Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 3 : Penulisan Akademik

Media pengajaran memainkan peranan penting dalam proses P&P. Menurut


Briggs (1977) media pembelajaran adalah sarana fisik untuk menyampaikan isi atau
materi pembelajaran seperti buku, film, video dan sebagainya. Hamalik (1986) pula telah
mengemukakan bahawa pemakaian media pengajaran dalam proses belajar mengajar
dapat membangkitkan keinginan dan minat yang baru, membangkitkan motivasi dan
rangsangan kegiatan belajar, dan bahkan membawa pengaruh-pengaruh psikologis
terhadap siswa.
Menurut Jana Kalin (2004), pemilihan media bermaksud pemilihan medium yang
akan membolehkan untuk rawatan sistematik kandungan pendidikan dan cara yang
boleh dipercayai serta akan mengambil kira langkah-langkah pembelajaran. Oleh itu,
pelbagai kriteria perlu dinilai untuk pemilihan media pengajaran yang sesuai. Kriteria
umum yang dapat kita gunakan untuk memilih media pembelajaran yang tepat dapat
mempertimbangkan faktor kesesuaian dengan tujuan, materi, karakteristik siswa, teori,
gaya belajar dan fasilitas. Penilaian amat penting untuk memastikan kelengkapan
kritiria. Penilaian adalah suatu proses yang sistematis untuk menentukan atau membuat
keputusan sampa sejauh mana tujusan-tujuan telah dicapai oleh siswa (Norman E.
Gronlund, 1976). Penilaian kriteria dapat dijalankan dengan menggunakan instrumen
(alat penilaian), iaitu checklist. Saya telah memilih format penilaian pemilihan media
yang diberi oleh Robert Heinich untuk mengaji.
Kesesuaian dengan tajuk dapat dinilai dengan aspek Objektif dan Subjek area
dalam checklist. Tujuan pembelajaran apa yang ingin dicapai dalam suatu kegiatan
pembelajaran dapat dianalisiskan dengan kedua-dua aspek ini. Dari kajian Tujuan
Instruksional Umum (TIU) atau Tujuan Instruksional Khusus (TIK) ini bisa dianalisis
media apa yang cocok guna mencapai tujuan tersebut. Pemilihan media mestilah
berdasarkan matlamat pendidikan dan hasil pembelajaran yang dirancang (Dowling &
Harland, 2001). Oleh itu, media yang disediakan mestilah dapat memudahkan atau
menyenorakkan pencapaian tajuk yang ditentukan supaya proses P&P menjadi lebih
efektif.
Seterusnya, aspek accurate of information dan entry capabilities required
dapat menilaikan kesesuaian media pada materi. Dengan begini, bahan atau kajian apa
yang akan diajarkan pada program pembelajaran tersebut dapat ditentukan. Kedalaman

bahan atau pokok bahasan yang harus dicapai turut dipertimbangkan. Selanjutnya, kita
bisa mempertimbangkan media apa yang sesuai untuk penyampaian bahan tersebut.
Menurut Kalin (2004), kita perlu mengambil kira kebolehan, jantina, umur, pengalaman,
pengetahuan sedia ada, rentak kerja dan kemajuan pembelajaran pelajar akaun semasa
menyediakan materi pengajaran.
Selain itu, kesesuaian dengan karakteristik siswa juga dapat dinilai dengan
aspek likely to arouse student interest dan provides meaningful student participation.
Menurut Glatthorn & Jailall (2000), kurikulum juga perlu mengadakan peruntukan bagi
perbezaan individu, penyelarasan rapat dan hal perkara integrasi terpilih, dan memberi
tumpuan kepada keputusan atau standard dan sasaran untuk pembelajaran pelajar.
Oleh itu, kita perlu mengkaji sifat-sifat dan ciri-ciri media yang akan digunakan. Hal
lainnya karakteristik siswa, baik secara kuantitatif (jumlah) ataupun kualitatif (kualitas,
ciri, dan kebiasaan lain) dari siswa juga penting terhadap pemilihan media yang akan
digunakan. Kita perlu sedar bahawa terdapat juga media yang cocok untuk sekelompok
siswa, namun tidak cocok untuk siswa yang lain.
Justerunya, aspek evidence of effectiveness dikaitkan dengan kesesuaian teori.
Aspek ini menunjukkan pemilihan media harus didasarkan atas kesesuaian dengan
teori. Media yang dipilih bukan disebabkan minat guru terhadap suatu media yang
dianggap paling disukai dan paling bagus, namun media yang dipilih perlu berdasarkan
atas teori dari kajian dan penyelidikan sehingga telah teruji kesahihannya. Hal ini
demikian kerana pembelajaran tidak boleh diberi mandate dan guru-guru tidak dapat
menjamin bahawa seseorang pelajar tertentu akan belajar (Jackson 1986). Oleh itu,
banyak ulama telah cuba untuk merapatkan jurang antara komuniti-komuniti intelektual
dengan beberapa kejayaan (Romberg dan Carpenter 1986) dan hasilnya ialah teori-teori
pembelajan.
Kesesuaian dengan gaya belajar siswa turut dinilaikan melalui aspek
priovidence guidance for discussion/follow-up dalam checklist. Mengenal pasti apa
kemahiran setiap pelajar mempunyai dan menggunakan arahan secara progresif
membina di atas asas ini adalah amat penting. (Harris, 1996) Oleh itu, guru perlu
memberi perhatian terhadap kondisi psikologis murid dan mememilih media yang
sesuai. Hal ini demikian kerana pembelajaran murid dipengaruhi pula oleh gaya belajar
murid itu sendiri. Jika media yang dipilih tidak sesuai dengan gaya pembelajaran murid,
proses p&p guru akan menjadi tidak efektif dan membosankan untuk murid.

Akhirnya, kesesuaian dengan fasiliti dapat dinilai dengan aspek requirements.


Menurut kajian Willms.D (2000), beliau mendapati kanak-kanak di sekolah yang tidak
mempunyai bahan-bahan bilik darjah dan mempunyai perpustakaan yang tidak
mencukupi nyata lebih cenderung dalam menunjukkan skor ujian lebih rendah dan
pengulangan gred yang lebih tinggi berbanding mereka di sekolah yang telah dilengkapi
dengan baik. Hal ini telah menunjukkan kepentingan fasiliti. Bagaimana bagusnya
sebuah media, apabila tidak didukung oleh fasiliti dan waktu yang tersedia, maka turut
kurang efektif dalam P&P. Oleh itu, guru harus memastikan fasiliti yang terdapat dapat
menggunakan media yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai