Anda di halaman 1dari 3

1.

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015


SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
KE -58 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU ANJURAN : UNIT PENTADBIRAN
KOKURIKULUM DAN PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGRAAN / KAJIAN
TEMPATAN SERTA PUSAT SUMBER SEKOLAH DENGAN KERJASAMA KETUA PANITIA
DUNIA SEJARAH, PENDIDIKAN SENI VISUAL, PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SERTA
PANITIA PENDIDIKAN MORAL #sehatisejiwa
2. 1.0 PENDAHULUAN Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan / Kajian
Tempatan serta Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Relau (PSSKSR) dengan
kerjasama Panitia Dunia Sejarah, Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Moral dan
Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi
mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Seri Relau bagi tahun 2014. Justeru, pihak
Panitia dan PSS akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena
sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 bertemakan #sehatisejiwa. Sambutan
Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu
dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktivitiaktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan
manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk
memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama
dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau.
2.0 MATLAMAT Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan
kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
murid-murid dan guru- guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau serta meningkatkan
kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan
Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan.
Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya dapat
mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Seri Relau secara menyeluruh.
Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mengharumkan nama baik SK Seri Relau di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3. 3.0 OBJEKTIF i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA ii. Menanam sikap sayang
dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara. iii. Memupuk dan
memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara. iv. Mewujudkan persekitaran
sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan
menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. v. Mewujudkan semangat
perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin. vi. Murid-murid
mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini. vii. Murid-murid dapat menghayati
makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini. viii.
Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka. ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu
antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan. x. Mencungkil bakat
pelajar. xi. Menguji pengetahuan am para pelajar xii. Mewujudkan komitmen dan
daya saing antara pelajar. xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar
terhadap perkembangan isu semasa. xiv. Membantu para pelajar meningkatkan
keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien. xv. Menyemai semangat

kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada


luput ditelan zaman.
4. 4.0 PENGANJURAN Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Sivik
Dan Kewarganegraan / Kajian Tempatan serta Pihak Pusat Sumber Sekolah
dengan kerjasama Ketua Panitia Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Panitia
Pendidikan Muzik serta Panitia Pendidikan Moral bersama-sama guru-guru
Sekolah Kebangsaan Seri Relau. 5.0 TARIKH Sempena Bulan Kemerdekaan dari 5
Ogos 2014 hingga Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada 16 September
2014. 6.0 PENYERTAAN Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau.
(Termasuk guru dan murid Pendidikan Khas dan Pra Sekolah) 7.0 STRATEGI
Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan
penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan
dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan
dengan bantuan dan kerjasama guru-guru Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pusat Sumber
Sekolah.
5. 8.0 JADUAL PERLAKSANAAN 8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN
KEMERDEKAAN Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh 1.
Pertandingan nyanyian lagu merdeka (solo) Muzik / Bilik Muzik Semua kelas
Tahap II (Tahun 3-6) dan guru-guru kelas tahap II 27 Ogos 2014 2. Pertandingan
Mewarna Pendidikan Seni Visual / Bilik PSV Tahap I ( Tahun 1-3), Pra sekolah dan
Pendidikan Khas dan guru-guru Pendidikan Seni Visual. 11 Ogos 22 Ogos 2015
3. Pertandingan Menghias Kelas (mengikut tema Kemerdekaan) Sejarah / Kelas
masing-masing Semua murid dan semua guru kelas. 12 Ogos- 28 Ogos 2014 4. Kami Anak Malaysia ---Nyanyian Lagu Patriotik oleh semua murid (pada waktu
perhimpunan ) Semua murid dan semua guru. Sepanjang Bulan Kemerdekaan 5.
Pertandingan Fesyen Merdeka - Persembahan Pakaian Rakyat Malaysia Berbilang
kaum Dewan Terbuka Semua Murid sekolah 28 Ogos 2015 6. Pertandingan
Basikal Berhias PSK, KT / Sejarah Semua Murid Sekolah 25 Ogos 2015 7.
Pelancaran mengibarkan Jalur Gemilang - Menghiasi persekitaran sekolah
dengan Jalur Gemilang , poster Kemerdekaan dan lain-lain Pendidikan Moral /
PSK, KT Semua murid, guru dan staf sekolah. Sepanjang Bulan Ogos 8. Pameran
Merdeka (Sudut Sejarah) PSK, KT, Sejarah dan Pend. Moral Semua Murid
Sepanjang Bulan Kemerdekaan
6. 8. i. Kuiz Kemerdekaan ii. Melukis logo sambutan kemerdekaan SKSR Murid
Tahun 3-6 (wakil dari setiap kelas) Murid Tahun 4-6 ( wakil dari setiap kelas 18
Ogos 2014 17 Ogos - 21 Ogos 2015 9. Tayangan video sempena bulan
kemerdekaan Pusat Sumber Sekolah Tayangan film selepas waktu persekolahan
untuk murid-murid dengan bayaran. 16 Ogos - 21 Ogos 2015 10. Sambutan Hari
Kemerdekaan Ke-57 i. Perhimpunanan Khas ii. Deklamasi Sajak Patriotik iii. Dikir
Barat iv. Skesta perjuangan tokoh-tokoh Semua murid dan guru berhimpun di
dewan terbuka sekolah 28 Ogos 2015 11. Perhimpunan Hari Malaysia / Majlis
Penutupan Hari Kemerdekaan 21 September 2015 9.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
7. Bil Aktiviti Kos Bilangan hadiah Anggaran Perbelanjaan 1. Hadiah i.
Pertandingan Nyanyian lagu patriotik (solo ) ii. Pertandingan Mewarna ( Tahap I)
iii. Pertandingan Menghias Kelas. Pertandingan Fesyen Merdeka Pertandingan

Basikal Berhias iv. Kuiz Kemerdekaan - Pertama (4 Kelas) - Kedua (4 Kelas) Ketiga (4 Kelas) - Prasekolah i. Pertama ii. Kedua iii. Ketiga - Pendidikan Khas i.
Pertama ii. Kedua iii. Ketiga - Tahap 1 i. Pertama (3 tahun) ii. Kedua (3 tahun) iii.
Ketiga (3 tahun) - Tahun 1 - Tahun 2 - Tahun 3 - Tahun 4 - Tahun 5 - Pertama Kedua - Ketiga - Sagu Hati - Pertama - Kedua - Ketiga - Tahap 1 (2 tahun ) (Tahun
2 & 3) - Tahap 2 ( 3 tahun) RM 8 4 RM 7 4 RM 5 4 RM 8 RM 7 RM 5 RM 8
RM 7 RM 5 RM 8 3 RM 7 3 RM 5 3 RM 50 RM 50 RM 50 RM 50 RM 50 RM 8
RM 7 RM 5 RM 3 (3) RM 10 RM 9 RM 8 RM 80.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 60.00
RM 250.00 RM 29.00 RM 27.00
8. v. Pertandingan Melukis logo Hari Kemerdekaan i. Pertama (5 tahun) ii. Kedua (
5 tahun) iii. Ketiga ( 5tahun) - Tahap 2 ( 3 Kelas) i. Pertama (3 Kelas) ii. Kedua ( 3
Kelas) iii. Ketiga (3 Kelas) RM 8 5 RM 7 5 RM 5 5 RM 8 3 RM 7 3 RM 5
3 RM 100.00 RM 60.00 2. Perhiasan i. Bendera Kecil (Perhiasan) ii. Bendera
besar -Malaysia -Pulau Pinang iii. Banner ( Sambutan Hari Kemerdekaan) iv.
Dokumentasi 200 RM1 10 RM 12 RM 200.00 RM 120.00 RM 100.00 RM 30.00
3. Sudut Patriotisme dan Pameran Hari Kemerdekaan i. Banner & Bunting RM
60.00 Jumlah RM 1156.00 10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN
KEMERDEKAAN
9. Sila rujuk Lampiran 1 11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
Masa Aturcara Majlis 8.15 pagi - Perhimpunan - Bacaan doa - Nyanyian Lagu
Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu Standing In The Eyes of The
World - Lafaz Rukun Negara - Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. - Persembahan Multimedia - Penyampaian
Hadiah (Pertandingan mewarna, Kuiz, poster) - Pertandingan Fesyen Merdeka Persembahan Basikal berhias - Penyampaian hadiah ( Pertandingan basikal
berhias dan kelas terceria dihiasi bertemakan kemerdekaan) - Nyanyian lagulagu patriotik (solo) pemenang-pemenang pertandingan - Nyanyi bersamasama - Penyampaian hadiah ( Pertandingan Fesyen Merdeka, Pertandingan
nyanyian solo) - Penutup 12.0 PENUTUP Penganjuran Sambutan Bulan
Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Seri Relau ini memerlukan kerjasama dan
komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
10. pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah
yang postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan
lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Seri Relau dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping
memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia. Disediakan
Oleh. _________________ (MANGALAM A/P ILANGKOVAN) Penyelaras Sambutan
Kemerdekaan, Sekolah Kebangsaan Seri Relau. Disemak
oleh, ............................................... (PN SALMAH BINTI ISMAIL) Guru Penolong
Kanan Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Seri Relau. Diluluskan
oleh, ................................................. (PN NORSILAWTI BINTI ISHAK) Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Relau.mj

Anda mungkin juga menyukai