Anda di halaman 1dari 3

Kritikan Seni Visual

PENGENALAN KRITIKAN SENI VISUAL


1. Kritikan seni visual ialah satu kajian tentang sesuatu karya dan rekaan
berdasarkan
Pengetahuan sejarah seni visual
unsur-unsur seni
prinsip rekaan
2. Pengkritik mendalami hasil karya itu dan memberi komen positif dan
negatif bertujuan untuk memajukan karya dan rekaan berkenaan.
3.Kritikan seni berasaskan satu sistem yang teratur merangkumi aspek:
1
2
3
4

Deskripsi
Analisis
Interpretasi
Pertimbangan
TUJUAN KRITIKAN SENI VISUAL
Penghubung antara seniman dengan seniman
Pengkarya mengetahui kekuatan karyanya
Mampu meningkatkan martabat sesebuah karya
Meningkatkan sumber pendapatan karya
Memberikan peluang kepada pihak galeri atau pihak yang
bertanggungjawab mempromosikan hasil seni serta mencari bakat baru
mampu meningkatkan profesional karya
Kualiti karya seni akan meningkat
Mendidik audien memahami karya seni
PENDEKATAN KRITIKAN SENI
Pendekatan kritikan seni ialah cara yang boleh dipakai untuk memberi
komen kepada suatu hasil seni.
Pendekatan kritikan seni ialah
a. Pendekatan jurnalistik
b. Pendekatan ilmiah
PENDEKATAN JURNALISTIK
1 Pendekatan yang kurang formal dan lebih intensif dalam mengkaji sesuatu
karya
2 Berupa perbincangan, forum dan topik perbahasan secara bebas oleh
mana-mana pihak.
3 Komen dibentangkan dalam penulisan.
4 Siaran melalui surat khabar, majalah , televisyen dan internet .
5 Dilakukan secara tergesa-gesa kerana penerbit hendak menyiarkan
pandangan secepat mungkin.
6 Komen kurang mendalam dan kurang tepat
7 Komen sesuai untuk bacaan umum bagi semua lapisan masyarakat
semata-mata untuk minat dan hobi.
8 Contohnya, media massa membincangkan catan yang dihasilkan oleh
seseorang pengkarya tempatan, rekaan kereta disanjung tinggi di majalah

kereta.

PENDEKATAN ILMIAH
Terperinci
nota kaki/rujukan
membuat kritikan (kurator seni visual/sarjana seni visual)
1. Pendekatan yang formal dan lebih mendalam dalam mengkaji sesuatu
karya.
2. Pengkritik perlu mempunyai ilmu yang tinggi.
3. Pengkritik perlu mengetahui aspek-aspek formal sebelum memulakan
kajian.
4. Penyelidikan di institusi formal seperti unversiti.
5. Kaedah saintifik, statistik, soal selidik, dan pemerhatian digunakan untuk
membuat kritikan.
6. Analisis dibuat dengan menggunakan ilmu sebagai sokongan.
7. Hasil penyelidikan ditulis di dalam kertas projek, disertai tesis dan jurnal
yang formal.
8. Sesuai untuk golongan ilmiah dan bukan untuk bacaan umum.
9. Contohnya , pelajar universiti menjalani penyelidikan ke atas baju
tradisional melayu.
10.Kerja kajian meliputi asal usul baju, perkembangan corak baju, nilai
estetik, fungsi dan sebagainya.
4 STRATEGI KRITIKAN SENI
1. DESKRIPSI - menyenaraikan objek yang ada
2. ANALISIS - mencari hubungan unsur dan prinsip
3. INTERPRETASI - mentafsir mesej disampaikan:tersirat dan tersurat
4. PERTIMBANGAN - memberi komen keberkesanan
DESKRIPSI
Pengkritik perlu melihat segala hal benda dan objek yang dipersembahkan
secara visual pada suatu karya.
Menyenaraikan segala objek yang dilihat supaya tiada apa-apa yang
tertinggal.
Mencari objek seperti flora dan fauna.Buatan manusia atau bukan.
Pengkritik mestilah memberi penerangan tentang apa-apa yang hadir
bahagian kiri? Apa warnanya? tekstur kasar atau halus? berapa saiznya.
Media dan teknik yang digunakan hendaklah dicatatkan.
Pengkritik dilarang membuat sebagai anggapan, hipotesis dan kesimpulan
awalan.
Pengkritik perlu membuat penerangan secar terbuka dan adil.

ANALISIS
Mencari fakta tersurat daripada karya itu .
Fokus ditujukan kepada unsur seni (garisan, jalinan, ruang dan
sebagainya).

Hubungan unsur dan prinsip harus diterangkan


Dikaji dari setiap aspek dan mengaitkan mesej yang hendak disampaikan.
Analisis dibuat dari segi
1. Pengolahan karya - Idealisasi (kepercayaan) - Representasi
(perlambangan) - Stalisasi ( gaya persembahan/imej dipermudahkan) Imitasi (peniruan)
2. Gaya penampilan - Secara realistik (gambaran yang sebenar dan hampir
sempurna dengan imej asal yang ditiru) - Abstrak (gambar yang
dipermudahkan dari segi bentuk dan imej sebenar) - Separa abstrak (imej
sebenar diubah sesuai dan dipermudahkan). Contohnya karya "kapal kertas"
Dzulkifli Buyung
INTERPRETASI
Memerlukan pengkritik mentafsirkan apa yang hendak disampaikan oleh
pengkarya.
Pengkritik perlu membuat anggapan, hipotesis, dan teka-teki dalam
mencari mesej yang disampaikan.
Hasil interpretasi dipengaruhi oleh pengalaman hidup pengkritik.
Hubungan masej yang dicari dikaitkan dengan kehidupan pengkritik dan
kemanusiaan secara amnya.
Pengkritik boleh mengekspresikan emosi dan perasaannya.
Disokong dengan fakta dan maklumat yang dikumpulkan di 2 peringkat
sebelumnya.
Pengkritik mencari mesej yang boleh dipadankan dengan karya itu.
Hasil bukan komersil lebih susah di intepretasikan kerana merupakan satu
seni yang diliberal.
Perlu membuat isi tersurat dan tersirat.
PERTIMBANGAN
Memberi komen sama ada karya itu berjaya atau tidak.
Mementingkan pandangan pengkritik.
Pengkritik mempunyai kebebasan untuk menghujah kerana tiada
pernyataan yang benar dan salah dan salah tentang sesuatu karya.
Pertimbangan mestilah ikhlas dan dapat dijelaskan dengan sebab-sebab
munasabah.
Pengkritik profesional menggunakan teori untuk mempertimbangkan
karya.
Teori dipelajari di peringkat tinggi kerana lebih dikenali falsafah seni.

Anda mungkin juga menyukai