Anda di halaman 1dari 3

Murid tahun 4 pukul guru sekolah

WARTAWAN SINAR HARIAN


9 APRIL 2015

Chen yang terpaksa dimasukkan ke hospital


GUANGDONG - CHINA. Seorang guru seni di sebuah sekolah rendah di Dongguan di sini
terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dipukul oleh seorang murid tahun 4 selepas
bertengkar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Pertengkaran tersebut berlaku di Sekolah rendah Zhangmutuo, selepas guru seni, Chen
menyuruh anak muridnya yang dikenali sebagai Bin menghantar kerja rumah yang
diberikannya.
Namun secara tiba-tiba, Bin berdiri dan menarik rambut gurunya dan kemudian memukul
kepala gurunya itu berulang kali. Bin kemudiannya menolak gurunya hingga terjatuh dan
kemudian duduk di atasnya.
Murid lain yang berada di dalam kelas ketakutan dan berlari keluar dan beberapa daripadanya
melaporkan kejadian tersebut kepada guru besar.
Ibu -bapa dan murid tersebut kemudiannya dipanggil ke sekolah.
Ibu bapa, yang datang dari wilayah Jiangxi enggan pergi ke sekolah dan menegaskan bahawa
mereka hanya akan membayar pampasan kepada guru apabila mahkamah memerintahkan
mereka untuk melakukan demikian.
Bagaimanapun, ibu -bapa murid terbabit menghantar buah tangan kepada guru malang
tersebut di hospital.
Guru tersebut, Chen bagaimanapun enggan bercakap kepada pemberita, dan menegaskan
bahawa anak muridnya itu masih di bawah umur dan dia tidak mahu menghebahkan perkara
itu kerana dikhuatiri memberi kesan kepada masa depan kanak-kanak itu.

Sementara itu, memetik laporan Shanghaii, guru besar sekolah terbabit memberitahu, Bin
sebelum ini turut memukul empat orang gurunya dan turut bergaduh dengan murid lain
mengenai isu-isu remeh.
"Saya dan guru-guru lain menasihatkan ibu bapanya untuk menghantar anak untuk terapi,
tetapi mereka enggan berbuat demikian, katanya.

CARA-CARA MENGATASI
*Ibu bapa dan berperanan penting dalam memberi perhatian yang sepenuhnya
kepada anak-anak agar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang negative
dan memberi nasihat yang sebaiknya sekiranya anak-anak melakukan perkara
yang tidak wajar.
*Pendedahan terhadap ilmu agama perlu dititikberatkan agar anak-anak
menyedari tindakan yang dilakukan sama ada betul ataupun tidak disamping
menerapkan adab sopan dan bertatasusila agar mempunyai akhlak yang baik.
*Ibu bapa juga berupaya memantau pergaualan dan pemilihan rakan sebaya
anak-anak supaya mereka dapat memilih rakan yang baik sahaja dalam
pergaulan dan mengelak daripada bergaul dengan pelajar atau rakan yang
terlibat dengan gejala-gejala tidak sihat dan berupaya mempengaruhi kehidupan
mereka
*Tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah pula, ialah dengan
memperbanyakkan pendedahan mengenai keburukan kegiatan
gengsterisme kepada pelajar dan memupuk budaya penyanyang dan saling
hormat menghormati di sekolah.
*Disamping itu, dapat melaksanakan kempen pencegahan jenayah yang lazim
diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan
aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir
memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada
pesalah agar murid dapat membuka minda.

By: adibah aqilah

Anda mungkin juga menyukai