Anda di halaman 1dari 2

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami

dan isteri.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
Lafaz niatnya : Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi TaalaAllahu
Akbar: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Taala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Membaca doa berikut selepas salam:
YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian
bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai
pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah
pernikahan ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang
soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon
pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau
berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di
dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup
kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak
kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah
kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf
dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan
isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami
kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang
hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada
perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah
tangga kami
Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan
rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan
haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang
yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan
jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang
tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan

kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang
hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu
kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini
samaada yang lahir mahupun yang batin
Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami,
cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau
peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar
menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan
taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu
Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)
Amin ya rabbal a'lamin...