Anda di halaman 1dari 6

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

SIDANG AKADEMIK 2013/2014

Kritikan Jurnal (Individu)


Tajuk Artikel:

Education as a Human Right in the 21st Century


Democracy and Education, 21(1), 1
Sharon E.Lee (2013)

PLG 515
Pendidikan dan Pembangunan
Nama
No. Matrik
No. KP
Pensyarah

:
:
:
:

Nur Sabrina Binti Mohamed Ali Khan


SPM0369/12
840622075384
Dr. Mohammad Zohir Shaari

Education as a Human Right in the 21st Century

Pengenalan
Artikel ini ditulis oleh seorang pensyarah dalam bidang sains politik dan pengajian
kontemporari yang bernama Sharon E.Lee. Artikel ini membincangkan tentang peranan
pendidikan sebagai hak asasi manusia dalam abad yang kedua puluh satu. Penulis
mengetengahkan idea bahawa menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),
pendidikan adalah hak kepada semua manusia yang berhak.
Pernyataan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan
didasarkan kepada dua pernyataan. Pernyataan pertama iaitu jika kanak-kanak menerima
pendidikan pendidikan asas di peringkat rendah , maka mereka akan lahir sebagai generasi
yang celik huruf dan mampu menghitung serta mempunyai pengetahuan asas dalam bidang
sosial dan kemahiran hidup untuk mendapatkan pekerjaan dan menjadi ahli komuniti yang
aktif yang berguna kepada masyarakat. Pernyataan kedua pula berkaitan dengan isu masih
terdapat kanak-kanak dalam sejumlah bilangan yang besar yang masih tidak mendapat
manfaat daripada pendidikan asas peringkat rendah.
Penulis melalui artikel ini cuba menyuntik idea bahawa pendidikan khasnya
pendidikan rendah adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh menjamin
kekuatan rakyat dan kecemerlangan sesebuah negara. Penulis mencadangkan dalam
memastikan pendidikan rendah dilaksanakan dengan baik dan komprehensif, kerajaan yang
bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pendidikan peringkat rendah kepada rakyat.
Tujuan utama penulis menulis artikel ini sebenarnya adalah untuk menawarkan
implikasi dasar mengenai pelaksanaan pendidikan sebagai hak asasi manusia di abad ke21. Walaubagaimanapun fokus penulis lebih tertumpu kepada konteks Amerika Syarikat.
Penulis juga cuba mendasarkan idea-idea pendemokrasian pendidikan melalui sokongansokongan daripada undang-udang antarabangsa dan dokumen-dokumen Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti. Idea asas kepada artikel ini menjurus kepada wadah
utama kepada pembangunan sumber manusia adalah sebahagian besarnya bergantung
kepada sistem pendidikan sesebuah negara tersebut. Untuk mencapai matlamat
pembangunan sumber manusia yang yang lengkap, seimbang, bersepadu dan menyeluruh,
maka sistem pendidikan juga mestilah berupaya menyediakan peluang yang secukupnya
kepada semua lapisan rakyat. Dalam hal ini, penulis sebenarnya membincangkan tentang
pendemokrasian dalam pendidikan. Penulis menimbulkan satu persoalan besar dalam
artikel ini iaitu tentang apakah makna mendapatkan hak untuk pendidikan?
Hak untuk pendidikan memastikan akses kepada sekolah-sekolah yang berkualiti
dan pendidikan yang ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia.
Hak untuk Pendidikan dilindungi oleh: Perkara 26 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat,
Artikel 13 & 14 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sosial dan Kebudayaan Ekonomi,

Artikel 28,29 & 40 Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, Perkara 5 Konvensyen


Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, Artikel 10 & 14 Konvensyen Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita dan Perkara 12 Deklarasi Amerika mengenai
Hak dan Kewajipan Manusia. Pendidikan hak asasi manusia boleh diperkukuhkan lagi
melalui penggunaan teori pembelajaranyang sesuai , serta melalui penetapan piawaian
untuk penyediaan jurulatih dan kandungan program, dan melalui penilaian impak program
dari segi matlamat pencapaian pelajar

(pengetahuan, nilai dan kemahiran) dan

menyumbang kepada perubahan sosial (Tibbits, 2002).


Hak untuk mendapatkan Pendidikan
Penulis banyak menekankan penulisan artikel kepada hak untuk mendapatkan
pendidikan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Melalui pembacaan lanjut banyak
maklumat yang diperolehi mengenai hak untuk mendapatkan pendidikan terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak.
Setiap

kanak-kanak

mempunyai

hak

untuk

mendapat

pendidikan

yang

membangunkan personaliti mereka, bakat dan kebolehan mereka sepenuhnya. Pendidikan


peringkat rendah seharusnya disediakan secara percuma untuk semua kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, realitinya 61 juta kanak-kanak yang masih dinafikan hak mereka
untuk pergi ke sekolah. Kemiskinan, menafikan banyak peluang untuk memenuhi potensi
mereka.
Pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah bukan realiti bagi setiap kanakkanak, dan yuran adalah penghalang utama kepada kehadiran sekolah. Pada tahun 2005,
UNICEF dan Bank Dunia telah melancarkan satu inisiatif untuk membantu kerajaan
memansuhkan yuran sekolah di negara-negara seperti Mozambique, Uganda, Togo dan
Kenya. Untuk membantu Kenya menghadapi lonjakan akibat penambahan bilangan murid
UNICEF

UK

menyediakan 1500000 untuk membekalkan bahan-bahan pendidikan,

melatih guru-guru, dan kemudahan sekolah serta pembaikan-pembaikan sekolah (UNICEF,


2005).
Menjadi tanggungjawab pentadbiran negara masing-masing untuk menjamin hak
setiap kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan. Pada pendapat saya, mereka perlu
menumpukan usaha mereka untuk menjadikan sekolah-sekolah percuma untuk semua
kanak-kanak dan dengan itu membolehkan mereka untuk belajar membaca dan menulis.
Akibat tidak mengalami proses persekolahan dan pendidikan, terdapat kesan negatif ke
atas penduduk dan negara. Kanak-kanak yang meninggalkan sekolah tanpa memperolehi
asas-asas pembelajaran akan menghalang pembangunan sosial dan ekonomi negaranegara ini. Seterusnya, hal ini akan menyekat kemajuan sesebuah negara tersebut.

Selain akses kepada pendidikan percuma, hak untuk mendapatkan pendidikan juga
memberi penekanan supaya objektif pembelajaran tercapai. Ini bermakna bahawa semua
kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat manfaat daripada pendidikan yang berkualiti
disesuaikan dengan keperluan mereka.Ternyata, bukan sahaja akses kepada pendidikan
yang diberi perhatian namun juga kualiti pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak juga
diberi penekanan. Selain itu, tenaga pengajar mesti dilatih dalam teknik pengajaran yang
menggabungkan pedagogi sambil

bermain untuk tujuan membangkitkan minat kanak-

kanak.
Pendemokrasian dalam Pendidikan
Perbincangan penulis yang banyak menjurus kepada hak untuk mendapatkan
pendidikan dalam kalangan kanak-kanak sebenarnya adalah bersandarkan kepada
kerangka pendemokrasian dalam pendidikan.
Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan
supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan
serta kemudahan yang disediakan(Dewey, 2001). Dengan kata lain, di bawah proses
mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat
pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi,
sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.
Mengikut kajian Pierre Bourdieu , ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian
persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang kebudayaan
ibu bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi
pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam
masyarakat (Robeyns 2006). Isu ini juga dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat
terhadap pendidikan serta perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat
mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-anak
mereka.
Maka, tidak akan wujud lagi alasan tidak menghantar anak-anak ke sekolah
disebabkan desakan hidup. Seterusnya, pendemokrasian pendidikan turut memberi
kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan diri serta
kepentingannya dalam menentukan kelangsungan atau kesinambungan kegemilangan
negara.

Kesimpulan
Penubuhan dan penyelenggaraan masyarakat yang stabil bergantung kepada norma-norma
sosial dan institusi di mana semua ahli masyarakat boleh menerimanya sebagai munasabah
tanpa menganggu gugat rasa kepercayaan diri sendiri terhadap proses keadilan.
Pemahaman asas terhadap struktur masyarakat adalah penting kerana ia boleh mencapai
dua perkara. Pertama, ia boleh mendalamkan pemahaman kita tentang peranan institusi
perlu memainkan dalam penciptaan, dan penyelenggaraan, daripada yang saling
bermanfaat, hak-menghormati dan

infrastruktur sosial. Kedua, ia boleh mendalamkan

pemahaman kita tentang mengapa kita harus mempunyai motivasi dari segi moral untuk
mengiktiraf dan menyokong institusi-institusi yang menyokong ke arah hak untuk
mendapatkan pendidikan serta pendemokrasian pendidikan.

Rujukan

1. Sharon, E. (2013). Education as a Human Right in the 21st Century.Democracy and


Education, 21(1), 1.
2. Dewey, J. (2001). Democracy and education. An Introduction to the Philosophy of
Education.
3. Robeyns, I. (2006). Three models of education Rights, capabilities and human
capital. Theory and Research in Education, 4(1), 69-84.
4. Tibbitts, F. (2002). Understanding what we do: Emerging models for human rights
education. International Review of Education, 48(3-4), 159-171.
5. http://www.nesri.org/programs/what-is-the-human-right-to
education#sthash.Mg248f77.dpuf
6. Unicef. (2005). The state of the world's children 2006: Excluded and invisible.
UNICEF.