Anda di halaman 1dari 2

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

Soalan 10 : Sistem dan Prosuder merupakan satu daripada faktor yg menjejaskan integriti sesuatu
organisasi. Bincangkan .

Terdapat banyak faktor dalam menjamin kecekapan dan keberkesanan sesuatu perkhidmatan
(Fokus Soalan). Kekurangan dan kelemahan satu daripadanya akan menyebabkan integriti sesuatu
organisasi akan terjejas (Non-Isi).
Faktor pertama ialah faktor sistem dan prosuder (H.I.U). Kelemahan sistem, prosuder dan garis
panduan dalam melaksanakan tugas boleh menjejaskan integriti organisasi (H.1). Misalnya, jika kurang
ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam seperti urusan tender mungkin akan
menyebakan tender tersebut diperolehi pihak yang tidak berkelayakan (H.2). Penguatkuasaan secara
terpilih dan tidak berkesan memburukkan lagi keadaan (H.3). Misalnya, kurangnya pemantauan dan
penilaian akan menyebabkan sesuatu organisasi itu akan mengambil kesempatan untuk menyeleweng
kewangan seperti yang berlaku pada Pewaja Steel di Kedah (H.4).
Faktor kedua ialah mengenai kepimpinan (H.I.U). Kepimpinan pelbagai peringkat perlu
mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberi pedoman dan petunjuk bagi melakukan
perubahan untuk kebaikan. (H.1). Kepimpinan masyarakat dan organisasi, baik dalam sektor awam,
swasta, NGO dan sebagainya merupakan tonggak dan peneraju dalam suatu kumpulan yang dipimpin
(H.2). Ada juga di kalangan pemimpin yang tidak mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan
yang ditetapkan (H.3). Hal ini sudah tentu menjejaskan integriti kerana tidak dapat menunjukkan contoh
teladan yang baik dan perlu ditekankan bahawa setiap diri individu itu sendiri adalah pemimpin dan setiap
pemimpin bertanggungjawab terhadap mereka yang dipimpin (H.4).
Faktor ketiga adalah berkaitan struktur dan institusi, yang merupakan komponen penting dalam
menjamin kelancaran pentadbiran kerajaan, swasta dan masyarakat umum (H.I.U). Struktur sesebuah
organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah (H.1).Misalnya,
jika kurang koordinasi akan menyebabkan pembaziran dan tugas yang dilaksanakan tidak sempurna
(H.2). Struktur organisasi perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan
dan cabaran baru (H.3). Pengabaian tanggungjawab dan tidak diselaraskan dengan sempurna akan gagal
mencapai matlamatnya (H.4).
Faktor keempat yang boleh menjejaskan integriti ialah aspek budaya (H.I.U). Persekitaran
budaya yang tidak sihat mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku (H.1).
Budaya tidak sihat akan menyebabkan mereka bersikap tidak peduli, tidak bertanggungjawab dan

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

melepaskan tanggungjawab kepada orang lain (H.2). Budaya yang menjunjung tinggi Integriti akan
memberi persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya
(H.3).Sebaliknya, budaya negatif akan mewujudkan kepincangan dalam organisasi dan masyarakat seperti
gejala penyalahgunaan dadah, seks bebas, mat rempit, bohsia, bohjan, budaya lepak, kutu rayau dan
sebagainya.(H.4).
Seterusnya, faktor kelima yang boleh menjejaskan integriti adalah kerana kelemahan individu
itu sendiri (H.I.U). Kelemahan individu adalah salah satu faktor yang amat penting yang akan
menjejaskan integriti seseorang (H.1).Misalnya, jika seseorang pegawai itu tidak kompetan urusan
menjadi lembap (H.2). Individu yang lemah didikan agama, akhlak dan moral serta penghayatan nilainilai murni, tidak berdisiplin, memiliki sikap tidak peduli, hanya melihat kelemahan orang lain dan
enggan mengakui kelemahan diri merupakan antara kelemahan dalam diri individu (H.3). Tekanan hidup
juga boleh menyebabkan individu terjerumus kepada perkara tidak berintegriti seperti rasuah,
penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral (H.4).
Kesimpulannya, menyedari pentingnya integriti dalam sesuatu organisasi (Isu semasa). Seluruh
anggota masyarakat bertanggungjawab memastikan supaya nilai murni diterapkan dan diamalkan dalam
kehidupan mereka ( Cadangan ).