Anda di halaman 1dari 4

SKRIP JURUACARA

PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KE 21 2008

1. Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En.Misrah bin Hj.Ibrahim


Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.

2. (Tunggu sehingga VVIP duduk)


Diminta para hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

3. Assalamualaikum wb.wt. dan salam sejahtera.


Yang Berusaha ,En.Misrah bin Hj.Ibrahim
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman

Yang berusaha
Tn. Hj Aziz bin Ahmad
Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi

Yang Berusaha
Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi
Tuan-tuan pengetua,guru besar,penolong-penolong kanan,
Tuan-tuan dan puan-puan ketua jabatan
Pengurus-pengurus pasukan ,
Ketua-ketua kontijen
Pegawai-pegawai Kejohanan
Guru-guru ,tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekelian.

4. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan


Sekolah-sekolah Daerah Langkawi kali ke 21 mengucapkan selamat
datang dan mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis
perasmian kejohanan pada petang ini.

5. Untuk Memberkati Majlis Perasmian pada hari ini ,dengan segala


hormatnya dipersilakan Ustaz............................membaca
doa.Dipersilakan.

Tuan-tuan dan puan-puan peminat sukan olahraga sekelian.


Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Daerah Langkawi kali ke 21 ini akan dimulakan dengan perbarisan lintas
hormat oleh pasukan-pasukan unit beruniform dan kontijen-kontijen
sekolah daerah Langkawi.

MUZIK.................................

1
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
En.Misrah Hj.Ibrahim Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
untuk menerima Tabik Hormat.Dipersilakan.

6. Perbarisan Lintas Hormat pada hari ini didahului oleh PEMBAWA


BENDERA WARNA-WARNI.

SUSUNAN SEKOLAH............................................

7. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


yang berusaha tuan pengarah kerana sudi menerima tabik hormat.

8. Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekelian.


Sekarang ,bendera kejohanan akan diarak masuk.
Penghormatan ini diberikan kepada 7 orang ahli kadet remaja
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra.

9. Majlis sekali lagi dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha En.Misrah Hj.Ibrahim Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah
Langkawi kali ke 21.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

10. (TUNGGU BENDERA KEJOHANAN DINAIKKAN)

11. Terima kasih yang berbahagia tuan pengraha atas kesudian merasmikan
kejohanan

12. Tuan-tuan dan puan –puan sekelian,


Majlis hari ini diteruskan dengan upacara pembacaan ikrar kejohanan.
Dipersilakan saudara ...........................................................................
untuk menyempurnakan pembacaan ikrar kejohanan

13. Terima kasih saudara ..........................................................................i

14. Sekarang majlis mempersilakan Yang Berusaha tuan Hj Aziz Ahmad


Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi menjemput dan mengiringi Yang
Berusaha En.Misrah Hj.Ibrahim Pengarah Pelajaran Negeri Kedah turun
ke arena untuk diperkenalkan kepada ketua-ketua kontijen yang
mengambil bahagian .Dipersilakan

2
15. Seterusnya ialah majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan maskot
dan perbarisan . Majlis mempersilakan Yang Berusaha tuan Hj Aziz
Ahmad Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi menjemput dan mengiringi
Yang Berusaha En.Misrah Hj.Ibrahim Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
untuk menyampaikan hadiah-hadiah.Dipersilakan.

16. Bagi pertandingan Maskot Terbaik – Kategori Sekolah Menengah

Naib Johan:

Johan :

17. Bagi pertandingan Maskot Terbaik – Kategori Sekolah Rendah

Naib Johan:

Johan :

18. Bagi Pertandingan Perbarisan Terbaik – Kategori Sekolah Menengah

Naib Johan:

Johan :

19. Bagi Pertandingan Perbarisan Terbaik – Kategori Sekolah Rendah

Naib Johan:

Johan :

20. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha tuan
Pengarah kerana sudi menyampaikan hadiah.

21. Sekarang semua peserta perbarisan akan bergerak keluar dari arena

22. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Sekarang marilah sama-sama kita saksikan Pertunjukkan

........................................................

3
4

Anda mungkin juga menyukai