Organisasi Bengkel
o satu sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara guru dan pelajar.
o penting bagi memastikan bengkel berada dalam keadaan selamat dan terkawal semasa
digunakan.
Struktur Organisasi Bengkel
o setiap individu di dalam struktur organisasi bengkel menjalankan tugasnya.
o carta organisasi bengkel diketuai oleh guru dengan dibantu oleh fomen dan penolong fomen.
o fomen dengan dibantu oleh seorang penolong fomen akan memastikan setiap pelajar
menjalankan tugas berdasarkan jadual tugasan pada setiap sesi praktikal yang dijalankan.
o tugas-tugas fomen ialah
membantu guru mengendalikan aktiviti bengkel
memastikan setiap pelajar mematuhi peraturan bengkel
memastikan bengkel berkeadaan bersih dan selamat
melaporkan dengan segera kepada guru sekiranya berlaku kemalangan
o pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang ketua kumpulan.
o setiap kumpulan perlu menjalankan tugas mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
o setiap kumpulan melaksanakankan tugas secara bergilir-gilir.
Jadual Tugasan Bengkel Kemahiran Hidup
Minggu
Tugas
1 2 3 4
Membersihkan lantai dan
A D C B
membuang sampah
Memeriksa dan menyimpan
B A D C
alatan tangan
Membuka atau menutup pintu
C B A D
dan tingkap
Membersih papan tulis dan
D C B A
menutup suis
Tujuan struktur organisasi dan pengurusan bengkel disediakan dan dipraktikkan ialah
o
o
o
o
memastikan alatan dan kelengkapan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur
memastikan murid peka kepada peraturan keselamatan bengkel
memupuk sikap bekerjasama, bertanggungjawab dan menghargai harta benda sekolah
memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik
Langkah Keselamatan
o perlu diberi penekanan utama semasa membuat kerja amali sesuatu projek.
o mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan jika dipatuhi pelajar.
o peraturan keselamatan bengkel
pelajar dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
pelajar dilarang keluar dan masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.
pelajar perlu bekerja dengan teratur dan bersistematik di dalam bengkel.
pelajar dilarang bermain dan bergurau ketika berada di dalam bengkel.
memastikan suis elektrik dan alat kawalan ditutup sebelum meninggalkan bengkel.
membersihkan meja kerja dan menyimpan semua alatan di tempat yang telah
dikhaskan.
bengkel mesti dilengkapi dengan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api.
bengkel mesti mempunyai pencahayaan dan peredaran udara yang baik.
tempat kerja perlu sentiasa bersih dan selamat.
pintu dan tingkap hendaklah sentiasa dibuka semasa kerja amali dijalankan.
amalan 4M
setiap pelajar mesti mengamalkan amalan 4M dalam setiap aktiviti di bengkel
Kemahiran Hidup.
amalan 4M ialah membersih, menyusun atur, menilai, dan mendisiplin.
(a) Membersih
(i) semasa di bengkel, pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan diri daripada
aspek fizikal dan mental.
(ii) berfikiran positif dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas di bengkel.
(iii) bekerjasama menjaga kebersihan bengkel supaya bengkel kelihatan bersih,
kemas dan selamat digunakan.
(iv) pembersihan bengkel dilakukan mengikut jadual tugasan yang telah disediakan.
(b) Menyusun atur
(i) sistem penyimpanan dan penyusunan alatan tangan dan bahan di tempat yang
betul perlu dilaksanakan untuk memastikan alatan dan bahan disimpan dengan
teratur, kemas dan selamat serta mudah dikawal dan dikesan.
(ii) alatan dan bahan perlu disusun mengikut jenis seperti bahan mudah terbakar,
bahan kimia, alatan dan bahan mudah pecah, bahan mudah rosak dan bahan
basah untuk tujuan penyimpanan.
(iii) bahan beracun hendaklah dilabel dan disimpan di tempat yang berkunci. Bahan
kimia dan bahan mudah berkarat perlu disimpan dalam bekas yang sesuai.
(c) Menilai
(i) merujuk kepada penilaian terhadap diri sendiri dan tempat kerja.
(il) amalan menilai diri sendiri dan tempat kerja boleh dilaksanakan dengan
mewujudkan satu standard agar bengkel Kemahiran Hidup sentiasa berada
dalam keadaan bersih, kemas, teratur, dan selamat digunakan.
(ii) cara-cara membuat penilaian terhadap diri dan tempat kerja adalah sentiasa
memeriksa langkah-langkah keselamatan diri, keselamatan alatan dan
keselamatan tempat kerja.
(d) Mendisiplin
(i) bermaksud
mengamalkan
peraturan
dan
keselamatan
mengikut
arahan guru.
(ii) memastikan amalan disiplin yang tinggi serta nilai-nilai murni sentiasa
dipraktikkan di dalam bengkel.
(iii) amalan mendisiplin dapat melatih pelajar agar sentiasa mengamalkan prinsip
pengurusan organisasi bengkel yang baik.
(iv) sikap berdisiplin semasa menggunakan alatan dan bahan dapat mengurangkan
kemalangan dan pembaziran bahan.
o
Halakan
muncung alat
pemadam api
ke punca api
Sembur ke
punca api
sehingga api
padam
Pastikan anda
berada pada jarak
antara 1 meter
hingga 1.5 meter
daripada api
Tekan tuas
sehingga
rapat dengan
pemegang
supaya bahan
pemadam dapat
disembur
dengan lancar
Lakukan
semburan secara
sekata ke punca
api sehingga
api dapat
dipadamkan