Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA

PANITIA BAHASA MALAYSIA

KEBIAW

LAPORAN RINGKAS PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2 2015


Panitia Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Nanga Kebiaw telah mengadakan pertandingan
bercerita tahap 2 peringkat sekolah yang berlangsung pada 15 April 2015(Rabu) jam 7.00 malam
bertempat di dewan terbuka asrama.
Pertandingan ini disertai oleh murid tahap 2 sahaja (Tahun 4,5 dan 6).Seramai 4 orang peserta
mewakili setiap kelas masing-masing. Penyertaan adalah secara individu.
Objektif pertandingan ini adalah:
i Mencungkil bakat semulajadi yang ada pada diri murid dalam menyampaikan cerita
dengan menarik dan berkesan.
ii Memupuk sikap yakin diri ketika berhadapan di khalayak ramai.
iii Memupuk sikap mencintai bahasa kebangsaan.
iv Menggalakkan murid membaca bahan-bahan bacaan Bahasa Malaysia.
v Menggalakkan murid untuk memahami cerita-cerita rakyat Melayu.
vi Mendidik murid agar sentiasa berusaha untuk bertutur dalam bahasa Malaysia dengan
baik..
Pertandingan ini telah diadili oleh 2 orang hakim, iaitu Cikgu Tony Bangkong, dan Cikgu
Nurizzati.
Para pemenang diberikan sijil penyertaan serta hadiah berbentuk alat tulis untuk kegunaan murid.
Hadiah diberikan semasa perhimpunan sekolah agar pemenang dapat merasakan mereka dihargai dan
disayangi oleh pihak sekolah.
Panitia Bahasa Malaysia berharap agar murid-murid sekolah dapat menunjukkan komitmen yang
lebih padu dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia pada masa akan datang. Hal yang
demikian agar pemupukan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.
Disediakan oleh:

___________________
(CIK NUR ATIKAH BINTI YAHYA)
Ketua Panitia Bahasa Malaysia,
SK Nanga Kebiaw.

Disahkan oleh:

_____________________
(BENGKONG ANAK SELAN)
Guru Besar SK Nanga Kebiaw.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BERCERITA 2015


Kedudukan
Pertama

Nama Kumpulan/ Nama Peserta


Nama Kumpulan:
Nama Ahli:
1 Agnes Anak Tiro

Kedua

Nama Kumpulan:
Nama Ahli:
1 Nur Aisyah Dayana Binti Mohd Jaapar

Ketiga

Nama Kumpulan:
Nama Ahli:
1 Elvina Natasha