Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA

PANITIA BAHASA MALAYSIA

KEBIAW

LAPORAN RINGKAS PERTANDINGAN TULISAN CANTIK 2015


Panitia Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Nanga Kebiaw telah mengadakan pertandingan
tulisan cantik peringkat sekolah yang berlangsung pada 14 April 2015(Rabu) jam 7.00 malam bertempat
di dewan makan asrama.
Pertandingan ini disertai oleh murid tahap 1 sahaja (Tahun 1,2 dan 3).Seramai 10 orang peserta
mewakili setiap kelas masing-masing. Penyertaan adalah secara individu.
Objektif pertandingan ini adalah:
i Melatih murid menulis dengan cantik dan kemas.
ii Mempertingkatkan kemahiran menulis yang ada pada diri murid dalam bidang
penulisan Bahasa Malaysia di peringkat sekolah.
iii Memperkembangkan penguasaan bahasa Malaysia dalam diri murid.
iv Memupuk sikap mencintai bahasa kebangsaan.
v Menggalakkan murid menulis secara kemas dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia.
vi Mendidik murid agar sentiasa berusaha memperkembangkan potensi diri di peringkat
sekolah.
Pertandingan ini telah diadili oleh 2 orang hakim, iaitu Cikgu Azammudin, dan Cikgu Wan
Mohamad Firdaus.
Para pemenang diberikan sijil penyertaan serta hadiah berbentuk alat tulis untuk kegunaan murid.
Hadiah diberikan semasa perhimpunan sekolah agar pemenang dapat merasakan mereka dihargai dan
disayangi oleh pihak sekolah.
Panitia Bahasa Malaysia berharap agar murid-murid sekolah dapat menunjukkan komitmen yang
lebih padu dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia pada masa akan datang. Hal yang
demikian agar pemupukan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.
Disediakan oleh:

___________________
(CIK NUR ATIKAH BINTI YAHYA)
Ketua Panitia Bahasa Malaysia,
SK Nanga Kebiaw.

Disahkan oleh:

_____________________
(BENGKONG ANAK SELAN)
Guru Besar SK Nanga Kebiaw.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TULISAN CANTIK 2015

Kedudukan
Pertama

Nama Kumpulan/ Nama Peserta


Nama Kumpulan:
Nama Ahli:
1 Edrean Ethan

Kedua

Nama Kumpulan:
Nama Ahli:
1 Mila Muna

Ketiga

Nama Kumpulan:
Nama Ahli:
1 Hendry Jimbau

Anda mungkin juga menyukai