Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMARAK BAHASA LESTARI

BUDAYA

Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, salam 1Malaysia, dan salam Semarak


Bahasa Lestari Budaya.

1.

Yang Berusaha Cik Naima binti Kadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut

Pendidikan Guru Kampus Tawau, Encik Mazania bin Kasimin, Ketua Jabatan Pengajian
Melayu, Para Pensyarah, Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta guru-guru pelatih
sekalian.
2.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah

kurnianya dapatlah kita berkumpul bersama-sama pada hari ini bersempena dengan Majlis
Perasmian Penutupan Program Semarak Bahasa Leastari Budaya peringkat Institut
Pendidikan Guru Kampus Tawau bagi tahun 2015.

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

3.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi

tahniah kepada jawatankuasa pelaksana program Semarak Bahasa Lestari Budaya


peringkat IPG Kampus Tawau kerana telah bertungkus lumus memastikan kelancaran
program yang dianjurkan sejak bulan Mac 2015. Sesungguhnya, komitmen dan kerjasama
anda amat saya hargai.
Para hadirin sekalian,
4.

Saya difahamkan terdapat banyak pertandingan bahasa yang telah dianjurkan

bersempena dengan program Semarak Bahasa Lestari Budaya peringkat IPG Kampus
Tawau. Antara pertandingan tersebut ialah pidato, forum, debat dan apresiasi puisi.
Pertandingan tersebut juga telah disertai oleh guru pelatih yang terdiri daripada PISMP
Sejarah Ambilan Jun 2015, PPISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2014, PPISMP Pemulihan

Ambilan Jun 2014, PISMP Pendidikan Islam Ambilan Jun 2014 dan PPISMP Sains Ambilan
Jun 2014. Hal ini jelas membuktikan bahawa guru-guru pelatih IPG Kampus Tawau
mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran yang boleh diketengahkan keperingkat yang
lebih jauh lagi.
5.

Program Semarak Bahasa Lestari budaya dilihat satu usaha menyokong agenda

pendidikan yang berasaskan perkembangan dan pemantapan kemahiran berbahasa dalam


kalangan guru pelatih IPG Kampus Tawau. Pertandingan bahasa seperti yang telah
dianjurkan oleh pihak Kelab Orator IPG Kampus Tawau adalah bertujuan untuk
meningkatkan kebolehan berbahasa dalam kalangan guru pelatih selaras dengan dasar
Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang telah
disuarakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana dasar tersebut
bertujuan untuk meningkatkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di
samping memperkukuh bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa.
Sidang hadirin sekalian,
6.

Kini, kebanyakan generasi muda tidak lagi mempunyai semangat cinta akan bahasa

Melayu yang juga merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang menjadi medium
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Pelaksanaan program
Semarak Bahasa Lestari Budaya dianggap relevan ke arah memperkukuhkan lagi semangat
cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru pelatih sekalian. Tuntasnya, guru
pelatih haruslah mempunyai sikap cinta akan bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa
rasmi negara kita.
7.

Program Semarak Bahasa Lestari Budaya juga dilhat sebagai satu mekanisme yang

dapat meningkatkan pengetahuan dalam kalangan guru pelatih berkenaan dengan aspek
kesusasteraan Melayu seperti pantun, sajak, seloka, gurindam, syair dan nazam melalui
pertandingan apresiasi puisi. Perkara ini adalah penting kepada guru dalam m.elaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya dalam pengajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengunaan unsur kesussasteraan dilihat mampu
meningkatkan minat murid terhadap bahasa Melayu ke arah meningkatkan kemahiran
mereka dalam bahasa tersebut signifikan dengan Anjakan Ketiga Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu melahirkan murid yang profesion dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Hadiran yang dikasihi sekalian,
8.

Secara keseluruhan, program Semarak Bahasa Lestari Budaya merupakan satu

anjakan paradgima yang mampu memupuk sikap cinta akan bahasa dan kesusasteraan

Melayu dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Tawau. Saya berharap agar program
seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang ke arah meningkatkan bahasa Melayu
sebagai identiti bangsa Malaysia.
9.

Penghias bicara, syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah

menunjukkan keterampilan diri dan keberanian ketika menyertai pelbagai pertandingan yang
telah dianjurkan.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan program

Semarak Bahasa Lestari Budaya peringkat IPG Kampus Tawau bagi tahun 2015.

Sekian Wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai