Anda di halaman 1dari 1

5 Petua TIDAK LUPA apa yang telah dibaca

1. PENUHKAN SOALAN DALAM KEPALA SEBELUM MEMBACA


*Sebelum membaca, Tanya sebanyak mungkin soalan kepada diri
sendiri.
Saya mahu baca mengenai apa?
Mengapa tajuknya begini?
Apa kesudahan cerita ini?
Apabila minda sudah ada soalan, kita akan lebih fokus membaca dan
mencari jawapan kepada soalan.Akibatnya kita akan lebih ingat apa
yang telah kita baca.
2. BACA SOALAN TOPIKAL SEBELUM MULAI MEMBACA
Dalam buku teks atau rujukan, biasanya ada soalan topikal diakhir
setiap bab.sebelum mula membaca bab tersebut,baca dulu soalan
topikal bab itu. Soalan topikal ini akan memberi gambaran kepada kita
mengenai bab itu.Kita akan dpat lihat perkara penting yang perlu kita
ingat mengenai bab tersebut.
3. KENAL PASTI KATA KUNCI
Jangan HAFAL satu buku. Itu adalah satu kerja gila. Kita hanya perlu
ingat isi penting atau kata kunci sahaja. Dalam satu muka surat,
mungkin hanya ada 2 atau 3 isi penting sahaja.
4. TUTUP BUKU,BAYANGKAN SEMULA KATA KUNCI.
Selepas baca 1 atau 2 muka surat.tutup buku dan bayangkan
dalam minda, apakah kata kunci yang telah kita baca tadi.
5. BERLATIH UNTUK HURAIKAN SEMULA APA YANG TELAH DIBACA
BERDASARKAN KATA KUNCI.
Setelah selesai membaca,tutup buku dan ambil kertas kosong.Cuba
senaraikan semula kata kunci yang kita telah baca.Sambil
tulis,sambil fikirkan apa maksud kata kunci tersebut.Peta minda juga
boleh digunakan untuk tujuan ini.Hanya dengan melihat pada kata
kunci itu semua,cuba huraikan atau terangkan kepada kawan atau
diri sendiri apa yang kita faham melalui pembacaan tadi.
Oleh:Oman Affan-Pengasas Teknik Belajar Smart Study-