Anda di halaman 1dari 3

ULASAN KRITIS

Penulis

: Tenalagi a/p M.Mahandran

Angka giliran : 2015302340072


Tajuk artikel

: ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah Di Sekolah

Penulis artikel : Lee Bih Ni


Bahan

: Jurnal

Penerbit

: Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS,29-30 Ogos 2013)

Tajuk artikel yang diulaskan adalah ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah di Sekolah
yang ditulis oleh Lee Bih Ni. Artikel ini membincangkan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi(ICT)

sebagai

bahan

dalam

penyelidikan

dan

pembangunan

sejarah.

Penyelidikan sejarah boleh mengunakan empat teknik, iaitu tutorial, penerokaan,


komunikasi dan aplikasi. Penulis artikel turut membincangkan kesan dan aplikasi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran(PdP) sejarah.
Artikel ini sangat baik kerana penulis telah menggunakan banyak rujukan bagi menyokong
pendapatnya. Perbincangannya sangat releven kepada guru-guru sejarah di sekolah.
Antaranya, penggunaan ICT dalam pendidikan boleh digunakan dalam pelbagai subjek. Hal
ini kerana penggunaan ICT dapat mempelbagaikan bentuk pengajaran dan menjadikan
interaksi antara murid dan guru menjadi lebih positif. Selain itu, ICT turut dapat
mengukuhkan penglibatan pelajar dalam PdP. Di sini, murid akan menjadi lebih aktif. ICT
juga membantu guru untuk menyampaikan pengajarannya secara berinovatif, berkesan dan
berkualiti. Contohnya, penggunaan sumber digital di internet dalam menjalankan PdP
sejarah. Hal ini kerana perkembangan ICT kini membolehkan akses terhadap sumber digital
sejarah secara mudah. Menurut Cohen dan Rosenzweig (2006), sumber digital sejarah ialah
penyebaran bahan sejarah dalam bentuk multimedia menggunakan rangkaian digital.
Dengan adanya perkembangan ICT, sumber sejarah yang disimpan beribu-ribu kilometer ini
dapat diakses dengan mudah. Penulis turut menyentuh tahap kefahaman guru terhadap
bidangnya untuk menyampaikan ilmu. Pemahaman guru sangat penting untuk menilai
sumber-sumber sejarah yang diterima supaya dapat menentukan kesahihan. Semua bahan
yang terdapat dalam internet itu adalah tidak benar. Oleh itu, dengan adanya pemahaman,
guru dapat membimbing murid untuk mengakses sumber yang sahih dan sesuai. Menurut
Moreno (2006), walaupun internet menyediakan ruang dan peluang untuk murid terlibat
secara aktif dalam pembelajaran namun penerokaan tanpa bimbingan dikatakan boleh

menjadikan murid terasa hilang dan kecewa dalam mencari sumber. Kesukaran
mendapatkan sumber di internet yang sesuai dan sahih ini boleh memberi kesan terhadap
amalan pemikiran sejarah. Menurut Clark (2012) pula, penerokaan tanpa bimbingan boleh
membawa kepada keadaan putus asa. Murid yang berputus asa ini akhirnya meniru
jawapan murid lain tanpa melakukan sebarang penerokaan. Murid juga sering berakhir
dengan miskonsepsi akibat penerokaan bebas. Hal ini kerana sumber yang diteroka oleh
murid adalah tidak sahih dan kebanyakannya memaparkan maklumat sejarah yang kurang
tepat. Semasa mencari dan memilih sumber sejarah yang sah dan benar di internet,
beberapa aspek seperti berat sebelah, propaganda politik dan ekonomi perlu ditafsirkan
supaya dapat mengelakkan unsur bias. Terdapat juga beberapa kelemahan dalam penulisan
artikel ini. Penulis artikel ini tidak membincangkan kesan negatif penggunaan ICT dalam
PdP sejarah di sekolah. Walaupun bantuan ICT memudahkan pemahaman subjek sejarah,
terdapat juga beberapa kesan negatif daripadanya. Misalnya, murid yang menggunakan ICT
dalam pdp sejarah secara bebas terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari
sumber sejarah yang sesuai. Penerokaan sumber-sumber yang tidak relevan boleh
mewujudkan keadaan putus asa yang seterusnya menjadi punca murid tersasar daripada
matlamat pembelajaran asal. Kadang kala murid juga terpesong dan meneroka laman web
yang tidak berkaitan.
Kesimpulanya, maklumat yang dibincangkan dalam artikel ini sangat jelas dan padat
untuk dijadikan rujukan kepada guru sejarah untuk menggunakan ICT di sekolah. Guru
disarankan menyediakan pautan laman web yang sesuai mengikut tahap perkembangan
kognitif murid bagi menghayati ilmu sejarah dengan lebih baik kerana kewibawaan sumber
yang terpilih dapat mendekatkan murid kepada masa lampau dan menzahirkan imaginasi
murid. Pengunaan ICT yang semakin berkembang maju di bilik darjah hanya akan menjadi
bermakna jika murid dapat meningkatkan amalan pemikiran sejarah.
(501 patah perkataan)

Rujukan
1. Renuka Ramakrishnan, Norizaon Esa, Siti Hawa Abdullah. Kesan Penggunaan
Sumber Digital Sejarah Terhadap Amalan Pemikirn Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
2. Renuka Ramakrisnan, Siti Hawa. Penggunaan Sumber Digital Sejarah Dalam
Kalangan Guru Sejarah, Pusat Pengajiian Ilmu Pendidikan. Universiti Sains
Malaysia.
3. Cohen, D. J., & Roy Rosenzweig, (2006). Digital History: A Guide to Gathering,
Preserving, and Presenting the Past on the Web (Philadelphia), 56, University of
Pennsylvania Press.
4. Moreno, R. (2006). When worked examples dont work: Is cognitive load theory at an
impasse? Learning and Instruction, 16, 170-181.
5. Clark, R.E., Kirschner, P.A., Sweller, J. (2012). Putting Students on the Path to
Learning: The Case for Fully
6. Guided Instruction. American Federation of Teachers. 555 New Jersey Avenue NW,
Washington,DC 20001.