Anda di halaman 1dari 1

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK Seri Ampang


Kod Sekolah : AEA 2050
1
2
4
6
7

Nama Guru
Khalil Aznan b Mohd Nor
Judul
Pengurusan Kebakaran
3. Bidang : Profesional
Tarikh Pembentangan
5. Masa :
Tempat Pembentangan SMK Seri Ampang
Bil muka surat :
Sinopsis:
Pengarang : Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran
Penerbit : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
Jumlah muka surat : 36 Halaman
Tahun terbit: 2006 (edisi pindaan)
Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan
dan anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah
difahami justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah mencegah lebih baik daripada
mengubati akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca
penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang
disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran,
kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak
boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau
kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan (sehelai
sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh
membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiliti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P


1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa
2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains
kebakaran

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

..
( Khalil Aznan b Mohd Nor)

..

Anda mungkin juga menyukai