Anda di halaman 1dari 64

SistemSaham.

com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

TEKNIK SISTEMATIK
MELABUR DALAM
PASARAN SAHAM
TEKNIK SISTEMATIK YANG BERKESAN
MENINGKATKAN KEUNTUNGAN
DALAM PASARAN SAHAM

Oleh:
Khairul Arifin Selamat
www.SistemSaham.com

1
Copyright 2010 All Rights Reserved

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Tajuk : SistemSaham.com - Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Penulis : Khairul Arifin Selamat


Penerbit : Shuth Network Sdn. Bhd.

Hak Cipta Terpelihara 2010 Khairul Arifin Selamat


Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga
bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin daripada pihak penulis.

Penafian
Ebook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu
merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda..
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung
di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak
bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat
penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, secara langsung atau tidak langsung. Strategi yang disebut di dalam
naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua
pihak.

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Kandungan
Tajuk

Muka Surat

Bab 1 : Pendahuluan ................................................................................................ 3

Bab 2 : Langkah 1 - Bagaimana Mengenalpasti Arah Tuju Pasaran Saham .............. 6

Bab 3 : Langkah 2 - Teknik Memilih dan Membeli Saham Berpotensi ..................... 20

Bab 4 : Langkah 3 - Teknik Jualan Dalam Saham ...................................................... 44

Bab 5 : Rutin harian saya .......................................................................................... 59

Bab 6 : Kesimpulan ................................................................................................... 62

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bab 1
Pendahuluan
Bagi yang telah bergelumang lama dalam pasaran saham, adalah mustahil untuk tidak nampak
apa yang selalunya terlepas pandang oleh orang-orang kebanyakkan. Jika orang yang telah lama
berurusniaga dalam bidang saham ini tidak nampak rahsia yang terkandung dalam pasaran saham,
barangkali ego mereka terlalu besar dan rasa tidak perlu lagi mengembangkan ilmu sedia ada.
Kebanyakkan daripada mereka hanya cukup dengan secebis keuntungan yang diperolehi tetapi
kemudian dijaja kejayaannya sebegitu luas kepada orang ramai. Padahal keuntungannya hanyalah
keuntungan yang berdasarkan semata-mata nasib. Orang yang untung besar dalam pasaran saham
selalunya akan duduk diam tentang keuntungan yang diperolehinya dan selalunya akan bersikap
merendah diri.

Tujuan ebook ini hanya untuk menyajikan dengan secara keseluruhannya strategi /teknik
pelaburan yang saya gunakan. Walaupun boleh saja strategi/teknik ini didedahkan dalam mana-mana
forum, blog, atau website, tetapi medium terbabit kurang dari segi organisasi dan keberkesanannya.
Contohnya, dalam forum, susah untuk menentukan/mengambil mana-mana point penting apabila
perbincangan menjadi sangat rancak. Lebih baik menggunakan medium ebook sebagai medium yang
terbaik untuk menyebarkan maklumat berkenaan. Tidak serabut dengan komen-komen yang banyak
apabila berada dalam forum.

Komen yang akan dikemukakan dalam mana-mana medium hendaklah dilakukan dengan
mengambil kira keseluruhan isi yang terkandung dalam ebook ini. Jika tidak bersetuju dengan
4

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

strategi/teknik ini, itu tidak mengapa. Sebab tidak semua orang akan sekocok dengan satu-satu
strategi dan kepercayaan seseorang itu kepada sesuatu formula lain turut juga mempengaruhi komen
terbabit. Dalam pasaran saham, ada beratus-ratus strategi/teknik yang dikemukakan bagi
mentafsirkan arah pergerakkan pasaran saham dan cuba mengaut keuntungan daripadanya. Setiap
satunya bergantung kepada kesesuaian pengguna strategi/teknik dari segi pemahaman, ilmu yang
sediaada , dan bermacam-macam lagi. Tiada seorang manusia yang mempunyai ilmu yang sempurna.
Hanya Allah sahaja yang memiliki segala-galanya.

Yang penting sekali dalam melabur adalah pengetahuan, kawalan emosi dan displin. Dari segi
kewangannya, pada pendapat saya, minimum wang yang diperlukan adalah dalam lingkungan
RM5,000 dan yang terpenting sekali adalah untuk pastikan yang wang tersebut merupakan wang
lebihan daripada pendapatan utama anda. Sebab jika berlaku perkara terburuk, iaitu kesemua wang
itu hangus dalam pasaran saham, anda masih lagi boleh tidur nyenyak. Kurang daripada RM5,000
pun tidak mengapa tetapi seboleh-bolehnya jangan kurang daripada RM1,000. Sebab daripada jumlah
berkenaan, setiap transaksi jual/beli saham, anda perlu ditolak kos broker, duty setem, dll yang secara
kasarnya dalam lingkungan 1% hingga 5% daripada wang untuk melabur, bergantung kepada jenis
broker yang anda ambil. Tetapi secara mudahnya, jika anda ada hanya dalam lingkungan kurang
daripada RM10,000, lebih baik gunakan broker murah. Dan sebaik-baiknya gunakan transaksi online
yang disediakan oleh hampir setiap syarikat broker saham.

Akhir sekali, anda boleh pergi terus kepada bab-bab yang menarik perhatian anda. Tetapi
setiap satu bab berkait rapat antara satu sama lain. Setiap teknik yang dinyatakan adalah
kesinambungan kepada teknik sebelum itu. Terpulang kepada anda. Yang penting adalah, setiap
strategi atau teknik perlu sentiasa diuji terlebih dahulu samaada dengan data-data terdahulu
(historical data) atau dengan sedikit wang yang telah diasingkan bagi tujuan testing supaya dapat
meningkatkan lagi keyakinan anda untuk menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan di sini.

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bab 2
Langkah 1 - Bagaimana Mengenalpasti Arah Tuju Pasaran
Saham
Sepanjang pergerakan turun naik keseluruhan indeks pasaran, setiap 3 daripada 4 saham
individu akan turut sama bergerak seiringan dengan indeks pasaran. Oleh itu, pengetahuan dan
pemahaman yang tepat tentang arah indeks pasaran saham, samaada turun (downtrend) atau naik
(uptrend) amat penting sebelum sesuatu urusniaga jual/beli saham dimulakan. Adalah menjadi suatu
yang betul-betul sukar apabila kita cuba menentang arus dengan membeli saham semasa indeks
pasaran saham menunjukkan keadaan pasaran yang lemah atau berada pada masa kejatuhan.

Downtrend dalam sesuatu pasaran selalunya akan berakhir apabila keadaan perniagaan
syarikat sedang atau masih berada dalam keadaan menurun (downtrend) iaitu apabila majoriti syarikat
akan melaporkan kerugian-kerugian yang dialaminya dalam suku terkini. Ini tidak bermakna sebaik
sahaja keadaan pasaran pulih, situasi kewangan syarikat-syarikat akan juga bertambah baik. Akan
masih ada syarikat yang melaporkan kerugian kewangan walaupun pasaran saham telah lebih 3 bulan
berada dalam keadaan uptrend. Ini disebabkan oleh satu keadaan di mana, pasaran saham secara
keseluruhan telah dapat mengagak dan telah mengambil kira semua keadaan ekonomi, politik dan
keadaan semasa dunia beberapa bulan ke hadapan dan ini ditunjukkan dengan kenaikkan indeks
pasaran saham walaupun keadaan ekonomi negara atau persepsi majoriti pada pasaran saham masih
pada aras terendah. Dalam kata lain, pasaran saham merupakan indikator terkehadapan (leading
6

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

indicator) berbanding analisis fundamental bacaan statistik ekonomi negara seperti KDNK, dll. Pasaran
saham boleh dikatakan sebagai satu benda hidup yang boleh mengagak kesan sesuatu keadaan dan
menterjemahkannya ke dalam pergerakan harian price dan volume. Ia merupakan tempat
berkumpulnya beribu-ribu pelabur yang membuat berbagai-bagai keputusan tetapi keputusan terakhir
akan diperlihatkan pada harga penutup saham atau index pasaran, samaada turun atau naik
berbanding hari-hari sebelumnya. Uptrend dalam sesuatu pasaran pula akan berakhir apabila keadaan
perniagaan dalam keadaan terbaik di mana syarikat-syarikat akan melaporkan keuntungankeuntungan yang telah diperoleh pada suku terkini dan persepsi majoriti berada pada tahap terbaik
berkenaan pasaran saham. Ekonomi negara juga pada ketika itu berada pada tahap
memberangsangkan. Jadi dengan hanya bergantung kepada analisis fundamental sahaja tidak
mencukupi untuk keluar masuk pasaran saham. Tetapi masih terdapat kebanyakkan pelabur
bergantung kepada hanya analisis fundamental untuk tujuan tersebut.

Kaedah terbaik mengenalpasti arah pergerakan saham-saham adalah dengan melihat,


memahami dan metafsirkan dengan teliti carta harian indeks-indeks pasaran saham dari segi
perubahaan harian price dan volume. Kebanyakkan orang akan menyatakan adalah mustahil untuk
mengagak arah pergerakkan pasaran saham turun atau naik. Tanggapan ini hasil daripada percubaan
para fund manager institusi kewangan untuk mengagak dan mengikuti dengan tepat arah pergerakkan
pasaran saham. Tetapi mereka gagal. Disebabkan saiz fund yang mereka uruskan terlalu besar,
menyebabkan tindakan keluar masuk pasaran tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat,
padahal keadaan pasaran saham boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Faktor kekangan yang
diberikan kepada fund manager oleh pihak atasan institusi kewangan turut menyumbang kepada
ketidakupayaan mereka untuk keluar masuk pasaran secara pantas. Kebanyakkan institusi kewangan
akan mensyaratkan kepada fund manager untuk sentiasa dalam keadaan fully invested 95% ke 100%
daripada saiz fund yang mereka uruskan. Ini bermakna, fund manager tiada kebebasan untuk keluar
masuk pasaran saham seperimana yang biasa dilakukan oleh pelabur individu. Kita sebagai pelabur
individu tiada masalah berkaitan saiz fund. Kita boleh masuk dan keluar daripada pasaran dalam
sekelip mata dan boleh bergantung sepenuhnya kepada arah pergerakan semasa pasaran dalam setiap
keputusan yang diambil dan ini memberikan kelebihan yang besar kepada pelabur individu.

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bagi pasaran saham Malaysia, indeks-indeks yang boleh digunakan bagi mentafsirkan keadaan
semasa turun atau naik pasaran adalah:

FBMKLCI - Sebelum ini dikenali sebagai indeks KLCI sebelum diganti dengan FBMKLCI bermula
9 July 2009. Terdiri daripada 30 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia papan utama (Main
Board) berdasarkan market capitalisation.

FBMT100 Terdiri daripada 100 syarikat terbesar dalam Bursa Malaysia. Terdiri daripada
komponent dlam FBMKLCI dan FBM70.

FBMEMAS Terdiri daripada komponent syarikat yang termasuk dalam senarai FBMT100 dan
FBMSCAP (FBM Small Cap Index)

FBMSHA Terdiri daripada komponent indeks FBMEMAS yang mematuhi syarat-syarat patuh
syariah menurut kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti

Terdapat 3 jenis corak carta yang biasa digunakan untuk menanalisis indeks atau saham iaitu
carta bar (bar chart. HLC atau OHLC), carta lilin (candelstick chart) dan carta garis (line chart). Dalam
ebook ini saya menggunakan carta bar (HLC) kerana pada saya carta terbabit merupakan carta terbaik
bagi menganalisis pasaran saham.

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bagaimana hendak mengenalpasti stock market top?

Jika kita mengikuti dengan teliti pergerakkan 4 indeks pasaran yang dinyatakan di atas, kita
boleh menentukan/mengenalpasti stock market top semasa pasaran masih dalam keadaan menaik
(uptrend). Dalam satu hari, sepanjang tempoh kenaikkan pasaran, indeks pasaran saham akan
menunjukkan distribution day, di mana pada hari tersebut pasaran sedang berada dalam keadaan
jualan mengatasi belian dalam volume yang tinggi. Tetapi satu distribution day sahaja tidak mencukupi
untuk memaksa pasaran menukar arah daripada uptrend ke downtrend. Tetapi, jika beberapa
distribution day berlaku dalam tempoh satu atau dua minggu, tekanan jualan dalam pasaaran menjadi
semakin meningkat dan menyebabkan pasaran menjadi lemah. Indeks pasaran tidak semestinya
ditutup rendah dengan peningkatan volume untuk dikenali sebagai distribution day, tetapi distribution
day juga boleh berlaku apabila indeks hanya mampu ditutup tinggi sedikit berbanding hari
sebelumnya walaupun pada awal urusniaga saham pada hari tersebut, indeks berada pada paras
memberangsangkan dengan keuntungan melebihi 1%. Bagi kes yang kedua, ia dikenali sebagai stalling
action. Dalam kedua-dua kes yang dinyatakan sebelum ini (lower close atau stalling action), volume
pada hari tersebut perlu meningkat berbanding hari sebelumnya.

Kadangkala, pasaran akan jatuh dengan begitu teruk daripada normal pada satu hari.
Kejatuhan pada hari tersebut sudah boleh menjadi satu trigger yang pasaran telah berada pada
kemuncaknya. Contohnya seperti kebiasaan pasaran akan jatuh dalam lingkungan tidak lebih daripada
1% dalam satu hari. Tetapi pasaran kemudian jatuh lebih 3% dalam satu hari. Keadaan yang tidak
normal itu sudah cukup untuk kita keluar daripada pasaran. Tidak perlu untuk mencari sebab
musabab kenapa berlakunya sedemikian. Yang penting apabila sesuatu berlaku dalam pasaran saham,
maknanya akan terserlah hanya 2 atau 3 bulan akan datang.

Berdasarkan penerangan di atas, element yang terpenting dalam mengenalpasti distribution


day adalah peningkatan volume berbanding volume hari sebelumnya. Peningkatan volume berbanding
hari sebelumnya bermakna terdapat penjualan saham-saham oleh institusi-institusi kewangan besar
(seperti amanah saham (unit trust), bank, syarikat insuran, dll). Disebabkan saiz fund yang mereka

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

uruskan, mereka memerlukan beberapa hari untuk menyelesaikan jualan/belian saham dan mereka
tidak akan menjual/membeli sekaligus dalam satu hari disebabkan mereka perlu menjaga harga jualan
supaya tidak jatuh/naik jauh daripada purata harga jualan yang mereka telah tentukan. Jualan/belian
berperingkat yang dilakukan oleh fund manager juga disebabkan mereka tidak mahu menimbulkan
berlebihan perhatian dalam satu-satu saham yang mereka sedang jual/beli. Jika pelabur biasa
mengetahui mana-mana satu saham sedang dijual/dibeli, akan timbul samaada suasana oversupply
(apabila ramai menjual) atau overdemand (ramai ingin membeli).

Kriteria untuk mengenalpasti distribution day dalam salah satu indeks pasaran saham:
a) Indeks yang ditutup pada hari tersebut memenuhi mana-mana syarat-syarat di bawah:

Indeks pasaran ditutup rendah (lower close) dan mesti sama atau kurang daripada 0.15%. Contoh: indeks yang jatuh -0.11% tidak akan diambil kira, atau

Indeks hanya mengalami sedikit kenaikkan walaupun telah naik tinggi pada awal
urusniaga (stalling action), atau

Indeks ditutup pada bahagian separuh bawah (lower half) jarak high low hari tersebut.

b) Indeks jatuh dalam peratusan yang besar dalam hanya satu hari
c) Volume keseluruhan pasaran akan meningkat daripada hari sebelumnya.
d) Jarak antara indeks high dan low pada hari tersebut kebiasaannya lebih besar berbanding biasa

Beberapa distribution day perlu terjadi dalam tempoh yang singkat (2 atau 3 minggu) dalam
salah satu indeks sebelum keseluruhan pasaran terjerumus ke dalam downtrend. Kebiasaannya,
apabila 4 distribution day terjadi dalam tempoh 2 atau 3 minggu, pasaran akan mengalami reversal
daripada uptrend ke downtrend. Kadangkala, apabila 3 distribution day yang terjadi dalam tempoh 1
minggu, juga sudah mencukupi sebagain petanda awal pertukaran arah pasaran saham.

10

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

[Contoh carta : Mengenalpasti distribution day]

Carta 2.1: FBMKLCI - Market top Januari 1999 sebelum turun sehingga 21% dalam tempoh 3 bulan

Carta 2.2: FBMEMAS - Market top Mac 2007. Pasaran turun 16% dalam hanya 6 hari!

11

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 2.3: FBMKLCI - Market top Julai 2007 sebelum turun 18% dalam 4 minggu

Carta 2.4: FBMSHA - Market top Januari 2008 sebelum turun 13% dalam 7 hari sebelum percubaan pertama rally selepas
distribution day keempat

12

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Petanda tambahan kepada isyarat awal yang pasaran berada dalam peringkat akhir uptrend di
samping petanda distribution day adalah downtrend yang sedang berlaku pada saham-saham terbaik
yang sebelum ini telah mengalami kenaikan besar. Pada peringkat ini, kebanyakkan penganalisis akan
menyarankan kepada pelabur untuk membeli saham-saham tersebut yang sedang jatuh daripada
paras tertinggi. Anggapan mereka saham-saham tersebut akan berupaya untuk melonjak kembali ke
aras terbaik yang pernah dicapai sebelum ini. Logik mudah yang mereka gunakan, apabila sahamsaham terbaik tersebut telah naik 50%, 100% atau 200% dan kemudian mengalami penurunan
dramatik, saham terbabit mungkin dapat mengulangi prestasi terbaiknya sebelum ini dalam masa
yang singkat. Padahal apa yang disarankan oleh mereka tidak lain hanyalah angan-angan kosong
semata-mata. Saham yang sebelum ini telah mengalami kenaikkan berganda-ganda dan kemudiannya
turun ke paras terendah adalah disebabkan minat pada saham terbabit oleh pelabur-pelabur besar
(institusi-institusi kewangan) sudah tidak ada lagi. Apabila tiada sokongan daripada pelabur-pelabur
besar dalam sesuatu saham, mana mungkin saham-saham terbabit dapat naik dengan lebih tinggi.
Apabila sudah hampir tiada pelabur-pelabur besar untuk menyokong saham terbabit (dengan
membelinya) tetapi sebaliknya mereka menjual saham-saham tersebut, maka tiada jalan lain
melainkan harga saham akan turun mendadak. Apabila kebanyakkan pelabur-pelabur besar sedang
atau telah keluar daripada pasaran, maka apa peluang kita sebagai pelabur kecil untuk mendapat
keuntungan daripada pasaran saham. Tidak dinafi, akan ada saham-saham tersebut yang akan naik
kembali hampir ke paras tertingginya, tetapi ia hanya berlaku apabila timbul kenbali minat daripada
pelabur-pelabur besar yang kita boleh kenalpasti melalui meningkatnya volume saham itu dalam
tempoh masa tertentu. Ini akan diterangkan pada bab seterusnya.

13

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

[Contoh carta : Downtrend mula dialami saham-saham terbaik sebelum kejatuhan pasaran]

14

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bagaimana hendak mengenalpasti stock market bottom?

Walaupun pasaran sedang berada dalam downtrend, adalah satu kesilapan yang besar apabila
kita tidak memantau pasaran saham dari masa ke semasa. Apabila pasaran saham telah berada dalam
downtrend dalam satu tempoh yang lama, pada bila-bila masa pasaran akan cuba melonjak semula
dan selalunya keadaan itu berlaku dalam masa atau keadaan majoriti pelabur dalam mood yang
terendah sekali dan kebanyakkan berita merupakan hanya berita buruk tentang keadaan pasaran yang
lemah dan tidak bermaya. Adalah menjadi satu kelebihan pada kita, apabila kita dapat memasuki
pasaran pada peringkat awal uptrend berbanding pelabur-pelabur lain yang masih merasakan yang
pasaran masih tidak bermaya untuk naik semula. Jadi bagaimana untuk mengenali bila pasaran sedang
dan telah berada dalam peringkat awal uptrend? Sekali lagi, indeks pasaran saham adalah merupakan
petunjuk paling jelas dan dipercayai berbanding emosi dan pandangan majoriti pelabur.

Dalam sesuatu masa, dalam masa pasaran sedang berada dalam downtrend, indeks pasaran
akan cuba untuk melonjak atau rally. Percubaan rally boleh mula berlaku dalam mana-mana indeks
yang dipantau. Rally bermula apabila indeks pasaran ditutup tinggi dalam salah satu hari semasa
pasaran masih dalam downtrend. Ini dikenali sebagai rally hari pertama bagi indeks terbabit. Selepas
rally hari pertama, indeks pasaraan akan kebiasaannya melonjak pada hari kedua dan ketiga. Tetapi
percubaan rally hari pertama, kedua atau ketiga, tidak cukup untuk mengesahkan yang downtrend
telah berakhir. Bermula pada percubaan rally hari keempat, akan ada satu hari pada hari-hari
berikutnya, di mana indeks pasaran akan melonjak dan ditutup tinggi melebihi 1% dengan volume
yang lebih tinggi berbanding hari sebelumnya. Ini dikenali sebagai followthrough day. Terlebih baik jika
volume pada hari tersebut (follothough day) melonjak melebihi garisan moving average volume bagi
50 hari (50-day EMA volume). Kejadian Followthough day yang paling berkesan untuk mengesahkan
bermulanya uptrend baru yang kekal adalah apabila followthough day terjadi di antara hari ke 4 hingga
ke 10 dalam percubaan rally. Jika followthough day terjadi selepas hari ke 10, uptrend baru tidak
mempunyai cukup kekuatan untuk kekal. Kadang-kala, pasaran akan turun kembali hampir pada aras
support, iaitu paras terendah pada hari pertama rally. Asalkan paras support tidak dibolosi, percubaan
rally masih tetap utuh. Jika aras terendah hari pertama rally dibolosi, perhitungan hari percubaan rally

15

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

bermula semula dengan hari pertama.

Ringkasan kriteria untuk mengenalpasti followthough day dalam salah satu indeks pasaran
saham adalah seperti berikut:
a) Percubaan rally hari pertama bermula apabila indeks pasaran ditutup tinggi dalam salah satu
hari dalam masa downtrend
b) Pencarian followthough day bermula pada hari ke empat percubaan rally
c) Peningkatan sebanyakan >1% dalam mana-mana indeks pasaran saham
d) Peningkatan volume berbanding hari sebelumnya

Cukup dengan hanya 1 indeks pasaran daripada 4 atau 5 indeks pasaran yang dipantau
menunjukkan folluwthrough day sebagai pengesahan kepada uptrend baru. Perlu diingat, walaupun
salah satu daripada indeks yang dipantau menghasilkan followthough day, tidak bermakna yang kita
boleh mula membeli saham secara terburu-buru. Isyarat yang diberikan oleh followthough day hanya
bermakna sudah bermulanya uptrend baru dan juga bermulanya pemantauan saham-saham individu
yang berpotensi mengikut kriteria yang akan dinyatakan dalam bab selepas ini.

16

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

[Contoh carta : Mengenalpasti followthrough day]

Carta 2.6: FBMKLCI - Market bottom April 1999. Pasaran kemudian naik 78% dalam 3 bulan

Carta 2.7: FBMEMAS - Market bottom Mac 2007. Pasaraan naik 32% dalam kurang 5 bulan

17

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 2.8: FBMKLCI - Market bottom Ogos 2007. Pasaraan naik 25% dalam 5 bulan

Carta 2.9: FBMSHA - Market bottom Febuari 2008. Kenaikkan pasaran tidak kekal lama apabila aras terendah hari
pertama rally ditembusi.

18

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Indeks pasaran saham akan memberikan petanda awal tentang keadaan yang akan berlaku 2, 3
atau 4 bulan terkehadapan. Mencari makna atau kesan untuk sesuatu keadaan naik atau turunnya
pasaran saham tidak penting buat masa ini. Makna atau kesan pergerakkan pasaran hanya akan
terserlah kemudian. Perkara paling penting adalah untuk bertindak selaras dengan petanda awal yang
diberikan oleh pasaran saham. Salah satu masalah besar pada diri pelabur, adalah masa yang diambil
untuk menukar persepsi dan pandangan mereka tentang arah pasaran saham. Kebanyakkan pelabur
akan kekal dengan persepsi tentang samaada naik atau turun pasaran walaupun sudah terdapat
amaran awal berkenaan akan berlakunya reversal dalam pasaran saham. Pandangan dan persepsi
pelabur tidak langsung memainkan peranan penting dalam pasaran saham. Yang penting adalah apa
yang sedang indeks pasaran tonjolkan sekarang yang perlu diambil kira dan kemudian kita bertindak
pada arah yang ditunjukkan pasaran. Bukannya melawan arus pasaran.

19

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bab 3
Langkah 2 - Teknik Memilih dan Membeli Saham Berpotensi
Hukum supply and demand merupakan asas penting dalam pasaran saham. Harga saham turun
dan naik bergantung kepada peningkatan/penurunan permintaan berbanding bekalan selain faktor
pengaruh sifat semulajadi manusia iaitu emosi dalam membuat pertimbangan/keputusan dalam
sesuatu urusniaga saham. Melalui terjemahkan carta saham, kita boleh mendapat gambaran tepat
mengenai permintaan dalam sesuatu saham, iaitu saham mana yang sedang dalam proses pembelian
pelabur atau saham mana yang sedang dijual oleh kebanyakkan pelabur. Kesan pada akhir urusniaga
bagi hari tertentu dalam sesuatu urusniaga saham secara individu atau pasaran secara keseluruhan
boleh digambarkan dalam carta saham/indeks dan boleh ditafsirkan dalam 3 jenis kesan akhir iaitu,
saamada diakhir urusniaga belian mengatasi jualan (saham/indeks ditutup tinggi), jualan mengatasi
belian (saham/indeks ditutup rendah) atau belian separas dengan jualan (tidak berubah) berbanding
hari sebelumnya.

Tugas kita adalah untuk mentafsirkan pergerakan price and volume sesuatu saham supaya kita
dapat mengenalpasti saham mana yang sedang dalam proses awal pergerakan naik atau turun dan
kemudian menenalpasti dengan tepat harga belian atau jualan sebelum saham terbabit menjadi
pengetahuan umum bagi kebanyakkan pelabur. Satu perkara yang penting dalam mentafsirkan
saham/indeks, adalah hampir mustahil untuk kita dapat membeli saham pada aras terendah (bottom)
atau menjual saham pada aras tertinggi (peak). Ini disebabkan pada aras tersebut (bottom or peak of

20

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

stock), kita masih tidak tahu setakat mana saham akan berhenti jatuh atau naik, atau berapa jauh
saham akan jatuh atau naik. Pada paras tersebut, ketidakpastian berada pada tahap yang paling tinggi.
Untuk berjaya dalam bidang saham ini, kita perlu betul-betul pasti yang setiap urusniaga yang kita
jalankan akan bergerak pada arah yang dijangkakan.

Lebih daripada 70% urusniaga saham dimonopoli oleh pelabur-pelabur besar iaitu institusi
kewangan besar (amanah saham, bank, insuran, dll). Jika dibandingkan urusniaga yang dibuat oleh
institusi kewangan itu dengan pelabur-pelabur kecil seperti kita, sangatlah jauh perbezaannya.
Pergerakkan pasaran saham bergantung kepada di mana dana institusi kewangan dilaburkan. Satu cara
berkesan untuk mengenalpasti di mana dana institusi kewangan dilaburkan adalah dengan meneliti
carta saham/indeks. Asasnya, jika kita tahu di mana dana yang banyak itu dibelanjakan, kita boleh
piggy back' atau menumpang urusniaga yang mereka sedang jalankan sebab institusi kewangan ini
memerlukan masa untuk menyelesaikan sesuatu urusniaga belian/jualan saham. Tetapi, institusi
kewangan ini amat faham tentang kesan pelaburan besar yang mereka jalankan dan tidak mahu berita
tersebut sampai kepada pelabur-pelabur lain. Jelas sekali tindakan yang akan mereka lakukan adalah
dengan menyebarkan pelaburan mereka pada sesuatu saham dalam tempoh yang panjang dan tidak
sekali-sekali membeli sesuatu saham sekaligus dalam satu atau dua hari. Proses pelaburan mereka ini
hanya dapat dikesan melalui menafsiran pergerakkan price and volume bagi saham yang sedang
mereka beli. Bayangkan jika fund manager unit amanah (unit trust) membeli pegangan satu saham
dengan nilai jutaan ringgit dalam satu atau dua hari. Padahal, purata urusniaga saham tersebut sehari
hanyalah dalam lingkungan puluhan ribu ringgit. Di sini, petanda yang paling ketara yang dapat kita
kesan adalah peningkatan volume bagi saham itu dan ini menandakan saham itu sedang
dikumpul/dibeli oleh institusi kewangan. Kesannya adalah saham itu berpotensi naik dalam tempoh
masa yang panjang sebab institusi terbabit tidak akan melepaskan pegangan saham tersebut dalam
tempoh terdekat kecuali terdapat bencana yang akan dihadapi oleh saham terbabit.

Tetapi bukan bermakna kesemua peningkatan mendadak volume dalam sesuatu saham
menandakan yang saham itu dibeli oleh institusi kewangan dalam jumlah yang banyak.
Kebanyakkannya disebabkan oleh pengumuman sesuatu berita syarikat saham yang dianggap sensasi

21

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

oleh pelabur-pelabur kecil. Ini bermakna, pembelian saham tersebut disebabkan spekulasi berlebihan
oleh pelabur-pelabur kecil dan ini tidak akan dapat melanjutkan kenaikkan harga saham dalam
tempoh yang panjang sebab bila-bila masa pelabur-pelabur kecil ini akan menjual saham itu apabila
kesan sesuatu berita sensasi itu hilang. Selalunya, apabila sesuatu saham yang meningkat mendadak
disebabkan sesuatu berita, penurunan harga saham akan turut mendadak selaras dengan
kenaikkannya sebelum ini. Oleh itu pengetahuan untuk membezakan saham mana sedang
dikumpul/dibeli oleh pelabur-pelabur besar daripada saham-saham spekulasi tinggi amat penting.
Satu hal yang pasti, institusi kewangan ini mempunyai dana dan sumber untuk menyelidik potensi
sesuatu saham berbanding pelabur kecil seperti kita. Sudah pasti kalau mereka membeli sesuatu
saham, sudah pasti mereka amat yakin yang saham itu boleh naik dengan lebih jauh lagi.

Kita boleh melihat dengan jelas mekanism supply and demand yang diterangkan di atas dalam
pasaran saham melalui permahaman tentang carta saham atau chart pattern. Chart pattern
merekodkan prestasi price and volume bagi sesuatu saham dalam tempoh tertentu. Chart pattern
membolehkan kita melihat pergerakan harga saham dalam bentuk graphic representation. Melaluinya,
kita boleh mengenalpasti corak pergerakkan sesuatu saham dari segi price and volume. Chart pattern
bagi saham-saham akan sentiasa berulang-ulang, walaupun tidak akan 100% sama setiap masa. Ini
kerana pergerakkan price and volume dalam sesuatu saham dipengaruhi oleh faktor sifat semulajadi
manusia dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan membaca dan mentafsirkan chart pattern
saham-saham dengan betul dan tepat, kita akan dapat mengenalpasti saham-saham yang mempunyai
kebarangkalian tinggi untuk naik lebih jauh dan dapat mengelak daripada saham-saham yang berisiko
tinggi. Dengan kata lain, kebolehan menterjemah chart pattern hanya sebagai cara untuk
meningkatkan kebarangkalian sesuatu saham tersebut berpotensi naik lebih jauh. Ini semua berkaitan
dengan kebarangkalian dan bukannya exact science. Tiada formula yang dihasilkan untuk pasaran
saham yang dapat mentafsirkan dengan 100% tepat kebarangkalian bagi sesuatu saham itu boleh naik
atau tidak.

Terdapat beberapa chart pattern yang umum dijumpai pada saham-saham dalam pasaran
Malaysia. Walaupun terdapat banyak chart pattern yang telah dikenalpasti berdasarkan buku-buku

22

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

saham dalam pasaran, tetapi di sini hanya disenaraikan chart pattern yang biasa dan mudah
dikenalpasti dalam pasaran saham Malaysia. Chart pattern yang biasa ditemui adalah:

1. Cup with Handle (CwH)


2. Cup without Handle (CUP)
3. Flat Base (FB)
4. Double Bottom (DB)

Strategi/teknik membeli saham

Sebelum kita memasuki penerangan tentang ciri-ciri chart pattern, perlu diterangkan dahulu di
sini strategi bila dan pada aras harga apa yang saham boleh dibeli dengan risiko yang paling minima.

1. Setiap saham hanya dibeli apabila pasaran berada dalam keadan uptrend yang jelas dan
nyata. Jangan sekali-kali cuba untuk membeli saham apabila pasaran telah berada dalam
keadaan downtrend. Untuk mengenalpasti saham yang berpotensi memerlukan usaha keras
dan masa yang banyak. Jadi jangan sia-siakan masa dan usaha keras itu dengan membeli
saham ketika pasaran dalam downtrend. Jangan cuba untuk menentang arus. Tenaga habis,
duit pun hilang.
2. Hanya beli saham yang berharga RM0.50 ke atas sahaja. Saham berharga di bawah RM0.50
terdedah kepada spekulasi berlebihan dan kebanyakkan pembeli adalah merupakan pelabur
biasa (retail investors) yang hanya berminat untuk mendapatkan keuntungan sekelip masa.
Tujuan kita membeli saham bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan dalam masa 2 atau 3
hari dengan kenaikkan hanya 2 atau 3 point sahaja, tetapi tujuan kita adalah untuk
memaksimumkan keuntungan dalam sesuatu saham dengan menjual apabila sudah tiada
permintaan lagi dalam saham itu ataupun apabila saham tersebut sedang dijual dengan
rancaknya oleh pelabur-pelabur besar.
3. Setiap satu pembelian saham perlulah pada breakout point/pivot sehingga 5% di atas
breakout point/pivot dan breakout vol mestilah melebihi 40% daripada garisan 50-day

23

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

exponential moving average (50-day EMA volume). Pembelian di bawah breakout point/pivot
atau selepas 5% di atas breakout point/pivot ataupun kurang 40% daripada average daily
volume adalah tidak sah dan terdedah kepada risiko tinggi untuk saham jatuh semula. Belian
pada aras yang dinyatakan diatas adalah merupakan aras dan keadaan di mana penentangan
(resistance) kepada kenaikkan saham adalah pada taham yang paling minimum. Apabila aras
breakout point/pivot diatasi dengan volume yang sepatutnya, tiada kuasa yang dapat
menghalang saham untuk naik lebih jauh lagi kecuali jika pasaran keseluruhan menjadi lemah.
Jadi adalah penting saham dibeli pada aras yang sepatutnya.

24

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Cup with Handle (CwH)

Items

Description

Criteria

Prior uptrend

Should have a clear and definite price uptrend prior (from prior low to left
cup) with increasing vol somewhere in the uptrend.

At least up 20% prior


uptrend + vol increase

Cup shape

The cup should be U-shaped, not V-shaped.

U-shaped cup

Cup duration

Trading days/weeks between Left Cup and Current Close.

From 7 to 65 weeks

Cup depth

Usual drop from highest point at left cup to base low.

>=15% and <=33%

Handle

Action on right side of Cup. Price falling back slightly. Must form in upper half
of overall cup, above Midpoint of base. Overall, handle must be above its 10
week EMA line. Handle must point downward.

>= 5 days and <= 90


days

Handle Depth

Percentage difference between the Pivot and the Handle Low

<= 15%

Average daily
volume

Average daily vol must exceed 1000 right before Breakout. In other words,
there must be some active trading in the stock.

Vol 50-day EMA >


1000

Volume pattern

Vol peaked top of Left Cup. Vol decreased near Base Low then picked up again. (B+H) > L
Vol at Handle decreased before Breakout. Number of volume bar below
average line (B) + higher close above average line (H) > number of lower close
with volume bar above average line (L)

Breakout
point/pivot

A point where buying can start up until 5% from proper pivot point. But only
after breakout volume increase >=40% from average daily volume (50-day
EMA volume line)

Breakout volume Volume percentage change that confirm the breakout for the stock. A point

25

1 point above high


point in Pivot
>= 40% from average

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

where buying can start.

daily volume

Kadangkala, handle akan terbentuk di atas aras tertinggi left cup. Variasi CwH ini dinamakan,
Cup with HIGH Handle (CwhH). High handle yang terbentuk mestilah tidak melebihi 5% daripada aras
tertinggi Left Cup. Selain daripada kriteria handle yang diterangkan tadi, CwhH mestilah juga
memenuhi ciri-ciri lain seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas.

[Contoh carta: Cup with Handle]

Carta 3.1: Walaupun KNM jatuh lebih daripada -33% tetapi -38% kurang daripada 5/2 kali kejatuhan keseluruhan market
iaitu -45% (-18% x 5/2)

26

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 3.2: Bentuk carta lebih kepada bentuk sourcer with handle. Masih sah asalkan memenuhi kesemua ciri-ciri CwH

Carta 3.3: Handle mesti terbentuk di atas garisan 50-day EMA atau 10-week EMA jika dalam carta mingguan (weekly chart)

27

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

[Contoh carta: Cup with high Handle]

Carta 3.4: Bentuk carta lebih kepada bentuk sourcer with handle. Ada 2 buy point bagi saham ini. Walaupun Pivot berada
lebih 5% di atas Left Cup, terpulang kepada kita untuk buy pada mana-mana pivot.

Chart 3.5: Pivot point berada 3% di atas aras tertinggi Left Cup.

28

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Cup without Handle (CUP)

Items

Description

Criteria

Prior uptrend

Should always have a clear and definite price uptrend prior to the beginning of At least up 20% prior
left cup (from prior low to left cup) with increasing vol somewhere in the
uptrend + vol increase
uptrend.

Cup shape

The cup should be U-shaped, not V-shaped.

U-shaped cup

Cup duration

Trading days/weeks between Left Cup and Current Close.

From 7 to 65 weeks

Cup depth

Usual drop from highest point at left cup to base low.

>=15% and <=33%

Average daily
volume

Average daily vol must exceed 1000 right before Breakout. In other words,
there must be some active trading in the stock.

Vol 50-day EMA >


1000

Volume pattern

Vol peaked top of Left Cup. Vol decreased near Base Low then picked up again. (B+H) > L
Vol at Handle decreased before Breakout. Number of volume bar below
average line (B) + higher close above average line (H) > number of lower close
with volume bar above average line (L)

Breakout
point/pivot

A point where buying can start up until 5% from proper buy point. But only
after breakout volume increase >=40% from average daily volume (50-day
EMA volume line)

Breakout volume Volume percentage change that confirm the breakout for the stock. A point
where buying can start.

29

1 point above high


point in Left Cup
>= 40% from average
daily volume

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Hampir kesemua kriteria untuk mengambarkan ciri-ciri bentuk CwH boleh digunakan untuk
menggambarkan ciri-ciri bentuk CUP. Kecuali dalam CUP, tiada handle seperti dalam CwH.

[Contoh carta: Cup without Handle]

Carta 3.6: Handle yang ditunjukkan merupakan handle yang cacat, terbentuk di separuh bawah CUP. Harga sebenar belian
adalah dalam lingkungan RM2 RM3. Carta di atas adalah carta selepas saham mengalami stock split.

30

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 3.7: Bentuk CUP yang kecil. Boleh juga dikenalpasti sebagai FB.

Carta 3.8: Apabila jumlah dagangan (vol) di bawah average semasa dalam base, itu menunjukkan tidak ramai yang menjual
berbanding membeli. Ini diperlihatkan dengan jelas dalam carta di atas.

31

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Flat Base (FB)

Items

Description

Criteria

Prior uptrend

Should always have a clear and definite price uptrend prior to the beginning of At least up 20% prior
left cup (from prior low to left cup) with increasing vol somewhere in the
uptrend + vol increase
uptrend.

Base length

Trading days/weeks between start of base and Current Close.

At least 5 days until 6


weeks

Trading range

The difference between the overhead resistance and support level.

<=15%

Overhead
resistance

The uppermost intraday high reached before reversing downward.

NONE

Support

The lowest intraday low before reversing upward.

NONE

Average daily
volume

Average daily vol must exceed 1000 right before Breakout. In other words,
there must be some active trading in the stock.

Vol 50-day EMA >


1000

Volume pattern

Vol peaked top of Left Cup. Vol decreased near Base Low then picked up again. (B+H) > L
Vol at Handle decreased before Breakout. Number of volume bar below
average line (B) + higher close above average line (H) > number of lower close
with volume bar above average line (L)

Breakout
point/pivot

A point where buying can start up until 5% from proper buy point. But only
after breakout volume increase >=40% from average daily volume (50-day
EMA volume line)

Breakout volume Volume percentage change that confirm the breakout for the stock. A point

32

1 point above high


point in overhead
resistance
>= 40% from average

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

where buying can start when price went 1 point above overhead resistance.

daily volume

Secara peribadinya, chart pattern ini merupakan favorite saya berbanding chart pattern lain.
FB terjadi apabila saham telah mengalami kenaikkan yang kukuh (selalunya, setelah naik dengan
mendadak). Kemudian ia berhenti seketika dan bergerak secara mendatar selama beberapa ketika.
Trading range FB selalunya sangat kecil sepanjang pergerakannya yang mendatar dan volume
mengurang sepanjang ia berada dalam corak ini. Jika ciri-ciri ini wujud dalam satu-satu saham,
kemungkinan untuk ia mengulangi kenaikkan mendakan sebelum ini adalah besar sekali.

[Contoh carta: Flat Base]

Carta 3.9: Walaupun bentuk base seperti CwH, tetapi disebabkan base drop kurang daripada 15%, ia dikenali sebagai FB

33

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 3.10: Bentuk seperti CUP tetapi base drop kurang daripada 15%

Carta 3.11: Daripada keadaan wide and loose dari Sept Dec 06, walaupun ada breakout dengan volume above average,
tunggu hingga saham naik dan buat base. Perlu ada pengesahan sesuatu uptrend sebelum membeli saham. Bagi saham
ini, peningkatan 42%, base dan breakout adalah pengesahan kukuh saham boleh pergi jauh lagi. Saham telah mengalami

34

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

stock split pada Oktober 2007. Harga belian sebenar adalah lebih tinggi daripada yang tertera.

Double Bottom (DB)

Items

Description

Criteria

Prior uptrend

always have a clear and definite price uptrend prior to the beginning of left
At least up 20% prior
cup (from prior low to left cup) with increasing vol somewhere in the uptrend. uptrend + vol increase

Bottom
Difference

Price fall from the left lip to the first bottom (B1) expressed as a percentage of >=0%
the height of the left lip.

Center peak of
'W'

Center peak of 'W' (at Pivot) must be below Left Lip and center of whole base
depth.

Pivot < Left Lip & Pivot


> middle of whole
base

DB duration

Trading days/weeks between Left lip and Current Close.

From 7 to 65 weeks

DB depth

Usual drop from highest point at left lip to B1.

>=15% and <=33%

Average daily
volume

Average daily vol must exceed 1000 right before Breakout. In other words,
there must be some active trading in the stock.

Vol 50-day EMA >


1000

Volume pattern

Vol peaked top of Left Cup. Vol decreased near Base Low then picked up again. (B+H) > L
Vol at Handle decreased before Breakout. Number of volume bar below
average line (B) + higher close above average line (H) > number of lower close
with volume bar above average line (L)

Breakout
point/pivot

A point where buying can start up until 5% from proper buy point. But only
after breakout volume increase >=40% from average daily volume (50-day
EMA volume line)

Breakout volume Volume percentage change that confirm the breakout for the stock. A point
where buying can start.

35

1 point above Left Cup

>= 40% from average


daily volume

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bentuk ini boleh juga dikenali sebagai bentuk W. Kriteria yang terpenting sekali bagi DB ialah
berkenaan bottom difference. B2 mesti berada searas atau dibawah B1 sebelum boleh dikategorikan
sebagai DB. Apabila B2 berada di atas B1, kemungkinan chart pattern ini gagal adalah

tinggi.

Kadangkala, DB akan menghasilkan handle pada bahagian kedua 'U' daripada bentuk 'W'.
Kriteria handle pada DB adalah sama dengan kriteria handle pada CwH.

[Contoh carta: Double Bottom]

Carta 3.12: Dalam DB, B2 mesti berada di bawah atau satu aras dengan B1.

36

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 3.13: Kadangkala, selepas membeli saham, saham akan jatuh di bawah buy point, asalkan saham tidak mencecah -8%
di bawah buy point, jangan risau. Ini adalah normal.

Carta 3.14: Aras B1 dan B2 adalah sama. Masih bentuk DB yang sah.

37

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

[Contoh carta: Double Bottom with Handle]

Carta 3.15: Ciri-ciri handle dalam DbwH sama dengan ciri-ciri handle untuk CwH. Buy point pada aras tertinggi handle.

Carta 3.16: Pastikan breakout berlaku di atas garisan 50-day EMA (garisan berwarna merah). Dalam contoh-contoh carta
yang lepas, semua breakout berada di atas garisan merah.

38

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

39

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Ciri-ciri tambahan untuk mengenalpasti saham-saham berpotensi

1. Saham yang sedang dalam proses pembinaan chart pattern atau bases, kadangkala akan
menghasilkan tight area dalam strukturnya. Tight area didefinasikan sebagai kawasan di mana,
dalam carta mingguan (weekly chart), saham akan ditutup samaada tidak berubah atau
mengalami hanya sedikit peningkatan atau penurunan tidak melebih 1% dalam tempoh 3
hingga 4 minggu.
[Contoh carta: Tight area]

Carta 3.17: Jika tight area berlaku dalam base, itu merupakan sesuatu yang bagus untuk base.

40

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

2. Semasa pasaran mengalami downtrend yang teruk, akan ada sebilangan saham-saham yang
akan turun melebihi 33%. Chart pattern saham-saham yang mengalami penurunan melebihi
33% masih sah asalkan nisbah peratusan penurunan saham tersebut berbanding kejatuhan
keseluruhan pasaran berada dalam lingkungan 11/2 atau 21/2 kali ganda. Sebagai contoh,
apabila keseluruhan indeks pasaran jatuh 20% sepanjang tempoh downtrend, chart pattern
bagi saham yang jatuh sebanyak 40% (iaitu 2 kali daripada 20% kejatuhan indeks) masih boleh
dipertimbangkan asalkan memenuhi ciri-ciri chart pattern dalam jadual-jadula di atas. Tetapi,
pilihan terbaik bagi kita adalah untuk menimbangkan/memilih saham-saham yang hanya
mengalami sedikit penurunan berbanding saham-saham lain semasa kejatuhan indeks pasaran.

41

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

[Contoh carta: Saham yang turun melebihi 33% tetapi masih 'sihat']

Carta 3.18: Keseluruhan pasaran jatuh -15%. Berdasarkan nisbah 5/2 kali, kadar maksimum kejatuhan saham adalah 37.5%
untuk masih dikategorikan 'sihat'.

42

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

3. Ciri-ciri yang patut dijauhi dalam chart pattern adalah ciri stuktur harga saham yang dikenali
sebagai 'wide and loose'. Saham yang mengalami ciri ini mempunyai kebarangkalian yang besar
untuk gagal walaupun memenuhi ciri-ciri chart pattern yang telah diterangkan di atas.
Kadangkala, saham yang mempunyai stuktur wide and loose berupaya untuk breakout tetapi
selalunya saham terbabit tidak dapat bertahan lama dan akan turun semula.

[Contoh carta: Wide and loose chart pattern]

Carta 3.19: Walaupun ada breakout daripada CUP base seperti yang ditunjukkan dengan anak panah, jangan beli! Tunggu
sehingga pergerakkan harga saham menjadi teratur dan mudah untuk dijangka.

43

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bab 4
Langkah 3 - Teknik Jualan Dalam Saham
Pertama-tama sekali, perkara yang paling penting perlu ada pada setiap diri pelabur adalah
strategi/pelan bagaimana hendak masuk dan keluar daripada sesuatu urusniaga saham. Stategi untuk
masuk/membeli saham sudah diterangkan dalam bab sebelum ini. Manakala strategi untuk
keluar/menjual saham yang akan diterangkan dalam bab ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu strategi
menghadkan kerugian dalam sesuatu saham dan menjual saham apabila telah menunjukkan
keuntungan. Stategi pertama iaitu menghadkan kerugian boleh disamaertikan dengan pertahanan
yang kuat dan mantap sebelum memulakan sesuatu urusniaga saham. Pertahanan yang kuat bagi
pelabur adalah dengan sedaya upaya menghadkan kerugian yang dialami apabila sesuatu urusniaga
saham tidak berjalan sepertimana yang dijangkakan (cut all your losses short). Pertahanan yang kuat
perlu untuk melindungi aset (duit) kita daripada kerugian-kerugian yang membinasakan. Jika tiada aset
(duit) bagaimana hendak kita meneruskan urusniaga dalam saham. Kesan pada emosi apabila
berhadapan dengan kerugian (losses) dalam lingkungan 10%, 20% akan lagi mempengaruhi
kemampuan pelabur untuk meneruskan urusniaga dalam pasaran saham. Apabila menghadapi
kerugian yang banyak, sesetengah pelabur akan mengatakan yang dirinya adalah pelabur jangka
panjang dan memberi alasan yang lama-kelamaan saham tersebut akan naik semula disebabkan
saham yang dibeli merupakan saham yang bagus dari segi fundamental. Saham yang bagus sekalipun,
jika dibeli pada harga dan masa yang tidak sesuai boleh jatuh dengan begitu teruk sekali.

44

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Semua orang akan melakukan kesilapan, tidak terkecuali juga pelabur-pelabur yang sudah
bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang ini. Secara keseluruhannya, yang membezakan antara
pelabur yang sentiasa kerugian dengan pelabur yang sentiasa untung adalah tentang bagaimana
sesetengah daripada mereka menghadapi kesilapan dalam sesuatu urusniaga. Kesilapan yang dialami
selalunya dalam bentuk kejatuhan harga saham. Contohnya apa tindakan yang sepatutnya oleh
seorang pelabur apabila membeli satu saham, tetapi saham itu tiba-tiba jatuh hingga 8% di bawah
harga yang dibelinya, padahal analisis yang telah dibuatnya menjangkakan yang saham itu akan naik
selepas melepasi sesuatu aras/tanda? Apa tindakan yang akan dibuat oleh pelabur itu dalam
memastikan yang dia masih boleh berurusniaga dikemudian hari? Pelabur yang cerdik akan
mempastikan yang dia akan 'lose small and win big'. Dalam erti yang lain, dengan hanya mendapat
keuntungan dalam 30% atau 40% daripada transaksi saham yang dijalankan, dia mampu untuk
mengaut keuntungan besar. Walaupun mengalami kerugian, kerugian yang dialaminya 70% atau 80%
daripada keseluruhan transaksi adalah merupakan kerugian yang kecil yang jika dijumlahkan secara
keseluruhannya, ia tidak mampu untuk menggugat aset dan kemampuannya berurusniaga semula.
Tetapi untuk sampai ke tahap ini, kita perlu ada strategi berkesan dalam menganalisa pasaran secara
keseluruhan, kemudian memilih saham-saham yang berpotensi dan kemudian menjual saham semasa
saham masih kelihatan kukuh dan sedang naik dan masih ramai yang tidak sedar akan kelemahan yang
telah timbul dalam saham terbabit. Walau bagaimana cerdik atau tingginya IQ kita sekalipun, kita pasti
akan melakukan kesilapan dan sudah pasti kita tidak akan mampu membuat keputusan yang betul dan
tepat sepanjang masa. Ego tiada tempat dalam pasaran saham. Merendah diri dan belajar daripada
kesilapan adalah merupakan formula yang paling berkesan untuk berjaya dalam pasaran saham.

Strategi menghadkan kerugian dalam urusniaga saham

Sentiasa hadkan kerugian dalam sesuatu saham sebanyak 8% daripada harga yang dibeli.
TIADA PENGECUALIAN!. Peraturan ini nampak mudah tetapi apabila kita berada dalam situasi
tersebut yang memerlukan kita membuat keputusan sekelip mata, berbagai-bagai emosi akan timbul
yang boleh mempengaruhi keputusan akhir untuk menjual saham. Faktanya adalah, apabila kita telah
kerugian 8% daripada harga yang kita beli menunjukkan yang kita telah membuat sesuatu kesilapan

45

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

dan setiap kesilapan perlu diperbetulkan. Pembetulan yang pertama-tama sekali adalah untuk
menjual saham yang telah menunjukkan kerugian kepada kita. Jangan tunggu sehingga 2 atau 3 hari
lagi untuk tengok samaada pasaran atau saham akan naik semula! JANGAN! Setiap kerugian yang
besar bermula daripada kerugian kecil. Apabila kita boleh kawal kerugian kecil itu daripada menjadi
besar, itu merupakan pertahanan yang terbaik. Selalunya fikiran kita tidak akan tenang apabila asyik
memikirkan kerugian yang sedang dipikul. Daripada menanggung kesengsaraan keresahan yang timbul
dan selain tidak dapat menggunakan aset tersebut pada saham lain yang lebih berpotensi, adalah
lebih baik untuk cut all your losses short. Dalam kebanyakkan kes, apabila kita dapat pastikan yang
setiap belian saham adalah pada breakout point/pivot dan mempunyai peningkatan volume yang
sepatutnya (seperti yang ditunjukkan dalam bab sebelum ini), jarang sekali saham akan turun dan
memcecah 8% dibawah harga belian.

Jadikan satu rutin untuk merekodkan semua transaksi yang dijalankan. Rekodkan harga belian,
jumlah unit yang dibeli dan yang terpenting sekali, harga jualan apabila saham jatuh 85 di bawah
harga belian. Dengan menulis dengan tepat harga di mana kita perlu cut all losses, kita dapat
bertindak dengan lebih pantas. Strategi yang mudah tetapi tidak ramai yang mampu untuk mengikuti
dengan konsistant strategi ini.

Sebenarnya, setiap orang mempunyai tahap keselesaan darihal kerugian boleh diterima.
Maksima -8% yang disarankan di sini adalah yang tertinggi mengikut pengalaman saya. Selalunya, saya
akan cut losses antara -5% hingga -7% bergantung kepada keadaan pasaran. Jika keinginan untuk
membeli saham tinggi walaupun pasaran berada dalam keadaan lemah atau berada dalam downtrend,
selalunya loss cutting akan disetkan kepada aras paling tinggi iaitu -3% hingga -5%. Ini disebabkan
saham akan mengalami kesan yang besar apabila pasaran secara keseluruhan bergerak ke aras
bertentangan dengan arah yang sepatutnya. Seperti yang telah dinyatakan dalam bab sebelum ini, 3
daripada 4 saham akan turut merasai kesan pasaran secara keseluruhan. Satu nisbah yang tidak
menyebelahi kita.

Kadang-kala, apabila kita sedang berada dalam fasa akhir/penghujung pasaran uptrend, kita

46

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

akan masih menjumpai saham-saham yang berada dalam base dan kemudian melakukan breakout
dengan volume melebihi 40% daripada garisan 50-day EMA. Kebanyakkan kita akan membeli saham
tersebut tetapi tidak lama selepas itu, indeks pasaran menunjukkan isyarat yang pasaran akan
memasuki keadaan downtrend. Dalam kes ini, ada 2 kaedah yang kita boleh guna. Satu, samaada
menjual terus saham yang baru dibeli walaupun masih belum menghasilkan sell signal

atau

menunggu samaada saham menyentuh loss cutting signal (jual apabila saham jatuh 8% di bawah buy
point). Cara yang paling selamat apabila pasaran menunjukkan petanda kelemahan adalah untuk
menjual kesemua sham-saham dalam pegangan dan berada dalam cash semata-mata. Jika pasaran
sedang jatuh, saham-saham individu majoritinya tidak berpeluang untuk menahan desakan ke bawah
pasaran secara keseluruhan.

Strategi menjual saham untuk mendapatkan keuntungan

Seperti yang diterangkan dalam bab 'Teknik memilih dan membeli saham berpotensi', di sini
diulang sekali lagi 3 perkara penting dalam memilih dan membeli saham iaitu:

1. Hanya saham berharga RM0.50 ke atas sahaja yang patut dibeli


2. Belian pada breakout point/pivot (sehingga 5% daripada breakout point/pivot), dan
3. Hanya membeli pada masa pasaran berada dalam uptrend yang jelas dan nyata.

Seterusnya, akan dijelaskan pula teknik bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk menjual saham
yang telah menampakkan keuntungan kepada seseorang pelabur. Walaupun pada permulaannya,
formula ini kelihatan sukar, tetapi dengan bantuan carta akan nampak lebih mudah. Apabila digunakan
pada analisis carta saham, formula-formula ini akan nampak begitu mudah. Sila ulang bacaan 2 atau 3
kali untuk lebih memahami isyarat-isyarat jualan mudah ini.

No.

Kaedah Jualan Saham 1 (K-1) : 3-DAYS RUN-UP WITH ISLAND TOP


1st RUN-UP DAY

47

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

1.1

SETKAN CARTA KEPADA CARTA HARIAN (DAILY CHART)


Sebaik sahaja saham mengalami breakout daripada base (pastikan breakout volume berada
lebih 40% di atas 50-day EMA line), kenalpasti satu hari di mana range (jarak high and low
pada satu price bar) yang terbesar dalam tempoh 5 hari sebelum breakout. Labelkan range
terbesar itu sebagai REF.

1.2

Jika pada hari breakout:


i. range pada hari breakout adalah sama atau melebihi REF, dan
ii. harga saham pada hari breakout ditutup tinggi berbanding semalam, dan
iii. harga saham pada hari breakout berada di atas titik tengah range pada price bar.
Labelkan hari breakout itu sebagai 1st RUN-UP DAY.

1.3

Jika range pada hari breakout adalah lebih kecil daripada range pada 5 hari sebelumnya,
pantau saham terbabit semula dan kenalpasti mana-mana hari selepas hari breakout yang
mempunyai range terbesar berbanding range 5 hari sebelumnya. Jika hari tersebut memenuhi
kriteria dalam langkah (1.2) (i), (ii) dan (iii) di atas, labelkan hari tersebut sebagai 1st RUN-UP
DAY walaupun ia bukan hari breakout.
2nd RUN-UP DAY

1.4

Selepas mengenalpasti 1st RUN-UP DAY, pantau harga saham terbabit seterusnya dan
kenalpasti hari yang mempunyai kriteria yang sama dengan kriteria yang dinyatakan dalam
langkah (1.2) (i) (ii) (iii) dalam tempoh 5 hari selepas hari 1st RUN-UP DAY. Kemudian labelkan
hari tersebut sebagai 2nd RUN-UP DAY.

1.5

Namun, jika dalam tempoh 5 hari selepas 1st RUN-UP DAY tiada hari yang memenuhi kriteria
dalam langkah (1.2) (i) (ii) (iii), mula semula daripada langkah (1.1) untuk mencari range yang
terbesar dalam tempoh 5 hari sebelum itu.
3rd RUN-UP DAY

1.6

Selepas mengenalpasti 2nd RUN-UP DAY, pantau harga saham terbabit seterusnya dan
kenalpasti hari yang mempunyai kriteria yang sama dengan kriteria yang dinyatakan dalam
langkah (1.2) (i) (ii) (iii) dalam tempoh 5 hari selepas hari 2nd RUN-UP DAY. Kemudian labelkan
hari tersebut sebagai 3rd RUN-UP DAY.

1.7

Namun, jika dalam tempoh 5 hari selepas 2nd RUN-UP DAY tiada hari yang memenuhi kriteria
dalam langkah (1.2) (i) (ii) (iii), mula semula daripada langkah (1.1) untuk mencari range yang
terbesar dalam tempoh 5 hari sebelum itu.
ISLAND TOP (PRIMARY)

1.8

Selepas mengenalpasti 3rd RUN-UP DAY, pantau harga saham seterusnya dan kenalpasti hari
di mana:
i. harga tertinggi saham berada di atas harga tertinggi 3rd RUN-UP DAY, dan
ii. saham membuat new high dalam tempoh 6 bulan, dan
iii. saham ditutup di bawah titik tengah range pada price bar.
Rekodkan harga terendah (price low) saham pada hari tersebut. Labelkan hari tersebut
48

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

sebagai ISLAND TOP (PRIMARY).


1.9

Harga terendah yang direkodkan pada langkah (1.8) menjadi support untuk saham terbabit.
Seterusnya, jika hari-hari selepas ISLAND TOP (PRIMARY) saham kemudian membuat new
high, ISLAND TOP (PRIMARY) sebelum ini tidak sah/terbatal. Mula semula daripada langkah
(1.8) untuk mencari ISLAND TOP (PRIMARY) baru dan rekodkan harga terendah ISLAND TOP
(PRIMARY) yang baru.
JUAL!

1.10 Jika saham tidak melepasi harga terendah pada ISLAND TOP (PRIMARY) pada mana-mana
hari selepas ISLAND TOP (PRIMARY), jangan jual! Selagi saham tidak memenuhi kriteria
dalam langkah (1.9) atau saham tidak melepasi harga tertinggi pada hari ISLAND TOP
(PRIMARY), ISLAND TOP (PRIMARY) tersebut masih kekal. Jual sebaik sahaja saham turun
dan melepasi harga terendah ISLAND TOP (PRIMARY). Selalunya ini berlaku dalam masa 1
hingga 5 hari selepas ISLAND TOP (PRIMARY).
Jika saham membuat new high walaupun selepas harga terendah ISLAND TOP (PRIMARY)
telah dibolosi, itu tidak mengapa. Kadangkala, saham akan naik semula. Tujuan kita adalah
untuk sentiasa menjual semasa saham masih dalam keadaan menaik.

No.

Kaedah Jualan Saham 2 (K-2) : 3-DAYS RUN-UP WITHOUT ISLAND TOP


1st RUN-UP DAY
(rujuk langkah pada Kaedah Jualan Saham 1)
2nd RUN-UP DAY
(rujuk langkah pada Kaedah Jualan Saham 1)
3rd RUN-UP DAY
(rujuk langkah pada Kaedah Jualan Saham 1)
ISLAND TOP (SECONDARY)

2.1

Selepas mengenalpasti 3rd RUN-UP DAY, jika tiada ISLAND TOP (PRIMARY), seperti yang
diterangkan dalam jadual di atas ikuti langkah ini untuk mencari ISLAND TOP (SECONDARY):
Selepas 3rd RUN-UP DAY, saham akan memuncak (peaking) dan kemudian turun
semula. Selepas beberapa hari menurun, saham akan cuba untuk naik kembali (rally).
ii. rekodkan harga terendah hari pertama rally iaitu hari dimana saham berada pada
i.

49

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

paras terendah selepas memuncak dan sebelum naik semula untuk rally,
iii. selepas rally hari pertama, pastikan saham telah naik lebih 8% atau lebih daripada
paras terendah dalam (ii),
iv. selepas memenuhi kriteria (iii), kenalpasti hari saham melonjak naik tetapi kemudian
ditutup di bawah titik tengah range pada price bar.
Rekodkan harga terendah (price low) saham pada hari tersebut. Labelkan hari tersebut
sebagai ISLAND TOP (SECONDARY).
JUAL!
2.2

Jual sebaik sahaja saham turun dan melepasi harga terendah ISLAND TOP (SECONDARY).
Selalunya ini berlaku dalam masa 1 hingga 3 hari selepas ISLAND TOP (SECONDARY).
Jika saham membuat new high walaupun selepas harga terendah ISLAND TOP (PRIMARY)
telah dibolosi, itu tidak mengapa. Kadangkala, saham akan naik semula. Tujuan kita adalah
untuk sentiasa menjual semasa saham masih dalam keadaan menaik.

No.

Kaedah Jualan Saham 3 (K-3) : LARGEST SINGLE DAY DROP (LSDD)

3.1

SETKAN CARTA KEPADA CARTA HARIAN (DAILY CHART)


Apabila saham sedang membila chart pattern/base, kenalpasti hari di mana saham
mengalami kejatuhan terbesar atau largest single day drop (LSDD) dalam tempoh bermulanya
base sehingga sebelum saham breakout.
Catatkan kadar kejatuhan dalam unit %. (Contoh : LSDD = -5.65%).

3.2

Selepas saham mengalami hari breakout dengan volume lebih 40% daripada average, pantau
dalam mana-mana hari selepas itu, saamada saham jatuh atau menghadapi loss yang
melebihi LSDD yang direkodkan dalam base sebelum ini.
JUAL!

3.3

Jual sebaik sahaja saham mengatasi LSDD yang direkodkan dalam base sebelum ini.
Kadangkala, saham akan mengalami loss melebihi LSDD dalam tempoh beberapa hari selepas
breakout. JUAL DENGAN SEGERA WALAUPUN SAHAM TIDAK LAGI MELEPASI HARGA LOSS
CUTTING IAITU -8% DIBAWAH HARGA BELIAN!

50

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

[Contoh-contoh carta berkenaan teknik jualan]

Carta 4.1: Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K-3

51

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 4.2: Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K-3

Carta 4.3: Teknik Jualan Kaedah K-1

52

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 4.4: Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K3

Carta 4.5: Teknik Jualan Kaedah K-2

53

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 4.6: Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K3

Carta 4.7: Teknik Jualan Kaedah K-2

54

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 4.8: Teknik Jualan Kaedah K-1 dan K3

Carta 4.9: Teknik Jualan Kaedah K-1

55

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 4.10: Teknik Jualan Kaedah K-2 dan K3

Carta 4.11: Teknik Jualan Kaedah K-1

56

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Carta 4.12: Teknik Jualan Kaedah K-1

Carta 4.13: Teknik Jualan Kaedah K-1

57

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, perkara terpenting adalah untuk mengetahui apa
yang sedang dilakukan oleh pasaran sekarang dari segi price and volume action. Belian sesuatu saham
hanya boleh dilaksanakan apabila pasaran telah jelas berada dalam uptrend apabila menghasilkan
followthrough day. Sebaliknya, saham perlu dijual dengan segera apabila pasaran telah menghasilkan
beberapa distribution day dalam tempoh masa yang singkat, itu pun selagi saham-saham terbabit
tidak menghasilkan sell signal nya terlebih dahulu sebelum pasaran. Selalunya, bagi saham-saham
yang telah mengalami peningkatan yang memberangsangkan dalam uptrend terkini dan kekuatan
saham-saham itu telah menjadi pengetahuan umum, selalunya sudah terlambat untuk membeli
saham terbabit dan saham-saham itulah yang pertama sekali akan menampakkan sell signal nya
sendiri sebelum pasaran. Jika saham-saham terbabit telah mula jatuh bermakna pasaran telah berada
pada kemuncaknya walaupun indeks pasaran masih menunjukkan peningkatan dan kebanyakkan
penganalisis masih mengatakan yang ekonomi berada dalam keadaan terbaik. Yang peliknya dalam
pasaran saham ini, perkara yang bertentangan akan berlaku pada masa-masa kritikal iaitu apabila
saham masih dalam keadaan lemah dan sentiment pelabur rata-rata berada pada tahap yang
terrendah sekali, maka tidak lama selepas itu pasaran akan meningkat semula. Sebaliknya juga berlaku
apabila pasaran telah berada hampir kepada kemuncaknya. Perkara yang paling susah untuk diubah
adalah sentiment majoriti pelabur-pelabur. Walaupun pasaran telah meningkat lebih 6 bulan, tetapi
kebanyakkan pelabur masih mengatakan yang masa masih tidak sesuai untuk melabur. Jadi,
pandangan majoriti tentang pasaran tiada pemberat (no weightage) dalam menentukan arah pasaran.
Yang paling penting adalah mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh pasaran sekarang dan
bertindak berdasarkan maklumat tersebut. Follow the market, do not follow the crowd or your
emotion. Emosi kita adalah musuh kita yang terbesar.

58

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bab 5
Rutin Harian Saya
1. Setiap malam, pada hari urusniaga pasaran saham, saya akan menjalankan proses update data
ke dalam charting software.
a) Data pasaran Bursa Malaysia di download daripada website http://www.bizfun.cc/ .
b) Charting software yang digunakan adalah FChart Pro.

Jika anda tiada wang untuk membeli feature tambahan FChart Pro, anda boleh
menggunakan versi percuma iaitu FChart SE. Anda boleh download di sini
http://www.spacejock.com/FreechartsSE.html . Atau anda boleh menggunakan
charting sofware yang lain di pasaran.

Jika anda tidak berkemampuan untuk membeli data atau charting software, anda boleh
gunakan ChartNexus. Anda boleh membeli feature tambahan ChartNexus jika anda
mahu.

c) Data daripada http://www.bizfun.cc/ tidak mengandungi data harian bagi indeks FBM (iaitu
FBM100, FBMEMAS, FBMKLCI, FBMSHA, atau lain-lain lagi). Data dimasukkan secara
manual daripada OSK 188OMS Realtime Premium Tool (perlu ada CDS account dengan
OSK188.com).
2. Apabila FChart Pro telah di update, indeks data akan di extract dan kemudian dimasukkan ke
dalam spreedsheet yang mengandungi formula bagi menentukan samaada hari tersebut
merupakan accumulation day, distribution day, followthrough day atau N/A.
3. Setelah itu, setiap pergerakan indeks dan saham (yang ada dalam pegangan) akan dianalisis
berdasarkan kaedah yang dinyatakan dalam ebook ini dan direkodkan ke dalam spreadsheet
59

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Stock Transaction and Comments.


a) Rekodkan semua analisis pasaran atau saham-saham ke dalam spreadsheet Stock
Transaction and Comments.
b) Update setiap transaksi saham yang diperolehi daripada broker (jika ada) seperti harga
belian, unit dalam pegangan dan jumlah RM belian atau jualan juga ke dalam spreadsheet
Stock Transaction and Comments.
4. Senarai saham dalam spreadsheet Hit List akan diupdate dengan mengeluarkan mana-mana
saham yang telah naik melebihi 5% daripada breakout point atau saham yang mengalami
kejatuhan yang berlebihan dalam beberapa hari yang lepas. Senarai ini penting supaya dapat
fokus apabila hendak membeli saham. Tumpuan hanya diberikan kepada saham-saham yang
memenuhi kriteria dalam ebook ini.
5. Kemudian, scan menggunakan FChart Pro (FChart SE atau ChartNexus tiada feature scanning)
berdasarkan kriteria:
a) Saham naik lebih 1%, dan
b) Volume meningkat melebihi 50-day Volume EMA.
Saham saham memenuhi kriteria akan dimasukkan ke dalam spreadsheet Daily Scan.
Spreadsheet Daily Scan itu kemudiannya akan dibersihkan daripada saham-saham yang telah
jatuh mendadak atau menjadi kurang menarik. Jadi, tumpuan hanya diberikan kepada sahamsaham yang memenuhi kriteria dalam ebook ini.
6. Senarai saham-saham yang terkumpul dan masih ada dalam spreadsheet Daily Scan akan di
scan secara manual bagi mendapatkan saham-saham yang hampir kepada breakout.
7. Saham-saham yang hampir kepada breakout akan di update kan ke dalam Hit List berserta
harga breakout dan harga maksimum belian (5% di atas breakout point).
8. Akhir sekali, tidur secukupnya bagi menhadapi hari berikutnya.

Rutin ini hanya mengambil masa lebih kurang 1 atau 2 jam sehari, bergantung kepada keadaan
pasaran. Apabila pasaran sedang naik, maka banyaklah saham-saham yang perlu di proses dan masa
yang diperlukan juga bertambah. Dan jika pasaran sedang merundum, masa yang diperlukan
hanyalahdalam lingkungan kurang daripada 30 minit. Objektif utamanya adalah supaya kita dapat

60

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

fokus dan supaya pada setiap pagi sebelum pasaran bermula, kita akan sentiasa bersedia dengan
senarai saham yang berpotensi untuk melonjak naik.

61

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

Bab 6
Kesimpulan
Disimpulkan di sini langkah-langkah yang perlu diambil dalam urusniaga saham:

1. Mengenalpasti trend terkini keseluruhan pasaran saham. Samaada turun atau naik (downtrend
atau uptrend). Pastikan setiap belian atau jualan dilaksanakan apabila pasaran menunjukkan
trend tertentu. FOLLOW THE TREND.
2. Memilih saham yang memiliki kriteria tertentu (CwH, CwhH, FB, DB) bagi meningkatkan
kebarangkalian yang sesuatu saham itu beroleh keuntungan. Mengetahui pentingnya breakout
dan volume action semasa saham keluar daripada base.
3. Sentiasa mempastikan setiap kerugian dihadkan kepada hanya kerugian kecil. CUT ALL YOUR
LOSSES SHORT.
4. Menjual saham berdasarkan syarat-syarat tertentu iaitu apabila saham telah menampakkan
keuntungan dan telah mennyerlahkan sell signal.
5. Sentiasa mengawal emosi dan hanya bertindak berdasarkan maklumat yang diberi oleh
pasaran saham.

Satu perkara yang paling ketara, berdasarkan pengalaman saya bertahun-tahun dalam pasaran
saham adalah, walau seberapa banyak ilmu saham yang ada pada diri seseorang pelabur, jika dia tidak
dapat mengawal emosi atau perasaannya ketika sedang berurusniaga, maka setiap usahanya akan

62

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

menjadi sia-sia. Akal kita ini amat mudah dipengaruhi oleh nafsu dan emosi dalam membuat sesuatu
keputusan. Saya rasa petikan di bawah ini dapat mengambarkan dengan lebih terperinci berkenaan
peri pentingnya kawalan emosi dalam sesuatu urusniaga pasaran saham. Ini adalah petikan daripada
buku yang di karang oleh Jesse Livermore iaitu pelabur yang telah membuat keuntungan berjuta-juta
dollar ketika kejatuhan pasaran saham yang terburuk dalam sejarah tamadun moden pada 1930'an:

"The unsuccessful investor is best friends with hope, and hope


skips along lifes path hand in hand with greed when it comes
to the stock market. Once a stock trade is entered, hope springs
to life. It is human nature to be positive, to hope for the best.
Hope is an important survival technique. But hope, like its stock
market cousins ignorance, greed, and fear, distorts reason.
See, the stock market only deals in facts, in reality, in reason,
and the stock market is never wrong. Traders are wrong. Like
the spinning of a roulette wheel, the little black ball tells the
final outcome, not greed,
fear or hope. The result is objective and final, with no appeal."

Dengan teknik yang dinyatakan dalam ebook ini, akan ada dalam satu-satu masa yang kita akan
berada semata-mata dalam cash. Keadaan ini memang telah dan akan dijangka terutamanya apabila
keadaan pasaran saham telah berada pada penghujung uptrend, masih berada dalam downtrend yang
panjang atau pasaran dalam keadaan sedang cuba untuk rally daripada downtrend. Sudah semestinya
dalam keadaan itu, risiko untuk membeli atau memegang saham terlalu tinggi dan adalah lebih baik
untuk kita menjadi penonton daripada cuba untuk melawan arus.

Disiplin merupakan satu lagi aspek terpenting dalam menjalankan urusniaga pasaran saham.
Tidak akan ada gunanya mempelajari bermacam-macam teori-teori saham jika tiada displin kukuh dari
segi aspek masa dan pelaksanaan teknik urusniaga dalam pasaran saham. Tanpa teknik yang spesifik,
jelas dan berkesan, sudah pasti kebanyakkan urusniaga saham akan menghasilkan kerugian

63

SistemSaham.com Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan

berbanding keuntungan.

Kebanyakkan orang masih beranggapan yang pasaran saham ini merupakan satu aktiviti
mengisi masa-masa terluang di sebalik kerja-kerja di pejabat. Oleh itu, tidak heran jika kebanyakkan
mereka ini mengatakan yang pasaran saham merupakan satu bidang yang sukar dan hampir pasti
membawa kerugian bagi mereka. Setiap orang perlu mengubah persepsi pandangan tersebut kepada
persepsi bahawa pasaran saham ini adalah merupakan salah satu bidang daripada bidang-bidang
perniagaan, yang mana dalam bidang perniagaan perlu untuk terlibat secara langsung dan serius
dalam setiap aspek. Bidang pelaburan sememangnya merupakan salah satu daripada cabang
perniagaan. Jadi adalah penting untuk setiap pelabur untuk menguruskan pasaran saham seperti
mana mereka menguruskan sesuatu perniagaan yang dia sendiri tidak mahu perniagaan itu rugi. Jadi
sebelum berurusniaga dalam perniagaan pasaran saham, perlu ada ilmu, kawalan emosi, dan displin
sebelum berjaya mengaut keuntungan.

Saya berharap ebook ini boleh menjadi panduan kepada anda sekalian. Saya tidak mengatakan
yang teknik saya ini adalah yang terbaik tetapi inilah teknik yang saya gunakan untuk mengaut
keuntungan dalam pasaran saham. Yang pentingnya sekarang, adalah untuk anda mencuba teknikteknik ini dengan data-data saham terdahulu (historical data) dan kemudian mencari kesesuaian buat
diri anda sendiri. SELAMAT MELABUR!

64

Anda mungkin juga menyukai