Anda di halaman 1dari 2

PG.

79
Jadual ini menunjukkan nilai eksport Malaysia mengikut negara ASEAN dan
barangan terpilih pada barangan terpilih pada tahun 2010. Negara yang terlibat
adalah terdiri daripada negara Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Brunei
Darussalam, Filipina, Kemboja dan Myanmar. Data ini disesuaikan daripada
perangkaan Agromakanan 2011 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia
Negara yang paling sedikit mengimport barangan terpilih pada tahun RM 308.5
ribu iaitu 0.04% daripada jumlah keseluruhan iaitu RM 826,019.0 ribu. Hal ini
demikian kerana negara Mynmar merupakan negara pertanian. Di situ,
terdapatnya tanah yang subur dan tenaga buruh yang mencukupi menyebabkan
sayur-sayuran dan buah-buahan banyak dihasilkan di kawasan pertanian. Jadi
Myanmar hanya mengimpor barangan terpilih dari Malaysia hanya untuk
menampung sedikit keperluan rakyatnya yang kurang.
Mengikut jadual, negara yang paling banyak mengimport ialah Singapura. Jumlah
nilai eksport negara Singapura adalah RM607,598 tiba atau 73.56% daripada
jumlah keseluruhan iaitu RM 826,019.0 ribu. Hal ini demikian kerana Singapura
merupakan negara pengimport tradisonal dan rakan perdagangan jarak dekat
dapat menjimatkan kos pengangkutan. Selain itu, bahan yang tidak boleh
disimpan lama menyebabkan sukar dieksport ke Asia Barat dan Eropah.
Secara keseluruhan, eksport sayur-sayuran lebih banyak berbanding buahbuahan mengikut negara ASEAN pada tahun 2010. Eksport sayur-sayuran
sebanyak RM 487, 463. 3 ribu berbanding eksport buah-buahan sebanyak
sebanyak RM 338,555.7 ribu. Ini mengkin disebabkan kerana sayur-sayuran
merupakan antara makanan utama dalam diet permakanan harian.
Nilai eksport sayur-sayuran yang paling banyak ialah ke negara Singapura
manakala yang paling sedikit ialah Myanmar. Nilai eksport ke Singapura
sebanyak RM 487, 463.3 ribu atau 78.06 % daripada jumlah keseluruhan RM
487, 463.3 ribu. Nilai eksport ke Myanmar sebanyak RM 158.1 ribu atau 0.03%
daripada jumlah keseluruhan RM 487, 463.3 ribu. Hal ini demikian kerana
penduduk Singapura lebih peka terhadap penjagaan kesihatan manakala
Mnyanmar pula banyak mengeluarkan Sayuran sendiri.
Kesimpulannya, peningkatan kesedaran berkaitan penduduk ASEAN telah
meningkatkan permintaan terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun
permintaan untuk sayur-sayuran lebih tinggi berbanding buah-buahan. Oleh itu,

usaha-usaha pengekspotan sayur-sayuran dan buah-buahan ke negara-negara


ASEAN perlu ditingkatkan supaya dapat menambahkan pendapatan Negara
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai