Anda di halaman 1dari 4

Pengurusan Organisasi Benqkel dan Keselamatan

Organisasi Bengkel
o satu sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara guru dan pelajar.
o penting bagi memastikan bengkel berada dalam keadaan selamat dan terkawal semasa
digunakan.
Struktur Organisasi Bengkel
o setiap individu di dalam struktur organisasi bengkel menjalankan tugasnya.
o carta organisasi bengkel diketuai oleh guru dengan dibantu oleh fomen dan penolong fomen.
o fomen dengan dibantu oleh seorang penolong fomen akan memastikan setiap pelajar
menjalankan tugas berdasarkan jadual tugasan pada setiap sesi praktikal yang dijalankan.
o tugas-tugas fomen ialah
membantu guru mengendalikan aktiviti bengkel
memastikan setiap pelajar mematuhi peraturan bengkel
memastikan bengkel berkeadaan bersih dan selamat
melaporkan dengan segera kepada guru sekiranya berlaku kemalangan
o pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang ketua kumpulan.
o setiap kumpulan perlu menjalankan tugas mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
o setiap kumpulan melaksanakankan tugas secara bergilir-gilir.
Jadual Tugasan Bengkel Kemahiran Hidup
Minggu
Tugas
1 2 3 4
Membersihkan lantai dan
A D C B
membuang sampah
Memeriksa dan menyimpan
B A D C
alatan tangan
Membuka atau menutup pintu
C B A D
dan tingkap
Membersih papan tulis dan
D C B A
menutup suis
Tujuan struktur organisasi dan pengurusan bengkel disediakan dan dipraktikkan ialah
o
o
o
o

memastikan alatan dan kelengkapan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur
memastikan murid peka kepada peraturan keselamatan bengkel
memupuk sikap bekerjasama, bertanggungjawab dan menghargai harta benda sekolah
memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik

Langkah Keselamatan
o perlu diberi penekanan utama semasa membuat kerja amali sesuatu projek.
o mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan jika dipatuhi pelajar.
o peraturan keselamatan bengkel
pelajar dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
pelajar dilarang keluar dan masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.
pelajar perlu bekerja dengan teratur dan bersistematik di dalam bengkel.
pelajar dilarang bermain dan bergurau ketika berada di dalam bengkel.
memastikan suis elektrik dan alat kawalan ditutup sebelum meninggalkan bengkel.
membersihkan meja kerja dan menyimpan semua alatan di tempat yang telah
dikhaskan.
bengkel mesti dilengkapi dengan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api.
bengkel mesti mempunyai pencahayaan dan peredaran udara yang baik.
tempat kerja perlu sentiasa bersih dan selamat.
pintu dan tingkap hendaklah sentiasa dibuka semasa kerja amali dijalankan.

o peraturan keselamatan diri

memakai pakaian yang kemas dan sesuai di bengkel.


memakai apron dan berkasut getah semasa kerja amali.
pakai alat pelindung diri seperti gogal, mask, dan sarung tangan semasa
menggunakan mesin.
pelajar dilarang bergurau, bermain atau mengganggu rakan yang lain semasa
berada di bengkel.
pelajar perempuan yang berambut panjang dan yang memakai tudung haruslah
mengikat rambut dan tudung dengan kemas.
pelajar lelaki yang memakai tali leher hendaklah menanggalkannya dan lengan baju
yang panjang harus digulung.
pelajar harus mendapatkan kebenaran guru sebelum menggunakan sebarang
peralatan atau mesin.
kasut yang bertutup dan bertapak getah sahaja sesuai dipakai semasa berada di
bengkel.
laporkan kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada guru dengan segera
dan direkodkan dalam buku rekod kemalangan.

o peraturan keselamatan alatan

mematuhi arahan yang dinyatakan pada label alatan yang digunakan.


alatan yang akan digunakan hendaklah diletakkan di dalam bekas yang sesuai atau
di tempat yang selamat, kemudian disusun di tempat asalnya setelah digunakan.
berada dalam jarak yang selamat semasa menggunakan alatan yang berbahaya.
berhati-hati semasa mengendalikan alatan yang panas, berat dan tajam.
gunakan alatan dengan cara yang betul dan mengikut jenis dan kegunaannya.
alatan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.
laporkan kepada guru jika terdapat sebarang kehilangan atau kerosakan alatan.
penggunaan alatan elektrik hendaklah mendapat kebenaran guru dan mengikut
manual yang dikeluarkan oleh pengeluar dan peraturan keselamatan.
laporkan kehilangan atau kerosakan alatan, kemalangan atau kecederaan kepada
guru dengan segera.
semua alatan dan bahan hendaklah sentiasa tersusun dan diselenggara dengan baik
serta direkodkan dalam buku stok.
peralatan yang berkenaan sahaja perlu di letakkan di meja kerja atau rak khas.
alatan yang berat dan tajam hendaklah diletakkan pada paras yang rendah dan
selamat.
tempat yang digunakan untuk menyimpan alatan dan bahan mudah terbakar, mudah
pecah, dan berbahaya hendaklah sesuai dan selamat.

amalan 4M
setiap pelajar mesti mengamalkan amalan 4M dalam setiap aktiviti di bengkel
Kemahiran Hidup.
amalan 4M ialah membersih, menyusun atur, menilai, dan mendisiplin.
(a) Membersih
(i) semasa di bengkel, pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan diri daripada
aspek fizikal dan mental.
(ii) berfikiran positif dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas di bengkel.
(iii) bekerjasama menjaga kebersihan bengkel supaya bengkel kelihatan bersih,
kemas dan selamat digunakan.
(iv) pembersihan bengkel dilakukan mengikut jadual tugasan yang telah disediakan.
(b) Menyusun atur
(i) sistem penyimpanan dan penyusunan alatan tangan dan bahan di tempat yang
betul perlu dilaksanakan untuk memastikan alatan dan bahan disimpan dengan
teratur, kemas dan selamat serta mudah dikawal dan dikesan.

(ii) alatan dan bahan perlu disusun mengikut jenis seperti bahan mudah terbakar,
bahan kimia, alatan dan bahan mudah pecah, bahan mudah rosak dan bahan
basah untuk tujuan penyimpanan.
(iii) bahan beracun hendaklah dilabel dan disimpan di tempat yang berkunci. Bahan
kimia dan bahan mudah berkarat perlu disimpan dalam bekas yang sesuai.
(c) Menilai
(i) merujuk kepada penilaian terhadap diri sendiri dan tempat kerja.
(il) amalan menilai diri sendiri dan tempat kerja boleh dilaksanakan dengan
mewujudkan satu standard agar bengkel Kemahiran Hidup sentiasa berada
dalam keadaan bersih, kemas, teratur, dan selamat digunakan.
(ii) cara-cara membuat penilaian terhadap diri dan tempat kerja adalah sentiasa
memeriksa langkah-langkah keselamatan diri, keselamatan alatan dan
keselamatan tempat kerja.
(d) Mendisiplin
(i) bermaksud
mengamalkan
peraturan
dan
keselamatan
mengikut
arahan guru.
(ii) memastikan amalan disiplin yang tinggi serta nilai-nilai murni sentiasa
dipraktikkan di dalam bengkel.
(iii) amalan mendisiplin dapat melatih pelajar agar sentiasa mengamalkan prinsip
pengurusan organisasi bengkel yang baik.
(iv) sikap berdisiplin semasa menggunakan alatan dan bahan dapat mengurangkan
kemalangan dan pembaziran bahan.
o

Panduan Keselamatan Semasa di Bengkel


kemalangan berpunca dari penggunaan bengkel, alatan, bahan, mesin, elektrik,dan
bahan beracun yang tidak sesuai dan tidak selamat.
Yang berikut adalah panduan keselamatan yang boleh diamalkan semasa
mengendalikan kerja amali dan aktiviti di bengkel Kemahiran Hidup.
(a) Penggunaan Mesin
i. pelajar tidak dibenarkan menggunakan mesin tanpa kebenaran dan kehadiran
guru.
ii. kawasan mesin di bengkel perlu ditanda dengan garisan merah bagi
menandakan kawasan bahaya.
iii. semasa mesin sedang digunakan hanya dua orang pelajar sahaja dibenarkan
berada dalam kawasan garisan merah.
iv. gogal mesti dipakai semasa menggunakan mesin gerudi dan mesin canai.
(b) Penggunaan Alatan Elektrik
i. pelajar dilarang menggunakan alatan atau kelengkapan elektrik yang rosak.
ii. elakkan daripada membuat penyambungan beban yang banyak pada satu punca
elektrik.
iii. jangan sentuh wayar elektrik yang terputus.
iv. pastikan tangan sentiasa kering semasa menggunakan alatan elektrik.
v. tutup suis selepas menggunakan alatan elektrik dan sebelum mencabut plag.
vi. kasut bertutup dan bertapak getah mesti dipakai semasa melakukan kerja yang
berkaitan dengan elektrik.
vii. segera matikan suis bekalan utama sekiranya bertaku kejutan elektrik.
viii. laporkan kepada guru dengan segera sekiranya berlaku kerosakan pada
peralatan elektrik.
(c) Pencegahan Kebakaran
i. kebakaran di bengkel boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian, kurang
pengetahuan, tidak bertanggungjawab dan amalan pengurusan bengkel yang
tidak sistematik.
ii. di bengkel terdapat bahan yang mudah terbakar seperti kertas, kayu, petrol, cat,
varnis, thinner, turpentin, dan sebagainya.

(d) Bahan Mudah Terbakar


i. alat pemadam api mesti berada dalam keadaan baik, selamat digunakan dan
diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan sedia untuk digunakan.
ii. pemadam api yang berlainan digunakan untuk api yang berpunca daripada
bahan yang berlainan.
iii. pelajar mestilah melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang alat pemadam
api dan mahir menggunakannya.
iv. pelan laluan kecemasan mestilah dipamerkan dalam bengkel atau ruang kerja.
v. pelajar perlu diberi latihan kebakaran supaya dapat mengenalpasti pelan laluan
kecemasan.
o

Cara menggunakan alat pemadam api


Tanggalkan pin
keselamatan
daripada alat
pemadam api
Semasa pin
keselamatan
ditanggalkan,
pastikan alat
pemadam
api berada
dalam keadaan
menegak

Halakan
muncung alat
pemadam api
ke punca api

Tekan tuas alat


pemadam api

Sembur ke
punca api
sehingga api
padam

Pastikan anda
berada pada jarak
antara 1 meter
hingga 1.5 meter
daripada api

Tekan tuas
sehingga
rapat dengan
pemegang
supaya bahan
pemadam dapat
disembur
dengan lancar

Lakukan
semburan secara
sekata ke punca
api sehingga
api dapat
dipadamkan

Etika dan Budaya Kerja


etika kerja bermaksud disiplin dan sikap individu terhadap sesuatu kerja seperti
menepati waktu, amanah, bertanggungjawab, dan mematuhi peraturan semasa
menjalankan sesuatu kerja.
etika kerja juga melibatkan sikap seseorang individu terhadap kerja seperti berfikiran
positif, bersemangat,dan optimistik.
amalan etika kerja akan dapat mewujudkan suasana kerja yang baik di dalam
bengkel Kemahiran Hidup.
budaya kerja bermaksud cara peradapan yang menjadi amalan kepada seluruh
individu dalam sesebuah organisasi seperti memasuki bengkel dengan senyap,
beratur di luar bengkel, mengikut arahan guru setiap masa, dan menjalankan tugas
Alat pemadam api jenis debu kering dan
mengikut jadual.
pelajar yang beretika danbahagian-bahagiannya
sentiasa mengamalkan budaya kerja yang baik akan dapat
menghasilkan mutu kerja yang baik dan produktif.
budaya kerja yang baik juga akan dapat membina sikap berkerjasama dan
bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai