Anda di halaman 1dari 4

1

Bahagian A
[75 Markah]
Arahan: Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.
Soalan 1
Berikut adalah maklumat berkenaan perusahaan Encik Abraham.
Encik Abraham membuka perusahaan penghasilan jem berperisa nanas dan
mangga di Kampung Bakam, Miri. Beliau menggunakan khidmat penduduk
tempatan sebagai tenaga kerja di kilangnya. Penduduk-penduduk setempat
yang dahulunya hanya bekerja di dusun dan bergantung kepada hasil keluaran
buah-buahan kini bekerja sebagai pengilang.
a)

Apakah peranan Encik Abraham sebagai seorang usahawan?

[9 markah]

b)

Apakah yang dimaksudkan dengan pengkhususan mengikut proses? Terangkan secara ringkas.

[6 markah]

c)

Terangkan dan jelaskan jenis-jenis pengkhususan yang wujud dalam pengeluaran.

[10 markah]

Soalan 2
a) Senaraikan 3 kelemahan pengkhususan.

[3 markah]

b) Doktor Lee merupakan seorang doctor perubatan yang memiliki sebuah klinik swasta di pusat bandar Miri.
Sebagai seorang doktor yang memiliki sebuah klinik swasta, mengapakah Doktor Lee sangat memerlukan
perkhidmatan bank dan komunikasi tetapi kurang memerlukan perkhidmatan gudang dan promosi dalam
menjalankan operasi kliniknya?

[8 markah]

c) Juliana merupakan seorang pemborong yang mengimport barang-barang hasil tenusu seperti keju dan
mentega dari New Zealand.
Terangkan bagaimana bantuan perniagaan berikut dapat membantu beliau untuk mengagihkan barang-barang
tersebut ke seluruh Malaysia dari segi:
i) Pengangkutan
ii) Pergudangan
iii) Insurans

[14 markah]

Soalan 3
a) Rajah 1 menunjukkan sebuah gudang pemborong yang menjual barang kepada peruncit.
3755/2

SULIT

2
Barang-barang disusun dengan kemas dan rapi diatas rak.

Peruncit memilih dan mengambil barang-barang yang


dikehendaki

Gambar 1

Peruncit terpaksa membayar secara tunai bagi semua

Gambar 2
Peruncit terpaksa menyediakan pengangkutan sendiri

barang beliannya.

untuk mengankut barang-barang ke kedainya.

Gambar 3

Gambar 4
Rajah 1

Berdasarkan rajah 1 tersebut, jawab soalan berikut:


i)
ii)
iii)

b)

Apakah jenis pergudangan yang ditunjukkan dalam rajah?


[1 markah]
Nyatakan dua ciri keistimewaan gudang tersebut?
[6 markah]
Terangkan tiga kebaikan perniagaan borong tersebut kepada peniaga dan pembeli. [6 markah]

Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan Perniagaan francais yang semakin bertambah bilangannya di negara ini. Pada pendapat
anda, apakah yang menyebabkan ramai peniaga tertumpu terhadap arah aliran ini?

[12 markah]

Soalan 4
a)

Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd adalah sebuah syarikat orong di Kuala Lumpur dan Encik Marcus merupakan
seorang peruncit di Kuantan, Pahang.

3755/2

SULIT

3
Maklumat yang berikut adalah urus niaga antara Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd dengan Encik Marcus pada
bulan Mei 2016.
Mei 2016
3 : Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd menjual barang secara kredit kepada Encik Marcus RM 2500
kurang 10% diskaun niaga .
7: Encik Marcus memulangkan barang RM 250 kerana rosak
18: Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd menjual barang secara kredit kepada Encik Marcus RM 1050.
22: Encik Marcus membayar hutangnya RM 3201 kepada Syarikat 4 Cemerlang.
23: Syarikat 4 Cemerlang menyedari jumlah jualan kepada Encik Marcus pada 18 Mei telah
Berdasarkan urus
niaga
di atas,
nyatakan
yang terlibat
danbukannya
jelaskan ungsi
dokumen
berkenaan yan
tersalah
catat.
Jumlah
jualandokumen
sebenar adalah
RM1500
RM 1050.
Syarikat

b)

dikeluarkan oleh Syarikat 4 Cemerlang Sdn Bhd kepada Encik Marcus pada:
mengambil tindakan membetulkan kesilapan tersebut.
i. 3 Mei 2016
ii. 7 Mei 2016
iii. 22 Mei 2016
iv. 23 Mei 2016
Jelaskan kepentingan diskaun niaga dan diskaun tunai kepada penjual.

[4 markah]
[4 markah]
[4 markah]
[4 markah]
[9 markah]

Soalan 5
a)
b)

Nyatakan lima fungsi peruncit dalam saluran agihan.


[5 markah]
Peruncit kecil-kecilan masih terus wujud walaupun menghadapi persaingan dengan peruncit besar- besaran.

c)

Mengapakah hal demikian berlaku?


[10 markah]
Sekiranya anda hendak membuka perniagaan runcit, apakah yang anda harus lakukan supaya perniagaan
anda berjaya?

[10 markah]

Bahagian B
[25 markah]
Arahan: Soalan ini wajib dijawab.

3755/2

SULIT

Soalan 6
Berdasarkan kajian situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut.
a) Kenalpasti lima maklumat penting yang dapat diperoleh oleh pembeli daripada invois ini.
[5 markah]
b) Kirakan jumlah yang perlu dibayar jika Pasaraya Rorai membuat bayaran dalam 10 hari.
[2 markah]
c) Dalam invois yang ditunjukkan, ada satu kesilapan pengiraan.
i.
Betulkan kesilapan itu dan kirakan jumlah bersih yang sebenar.
[2 markah]
ii.
Apakah jenis dokumen yang akan dihantar oleh pembekal untuk menunjukkan pembetulan dalam invois di
(c)( i)?
[2 markah]
iii.
Nyatakan tiga keadaan lain di mana dokumen seperti di c) (ii) boleh dihantar kepada pembeli. [6 markah]
d) Bilakah invois proforma dihantar kepada pembeli?
[8 markah]

___________KERTAS SOALAN TAMAT__________

3755/2

SULIT

Anda mungkin juga menyukai