Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Pengajaran Makro

a) Kekuatan
1. Suara
Selepas selesai pengajaran makro saya mengenalpasti kekuatan saya pada suara.Kelantangan
dan kejelasan suara saya memberi arahan kepada setiap murid baik.Suara sedemikian akan
memudahkan murid menjalankan sesuatu tugasan yang diberikan oleh saya.Mereka tidak perlu
bertanya secara berulang-ulang kali yang mungkin akan mengganggu rakan mereka yang lain.
Selain itu, dengan suara yang kuat juga dapat mengelakkan murid mungkin akan berasa jemu
untuk terus mengikuti pelajaran saya pada hari ini.Murid-murid juga akan member tumpuan terhadap
pengajaran saya tanpa mempedulikan gangguan-gangguan lain seperti murid-murid lain yang lalu
lalang di luar kelas.Kejelasan suara saya juga,semua objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai
kerana penyampaian isi dapat diterima dengan betul dan tepat.
2

Bahan Bantu Mengajar.


Sebagai Guru Pemulihan yang mengajar Murid Pemulihan,bahan bantu mengajar amat penting
bagi menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran saya.Saya telah menyediakan kad-kad huruf
yang tulisan bersaiz besar bagi memudahkan murid melihat dengan jelas yang sesuai mengikut tahap
mereka.Warna hitam pada tulisan memudahkan mereka mengingati huruf-huruf vokal a,e,i,o,u
dengan baik.
Penggunaan ICT dalam bilik darjah dengan perisian Cakera Padat yang dibekalkan amat menarik
perhatian murid.Mereka begitu teruja untuk mencuba menggunakan computer dalam latihann yang
disediakan oleh saya.Perisian latihan pula cukup menarik dengan adanya warna yang berwarna warni
dan dilengkapi dengan suara animasi.Hal ini bersesuai bagi murid pemulihan.Murid juga berasa
seronok apabila dapat menekan sendiri butang computer dan murid dapat merasai pengalaman
tersebut.

3 Pemberian peneguhan oleh guru.


Bagi menimbulkan keyakinan murid-murid,saya telah member peneguhan dalam makro
pengajaran saya.Saya telah memberi ganjaran-ganjaran untuk tingkahlaku yang baik.Saya banyak
memberi ganjaran berbentuk sosial seperti menggunakan perkataan pandai kamu mencari
jawapan,bagus.Ini secara tidak langsung boleh menimbulkan motivasi murid bagi terus mengikuti
pengajaran guru.Ia juga dapat mengekalkan tingkahlaku yang diingini.
4. Unsur kecindan dan suspens.
Selain dari itu,kekuatan dalam pengajaran makro saya, terdapat unsur suspens dengan
membuatkan murid tertanya-tanya dalam langkah penutup pengajaran. Saya menyebut kepada murid
bahawa mereka akan bermain satu permainan baru.Secara tidak langsung juga murid dapat menjana
idea secara kreatif dan kritis bagi menghuraikan persoalan tentang apakah jenis permainan yang
akan saya ajar.Persoalan tentang apakah permaianan yang cikgu akan ajar nanti?,adakah

permainan tersebut ada kaitan dengan tajuk huruf Vokal?.Ini akan menimbulkan suspens kepada
murid.
Unsur kecindan telah dikenalpasti diantaranya, saya tidak terlalu serius apabila mengajar dan
ada kalanya tersenyum bagi membolehkan murid berani bertanya tanpa rasa takut kepada guru .

5. Unsur Komunikasi
Unsur komunikasi juga penting iaitu bagaimana seorang guru membina perhubungan dengan
murid-muridnya.Saya juga telah menggunakan cirri-ciri komunikasi yang positif seperti:Gerak isyarat,
Geleng kepala menandakan jawapan salah,atau guru tidak suka perlakuan murid tersebut.
Senyum tandanya suka
Angguk kepala tandanya setuju atau betul.
6. Pengurusan Bilik Darjah.
Saya telah mengambil kira factor-faktor berikut dalam merancang persekitaran fizikal
untuk melicinkan pengurusan bilik darjah.Antaranya:-

Corak Duduk Murid


Susun atur meja yang mengikut kumpulan membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan.Saya telah memastikan murid duduk dalam susunan meja yang memudahkan mereka
perbincang tugasan yang diberi oleh guru.Semuanya selesa tanpa sebarang gangguan.Iklim bilik
darjah sebegini dapat merangsang pelbagai deria murid.
Kelas Ceria.
Kelas yang dihias dengan cantik menjadi salah satu factor yang menimbulkan murid untuk terus
mengikuti pengajaran guru.Guru boleh menggunakan mana-mana sudut untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran kerana murid berasa selesa dan seronok.
7. Teknik penyoalan.
Saya telah menggunakan teknik penyoalan secara individu dan menyeluruh
kepada kepada murid-murid.Saya telah mewujudkan interaksi dua hala di antara
di antara guru dan murid.Ini dapat dilihat apabila aktiviti kumpulan dijalankan.Guru
dan murid saling bersoaljawab untuk mendapatkan jawapan yang betul.Saya juga
mengambilkira jawapan murid agar mereka rasa dihargai.Interaksi juga berlaku
antara murid dengan murid di mana mereka berbencang dalam kumpulan bagi

memperolehi jawapan yang mereka pilih.


b) Kelemahan
1) Ganjaran berbentuk benda/nyata
Kelemahan yang dikenalpasti dalam pengajaran makro adalah hanya memberi ganjaran
sosial.Sepatutnya saya menyediakan ganjaran nyata seperti gula-gula,pensel,pembaris,penenda

buku kepada murid.Ini boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan
seronok.Murid akan lebih berlumba-lumba mengangkat tangan bagi mencari jawapan.
2) Bahan Bantu Mengajar
Bahan bantu mengajar yang disediakan oleh saya boleh dijadikan lebih menarik jika ia di buat dengan
menggunakan huruf yang berwarna warna.Hanya satu warna digunakan.Jika pelbagai guna
digunakan untuk murid pemulihan,pengajaran adalah lebih baik,menerik dan berkesan.
3) Penutup pengajaran
Penutup pengajaran saya adalah aktiviti permainan Lompat Huruf.Pengajaran lebih menarik dan
bermakna lagi jika murid menyanyikan sekali lagi lagu yang telah dinyanyikan oleh guru pada set
induksi.Ini boleh menambahkan lagi keseronokan belajar kerana murid murid pemulihan memang
amat suka belajar sambil menyanyi.

Anda mungkin juga menyukai