Anda di halaman 1dari 46

MERDEKA GEOGRAFI

KITA RASA BERSYUKUR KERANA NEGARA


KITA MERDEKA DARIPADA PENJAJAH
BRITISH PADA TANGGAL 31 OGOS 1957

DAN KITA BEBAS DARI KEZALIMAN


KOMUNIS YANG INGIN MERAMPAS
KEAMANAN NEGARA KITA

MENGHARAP KEAMANAN DI NEGARA SENDIRI


NAMUN.ADA SAUDARA-SAUDARA
KITA YANG MASIH MENGHARAP SINAR
KEBAHAGIAN UNTUK HIDUP AMAN DI
NEGARA SENDIRI..

PALESTINE,
SYRIA,
MASYARAKAT ROHINGYA, MYNMAR..

ERTI KEMERDEKAAN
MERDEKA ITU BUKAN HANYA APABILA
KITA BEBAS DARIPADA CENGKAPAN
PENJAJAH YANG BERLAINAN BANGSA.

SAHABAT BERJUANG UNTUK MENCAPAI


KEMERDEKAAN WALAUPUN YANG MEMERINTAH
MAKKAH DAN MADINAH SEWAKTU ITU TERDIRI
DARIPADA BANGSA ARAB JUGA.

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN


RIBIY BIN AMIR SEORANG TENTERA ISLAM BERJUMPA
JENERAL TENTERA PARSI, RUSTUM:
ALLAH MENGUTUS KAMI (ORANG ISLAM) UNTUK KAMI
MERDEKAKAN MANUSIA, DARIPADA MENGABDIKAN DIRI
SESAMA MANUSIA KEPADA MENGABDIKAN DIRI KEPADA
ALLAH, DARIPADA KEZALIMAN AGAMA KEPADA
KEADILAN ISLAM DAN DARIPADA KESEMPITAN DUNIA
KEPADA KELUASAN DUNIA DAN AKHIRAT.

MERDEKA : BEBAS ATAU TERBABAS?


Remaja di Mekah ketika itu
bebas melakukan apa-apa
sahaja.
Berhibur tanpa sempadan, judi
dan zina menjadi hobi pilihan.
Malah bertelagah sesama
kabilah menjadi agenda bulanan.

MERDEKA : BEBAS ATAU TERBABAS?


Hanya seroang yang mencipta
kelainan.
Jasadnya dikurung di pinggir kota,
akalnya mencari pencipta. Jiwanya
meronta mencari kebenaran.
Dialah MUHAMMAD BIN ABDULLAH.

MERDEKA : BEBAS ATAU TERBABAS?


Rasulullah kelihatan terbelenggu kerana
tidak bebas seperti remaja Makkah lain.
Baginda memilih mangambil upah
menggembala kambing berbanding
mengimport budaya jahiliyah dalam diri.
Hakikatnya, Bagindalah yang bebas
jiwanya daripada belenggu syirik serta
tidak menjadi hamba nafsu.

MERDEKA : BEBAS ATAU TERBABAS?


Ramai yang kelihatan bebas, tetapi
sebenarnya terpenjara.
Ramai yang kelihatan terkongkong, tetapi
hakikatnya bebas.

FITRAH MANUSIA LAHIR DALAM KEADAAN


MERDEKA
Tiada lagi status hamba abdi.
Umar bin al-Khattab:

Sejak bila kamu memperhambakan


manusia, sedangkan ibu mereka
melahirkan mereka dalam keadaan
merdeka?

FITRAH REMAJA:
SENTIASA MERONTA-RONTA INGINKAN
KEBEBASAN.

CARA PINTAS REMAJA INGIN BEBAS


1. Membebaskan diri daripada belenggu

adab, ajaran dan syariat Islam kerana


beranggapan konservatif dan lapuk

CARA PINTAS REMAJA INGIN BEBAS


2. Melanggar segala suruhan dan
melakukan tegahan orang tua

CARA PINTAS REMAJA INGIN BEBAS


3. Berlagak seolah-olah mereka
sudah dewasa dan mampu
membuat keputusan sendiri

PERINTAH BERKURUNG
Cukup ironi, kebebasan yang
didamba itu akan terasa begitu manis
dengan selingan perintah berkurung.
Kebebasan tidak boleh dibiar lepas
tanpa tali.
Ia perlu pedoman.
Ia menagih kematangan dalam
mengurusnya.

PERINTAH BERKURUNG:
AMAT DIPERLUKAN OLEH REMAJA
1. Masa mengabdikan diri kepada ALLAH
2. Masa mengabdikan diri kepada ILMU

PERINTAH BERKURUNG:
AMAT DIPERLUKAN OLEH REMAJA
Fahamilah betul-betul, perintah
berkurung ini ibarat bata.
Tujuan kita bukan ingin membina
tembok, namun bata tersebut
dimanfaatkan untuk membina jambatan.
Jambatan yang menjadi jalan menuju
ALLAH

PERINTAH BERKURUNG:
AMAT DIPERLUKAN OLEH REMAJA
Kerana itu, perintah berkurung ini sangat
istimewa.
Ia akan memberi keuntungan kepada
individu yang dikenakan perintah tersebut.

2 PERINTAH BERKURUNG:
AMAT DIPERLUKAN OLEH REMAJA
ganjaran

PAHALA

BERKURUNG UNTUK BERIBADAH

KEBIJAKSANAAN

BERKURUNG UNTUK MENIMBA ILMU


ganjaran

CUKUP ADIL!

MANIS BUKAN?

Kebebasan yang dikekang seketika,


menghadirkan kebebasan hakiki.
Bebas daripada seksa neraka dan
kejahilan.

RIANGLAH MELOMPAT-LOMPAT UNTUK


MENGELAK LOPAK-LOPAK AIR.
Jika sedikit kongkongan itu ibarat lopaklopak air, jangan anggap ia mengganggu
perjalanan kita.
Jangan mengelak laluan tersebut dan
memilih jalan lain.

BATASAN BEBAS: 1. SEMPADAN


Pernah lihat matahari enggan terbit?
Pernah lihat bintang di angkasa berebut
paksi sesame mereka?
Pernah dengar pokok berjalan ke sana
sini sebab bosan duduk setempat?
Tidak pernah bukan?

BATASAN BEBAS: 1. SEMPADAN


Ini kerana semua makhluk Allah kecuali
manusia taat kepada peraturan Allah.
Ia ketaatan yang mutlak, tanpa diberi
pilihan sama ada ingin taat atau ingkar.

BATASAN BEBAS: 1. SEMPADAN


Manusia masih diberi pilihan.
Namun dengar dahulu wahyu Ilahi,
kemudian buatlah keputusan.
Akibat akhirnya, TANGGUNG dan
JAWAB sendiri di akhirat.

BATASAN BEBAS: 1. SEMPADAN


APA PUN KEBEBASAN YANG KITA PILIH
DALAM HIDUP, JANGAN SAMPAI
MENGORBANKAN AGAMA.
AQIDAH JANGAN DIGADAI.
IBADAH DAN SYARIAT JANGAN
KONTANG DARIPADA DAIRI HIDUP.
MALAH AKHLAK JANGAN DIHALAU
KELUAR DARIPADA PERSONALITI DIRI.

BATASAN BEBAS: 2. MEMILIH PRIORITI


Perlu timbang tara antara dunia dan
akhirat dalam memaknakan erti sebuah
kemerdekaan.
Masa depan akhirat tidak seharusnya
terkorban di tangan kebebasan duniawi

BATASAN BEBAS: 2. MEMILIH PRIORITI


Membuat pilihan yang tepat amat
penting kerana kita bertanggungjawab
penuh terhadap nawaitu, percakapan
dan perilaku kita.

BATASAN BEBAS: 2. MEMILIH PRIORITI

sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya itu
akan diminta pertanggungjawabannya.
Surah al-Isra :36

BATASAN BEBAS: 3. PENGALAMAN


Ini boleh, itu tidak boleh.
Buat ini, jangan buat itu.
Ini dan itu terasa ingin dielak, dek rasa
ingin merasai bagaimana agaknya
menjadi remaja yang tidak lagi
dikonkong oleh ibu bapa atau guru.
Selalu merungut dalam hati.
Bukan?

BATASAN BEBAS: 3. PENGALAMAN


KEBEBASAN YANG MUTLAK HANYA
MILIK ALLAH.
Kita sebagai hamba dan khalifah,
ALLAH berikan juga kebebasan
Cuma dengan sedikit panduan.

BATASAN BEBAS: 3. PENGALAMAN


Ibarat memandu, kita bebas ke manamana sahaja yang kita kehendaki,
namun masih ada peraturan jalan raya
yang perlu dipatuhi.

BATASAN BEBAS: 3. PENGALAMAN


Ibarat layang-laying, hanya boleh
terbang jika ada tali.
Terputus tali, layang-layang akan tewas
dengan angina yang lebih gah
daripadanya.

BATASAN BEBAS: 3. PENGALAMAN


Individu yang paling dekat dengan kita,
ibu bapa dan gurulah yang
bertanggungjawab menjadi penasihat
kepada nilai kebebasan yang kita miliki.
Mereka lebih banyak pengalaman,
mereka lebih berilmu dan terlebih
dahulu makan garam berbanding kita.

TAWARAN ISTIMEWA: INGIN BEBAS?


WAHAI ORANG YANG BERIMAN, SUKAKAH

KAMU AKU
TUNJUKKAN SUATU PERNIAGAAN (TIJARAH) YANG DAPAT
MENYELAMATKAN KAMU DARIPADA AZAB YANG PEDIH?
SURAH AL-SAF 13

TAWARAN ISTIMEWA: INGIN BEBAS?

(YAITU) KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA


DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH DENGAN HARTA DAN
JIWAMU. ITULAH YANG LEBIH BAIK BAGIMU, JIKA KAMU
MENGETAHUI.

SURAH AL-SAF 11

TAWARAN ISTIMEWA: INGIN BEBAS?

12. NISCAYA ALLAH AKAN MENGAMPUNI DOSA-DOSAMU


DAN MEMASUKKANMU KE DALAM JANNAH YANG MENGALIR
DI BAWAHNYA SUNGAI-SUNGAI; DAN (MEMASUKKAN KAMU)
KE TEMPAT TINGGAL YANG BAIK DI DALAM JANNAH 'ADN.
ITULAH KEBERUNTUNGAN YANG BESAR.

SURAH AL-SAF 12

TAWARAN ISTIMEWA: INGIN BEBAS?


13. DAN (ADA LAGI) KARUNIA YANG LAIN YANG KAMU
SUKAI (YAITU) PERTOLONGAN DARI ALLAH DAN
KEMENANGAN YANG DEKAT (WAKTUNYA). DAN
SAMPAIKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORANGORANG YANG BERIMAN.

SURAH AL-SAF 12

APAKAH MODAL PERNIAGAAN INI?


MODAL
1. Beriman kepada Allah
dan RasulNya
2. Jihad di jalan Allah
dengan harta dan jiwa.

KEUNTUNGAN
1. Pengampunan dosa
2. Tawaran syurga Adn.
3. Mendapat bantuan
daripada Allah
4. Dijanjikan kemenangan

PELAN TINDAKAN:
7 GOLONGAN YANG ALLAH AKAN NAUNGI MEREKA PADA
HARI TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGANNYA
1. Pemimpin yang Adil

Ketua pengawas, pengawas, ketua kelas, ketua


dorm, Badri dll
Bukan lesen untuk bebas memerintah.
Ada kewajipan dan elakkan perkara negatif elakkan
pilih kasih, terlalu emosi, dendam, hipokrit, benci
membenci.

PELAN TINDAKAN:
7 GOLONGAN YANG ALLAH AKAN NAUNGI MEREKA PADA
HARI TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGANNYA
2.Pemuda yang Hidup dalam Ketaatan kepada Allah

Kita mesti rasa bebas beribadat di mana-mana


sahaja kita berada.
Perkara yang baik kita contohi dan yang buruk kita
jauhi.
Kita juga bebas memberi contoh kepada orang lain
tetapi bukan harap pujian manusia sebagai
ganjarannya.
Juga bebaskan diri daripada sifat malas beribadat!

PELAN TINDAKAN:
7 GOLONGAN YANG ALLAH AKAN NAUNGI MEREKA PADA
HARI TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGANNYA
3. Pencinta Masjid

Kita mungkin rasa malu pergi ke masjid tetapi bebas


menonton wayang dan konsert sesuka hati.
Apa kata kita pusingkan kebebasan kita itu ke
masjid pula?
Percuma..tanpa bayaran wang ringgit, malah
mendapat ganjaran pahala dan sentiasa di bawah
naungan Allah. Rugi kalua disia2kan.

PELAN TINDAKAN:
7 GOLONGAN YANG ALLAH AKAN NAUNGI MEREKA PADA
HARI TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGANNYA
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah

Bersahabatlah sampai ke syurga.


Bermakna kita bebas untuk bersahabat di jalan Allah
Cari friend yang mencintai Allah dan unfriend
yang menjauhi agama.
Bersahabat dengan orang yang baik2 membawa
ketenangan dan tidak menyusahkan.
Yang menyusahkan apabila kita rimas dengan
rakan2 yang berbuat baik.

PELAN TINDAKAN:
7 GOLONGAN YANG ALLAH AKAN NAUNGI MEREKA PADA
HARI TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGANNYA
5. Orang yang menolak godaan berzina

Kita bebaskan diri daripada perlakuan maksiat.


Jangan cuba mendekati apatah lagi melakukannya.
Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada
perkara-perkara yang tidak diingini berlaku?
SENTIASA MENGINGATI ALLAH DAN PERCAYA
ALLAH SEDANG MEMERHATI

PELAN TINDAKAN:
7 GOLONGAN YANG ALLAH AKAN NAUNGI MEREKA PADA
HARI TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGANNYA
6. Orang yang menyembunyikan sedekahnya.

Ikhlaskan diri
Kita bebaskan diri daripada mengharapkan pujian
apatah lagi ganjaran hadiah daripada manusia atas
setiap perbuatan baik yang kita buat.
Allah Maha Mengetahui
Jauhi sifat memberi kerana suka menunjuk-nunjuk
walaupun untuk memotivasikan kawan, kerana syaitan
pandai ambil peluang atas perbuatan baik kita

PELAN TINDAKAN:
7 GOLONGAN YANG ALLAH AKAN NAUNGI MEREKA PADA
HARI TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGANNYA
7. Orang yang mengingati Allah sehingga menitiskan air mata

Biasanya, ketika sakit baru kita ingat dan sebut


nama Allah dengan sepenuh jiwa.
Ketika itu bukan kita betul2 ingat Allah tetapi kita
takut mati.
Bebaskan perasaan begitu dan gunakan peluang
ketika sedang berseorangan dalam keadaan sunyi
dengan sentiasa mengingati Allah

MERDEKAKAN KEBEBASANMU!
Jom join. Like.
FB: Ikramteens Melaka

Anda mungkin juga menyukai