Anda di halaman 1dari 15

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO KES : 11/4-11/13
DI ANTARA
MOHAMAD ZOHA BIN MAT DAUD
DAN
ROHM WAKO ELECTRONICS (MALAYSIA) SDN. BHD.
(Disatukan dengan No. Kes : 11/4-219/13 melalui Perintah Mahkamah
Bertarikh 09.04.2014)

NO. AWARD : 975 TAHUN 2016


Di Hadapan

Y.A. DATO AHMAD ROSLI BIN MOHD SHAM PENGERUSI (Bersidang berseorangan)

Tempat

Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur

Tarikh Rujukan

26.12.2012

Tarikh Sebutan

28.02.2013,
18.06.2013,
19.02.2014,
16.02.2015,
04.11.2015,

Tarikh Bicara

10.03.2014,
28.11.2014,
13.08.2015,

28.03.2013,
10.07.2013,
18.03.2014,
04.03.2015,
23.11.2015

26.04.2013,
27.08.2013,
22.04.2014,
28.09.2015,

11.03.2014,
18.03.2015,
14.08.2015,

13.05.2013,
22.01.2014,
29.10.2014,
26.10.2015,

26.11.2014,
19.03.2015,
18.08.2015

27.11.2014,
12.08.2015,

Perwakilan

Encik Chandra Segaran dari Prem & Chandra, mewakili


Yang Menuntut
Encik Abdullah Bin Abdul Karim dari Persekutuan MajikanMajikan Malaysia, mewakili pihak Syarikat

RUJUKAN:
Ini ialah rujukan yang dibuat dibawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan
Perusahaan 1967, mengenai pembuangan kerja Encik Mohd Khairuddin Bin
Omar (selepas ini disebut sebagai Penuntut Pertama) Encik Mohamad Zoha
Bin Mat Daud (selepas ini disebut sebagai Penuntut Kedua), Encik Mohd
Zulkifli Bin Mat (selepas ini disebut sebagai Penuntut Ketiga) Puan Siti Nor
Fitriyani Binti Mohd Razali (selepas ini disebut sebagai Penuntut Keempat)
(disatukan melalui Perintah Mahkamah bertarikh 09.04.2014) oleh ROHMWako Electronics (M) Sdn. Bhd (selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat)

AWARD
1. Kes ini berpunca dari masalah pembayaran gaji dan kerja lebih masa pekerja
pada Januari 2012 akibat dari pertukaran sistem komputer Syarikat yang
menyebabkan banyak berlaku kesilapan seperti pengurangan dan lebihan
dalam bayaran gaji dan kerja lebih masa mengakibatkan ramai pekerja tidak
berpuas hati. Pihak Syarikat telah menerangkan kepada pekerja mengenai
masalah yang dihadapi sepertimana di mukasurat 36 COB-2.

2. Pada 03.03.2012 COW-5 Pengurus Besar bahagian wireless diode telah


menerima surat layang dari pekerja bahagiannya menyatakan bahawa
pekerja lain akan pakat cuti kerana Syarikat dikatakan menipu pekerja
pasal gaji dan lain. Kemudian pada 05.03.2012 terdapat banyak surat yang
ditampal dimerata tempat dalam Syarikat yang mengajak semua pekerja
berhimpun di hadapan pintu pagar utama untuk menyatakan bantahan
kepada Syarikat atas beberapa perkara seperti yang dinyatakan. Surat itu
adalah seperti dikemukakan di mukasurat 16 sehingga 18 COB-2.

3. Pada waktu rehat tengah hari 05.03.2012, Presiden Syarikat bersama dengan
pihak pengurusan telah membuat perjumpaan dengan semua shift/line

leader supaya memberitahu anak buah mereka jangan mogok.

Presiden

Syarikat juga bertanya jika ada sebarang kemusykilan boleh bertanya kepada
beliau secara terus tetapi tiada sesiapa bertanya apa-apa.

4. Seterusnya pada pukul 6.00 petang 05.03.2012 mesin di Bahagian


Pengeluaran iaitu untuk First process, Second process dan Final process
terhenti kerana tiada pekerja di bahagian tersebut.

Menurut saksi-saksi

Syarikat, seramai 40 orang pekerja Syarikat di bahagian tersebut telah tidak


hadir bertugas selepas pukul 5.30 petang dimana mereka sepatutnya bekerja
sehingga 8.05 malam.

Menurut COW-5, akibat dari pemberhentian mesin

pengeluaran,

yang

produk

separuh

siap

terpaksa

mengakibatkan Syarikat kerugian melebihi RM100,000.00.

dibuang

dan

5. Keesokan harinya, pekerja yang pulang awal pada pukul 5.30 petang hari
sebelumnya telah hadir bekerja dan mereka dikumpulkan dan diminta
memberi penjelasan.

Selepas penjelasan diberikan oleh pekera-pekerja

tersebut, seramai 10 orang telah dikenakan tindakan buang kerja termasuk 4


Penuntut dalam kes ini.

6. Penuntut kedua Mohamad Zoha dan Penuntut ketiga Mohd Zulkifli adalah
Juruteknik di Bahagian Pengeluaran sementara Penuntut pertama Mohd
Khairudin dan Penuntut keempat Siti Nor Fitriyani adalah operator mesin.
Mohd Khairuddin adalah juga seorang Line leader.

7. Kesemua Penuntut telah dibuang kerja dengan alasan menghasut pekerja


lain untuk melakukan mogok secara beramai-ramai dengan meninggalkan
tempat kerja pada pukul 5.30 petang pada 05.03.2012 tanpa melengkapkan
kerja shift (sehingga 8.05 malam) dengan tujuan untuk memberi tekanan
kepada pihak Syarikat, dengan tiada kelulusan dari pihak Syarikat.
telah

menyebabkan

Syarikat

terpaksa

menanggung

kerugian

Yang
besar.

Penuntut-Penuntut telah digantung kerja bermula pada 15.03.2012 dan


seterusnya diberhentikan berkuatkuasa pada 20.03.2012 atau 21.03.2012.

8. Sebelum diberhentikan mereka telah diberikan surat tunjuk sebab untuk


menjawab dakwaan yang menyatakan mereka telah meninggalkan tempat
kerja secara beramai-ramai tanpa kebenaran pada 05.03.2012 pada jam 5.30

petang dan mengakibatkan mesin-mesin tiada pengawasan. Tiada inkuiri


dalaman diadakan dalam kes ini.

9. Penuntut-Penuntut tidak menafikan bahawa mereka telah tidak meneruskan


tugas selepas pukul 5.30 petang pada hari berkenaan tetapi menyatakan
bahawa waktu bertugas hanya setakat pukul 5.00 petang.

Selepas pukul

5.30 petang adalah kerja lebih masa dan setiap seorang memberikan alasan
tersendiri mengapa tidak membuat kerja lebih masa pada hari tersebut.
Mereka berkata bahawa shift mereka selesai selepas pukul 5.30 petang dan
tiada arahan untuk kerja lebih masa. Mereka semua juga menafikan bahawa
mereka ada menghasut pekerja lain untuk mogok beramai-ramai dengan
meninggalkan tempat kerja.

10.Penuntut Pertama (CLW-1) Mohd Khairuddin dalam kenyataan saksinya tidak


memberikan apa-apa alasan kenapa pulang awal pada pukul 5.30 petang
pada hari berkenaan. Tetapi dalam jawapan kepada surat tunjuk sebab iaitu
dalam COB-1 mukasurat 35 beliau menyatakan bahawa beliau pulang jam
5.30 untuk bermain futsal. Beliau juga menyatakan perkara sama semasa
keterangan lisan di Mahkamah dan juga berkata beliau telah beritahu Shift

Leader tapi tidak pada Controller.

Penuntut Pertama juga berkata tiada

arahan untuk beliau membuat kerja lebih masa pada hari itu.

CLW-1

mengakui dalam soal balas beliau ada berkata hari ini kat pukul 5.30 belaka
tapi beliau berkata beliau hanya merujuk kepada diri beliau seorang.

Menjawab soalan semasa soal balas, CLW-1 berkata bahawa dia bercakap
pada dirinya seorang di Bahagian Middle Process dan tidak didengari oleh
orang lain.

11.Penuntut Kedua (CLW-2) Mohamad Zoha berkata bahawa beliau telah pulang
pada pukul 5.30 petang 05.03.2012 kerana telah mengalami sakit mata yang
dimasuki habuk ketika beliau membaiki mesin tablet sebelum itu.

Beliau

berkata beliau telah pergi klinik selepas itu tetapi klinik tutup lalu beliau pergi
keesokan harinya dan diberi MC pada 06.03.2016.

Walau bagaimanapun

surat dari Klinik Fatah di mana Penuntut dapat MC, kepada Syarikat di
mukasurat 1 COB-1 menyatakan bahawa CLW-2 telah 5 kali datang
mendapatkan rawatan untuk sakit mata sejak tahun 2009 kerana disebabkan
oleh allergy dan tidak semestinya dari tempat kerja.

12.Penuntut Ketiga (CLW-3) Mohd Zulkifli tidak memberikan apa-apa alasan


untuk pulang pukul 5.30 petang pada hari berkenaan.

Dia cuma berkata

dalam soal balas bahawa dia telah memberitahu rakan sekerja bernama
Ismail Abdullah bahawa dia akan pulang pukul 5.30 petang dan meminta
Ismail untuk menjaga mesin beliau (CLW-3) jika berlaku kerosakan. Dalam
surat jawapan tunjuk sebab CLW-3 berkata bahawa beliau pulang pada 5.30
petang kerana ada urusan peribadi.

13.Penuntut Keempat (CLW-4) Siti Nor Fitriyani juga tidak ada memberikan apaapa alasan untuk pulang pukul 5.30 petang hari tersebut dalam kenyataan
saksi, tapi dalam keterangan lisan beliau menyatakan bahawa waktu kerja
beliau adalah dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang kerana beliau tidak buat
kerja lebih masa pada hari tersebut. Dalam jawapan kepada surat tunjuk
sebab dan juga semasa soal balas CLW-3 berkata beliau pulang awal kerana
sakit gigi.

14.Secara ringkasnya, Penuntut-Penuntut dalam kes ini adalah didakwa telah


melakukan salahlaku menghasut pekerja lain dan meninggalkan tempat kerja
sebelum melengkapkan kerja shift.

15.Persoalan pertama dalam kes ini adakah keempat Penuntut ini telah
meninggalkan tempat kerja tanpa melengkapkan shift kerja seperti yang
didakwa Syarikat atau mereka telah melengkapkan shift kerja cuma tidak
melakukan kerja lebih masa.

Keduanya, adakah mereka telah menghasut

pekerja lain untuk sama meninggalkan tempat kerja beramai-ramai tanpa


melengkapkan shift kerja.

16.Atas isu pertama, COW-5 memberi keterangan bahawa pekerja-pekerja di


Bahagian Wireless Diode adalah seramai 600 orang terbahagi kepada 3 shift.

Normal shift bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Shift A bekerja
dari pukul 8.00 pagi hingga 8.05 malam dan pukul 5.30 petang adalah waktu

rehat mereka. Shift B pula bekerja dari 8.00 malam hinga 8.05 pagi keesokan
harinya. Untuk pekerja Shift A dan B mereka akan dibayar overtime untuk
pekerjaan selepas waktu kerja biasa iaitu untuk kerja selepas pukul 5.30
petang. Shift C adalah untuk pekerja yang bercuti.

17.Seterusnya dalam keterangan COW-5, dengan merujuk kepada COB-4 iaitu


senarai kedatangan pekerja, menyatakan bahawa pada 05.03.2012 CLW-1
bekerja dalam Shift B dengan waktu kerja sepatutnya dari 8.00 pagi hingga
8.05 malam seperti di mukasurat 4 COB-4. CLW-2 pada 05.03.2012 bekerja
dalam Shift B juga sepatutnya dari pukul 8.00 pagi hingga 8.05 malam
seperti di mukasurat 2 COB-4. CLW-3 bekerja dalam Shift B dari pukul 8.00
pagi hingga 8.05 malam seperti di mukasurat 3 COB-4.

CLW-4 juga

namanya tersenarai di mukasurat 4 COB-4 sebagai pekerja Shift B dari pukul


8.00 pagi hingga 8.05 malam seperti keterangan COW-5. Semua pekerja ini
adalah bekerja shift yang termasuk overtime dan perlu kebenaran dari ketua
masing-masing jika ingin pulang awal.

18.COW-5 juga ada memberi keterangan bahawa kesemua Penuntut adalah


bekerja dalam shift pertama iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 8.05 malam
dan shift ini adalah termasuk kerja lebih masa.

19.Dari keterangan ini adalah jelas bahawa kesemua Penuntut sedar dan tahu
bahawa mereka berada dalam shift kerja dari pukul 8.00 pagi hingga jam

8.05 malam dan termasuk kerja lebih masa. Jadi apabila mereka keluar pada
pukul 5.30 petang iaitu waktu rehat mereka, mereka sedar bahawa mereka
telah tidak melengkapkan shift mereka.

Ini disokong oleh surat-surat

jawapan kepada surat tunjuk sebab oleh kesemua Penuntut yang mana
mereka semua mengakui bahawa mereka telah balik awal tanpa kebenaran
dan tidak melengkapkan shift kerja mereka, walaupun pelbagai alasan
diberikan sebagai menafikan penglibatan dalam mogok. Mereka tidak pernah
menyatakan waktu kerja mereka sehingga 5.30 petang sahaja sebelum
keterangan di Mahkamah.

20.Walaupun pelbagai alasan diberi iaitu main futsal, sakit mata dan sakit gigi
serta tidak mahu buat overtime tetapi adalah terlalu kebetulan kesemua
mereka keluar serentak sedangkan mereka tahu mereka berada dalam shift
sehingga 8.05 malam. Mereka semua juga sepatutnya sedar dan tahu kerja
mereka dan keluar meninggalkan mesin tanpa sesiapa menggantikan adalah
menyebabkan mesin terhenti dan seterusnya pengeluaran terhenti. Adalah
terlalu tidak munasabah bagi Penuntut-Penuntut keluar begitu sahaja tanpa
memastikan ada pengganti mengendalikan mesin iaitu dengan memberitahu
ketua masing-masing, melainkan tindakan ini adalah disengajakan.

21.Atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati bahawa kesemua


Penuntut memang dengan sengaja meninggalkan tempat kerja secara
beramai-ramai tanpa melengkapkan shift. Tapi persoalan seterusnya adakah

mereka juga menghasut pekerja lain untuk melakukan mogok iaitu


menghasut pekerja lain untuk melakukan sepertimana yang telah mereka
lakukan.

22.Perlu ditegaskan di sini, seperti yang telah diputuskan oleh kes-kes terdahulu
yang menjadi otoriti, bahawa Syarikat perlu membuktikan bahawa mereka
mempunyai sebab dan alasan yang adil bagi menyokong tindakan Syarikat
menamatkan perkhidmatan pekerja mereka.

Bagi kes salahlaku, beban

adalah atas Syarikat untuk membuktikan bahawa pekerja telah melakukan


salahlaku seperti yang didakwa oleh Syarikat dan seterusnya hukuman
pembuangan kerja yang telah dikenakan adalah wajar.

23.Memang benar meninggalkan tempat kerja dalam waktu kerja tanpa


kebenaran itu adalah satu salahlaku tetapi dalam kes ini pertuduhan oleh
Syarikat

adalah

bukan

sahaja

meninggalkan

tempat

kerja

tanpa

melengkapkan shift tetapi juga dikatakan telah menghasut pekerja lain untuk
mogok secara beramai-ramai dengan meninggalkan tempat kerja pada tarikh
dan waktu yang dinyatakan sebagai alasan untuk penamatan perkhidmatan,
sepertimana dalam surat penamatan perkhidmatan.

Persoalannya adakah

terdapat bukti-bukti bahawa Penuntut-Penuntut dalam kes ini telah


menghasut pekerja lain untuk mogok seperti yang dinyatakan.

10

24.Dalam kes ini menghasut pekerja lain untuk mogok adalah satu elemen
penting

dalam

perkhidmatan.

pertuduhan

yang

membawa

kepada

penamatan

Ini adalah kerana dari 40 orang yang telah meninggalkan

kerja tanpa melengkapkan shift, hanya 10 orang diberhentikan kerja


termasuk keempat Penuntut dalam kes ini, sementara yang lain hanya diberi
amaran.

25.Namun begitu tiada apa-apa keterangan yang dapat menunjukkan PenuntutPenuntut telah menghasut sesiapa untuk mogok, kecuali dalam kes terhadap
CLW-1 Mohd Khairuddin Bin Omar, dimana saksi COW-4 ada mendengar
CLW-1 berkata hari ini kat pukul 5.30 belaka. Berikutan dari itu COW-4 juga
ikut pulang pada pukul 5.30 apabila melihat ramai pekerja pulang ketika itu.

26.Walaupun CLW-1 berkata beliau hanya bercakap kepada diri sendiri namun
begitu

dengan

berlatarbelakangkan

apa

yang

telah

berlaku

tidak

menunjukkan demikian. CLW-1 adalah seorang Line Leader yang mana katakata beliau mempunyai otoriti atas orang bawahannya. Perkataan belaka
yang bermaksud semua orang tidak merujuk pada hanya dirinya sahaja.
Beliau sebagai seorang yang mempunyai otoriti telah mengetahui ada
perancangan untuk pekerja balik awal kerana telah dipanggil bertemu
dengan pihak pengurusan sebelum itu, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk
menghalang pekerja lain meninggalkan kerja sebaliknya mengeluarkan
kenyataan seperti yang didengar oleh COW-4. CLW-1 juga gagal dihubungi

11

oleh COW-3 yang mendapati bahagian Middle Process tiada pekerja waktu
itu.

27.Bagi

Penuntut

kedua

hingga

Penuntut

keempat,

menunjukkan mereka menghasut pekerja lain.

tiada

keterangan

Bagi Penuntut keempat,

hanya ada nota temu soal COW-5 atas pekerja lain yang ada mencatatkan
kata-kata Fitriyani suruh balik tetapi kenyataan ini adalah pandang dengar
dan tidak selamat untuk digunakan sebagai keterangan.

28.Berkait dengan salahlaku oleh Penuntut-Penuntut kedua, ketiga dan


keempat, ketiadaan inkuiri dalaman sebelum penamatan perkhidmatan telah
mengakibatkan

kurang

jelasnya

asas

untuk

tindakan

oleh

Syarikat.

Walaupun inkuiri dalaman itu bukan wajib sebelum sesuatu pembuangan


kerja tetapi dalam keadaan kes ini pihak Syarikat telah tidak menampakkan
asas untuk mereka membuat keputusan bahawa Penuntut kedua, ketiga dan
keempat telah menghasut pekerja lain.

29.Berdasarkan kepada alasan seperti yang disebutkan di atas, Mahkamah ini


mendapati bahawa pihak Syarikat telah membuktikan bahawa hanya
Penuntut pertama Mohd Khairuddin Bin Omar telah ditamatkan perkhidmatan
dengan sebab dan alasan yang adil sementara bagi Penuntut-Penuntut yang
lain Syarikat gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa

12

mereka telah melakukan salahlaku sebagaimana didakwa dalam surat


penamatan perkhidmatan.

30.Oleh itu tuntutan oleh Penuntut pertama Mohd Khairuddin Bin Omar adalah
ditolak sementara tuntutan oleh Penuntut kedua, ketiga dan keempat adalah
dibenarkan.

31.Sebagai remedi bagi Penuntut kedua, ketiga dan keempat mereka tidak lagi
sesuai dikembalikan ke pekerjaan masing-masing memandangkan kepada
tempoh masa yang telah berlalu dan juga kehilangan kepercayaan Syarikat
atas mereka akibat apa yang telah berlaku.

Oleh itu, mereka layak

mendapat pampasan sebulan gaji untuk setiap tahun bekerja dan gaji
kebelakang. Namun begitu mereka juga ada menyumbang kepada tindakan
yang telah diambil

atas mereka iaitu dengan balik

awal sebelum

melengkapkan kerja shift mereka seperti yang telah dibincangkan di atas.


Oleh itu, sebahagian dari gaji ke belakang akan ditolak.

32.Bagi Penuntut Kedua Mohd Zoha Bin Daud, beliau adalah seorang juruteknik
yang telah berkhidmat sejak 19.06.2008 sehingga diberhentikan pada
21.03.2012, iaitu bekerja selama lebih kurang 3 tahun 9 bulan. Gaji terakhir
adalah RM1,441.00 sebulan. Ini bermakna Penuntut kedua layak menerima
sebulan gaji untuk setiap tahun bekerja iaitu RM1,441.00x3=RM4,323.00
untuk

tahun

dan

RM1,080.00

13

untuk

bulan

menjadikan

RM4,323.00+RM1,080.00=RM5,403.00 sebagai pampasan menggantikan


pengembalian pekerjaan.

Untuk gaji kebelakang Penuntut kedua hanya

diberikan 14 bulan gaji belakang dari jumlah maksima 24 bulan oleh kerana
sumbangan Penuntut kedua sendiri yang membawa kepada tindakan atas
dirinya sendiri. Jadi jumlah gaji kebelakang adalah RM20,174.00 menjadikan
keseluruhan jumlah Syarikat perlu bayar kepada Penuntut kedua adalah
RM20,174.00+RM5,403.00=RM25,577.00.

33.Penuntut ketiga Mohd Zulkifli Bin Mat pula mula bekerja sebagai juruteknik
pada 07.09.2009 sehingga diberhentikan pada 20.03.2012.
beliau adalah RM1,436.00 sebulan.

Gaji terakhir

Penuntut ketiga juga diberikan

pampasan menggantikan pengembalian kerja iaitu sebulan gaji untuk setiap


tahun bekerja. Jumlah pampasan adalah RM1,436.00x2=RM2,872.00 untuk
2

tahun

dan

RM718.00

untuk

bulan

RM2,872.00+RM718.00=RM3,594.00 sebagai pampasan.

menjadikan
Selain dari itu

Penuntut ketiga juga diberi gaji kebelakang 14 bulan atas alasan sama dan
jumlah gaji kebelakang adalah RM1,436.00x14=RM20,104.00 menjadikan
jumlah keseluruhan Syarikat perlu bayar kepada Penuntut ketiga adalah
RM20,104.00+RM3,594.00=RM23,698.00.

34.Bagi Penuntut keempat Siti Nor Fitriyani Binti Mohd Razali, mula bekerja
sebagai operator dengan Syarikat sejak 01.11.2008 sehingga diberhentikan
pada 21.03.2012. Gaji terakhir beliau adalah RM614.00 sebulan. Pampasan

14

bagi menggantikan pengembalian kerja adalah RM614x3=RM1,842.00 untuk


3

tahun

dan

RM205.00

untuk

RM1,842.00+RM205.00=RM2,047.00

bulan

sebagai

gaji

menjadikan

pampasan

jumlah

menggantikan

pengembalian pekerjaan. Penuntut keempat juga diberikan gaji kebelakang


sebanyak 14 bulan sahaja setelah mengambil kira sumbangan beliau sendiri
terhadap tindakan yang diambil atas dirinya, jumlah keseluruhan adalah
RM614.00x14=RM8,596.00.

Jadi jumlah keseluruhan Syarikat perlu bayar

kepada Penuntut keempat adalah RM8,596.00+RM2,047.00=RM10,643.00.

DIPERTURUNKAN PADA 22 OGOS 2016


-Signed(DATO AHMAD ROSLI BIN MOHD SHAM)
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

15