Anda di halaman 1dari 12

Menjadi contoh

kepada pelajar
(menghayati
serta
mengamalkany
a)..
Memberi ilmu,
memberi
pendedahan
dan
pengalaman
serta mendidik
muridmuridnya
berakhlak
mulia.

Membantu anak
dalam proses
pengajaran dan
pembelajaran
serta
perkembangan
jasmani, emosi,
rohani, intelek dan
sosial anak
mereka

Gur
u

Berperanan
dalam mengajar,
menyampai
maklumat,
berbincang,meng
endalikan
bengkel dan
sebagainya.

Mendidik
pelajarnya cara
berhubung,
berkomunikasi,
adab makan,
adab berpakaian,
adab bergaul dan
sebagainya

Guru merupakan salah seorang yang berperanan dalam Pembentukan Moral. Beliau
perlu menjadi teladan kepada pelajarnya. Guru pendidikan moral bukan sahaja mengajarkan
nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya kerana
apatah gunanya bagai ketam menyuruh anaknya berjalan lurus? Selain itu, guru juga
perlulah memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik muridmuridnya

berakhlak

mulia

dengan

mengajar,

menyampai

maklumat,

berbincang,

mengendalikan bengkel dan sebagainya bagi membentuk Moral dalam kalangan anak- anak
kerana guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial dalam seseorang pelajar. Justeru, guru perlu membantu anak dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek
2

dan

sosial.

Akhir

sekali,

guru

hendaklah

mendidik

pelajarnya

cara

berhubung,

berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya
pelajar mampu menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Mengajar
anak-anak
berhubung
dengan orang
lain

Menjadi
model
utama
kepada
anak- anak

Ibu bapa
perlu tegas
dalam
mendidik
anak

Keluar
ga
Ibu bapa perlu
berdemokrasi
dan
membincangkan
masalahmasalah
dengan anakanak mereka

Melahirkan
anak yang
berdisiplin
Mendidik
sejak kecil
tentang
agama dan
amalan
moral

Keluarga turut menjadi salah satu agen dalam pembentukan Moral. Dalam sesebuah
keluarga ibu bapa, datuk, nenek dan sebagainya memainkan peranan yang penting dalam
membentuk masyarakat yang bermoral. Ibu bapa perlulah mengajar anak-anak berhubung
dengan orang lain. Misalnya, apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan
apabila berhadapan orang lain dan orang tua. Selain itu, Ibu bapa perlu

tegas ketika

mendidik anak anak bagi melahirkan anak-anak yang kuat disiplin. Ibu bapa juga perlulah
menjadi model utama kepada anak anak kerana mereka akan mengikuti perbuatan ibu
bapa kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Justeru, ibu bapa perlulah berlaku baik di
3

hadapan anak- anak dengan tidak bergaduh depan anak, tidak merokok dan sebagainya.
Mereka juga perlulah mendidik tentang agama dan amalan moral sejak kecil kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Akhir sekali, ibu bapa perlulah bersifat demokratik.
Mereka perlu berdemokrasi dan membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak
mereka bagi menjadi kanak kanak lebih aktif, cerdas dan lebih bersopan santun kerana ibu
bapa yang autokratik dan sangat bebas tidak mampu mewujudkan pembentukan Moral
dalam kalangan masyarakat.

Mempunyai sahsiah
yang tinggi

Ahli kumpulan remaja


biasanya mempunyai
subbudaya tertentu

Bijak memilih
kawan

Rakan
Sebaya

Aktiviti-aktiviti
kumpulan lebih
berbentuk acara
sukarela

Mempunyai minat dan


matlamat yang sama dalam
alam persekolahan

Rakan sebaya merupakan orang yang mempunyai minat dan matlamat yang sama
dalam alam persekolahan. Contohnya, bermain, belajar, hobi dan lain-lain aktiviti secara
bersama selaras dengan kehendak budaya . Mereka amat penting dalam pembentukan
Moral kerana rakan sebaya merupakan orang yang banyak menghabiskan masa berbanding
ibu bapa. Justeru, kanak- kanak perlulah bijak memilih kawan yang betul. Seseorang
perlulah memilih rakan sebaya yang tinggi sahsiahnya kerana dapat membentuk
kumpulannya ke arah peribadi yang mulia dan begitulah sebaliknya jika tersalah memilih
kawan. Selain itu, rakan sebaya bolehlah mengadakan aktiviti-aktiviti kumpulan lebih
berbentuk acara sukarela kerana aktiviti begini mampu berdikari dan membentuk peraturan,
nilai dan norma-norma kumpulan tersendiri yang membentuk pembentukan Moral. Akhir
sekali, ahli kumpulan remaja biasanya mempunyai subbudaya tertentu. Contohnya , cara
bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya. Segelintir,
4

cuba menghayati subbudaya ini supaya mereka diterima dan disanjung oleh kumpulannya.
Adakalanya nilai dan norma ini bertentangan dengan nilai dan norma keluarga atau tradisi
yang tidak dapat membentuk pembentukan Moral. Justeru, rakan sebaya seseorang
perlulah mempunyai nilai dan norma yang betul bagi membentuk pembentukan Moral.

Slogan
yang
diperkenal
kan oleh
pemimpin

Kanak-kanak
perlu
berinteraksi
dngan
masyarakat
tidak kira
tahap umur

Masyarakat

Mempunyai
pemimpin
,peraturan dan
norma-norma
tertentu

Perlu ada
permuafakatan
antara kanakkanak dan
masyarakat

Menjadi
mata dan
telinga polis

Masyarakat merupakan sebuah kumpulan manusia yang hidup bersosial bersamadi


sesuatu tempat dengan adanya peraturan,aturan serta menjalankan amalan hidup untuk
kepentingan bersama dan kelompok ini mempunyai pemimpin , peraturan dan norma-norma
tertentu untuk mewujudkan satu keadaan yang harmonis.Contohnya, nilai kerajinan dan
ketekunan dalam pemimpin mampu mewujudkan ahli- ahli yang berproduktiviti dan
membuat sesuatu kerja tanpa berputus asa. Selain itu, slogan seperti Malaysia Boleh yang
diperkenalkan oleh pemimpin mampu membentuk masyarakat yang dinamik dan progresif
serta mengamalkan nilai-nilai murni ,cekap bersih dan amanah. Tambahan pula, perlu ada
permuafakatan antara kanak kanak dengan masyarakat disamping

kanak-kanak perlu

berinteraksi dngan masyarakat tidak kira tahap umur kerana ini membolehkan mereka
bersesuai dengan norma-norma masyarakat seperti orang dewasa dan membentuk
pembentukan Moral. Akhir sekali, masyarakat perlulah menjadi mata dan telinga polis
dengan melapor keadaan yang curiga supaya pihak polis dapat mengambil tindakan yang
betul.

Perlu bebas dari


cengkaman
faham
sekularisme,
budaya komersial
yang melampau,

Mendakwah
ataupun
menyebarkan
perkara yang
benar

Media
Massa

Hendaklah
mempunyai
asas falsafah
dan dasardasar
komunikasi
yang selaras
dengan nilainilai akhlak
mulia

Para petugas
media massa
hendaklah
meningkatkan
rasa
akauntabiliti,
tanggungjawab
dan kewajipan

Media massa merupakan satu alat yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan
berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Media massa mampu melahirkan
sahsiah seseorang. Selain itu, media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham
sekularisme, budaya komersial yang melampau dan sebagainya bagi membentuk insan
yang bermulia. Di samping itu, media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan
dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak mulia yang memaparkan budi
bahasa dan sebagainya serta para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa
akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilainilai luhur seperti kebenaran dan kejujuran. Akhir sekali, media massa seperti buku,akhbar,
majalah, television dan radio perlulah mendakwah ataupun menyebarkan perkara yang
benar di samping menyebarkan ajaran agama yang mampu membentuk pembentukan
Moral.

SOALAN 2

Soalan 2
Pada era ini diskriminasi berlaku secara berleluasa di Negara kita. Diskriminasi
merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia kita. Diskriminasi
boleh diertikan pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu. Layanan ini dibuat
berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Sebenarnya, diskriminasi
berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Keadaan ini
boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Diskriminasi boleh dilakukan oleh pelbagai pihak.
Perbuatan

ini

boleh

dilakukan

oleh

orang

perseorangan, institusi, firma,

malah

oleh kerajaan.
Pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi. Contohnya, seorang
peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang
diwakillinya. Selain itu, perlakuan yang lain boleh menunjukkan diskriminasi ialah seorang
majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja
berdasarkan kumpulan yang diwakilinya. Secara ringkasnya, diskriminasi dianggap sebagai
sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang
yang sama. Terdapat juga pelbagai jenis diskriminasi di Negara kita. Antaranya ialah
diskriminasi umur, diskriminasi gender, diskriminasi kesihatan , diskriminasi ras, diskriminasi
kaum dan diskriminasi agama.
Antara diskriminasi yang disenaraikan diskriminasi gender merupakan diskriminasi
yang kerap berlaku di Negara kita. Persoalannya apakah dimaksudkan dengan gender ?
Gender berasal dari bahasa latin "GENUS" . Jantina adalah sifat dan perilaku yang
dilekatkan pada lelaki dan perempuan yang dibentuk secara sosial mahupun budaya.
Gender adalah kajian pembahagian peranan antara lelaki dan perempuan yang sudah
dikonstruksikan atau dibentuk di masyarakat tertentu dan pada tertentu . Jantina ditentukan
oleh sosial dan budaya tempatan sedangkan seks adalah pembahagian jenis kelamin yang
ditentukan oleh Tuhan. Dalam gender dari peranan ataupun tingkah laku yang diproses
pembentukannya di masyarakat itu terjadi pembentukan yang "memerlukan" misalnya
perempuan itu harus lemah lembut, emosional, cantik, sabar, penyayang, sebagai pengasuh
anak, pengurus rumah dan lain lain manakala lelaki harus kuat, rasional, wibawa, perkasa
pencari nafkah dan lain- lain.
Diskriminasi gender merupakan individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina
mereka. Misalnya, seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki
sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama. Keadaan ini jelas menunjukkan
diskriminasi kerana diberi keutamaan kepada lelaki kerana menganggap lelaki lebih kuat
daripada wanita.
8

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi diskriminasi gender. Antaranya ialah


marginalisasi. Marginalisasi boleh diertikan sebagai proses penyingkiran perempuan dalam
pekerjaan yang mengakibatkan kemiskinan. Menurut Alison Scott, seorang ahli sosiologi
Inggeris melihat pelbagai bentuk marginalisasi dalam empat bentuk. Pertamanya ialah
proses pengasingan, iaitu

perempuan dipulaukan dari kerja upahan atau jenis kerja

tertentu. Contohnya, perempuan tidak dibenarkan ataupun diberi kurang peluang untuk
bekerja pekerjaan tertentu. Misalnya, posman, jurutera, dan sebagainya. Sebenarnya,
perempuan patut diberikan peluang untuk menunjukkan kebakatan perempuan.
Seterusnya, proses peralihan perempuan ke pinggir dari pasaran tenaga kerja,
berupa kecenderungan bekerja pada jenis pekerjaan yang mempunyai hidup yang tidak
stabil, upahnya rendah, dinilai tidak atau kurang mahir. Ketiganya pula, proses feminization
atau pengasingan, pemusatan perempuan pada jenis pekerjaan tertentu atau pemisahan
yang semata-mata dilakukan oleh perempuan sahaja atau laki-laki saja. Akhir sekali proses
ketimpangan ekonomi yang mula meningkat yang merujuk di antaranya perbezaan upah.
Sudah terang bersuluh lagi, diskriminasi gender turut berlaku disebabkan oleh
subordinasi. Subordinat adalah suatu penilaian atau anggapan bahawa suatu peranan yang
dilakukan oleh satu jantina lebih rendah dari yang lain. Anggapan begini itu tidak rasional
atau emosi menjadikan perempuan tidak boleh tampil sebagai pemimpin, dan ini
mengakibatkan munculnya sikap yang menempatkan perempuan pada posisi yang kurang
penting. Misalnya, perempuan lebih beremosi berbanding lelaki. Justeru, mereka tidak
mampu menangani sesuatu masalah dalam keadaan yang tenang akibat kepasifannya.
Oleh hal yang demikian, perempuan didiskriminasikan daripada menjadi pemimpin ataupun
posisi yang lebih tinggi daripada lelaki.
Tambahan pula, aparteid juga menjadi salah satu faktor diskriminasi gender.
Stereotaip bermaksud imej mentah

kepada seseorang atau kumpulan yang didasarkan

pada suatu anggapan yang salah atau sesat. Aparteid umumnya dilakukan dalam dua
hubungan atau lebih dan seringkali digunakan sebagai alasan untuk membenarkan suatu
tindakan kumpulan atas kumpulan lain. Stereotaip juga menunjukkan adanya hubungan
kuasa yang tempang atau tidak seimbang yang bertujuan untuk menakluk atau menguasai
pihak lain. Stereotaip negatif juga boleh dilakukan atas dasar anggapan gender. Namun
seringkali pelabelan negatif ditimpakan kepada perempuan seperti perempuan yang pulang
larut malam adalah pelacur, jalang dan pelbagai sebutan buruk lain. Masyarakat perlulah
menghindari tanggapan negatif bahawa jikalau perempuan pulang lewat mereka merupakan
perempuan yang tidak betul dan sebagainya. Ada kalanya menganggap perempuan yang
bekerja di bar adalah gadis murahan dan ada lelaki yang mengusir untuk meniduri
dengannya. Keadaan begini memang mendiskriminasikan wanita oleh lelaki.
9

Tambahan pula, perbezaan watak, bahawa lelakinya ialah orang yang maskulin dan
perempuannya pula orang yang feminism. Kebanyakkanya menganggap pihak lelaki lebih
sesuai untuk membuat sesuatu pekerjaan kerana mereka lebih maskulin. Oleh hal yang
demikian, beban bagi pihak perempuan meningkat kerana perlu membuat lebih besar kerja
dari lelaki. Mereka perlu membuat 90% kerja domestik ataupun rumah tangga dan belum
lagi jika dijumlahkan dengan bekerja di luar rumah. Keadaan jelas menunjukkan pihak
perempuan membuat kerja yang banyak berbanding dengan lelaki dan perkara ini boleh
dikatakan diskriminasi gender.
Di samping itu, kekerasan juga menjadi salah satu bentuk diskriminasi terhadap
wanita. Pelbagai bentuk diskriminasi berlaku terhadap wanita. Contohnya, kata kekerasan
merupakan terjemahan violence bermaksud serangan terhadap fizikal dan integrity mental
psikologi seseorang. Justeru, kekerasan bukan hanya melibatkan serangan fizikal seperti
perkosa, pemukulan dan penyeksaan tetapi bersifat non fizikal seperti gangguan seksual
sehingga secara emosional terusik.Contohnya, kekerasan seperti suami mengetatkan isteri
dalam urusan ekonomi keluarga, suami melarang isteri bersosial di masyarakat, isteri
merendahkan martabat suami di hadapan masyarakat dan sebagainya. Keadaan di atas
turut menunjukkan diskriminasi gender kerana tidak memberi kebebasan ataupun hak untuk
bersuara pendapat.
Seterusnya lebih daripada 130 juta wanita serta anak-anak gadis yang melalui
kehidupan mereka kini telah melalui salah satu bentuk kecederaan atau kerosakan pada
alat kelamin (FGM/C) mereka, yang boleh membawa akibat buruk kepada kesihatan
mereka, termasuklah kegagalan untuk sembuh sepenuhnya, meningkatkan peluang untuk
dijangkiti HIV, masalah-masalah ketika melahirkan anak, penyakit-penyakit jangkitan
kelamin dan juga gangguan pada saluran air kencing. Sehubungan dengan itu, semakin
muda anak-anak gadis melakukan perhubungan seks buat pertama kali, lebih besar
kemungkinan perhubungan seksual telah dipaksa terhadap mereka. Menurut kajian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 150 juta gadis dan 73 juta lelaki di bawah umur 18 tahun
pernah mengalami hubungan seksual yang dipaksa atau sebarang bentuk keganasan fizikal
dan seksual dalam tahun 2002.
Berdasarkan kajian secara global, sebanyak 36 peratus daripada wanita yang
berumur di antara 20-24 tahun telah berkahwin sebelum mereka mencecah umur 28 tahun.
Kehamilan dan kelahiran bayi yang tidak cukup bulan selalunya amat merbahaya lebih-lebih
lagi untuk anak-anak gadis dan dianggarkan seramai 4 juta orang anak-anak gadis yang
berumur di dalam lingkungan 15-19 tahun melahirkan anak setiap tahun.

10

Walau di banyak negara hukuman bagi pelanggaran hak-hak perempuan makin


berat, tapi nyaris tidak ada bukti bahwa perilaku pria terhadap perempuan juga mengalami
perubahan, khususnya di negara dimana lelaki dianggap lebih berkuasa. Di India perkosaan
massal sulit dituntaskan lewat jalur hukum. Di Nigeria, milisi Boko Haram menculik ratusan
anak gadis yang dipaksa kawin dengan mereka. Milisi Islamic State di Suriah dan Irak
memaksa perempuan lain agama atau beda mazhab jadi budak seks atau pelacur.
Kesimpulannya, dari pendedahan di atas, bolehlah dikatakan bahawa pada awalnya
pembahagian kerja, baik secara biologi mahupun gender antara lelaki dan perempuan
dianggap sama-sama mempunyai nilai dan keseimbangan. Perubahan tersebut muncul
kerana adanya pembahagian konsep pada lelaki dan perempuan sehingga mengalami
marginalisasi dalam sektor pekerjaan yang mengakibatkan kecenderungan perempuan
untuk melakukan pekerjaan formal yang kurang memberikan perlindungan undang-undang
dan gaji yang rendah. Di samping itu, faktor bawahan perempuan dalam sosial dan budaya,
stereotaip terhadap wanita juga turut memberi kesan kepada diskriminasi perempuan dalam
pekerjaan.Oleh hal yang demikian semua pihak perlulah berganding bahu

untuk

menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan dalam pekerjaan salah satunya dengan
disahkannya Konvensyen Penghapusan Segala Diskriminasi terhadap Perempuan pada
tahun 1979 sebagai wujud perlindungan perempuan dari pelbagai diskriminasi.

REFLEKSI
Saya Pavitra A/P Raman bernombor kad pengenalan 960914085230 merupakan
seorang guru pelatih di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan
yang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PPISMP). Saya telah
diberi sebuah kerja kursus dalam mata pelajaran Pendidikan Moral (GPM 1038). Syukur
11

kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah
mengalami beberapa pengalaman yang baru serta menempuhi pelbagai cabaran dan
halangan. Saya mengalami pengalaman yang manis mahupun pahit.
Melalui tugasan ini, saya dapat menjelaskan konsep asas moral dan konsep asas
nilai yang dikuasai dalam kehidupan seharian. Saya juga telah belajar menjelaskan
kepentingan, peranan dan tanggungjawab agen sosialisasi dalam pembentukan Moral
Memang tidak dapat dinafikan, tugasan ini telah mengajar saya dengan lebih mendalam
serta terperinci bagi menganalisis isu isu moral tempatan dan global dalam mengharungi
cabaran kkehidupan masa kini. Saya juga dapat mengetahui bahawa betapa pentingnya
konsep asas moral dan konsep asas nilai antara manusia. Saya juga dapat dilihat zaman
sekarang tidak berapa mengamalkan nilai murni ajaran agama dalam kehidupan seharian .
Oleh sebab itu, saya percaya tugasan ini akan memberi iktibar kepada semua pelajar
tentang kepentingan konsep asas moral dan ajaran agama.
Sepanjang kerja kursus ini saya mengalami banyak masalah terutamanya ketika
mencari nota. Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah iaitu En. Borhan
Bin Apripin untuk mendapatkan maklumat dan berbincang mengenai tugasan ini agar
memberikan produk yang berkualiti. Saya juga mengalami maslah pengaksesan internet di
kampus ini. Hal ini demikian kerana, wireless di kampus ini tidak begitu kuat dan sangat
lambat untuk mencari maklumat. Oleh itu, saya meminjam broadband kawan saya untuk
mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk mendapat sumber sokongan untuk
mencari sumber rujukan tentang tajuk ini. Tanpa berputus asa saya mencari

seluruh

perpustakaan dan akhirnya saya dapat jumpa buku-buku yang berkaitan dengan tugasan
saya. Selain itu, keyakinan diri saya juga meningkat, kerana saya dapat berjumpa dengan
beberapa orang untuk mendapatkan maklumat tentang kerja kursus ini.
Kerja kursus ini juga mengajar saya untuk bagaimana menyiapkan sesuatu kerja
dengan tepat pada masa dan sempurna. Melalui tugasan ini, saya juga

telah belajar

bagaimana cara menguruskan masa secara bijaksana semasa menghadapi situasi yang
mencabar. Akhirnya, selepas menyiapkan kerja kursus ini,saya berasa yakin terhadap diri
saya sebagai bakal guru saya boleh menjalankan proses Pembelajaran dan pengajaran
pada masa akan datang dengan menggunakan strategi-strategi yang berkesan dengan
mengamalkan konsep asas moral dan konsep asas nilai.

12

Tuntasnya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan


sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.

13

Anda mungkin juga menyukai