Anda di halaman 1dari 6

CONTOH LAPORAN KESAHAN

1.1 Korelasi Item dengan Jumlah Skor dan Antara Item Konstruk Kestabilan Jasmani,
Emosi Dan Rohani
Jadual 1.1 Nilai korelasi item dengan jumlah skor Konstruk Kestabilan Jasmani, Emosi Dan
Rohani dan antara item
Ite
KJE
b01
b02
b03
b04
b05
m
R
.
b01
736**
.
.
b02
742** 524**
.
.
.
b03
846** 498** 488**
.
.
.
.
b04
840** 516** 431** 711**
.
.
.
.
.
b05
800** 451** 386** 679** 696**
** Korelasi signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Jadual 1.1 menunjukkan semua item dalam konstruk Kestabilan Jasmani, Emosi dan
Rohani berkorelasi positif yang kukuh dan signifikan dengan jumlah skor konstruk
Kestabilan jasmani, Emosi dan Rohani. Korelasi yang paling kuat adalah item b03
(0.846), diikuti dengan item b4 (0.840), item b05 (0.800), item b02 (0.742), dan item b01
(0.736).Julat korelasi antara item dengan jumlah skor konstruk Kestabilan Jasmani,
Emosi dan Rohani adalah antara 0.736 hingga 0.846. Didapati juga nilai korelasi antara
item menunjukkan semua item berkorelasi secara positif dan adalah signifikan pada
aras 0.01.

CONTOH LAPORAN KEBOLEHPERCAYAAN


Jadual 2.2 Nilai Kebolehpercayaan Cronbach alpha dan julat nilai korelasi antara item bagi
konstruk IKKPK
Konstruk

Item

Kestabilan
Jasmani, Emosi
Dan Rohani

b01
b02
b03
b04
b05

Nilai Korelasi
Item yang
diperbetulkan
kepada
jumlah skor
.612
.543
.749
.733
.681

Nilai
Cronbach
Alpha jika
item
digugurkan
.826
.855
.789
.792
.807

Nilai
Cronbach
Alpha

Bilangan
Item

Julat nilai
korelasi
antara item

0.845

0.386-0.711

Secara keseluruhan, apabila konstruk KJER dianalisis untuk menentukan nilai


kebolehpercayaan pekali Cronbach Alpha didapati bahawa nilainya adalah 0.845, iaitu suatu
nilai kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang tinggi dan baik. Jadual 2.2 menunjukkan
bahawa nilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah dalam julat 0.543
hingga 0.749. Nilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk
tentang darjah korelasi setiap skala kepada jumlah skor. Dalam kajian ini, didapati nisbah ini
adalah besar daripada 0.3. Ini menunjukkan bahawa konstruk yang diukur adalah mempunyai
korelasi yang baik dengan jumlah skor. Nilai korelasi antara item adalah antara 0.386 hingga
0.846. Ini menunjukkan korelasi yang kuat antara item yang terdapat dalam konstruk KJER
yang digunakan dalam instrumen ini. Korelasi antara item bagi setiap item adalah positif.

CONTOH PELAPORAN UJIAN-T


Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang
antara pengetua lelaki dan perempuan?
Hipotesis:
Ho : 1 = 2
HA : 1 2
Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara
pengetua lelaki dan perempuan.
HA : Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara
pengetua lelaki dan perempuan.
Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua kanan (keseluruhan) berdasarkan jantina

Jantina

Bil.

Min

Lelaki
Perempua
n

549

4.264

Sisihan
Piawai
0.581

662

4.290

0.554

Nilai-t
0.801

Tahap
Signifikan
0.423

Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi
pengetua kanan (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (M=4.264, SP=0.581)
adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (M=4.290, SP=0.554).

CONTOH PELAPORAN ANOVA SEHALA


Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua kanan
berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru. (Catatan: Kumpulan guru: 110 tahun; 11-20 tahun; dan 21 tahun ke atas).

Hipotesis:
Ho : 1 = 2 = 3
HA : 1 2 3
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kualiti peribadi pengetua kanan
berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru.
HA : Terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kualiti peribadi pengetua kanan
berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru.

Jadual 1. Taburan Persepsi Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru


Terhadap Kualiti Peribadi Pengetua Cemerlang

Pengalaman Mengajar

Bilangan (N)

Skor Min

Sisihan Piawai

1-10 tahun

481

4.199

.574

11-20 tahun

474

4.321

.569

21 tahun ke atas

255

4.348

.529

Jumlah

1210

4.278

.566

Jadual 2. Ujian ANOVA Persepsi Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru Terhadap
Kualiti Peribadi Pengetua Cemerlang

Persepsi Kualiti Peribadi


Berdasarkan
Pengalaman Mengajar
Guru

Jumlah
Kuasa
Dua

Min
Darjah
Kuasa
Kebebasan
Dua

Antara Kumpulan

5.176

2.588

Dalam Kumpulan

382.461

1207

.317

Jumlah

387.638

1209

Nilai F
8.168

Signifikan
.000

Jadual 3. Keputusan Ujian Post Hoc Scheffe Persepsi Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Guru Terhadap Kualiti Peribadi Pengetua Cemerlang

Pengalaman Mengajar Guru

Perbezaan Min

Ralat Piawai

Signifikan

1-10 tahun

11-20 tahun

-.123

.036

.004

11-20 tahun

21 tahun ke atas

-.027

.044

.826

21 tahun ke atas

1-10 tahun

.150

.044

.003

Berdasarkan Jadual 2, didapati terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kualiti
peribadi pengetua kanan berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru (F(2,
1207)=8.168; p<0.05). Persepsi guru yang berpengalaman mengajar 11 hingga 20 tahun
(M=4.321, S.P=0.569) dan guru yang berpengalaman mengajar 21 tahun ke atas (M=4.348,
S.P=0.529) lebih tinggi berbanding guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun
(M=4.199, S.P=0.574). Walaubagaimanapun, skor min persepsi guru yang berpengalaman
mengajar 11 hingga 20 tahun dan guru yang berpengalaman mengajar 21 tahun ke atas tidak
berbeza secara signifikan. Walaupun keputusan ujian Anova Sehala tersebut adalah signifikan
secara statistik, perbezaan sebenar dalam skor min antara kumpulan agak kecil. Kesan saiz
yang dikira menggunakan Eta kuasa dua adalah 0.013.

CONTOH PELAPORAN ANOVA DUA HALA


Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua
kanan berdasarkan jantina pengetua dan jantina guru?

Hipotesis:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan
berdasarkan jantina pengetua.
HA1: Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan
jantina pengetua.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan
berdasarkan jantina guru.
HA2: Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan
jantina guru.

Ho3: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pengetua dan jantina guru
terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan.
HA3: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pengetua dan jantina guru
terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan.

Jadual 1. Perbandingan Skor Min Tahap Kualiti Peribadi Pengetua Kanan Berdasarkan Jantina
Guru dan Jantina Pengetua
Jantina
Pengetua
Lelaki

Perempuan

Total

Jantina
Guru

Min

Sisihan
Piawai

Bil (N)

Lelaki

4.321

.619

230

Perempuan 4.223

.548

319

Total

4.264

.580

549

Lelaki

4.418

.525

209

Perempuan 4.232

.558

453

Total

4.290

.554

662

Lelaki

4.367

.578

439

Perempuan 4.228

.554

772

Total

.566

1211

4.279

Jadual 2. Ujian ANOVA Dua Hala Perbandingan Tahap Kualiti Peribadi Pengetua Kanan
Berdasarkan Jantina Pengetua dan Jantina Guru
Kesan Utama
Jantina Pengetua
Jantina Guru

Jumlah
Kuasa
dk
Dua
.763 1

Min
Kuasa Nilai F
Dua
.763
2.415

Tahap
Signifikan*
(p)
.120

5.575 1

5.575

17.641 .000

.537 1

.537

1.699 .193

Ralat

381.429 1207

.316

Jumlah

387.872 1210

JantinaPengetua * JantinaGuru

*Nilai adalah signifikan apabila p<0.01

Catatan: Keputusan Levenes Test mendapati bahawa p=0.016 (p<0.05), maka, pada jadual
ANOVA kita perlu melaporkan nilai signifikan pada p<0.01.

Pelaporan Ujian ANOVA Dua Hala:


Berdasarkan Jadual 2, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi
pengetua kanan berdasarkan jantina pengetua (F(1, 1207)=2.415, p=0.120), di mana kesan
saiz adalah kecil (eta kuasa dua=0.02). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua lelaki dan
pengetua perempuan adalah sama.
Perbandingan persepsi guru terhadap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina,
didapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan
jantina guru (F(1, 1207)=17.641, p=0.000), walau bagaimanapun kesan saiz adalah kecil (eta
kuasa dua=0.014). Guru lelaki memberikan persepsi yang lebih tinggi (min=4.321) berbanding
guru perempuan (min=4.223) terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan lelaki.
Seterusnya, guru lelaki turut memberikan persepsi yang lebih tinggi (min=4.418) berbanding
guru perempuan (min=4.232) terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan perempuan. Ini
bermakna guru lelaki menilai tahap kualiti peribadi pengetua kanan lebih tinggi berbanding guru
perempuan sama ada bagi pengetua lelaki mahupun pengetua perempuan.
Berdasarkan Jadual 2 juga, tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina
pengetua dengan jantina guru ke atas persepsi terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan
(F(1, 1207)=1.699, p=0.193). Rajah 1 menunjukkan graf kesan interaksi antara jantina pengetua
dan jantina guru terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan.

Rajah1. Graf Kesan Interaksi Jantina Pengetua dan Jantina Guru Terhadap Tahap Kualiti
Peribadi Pengetua Kanan

Anda mungkin juga menyukai