Anda di halaman 1dari 5

Lengkapkan dialog berikut dengan jawapan yang sesuai.

1. Hafiz : Wah, rajinnya bapa membaca surat khabar!


Bapa : ____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. Aiman : Kenapa awak mencuci longkang ini, Danish?
Danish : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
3. Hajar : Kenapa abang memberus gigi sebanyak dua kali setiap hari?
Abang : ____________________________________________________________
____________________________________________________________
Lengkapkan dialog berikut dengan jawapan yang sesuai.
1. Hafiz : Wah, rajinnya bapa membaca surat khabar!
2. Bapa : ____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. Aiman : Kenapa awak mencuci longkang ini, Danish?
Danish : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
3. Hajar : Kenapa abang memberus gigi sebanyak dua kali setiap hari?
Abang : ____________________________________________________________
____________________________________________________________

Teknik Menjawab Soalan Ulasan Bahasa Melayu UPSR 2016

Ulasan 1 perenggan sahaja

Jika pelajar jawab isi tersurat sahaja, maksimum 8 markah

Terima jawapan calon walaupun hanya satu isi tersirat boleh dapat markah
penuh 15 markah
TULIS SEHINGGA 80 PATAH PERKATAAN SAHAJA
JANGAN LEBIH
JIKA LEBIH, BILANGAN PATAH PERKATAAN YANG LEBIH
TIDAK AKAN DIPERIKSA

Tip UPSR: Strategi jawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman


SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab
soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak
memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.
Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi
menjawab soalan kertas ini dengan baik.
BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam
bahagian tatabahasa.
Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami
makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan.
Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan
bahagian tatabahasa.
A. Faham Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan
jawapan yang diberikan.
B. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan
jawapan tersebut.
C. Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya mengagak maksud
jawapan tersebut.

D. Tindakan ini salah kerana calon perlu berusaha memahami maksud pilihan
jawapan itu, bukan sekadar mengagak. Biasanya akan wujud satu atau dua
pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat.
E. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan.
Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi setiap pilihan
jawapan tersebut.
F. Contoh soalan; Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya
G.
H.
I.
J.
K.

yang menarik.
lincir - licin
cekap - mampu melakukan
pintar - pandai
lancar - fasih
Baca Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya
dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan sebeginilah yang biasanya menjadi

perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir.


L. Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.
M. Kesan Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Ini
penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan calon
memilih jawapan yang tepat.
N. Dalam soalan ini, klunya adalah menyampaikan (Bulatkan perkataan
menyampaikan).
O. Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.
P. Pilih Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan
mengikut kehendak soalan.
Q. Oleh itu, fahamkan betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.
Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.
Pengganggu jawapan yang hampir tepat A lincir - licin B cekap - mampu
melakukan C pintar - pandai D lancar - fasih Pilihan jawapan yang paling tepat
Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut: * Jawab soalan yang
mudah terlebih dulu. * Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang
susah. * Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian
tatabahasa. * Segera jawab soalan bahagian petikan. * Baki masa perlu
digunakan untuk menyemak semula jawapan. BAHAGIAN PEMAHAMAN Calon
hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu,
setiap soalan berkait rapat dengan petikan yang disediakan. Antara langkah
yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah:
R. Baca dan faham

S. Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu
barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan.
T. Jangan menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu.
U. Contoh soalan: Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka
berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula
beberapa ekor sebagai tanda menghormati.
V. Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?
W. A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.
X. B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.
Y. C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.
Z. D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.
AA.

B. Cari pembayang jawapan Biasanya klu atau pembayang jawapan ada

dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut. Sebelum menghilang,


lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan
tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda
menghormati. C. Penyesuaian Sesuaikan pembayang yang ditanda atau
digariskan dengan pilihan jawapan diberikan. Apakah pesanan terakhir lelaki
tersebut? (soalan) ... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya
menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula
(pembayang) D. Memilih Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai
dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut
mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada
pembayangnya dalam petikan. Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? A
Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut. B Beberapa ekor ikan perlu
dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN) C Memancing akan menyebabkan
dia diserang penyakit misteri. D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor
ikan yang boleh ghaib. Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti.
Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak
melakukan kesilapan merugikan.
AB.
Antara kelemahan tersebut ialah:
AC.
i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan. ii. Menjawab soalan
dengan tergesa-gesa. iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada
setiap soalan. iv. Membuang masa dengan soalan yang susah. v. Tersalah
menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan. vi. Menghabiskan
masa terlalu lama membaca petikan. vii. Tidak memadam jawapan yang salah
dengan bersih pada kertas OMR. Ingat!: Sebaik saja selesai menjawab semua

soalan, kira jumlah tanda hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu
cukup 40. Jika kurang, bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika
lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan. Oleh itu, calon perlu
semak semula.