Anda di halaman 1dari 3

SK SIPUTEH

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2013

TEKS DOA ISTIADAT GRADUASI TAHUN 6



















Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana
mengizinkan kami untuk berada dalam istiadat
Konvokesyen Tahun 6, SK Siputeh, 2013.












Kami memohon kepada-Mu Ya Allah , agar Engkau berkati
majlis ini. Semoga segala usaha kami dalam menjayakan
majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.





Di saat ini kami rafakan tangan kehambaan
mengharapkan ihsan-Mu memberkati anak didik kami
yang sekarang ini berada di penghujung perjalanan
sebagai pelajar yang bergelar murid sekolah rendah.
Sesungguhnya liku-liku perjalanan yang bermula dari
Pra Sekolah 6 tahun yang lalu kini intan payung
kesayangan kami, intan payung kesayangan ayahbonda
sedang berada di ambang perpisahan.









Sesungguhnya cabaran di hadapan semakin mencabar.
Semakin hebat. Musuh yang sentiasa mengambil
peluang di atas segala kelemahan. Kelemahan yang
sebahagian besarnya datang dari dalam diri, juga dari
persekitaran. Ya Allah kami pohon agar mereka
dilindungi dari sebarang bisikan-bisikan yang
memesongkan

SK SIPUTEH
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2013

Ya Allah wahai tuhan kami, Anak-anak kami ini akan


terus melangkah seiring dengan pencapaian masingmasing. Samada mereka cemerlang atau sebaliknya,
sebahagian daripada mereka akan mula meninggalkan
keluarga masing-masing. Hati mereka akan lebih
cenderung kepada rakan mereka. Kurnikanlah kepada
mereka rakan-rakan yang dapat membina kejayaan,
bukan rakan-rakan yang melalaikan.
Berilah kejayaan kepada mereka dalam apa jua bidang
yang bakal mereka lalui. Peliharalah mereka dari
sebarang kekurangan dan kelemahan agar mereka
dapat melalui perjalanan hidup dengan pimpinan Mu.
Buakalah hijab seluas-luasnya. Agar mereka dapat
mengenalpasti segala cabaran. Hati yang dilimpahi
dengan cahaya petunjuk. Tidak sesat dan tidak
menyesatkan.







.




Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu
perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula
selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami
ini, dan mereka yang bersama kami, kkebinasaan, dan
menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

SK SIPUTEH
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2013

Anda mungkin juga menyukai