Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang
memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang
lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan
mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan
bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,
pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan
dengan guru.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru
sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan
dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam
bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciriciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi
kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada
profesion ( Awang Had Salleh 1980 ). Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan
peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan
mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini
menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap
ahlinya.
Manakala konsep professional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang
terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Terdapat empat atribut dalam
suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam,
kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal
tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh
masyarakat untuk beroperasi.
Pada pendapat saya, kerjaya guru diiktiraf sebagai kerjaya yang professional
kerana latihan khusus yang mereka terima. Untuk menjadi guru, individu tersebut perlu
menerima latihan yang khusus. Program-program Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed)
yang ditawarkan di universiti-universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) mengambil
masa selama 5 tahun termasuk praktikum atau latihan mengajar yang wajib untuk
semua guru pelatih. Program-program Sarjana Muda Pendidikan yang ditawarkan
meliputi berbagai-bagai pengkhususan seperti pengajaran Bahasa Inggeris, Bahasa
Melayu, Matematik dan sebagainya. Jika doktor mengambil masa selama bertahuntahun untuk belajar dan dianggap sebagai kerjaya yang profesional, apakah bezanya
dengan guru?
Kerjaya guru juga dianggap sebagai kerjaya yang professional kerana ia
merupakan perkhidmatan yang unik. Profesion perguruan adalah bidang yang memberi
perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan
dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya guru sahaja
yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat
untuk membangunkan personaliti, kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar (Noran
Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993). Selain dari profesion yang tertua di dunia,
profesion perguruan juga unit dan pelbagai. Guru bukannlah hanya penyampai ilmu
tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator). ibu bapa, pemimpin dan lainlain lagi. Walaupun kanak-kanak boleh dididik oleh ibu bapa mereka, televisyen atau
internet, namun guru adalah pakar yangdilatih untuk mewariskan pengetahuan dan
kemahiran.
Selain itu, ciri-ciri mengapa kerjaya guru diiktiraf sebagai kerjaya yang
professional ialah berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta
berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang
bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu
yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir,
pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai
pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam
melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang
dijalankan. Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru
untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan
sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam
pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.
Disamping itu, ciri terakhir yang membuktikan guru merupakan kerjaya
professional ialah autonomi. Walaupun guru sememangnya mempunyai autonomi, ia
adalah terhad berbanding dengan profesion lain. Contohnya, seorang peguam atau
akauntan boleh menolak dan memilih pelanggannya, guru tidak boleh memilih pelajar
yang bakal diajar. Begitu juga dengan kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan
orang lain tetapi guru bebas menentukan kaedah mengajar yang memadai. Bilik darjah
seorang guru adalah mahligainya, kerana di sini ia boleh mencuba berbagai-bagai cara
pengajaran dan mempunyai autonomi yang jarang dipersoalkan (Sharifah Alwiah
Alsagoff. 1986)
2.0
untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan
ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial
pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti
ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di
sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi
dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan
sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah
laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988).
Isu keguruan pada masa ini tidak lekang di mulut masyarakat. Ada
sesetengahnya menggunakan media sosial sebagai medan pertempuran dan
menyalahkan guru dari pelbagai sudut. Contohnya ialah guru memukul anaknya yang
tidak membuat kerja rumah. Secara logiknya, seorang guru tidak akan memukul anak
muridnya tanpa sebab yang kukuh. Ibu bapa pada masa kini juga terlalu memanjakan
anak masing-masing dan tidak membenarkan guru menyentuh mahupun menjentik
anak mereka tidak seperti ibu bapa pada zaman dahulu. Selain itu, tidak kurang juga
isu mengenai guru yang malas membuat kerja dan tidak menjalankan tanggungjawab
yang seharusnya digalas oleh seorang pendidik. Oleh yang demikian, saya akan
membincangkan beberapa isu keguruan dan bagaiman ingin mengatasinya.
Isu pertama yang saya ingin kupaskan ialah dari keratan akhbar mengenai Guru
Ponteng Sebulan Boleh Diberhentikan Kerja. Ponteng boleh dikategorikan dalam
beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng tugasan. Kesemua
jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah. Antara faktor yang
boleh menjadi penyebab hal ini berlaku ialah kurangannya pegangan agama. Guru
tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama. Agama Islam contohnya
menganjurkan
agar
umatnya
berkerja
dengan
ikhlas,
amanah
dan
penuh
bertanggungjawab. Kerja adalah satu ibadah dan ramai di antara guru yang bekerja
tetapi tidak bersungguh-sungguh, tidak amanah. Walaupun ramai di antaranya yang
berpuasa dan menunaikan solat tetapi perbuatan seperti ponteng tetap berlaku dalam
pekerjaan (Pahrol Mohamad Juoi,2010).
Faktor seterusnya ialah kurang motivasi dari dalaman guru. Guru terbeban
dengan hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa
kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa
tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri,
seseorang guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada
matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman (Pendidik, September
2010). Faktor terakhir ialah gangguan emosi. Emosi yang tidak stabil akan
menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh memberi kesan negatif
dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada tubuh
badan dan pemikiran.
Secara kesimpulannya, cara bagi mengatasi permasalahan tersebut ialah pihak
pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru
yang sering ponteng. Ini berujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru mengambil
tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan merekadi
sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini
bagimengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar
perkara seperti ini tidak akan berulang dikemudian hari. Langkah perbincangan ini
bersesuaian dengan teori kepimpinan humanistik di mana guru tersebut diberikan ruang
kebebasan untuk menceritakan masalah sebenar yang berlaku dan punca masalah ini
berlaku.
Di samping pihak pentadbir juga boleh mendekatkan diri lagi kepada guru yang
bermasalah ponteng kerja ini supaya hubungan lebih akrab dan harmonis di mana
persetujuan dan pemuafakatan lebih mudah dicapai oleh kedua- dua pihak.
Jika
perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap berulang, pihak
pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi
amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak
pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru
yang ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut. Namun demikin
jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa
merujuk guru bermasalahtersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan
25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993 Bahagian III.
Isu seterusnya ialah yang dipetik dari Berita Harian iaitu berita bertajuk NUTP
Dedah Salah Laku Guru Wanita. Berdasarkan artikel yang dipilih menunjukkan bahawa
guru tersebut didakwa mengusik pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa
atau penampilan yang menarik. Tabiat guru tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati
di kalangan ibu bapa pelajar terbabit. Salah satu aduan yang dilakukan ialah salah
seorang pelajar yang menjadi mangsa kejadian menyatakan pipinya seing dicubit-cubit
manja kerana diminati bukan sebagai hukuman disiplin. Perkara ini menjadi suatu isu
apabila pelajar tersebut menjadi segan dan serba salah apabia diejek oleh rakan
sekelas selain rasa tidak selesa.
Sudah menjadi tanggapan umum bahawa guru boleh dijadikan model dalam
kehidupan bermasyarakat. Namun, pandangan dan tanggapan positif masyarakat kian
menipis apabila ada sesetengah guru yang melanggar etika keguruan. Ini termasuklah
guru yang selalu ponteng kelas dan keluar dari kawasan sekolah atas urusan peribadi.
Malah ada guru yang sanggup menghisap rokok dan bersembang dengan guru yang
lain sambil diikuti ketawa hilai. Lebih malang lagi apabila ada guru yang telah
memperdaya dan melakukan hubungan seks dengan pelajarnya. Segala perbuatan
negatif ini tentunya boleh mengikis kepercayaan dan penghormatan masyarakat
terhadap guru.
Faktor yang menjadi penyumbang kepada perlakuan guru tersebut ialah
pengaruh media massa. Menurut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih
banyak dari pengaruh media massa. Kerana pengaruh media elektronik boleh didapati
tanpa sekatan. Antara faktor lain ialah guru tersebut mengahadapi masalah keluarga.
Dunia guru telah membataskan pergaulan dan interaksi mereka dengan rakan setugas
dan para pelajar sahaja. Peluang mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar begitu
terhad. Segala keterhadan ini akan membataskan peluang orang ramai untuk
mengenali dan memahami peranan guru. Lebih ketara lagi apabila guru-guru tidak
mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh terhadap urusan hidup masyarakat moden
seperti sekarang.
Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku
guru yang negatif di mana melalui kaedah ini kita boleh membangunkan kesedaran
guru tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan ke atas murid. Justeru itu
kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam
menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya
guru-guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif ini. Pendidikan seks
bukan sahaja sesuai untuk murid, gur-guru dan masyarakat namun kepada pesalah
gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks ini bertujuan untuk memberi maklumat
yang sebenar tentang keslaahan seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan
kepada murid. Di samping itu juga, pendidikan seks ini juga mengetengahkan implikasi
dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual jika mereka terus
melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.
Isu yang terakhir saya ingin kupaskan ialah keratan dari akhbar bertajuk Ibu
Pelajar Tampar Guru. Isu berkaitan peranan guru di sekolah seringkali dihangatkan
dengan campur tangan daripada pihak ibu bapa dan penjaga. Satu insiden yang
dilaporkan di dalam Kosmo Online yang bertajuk Ibu Pelajar Tampar Guru
membuktikan bahawa isu-isu ini benar-benar berlaku. Insiden yang membabitkan
seorang guru lelaki berusia 26 tahun dan seorang ibu kepada pelajar tingkatan satu ini
berlaku kerana ketidakpuasan hati ibu tersebut terhadap guru yang menampar
anaknya. Cara mengatasinya ialah guru perlu diambil tindakan yang mengikut kepada
peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Sebagai contoh,
tindakan guru perlu merujuk kepada surat pekeliling yang menerangkan tentang guru
perlu mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang melakukan perbuatan
salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan pelajaran
Kesimpulannya, pelbagai isu keguruan telah timbul pada masa kini. Sebagai
seorang pendidik yang bakal mendidik pemimpin negara kelak, kita harus sedar dan
sentiasa berwaspada dengan setiap perlakuan yang dilakukan supaya tidak
mendatangkan isu atau menimbulkan fitnah pada masa hadapan
3.0
Pembangunan
Pendidikan
Malaysia
(PPPM)
merupakan
usaha
belajar,
berfikir,
merancang,
mengajar,
pemudahcaraan,
menilai,
tindakan
bagi
meningkatkan
kemahiran
guru
dalam
proses
perkembangan kerjaya guru ialah kemahiran belajar. Seorang guru harus menguasai
kemahiran
hendaklah
belajar.
Sebagai
mereformasikan
diri
seorang
ke
arah
sikap
dan
dayausaha
prestasinya dalam
bidang
kerja yang kian mencabar. Latihan perguruan yang diterima dahulu dianggap kurang
sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan dalam alaf baru.
cabaran dan tuntutan perubahan
bilik
darjah,
guru
strategi
hendaklah sentiasa
pengajaran
berusaha
dan
Untuk menghadapi
pembelajaran
melengkapkan
diri
dalam
dengan
membaca,
menulis
dan
melakukan
penyelidikan
keyakinannya
dan
ia
akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran . Guru
mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup.
Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya
dalam
era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru,
kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar
maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman
Ketiga ialah kemahiran berfikir. Guru hendakah menguasai ciri-ciri kemahiran
berfikir
bagi
menghadapi
menggunakan
akal
untuk
maklumat,
kesimpulan
yang
konsep
atau
idea
secara
teratur
dan
membuat
atau keputusan yang tepat untuk tindakan sistematik dan wajar. Guru
berinovatif
akan
memberi
peluang
kepada
murid-muridnya
memperkembangkan daya intelek dan kemahiran berfikir. Dalam hal ini guru harus ada
teknik menyoal dalam aktiviti p&p.
Tambahan lagi adalah amalan refleksi dan penulisan reflektif dalam kalangan
guru. Amalan reflektif merupakan amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu
pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita. (Noriati A
Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah,2010) Manakala amalan refleksi pula dapat
memperkaya
diri
dan
merangsang
amalan
Perkembangan
refleksi
memerlukan
perkembangan
sikap
dan
menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini,
guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka
dengan efektif.
Akhir
sekali
tindakan
bagi
meningkatkan
kemahiran
pengajar
bergantung
kepada
itu
guru
seseorang
proses
guru
dalam
dalam
menentukan
pembelajaran.
objektif pelajaran,
memilih isi pengajaran , memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, memilih dan menyediakan bahan- bahan pelajaran serta
menyedia
dan
4.0
BIBLIOGRAFI
Ahmad, & Ibrahim. (2003). Profesion Keguruan Pilihan Terakhir ? : Suatu Tinjauan.
Apa Itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. (n.d.). Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/194849782/Apa-Itu-Pelan-PembangunanPendidikan-Malaysia#download
Faizal Nazaruddin. (2010, January 21). Ibu Pelajar Tampar Guru. Kosmo Online.
Akhiar, P., Shamsina, S., & Muhamad, K. J. (2012). Asas kepimpinan & perkembangan
profesional guru. Kuala Lumpur: Freemind Horizons.
Guru pemupuk budaya membaca. (n.d.). Retrieved from
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/7206-guru-pemupukbudaya-membaca.html
LAMAN CIKGU SUE PKHAS: GURU SEBAGAI SATU PROFESION. (n.d.). Retrieved
from http://cikgusuepkhas.blogspot.my/2013/07/guru-sebagai-satuprofesion.html
Noriati, A. R., Boon, P. Y., & Wong, K. W. (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan
profesional guru. Shah Alam: Oxford Fajar.
Samat, B. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melonjakkan kualiti
pendidikan negara. (DEWAN SISWA, 2012, 6-7.
Syuhada Choo Abdullah. (2011, March 2). NUTP Dedah Salah Laku Guru
Wanita. Berita Harian.
Cara Mengatasi Isu Etika Perguruan - Documents. (n.d.). Retrieved from
http://documents.tips/documents/cara-mengatasi-isu-etika-perguruan.html