Anda di halaman 1dari 1

Sumber Temu Bual :

Responden 1
Saya tahu kebanyakan ragam bahasa. Saya telah mempelajari ragam bahasa dalam kelas dan
pusat tusyen. Saya berasa penggunaan ragam bahasa dapat menarik minat antara penutur dengan
orang lain semasa perbualan. Saya akan berasa marah sekiranya terdapat orang yang saya kurang
rapat menggunakan bahasa sindiran dengan saya ketika perbualan. Saya berasa bahasa
seruan/keluan digunakan dalam situasi cemas seperti ketika meminta pertolongan dan bahasa
keluan digunakan semasa seseorang ingin menegur atau menasihati sesiapa. Saya berasa bahasa
terbalik sesuai digunakan dalam masyarakat kini kerana mereka kurang mendengar teguran
orang lain. Contoh yang saya boleh beri adalah, Buat lagi, buat lagi. Saya berasa bahasa besar
dan bahasa kecil sangat sesuai dalam penulisan karangan misalnya dalam karangan bebas. Bagi
saya, ragam bahasa perlu diteruskan oleh orang ramai. Hal ini disebabkan ragam bahasa dapat
mempengaruhi percakapan seharian. Berdasarkan kefahaman saya, pertanyaan ingkar digunakan
ketika berada dalam situasi kecewa kerana pertanyaan mereka tidak dapat dijawab oleh sesiapa.
Jawapan untuk soalan yang ditanyakan tersirat dalam soalan tersebut. Implikasi penggunaan
ragam bahasa kepada masyarakat ialah masyarakat dapat meneruskan fahaman mereka dalam
bahasa Melayu.

Responden 2
Saya hanya tahu beberapa ragam bahasa sahaja contohnya, bahasa ejek, bahasa jenaka, bahasa
sindiran, bahasa besar, bahasa kecil, bahasa bukan dan beberapa lagi. Saya telah mempelajari
tentang ragam bahasa di sekolah saya terutamanya waktu Bahasa Melayu. Bagi saya, kesan
ragam bahasa dalam pertuturan seharian ialah dapat menyeronokkan perbualan yang diadakan.
Saya akan berasa tersinggung untuk seketika jika ada orang yang kurang rapat dengan saya
menggunakan bahasa sindiran dengan saya. Bahasa seruan/keluan bagi saya digunakan semasa
hendak menegaskan pernyataan seseorang. Saya kurang faham akan maksud bahasa tempelak,
tetapi saya berasa bahasa tersebut digunakan untuk menasihati orang lain. Saya berasa bahasa
terbalik sangat sesuai digunakan dalam pergaulan seharian terutamanya pergaulan dengan rakanrakan. Setahu saya, pertanyaan ingkar digunakan untuk menanya soalan tanpa mengharapkan
jawapan daripada pihak yang ditanya. Saya berasa ragam bahasa amat perlu diteruskan dalan
pertuturan seharian kerana dapat mewujudkan kesinambungan semasa bergaul. Setahu saya,
implikasi pengunaan ragam bahasa kepada masyarakat ialah dapat memberikan keutamaan atau
keistimewaan kepada individu yang bercakap tersebut.

Anda mungkin juga menyukai