
Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya
menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia
ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan
yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai
kelemahan dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua
pihak dan bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang
merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam
sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga
yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma
sahaja.
Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan
alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan
pembangunan terancang untuk semua.
LANGKAH-LANNGKAH MENGATASI OLEH PIHAK KERAJAAN
Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah
negara. Bagi isu besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda
utama yang kepada kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup
rakyat bagi sesebuah negara. alam sekitar yang tidak tercemar dapat
melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental. Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan kementerian yang
dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan
memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu Kementerian pelajaran turut
memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai
alam
sekitar
dan
berusaha
untuk
melindunginya.
Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS)
merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta
Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang
menyekat pencemaran dari punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen
dan sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu

dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta
berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di samping
itu, Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan, Para
pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah
mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) sebelum sesuatu
operasi perindustrian dijalankan. Selain itu, Bagi masalah pencemaran air
yang melibatkan pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS)
juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi
mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease
Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus
memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program
Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk
mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang
terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai,
sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25
(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM
100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau keduaduanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM
1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas
suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut
disampaikan
kepadanya.
Jabatan
Perhutanan
dan
Semenanjung
Malaysia(JPSM) yang juga di bawah NRE telah ditugaskan untuk menjaga
hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini
memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram
dan berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran tanah,
pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan
dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang yang di
kenakan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara
haram, penerokaan hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran
terbuka
adalah
usaha
yang
harus
di
teruskan
.
Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah
menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah
sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara kempenkempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita,
kempen kitar semula, sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya.
Misalnya, pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran
segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh
dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti
perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar,
sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk
mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan
kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Selain itu,
Jabatan Alam Sekitar(JAS) juga telah merupakan satu program pemantauan,
pelaksanaan dan maklum balas keberkesanan aktiviti dan yang paling penting
penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk
membantu
agensi-agensi
kerajaan
yang
bertanggungjawab
dalam
membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam
sekitar
yang
dikenali
sebagai
program
rakan
alam
sekitar.

Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi


pencemaran terhadap alam sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang,
kempen-kempen kesedaran,pameran yang berkaitan dengan alam sekitar dan
sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air kedaun
keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai