Anda di halaman 1dari 5

Pengucap

Faiz

Masa
8.30

Ucapan
Hadirin diminta untuk mengambil tempat.

Que
Ketibaan
jemputan

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Rupini

Yang Dihormati, Encik Abdul Muhaimin Bin Osman,


Ketua Jabatan Sains dan Matematik
Yang Dihormati ketua-ketua unit, barisan pensyarah
dan staf sokongan, dan yang dikasihi pelajar-pelajar
PISMP Sains Semester 8,6 dan 2 ;
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1
Malaysia.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat
tuhan kerana dengan izinNYA, maka dapat kita
berhimpun dan berkumpul pada malam yang indah ini
untuk Majlis Mesra Aidilfitri.

Alu-aluan

Catatan

Pui

8.35

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Doa

Untuk memberkati majlis kita pada malam ini, majlis


mempersilakan saudara Mohammad Shafiq Bin Ahmad
Fuad untuk melafazkan doa.

Faiz

Rupini

8.40

8.45

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara


Mohammad Shafiq Bin Ahmad Fuad atas bacaan doa
sebentar tadi.
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Ucapan wakil
semester 8

Seterusnya, dijemput saudara Abdul Kadir bin Abdul


Rahim untuk memberi ucapan mewakili pelajar PISMP
Semester 8.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Abdul Kadir bin Ucapan
Abdul Rahim atas ucapan yang disampaikan sebentar
Pengerusi
tadi.
Program

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Pui

8.50

Seterusnya dijemput saudara Norzulhilmi Bin Mohamad,


Pengerusi Program Majlis Mesra Aidilfitri bagi memberi
sepatah dua kata.
Terima kasih kepada saudara Norzulhilmi Bin Mohamad Ucapan ketua
atas ucapan sebentar tadi.
jabatan
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Faiz

9.10

Dengan itu, dijemput Encik Abdul Muhaimin Bin Osman,


Ketua Jabatan Sains dan Matematik bagi
menyampaikan amanat dan nasihat. Majlis
mempersilakan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul
Muhaimin Bin Osman atas ucapan sebentar tadi.

Tayangan
multimedia

Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan


panduan untuk masa hadapan.
Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia

Rupini

9.15

Marilah kita bersama-sama menonton tayangan


multimedia yang telah disediakan.
Jamuan
Untuk makluman hadirin, persembahan multimedia
sebentar tadi telah disediakan oleh pelajar PISMP Sains
Semester 8.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.
Kini, tiba masa yang ditunggu-tunggu. Sebelum kita
meneruskan majlis dengan jamuan yang disediakan,
majlis sekali lagi mempersilakan saudara Mohammad
Shafiq Bin Ahmad Fuad untuk melafazkan doa makan.

Pui

Dijemput hadirin untuk menjamu selera dengan jamuan


yang telah disediakan.
Sebelum mengundur diri, kami memohon maaf jika ada
kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis pada
malam ini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, kami mohon mengundur diri.

Anda mungkin juga menyukai