Anda di halaman 1dari 2

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

Soalan 11: Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan
berpengetahuan, kreatif dan inovatif, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi
merealisasikan hasrat tersebut . Huraikan.

Pembangunan modal insan penting dilaksanakan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti
tinggi,berkemahiran dan berpengetahuan, serta kreatif dan inovatif (Isu Semasa).Kerajaan telah
mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut (Fokus Soalan).
Langkah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah memperluas akses kepada
pendidikan berkualiti (H.I.U). Kerajaan memperuntukkan dana yang banyak dalam memastikan bidang
pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti (H.1). Misalnya, sebanyak RM 6.3 bilion disediakan
untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan, dan peralatan serta mermatabatkan profesion guru (H.2).
Pelbagai bantuan disalurkan kepada pihak sekolah bagi memastikan bidang pendidikan dapat terus
dipertingkatkan (H.3). Misalnya, yuran persekolahan juga telah dimansuhkan dan para pelajar juga akan
diberi sebanyak RM 100 bagi pelajar sekolah Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 untuk membeli bukubuku rujukan (H.4).
Langkah seterusnya untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah memantapkan
pendidikan sekolah rendah dan menengah (H.I.U). Dalam memantapkan bidang pendidikan pihak
kerajaan telah merancang untuk memperkasakan profesion perguruan ke peringkat yang lebih tinggi
(H.1). Misalnya, kerajaan menyediakan biasiswa bagi guru-guru yang melanjutkan pelajaran dalam usaha
untuk mempertingkatkan kemahiran modal insan guru-guru (H.2). Kerajaan juga berusaha untuk
memantapkan lagi penguasaan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar (H.3).
Kerajaan telah mengambil 375 orang guru penutur jati dari United Kingdom dan Australia untuk
mempertingkat pengajaran bahasa Inggeris di sekolah (H.4).
Langkah lain untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah mengarusperdanakan
pendidikan teknikal dan latihan vokasional (H.I.U). Kerajaan telah memberi penekanan kepada
pendidikan teknik dan vokasional seperti yang dilaksanakan di negara-negara maju (H.1). Misalnya,
dengan mewujudkan sekolah teknik dan vokasional di setiap negeri seperti Kolej Vokasional Kuching di
Sarawak dan Kolej Vokasional Shah Alam di Selangor (H.2). Di negara maju, pendidikan teknikal dan
vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana pendidikan tersebut menyediakan prospek kerjaya
yang baik (H.3). Misalnya, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf
bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi ( H.4).

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

Langkah berikutnya ialah dengan mempergiat program latihan dan kemahiran (H.I.U).
Meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran
(H.1). Misalnya, kerajaan menyediakan dana bagi mempergiat Program Industrial Skill Enchancement
di Pusat Latihan Kemahiran Negeri bagi meningkatkan kemahiran graduan dan pekerja (H.2). Graduan
jurusan lain juga digalakkan untuk mengembangkan kompetensi dan keboleh pasaran (H.3).
Misalnya,melalui Program Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, keusahawanan, Skim
Pengurusan Keboleh pasaran Siswazah, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ( H.4).
Langkah akhir dalam melahirkan modal insan yang berkualiti ialah memperkasa pengajian
tinggi (H.I.U). Menambah peratusan staf akedemik berkelulusan PhD (H.1). Misalnya, penambahan staf
akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 % bagi universiti penyelidikan dan 60 % bagi IPTA yang lain
(H.2). Para pensyarah juga berpeluang menikmati kenaikan pangkat (H.3). Misalnya, kenaikan pangkat
pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II, dan I serta dianugerahkan sebagai Profesor
Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran ( H.4).
Kesimpulannya, pembangunan modal insan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya ( Isu Semasa). Penggembelengan tenaga dari semua warga institusi latihan hendaklah
dilakukan secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini adalah tugas besar
(Cadangan).