Anda di halaman 1dari 22

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah

Amalan asy-Syaikh Amad ibn Idrs



















)(














)(



http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah




























)(

)(





)(







)(

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah




)(











3

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah











) (






http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah

)(

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah






)(









.



.


.



















6

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah





. ) (







































http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah





) (

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah

Terjemahan
Inilah pendinding-pendinding yang kukuh yang bersifat an-nabawiyyah
(yakni berasaskan sumber-sumber daripada Raslullh allallhu alaihi wa
sallam), oleh penghulu bagi golongan al-rifn, dan qub bagi golongan almuaqqiqn, penghuluku Amad ibn Idrs, semoga Allh meredainya.

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


Dengan nama Allh Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.
Wahai Allh, aku persembahkan kepadaMu di hadapan setiap nafas dan
pandangan, serta kelipan yang mengelip dengannya ahli-ahli langit dan ahli-ahli
bumi, dan setiap sesuatu yang berada di dalam ilmuMu, [sama ada] yang akan
berlaku atau yang sudah pun berlaku.
Aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu seluruhnya.
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allh yang sempurna
seluruhnya, daripada kejahatan yang telah Dia ciptakan. (3 kali)
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Dengan nama Allh, yang tidak memudaratkan bersama namaNya
sesuatu pun di bumi dan tidak juga [sesuatu pun] di langit. Dan Dia Maha
Mendengar, Maha Mengetahui. (3 kali)
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Dengan nama Allh. Puji-pujian [yang sempurna dan benar-benar
lengkap itu hanyalah milik dan hanyalah layak] bagi Allh. Muammad adalah
pesuruh Allh. Tiada daya kekuatan melainkan dengan Allh.
Dengan nama Allh [aku ucapkan] di atas agamaku dan diriku. Dengan
nama Allh [aku ucapkan] di atas keluargaku dan hartaku. Dengan nama Allh
[aku ucapkan] di atas setiap sesuatu yang telah dikurniakan kepadaku oleh
Tuhanku. Dengan nama Allh, sebaik-baik nama. Dengan nama Allh, Tuhan
Pengatur bumi dan langit. Dengan nama Allh, yang tidak akan memudaratkan
bersama namaNya [apa-apa] penyakit. Dengan nama Allh aku membukakan
(yakni memulakan). Dengan nama Allh, aku menamatkan. Dan kepada Allh
aku bertawakal.
Tiada daya kekuatan melainkan dengan Allh. (3 kali)
Allh Lebih Besar. (3 kali) (1)

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

10

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


Tiada tuhan melainkan Allh, Yang Maha Penyantun, Yang Maha Mulia.
Tiada tuhan melainkan Allh, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Agung. Allh
yang memiliki segala keberkatan, Tuhan Pengatur langit-langit (yakni petalapetala langit) yang tujuh, dan Tuhan Pengatur singgahsana yang agung, dan
Tuhan Pengatur bumi-bumi (yakni petala-petala bumi), dan apa jua yang
terdapat di antara kedua-duanya (yakni di antara langit dan bumi). Dan pujipujian [yang sempurna dan benar-benar lengkap itu hanyalah milik dan
hanyalah layak] bagi Allh, Tuhan Pengatur sekelian alam. Sungguh mulia
[sesiapa jua yang menjadi] jiranMu dan sungguh tinggi puji-pujian [milik]Mu.
Dan tiada tuhan selainMu. Masukkanlah daku ke dalam kejirananMu (yakni ke
dalam perlindungan Allh) daripada kejahatan setiap yang memiliki kejahatan,
dan daripada kejahatan syaitan yang direjam.
Sesungguhnya, pelindungku ialah Allh, yang telah menurunkan al-Kitb
dan Dialah yang melindungi golongan a-lin. (Mafhum Srah al-Arf ayat
196.)
Dan jika mereka berpaling, maka katakanlah Cukuplah Allh bagiku,
tiada tuhan melainkan Dia. KepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan yang
memiliki singgahsana yang agung. (7 kali) (Mafhum Srah at-Taubah ayat
129.)
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
[Sudah cukuplah] Allh [sebagai] kelengkapanku bagi setiap [situasi]
ketegangan (yakni kesusahan) dan [situasi] keselesaan (yakni kesenangan).
Cukuplah Allh bagi kami, sebaik-baik tempat berserah. Kepada Allh kami
bertawakal. (7 kali)
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Wahai Allh, Engkaulah Tuhanku. Tiada tuhan melainkan Dikau.
KepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki singgahsana
yang agung. Dan tiada upaya dan tiada daya kekuatan melainkan dengan Allh
Yang Maha Tinggi, Yang Maha Agung. Apa yang dikehendaki oleh Allh itulah
yang terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki oleh Allh tidak akan terjadi.
Aku mengetahui bahawa Allh adalah Maha Berkuasa di atas setiap
sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Dia telah meliputi setiap sesuatu dengan
ilmuNya dan Dia telah menghitung setiap sesuatu akan bilangannya.
Wahai Allh, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada
kejahatan diriku sendiri, dan daripada kejahatan setiap yang melata, yang
ubun-ubunnya di dalam genggamanMu. Sesungguhnya Tuhanku adalah di atas
jalan yang lurus.
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

11

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


Aku meminta perlindungan untuk diriku dan anak-anakku semuanya, dan
ahli keluargaku semuanya, dan harta-hartaku semuanya, dan saudarasaudaraku semuanya dan juga harta-harta mereka, secara berkekalan dan
berpanjangan selama-lamanya, dengan wajah Allh Yang Maha Agung, yang
tiada sesuatu pun yang terlebih agung daripadaNya, Yang Empunya Ketinggian
dan Keperkasaan, daripada kejahatan setiap yang memiliki kejahatan, dan
daripada kejahatan jin dan manusia, [daripada kejahatan] syaitan-syaitan dan
sultan-sultan (atau orang-orang yang memiliki kuasa yakni para pemerintah),
[daripada kejahatan] orang-orang Arab padang pasir dan kejahatan yang tujuh,
[daripada kejahatan] serangga perosak dan [daripada terkena] kecurian, dan
[daripada kejahatan] setiap ciptaan Allh. Dan daripada penyakit gila, kusta,
sopak, hemiplegia (mati separuh badan), buasir, enuresis (penyakit lemah pundi
air kencing sehingga menyebabkan seseorang tidak dapat membuang air kecil
dengan sempurna), pekak, buta, bisu, dan [daripada] keburukan akhlak, dan
[daripada] tertanggalnya gigi, dan [daripada] kesakitan gigi geraham, dan
[daripada] rosaknya gigi atau tergerak ia (atau menjadi longgar) atau tercabut
ia. Dan daripada semua bala dan fitnah, yang zahir dan yang batin. Dan aku
berpegang teguh dengan Tuhan yang memiliki kerajaan.
Dan aku bertawakal kepada Yang Maha Hidup, Yang Tidak Akan Mati. (3
kali)
Puji-pujian [yang sempurna dan benar-benar lengkap itu hanyalah milik
dan hanyalah layak] bagi Allh, yang tidak mempunyai anak, dan tidak
mempunyai sekutu di dalam kerajaanNya, dan tidak [pula Dia] hina [sehingga
memerlukan] kepada seorang penolong, dan agungkanlah Dia dengan
pengagungan [yang sebesar-sebesarnya]. (Mafhum Srah al-Isr ayat 111.)
Allh Lebih Besar. (1)
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Dan aku serahkan urusanku kepada Allh. Sesungguhnya Allh Maha
Melihat akan hamba-hambaNya. (3 kali) (Mafhum Srah al-Ghfir, yang
dikenali juga sebagai Srah al-Mumin, ayat 44.)
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Maka bertasbihlah kepada Allh ketika di waktu petang dan ketika di
waktu pagi. Dan bagiNyalah puji-pujian di langit dan di bumi, dan ketika di
waktu petang dan ketika di waktu tengah hari (yakni Zuhur). Dia yang
mengeluarkan yang hidup daripada yang mati. Dan Dia yang mengeluarkan
yang mati daripada yang hidup. Dan Dia yang menghidupkan bumi selepas
kematiannya (yakni menyuburkan bumi setelah kegersangannya). Dan
begitulah juga engkau sekelian akan dikeluarkan (yakni dibangkitkan daripada
kubur). (Mafhum Srah ar-Rm 17-19.)

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

12

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Wahai Allh, aku pinta Engkau simpankanlah agamaku, dan diriku, dan
kehormatanku, dan amanahku, dan mohor-mohor (yakni kesudahankesudahan) amalanku, dan keluargaku semuanya, dan hartaku semuanya, dan
saudara-saudaraku semuanya, dan harta-harta mereka semuanya, secara
berkekalan dan berpanjangan selama-lamanya, di dalam khazanah-khazanah
pemeliharaanMu. Wahai Dia yang tidak akan hilang di sisiNya segala yang
disimpankan [sebagai satu amanah, yakni sebagai satu penyerahan diri
kepadaNya].
Maka Allh adalah sebaik-baik pemelihara. Dan Dialah yang paling
penyayang di antara segala yang bersifat penyayang. (Mafhum Srah Ysuf
ayat 64.)
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Aku meminta perlindungan untuk diriku dan anak-anakku semuanya, dan
ahli keluargaku semuanya, dan hartaku semuanya, dan saudara-saudaraku
semuanya, dan harta-harta mereka, secara berkekalan dan berpanjangan
selama-lamanya, dengan wajah Allh Yang Maha Mulia, yang tiada sesuatu
pun yang lebih mulia daripadaNya. Dan dengan kalimah-kalimah Allh yang
sempurna, yang tidak dapat dilampaui oleh yang baik mahupun yang jangak.
Dan dengan nama-nama Allh yang indah seluruhnya, yang aku ketahui dan
yang tidak aku ketahui. Daripada kejahatan yang turun dari langit dan daripada
kejahatan yang naik ke dalamnya. Dan daripada kejahatan yang terbentuk di
dalam bumi dan daripada kejahatan yang dikeluarkan daripadanya. Dan
daripada fitnah-fitnah pada siang dan malam hari. Dan daripada kemunculankemunculan [yang mengetuk secara tiba-tiba] pada siang dan malam hari,
melainkan kemunculan [yang mengetuk secara tiba-tiba] yang membawa
kebaikan, wahai Yang Maha Pengasih.
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Aku meminta perlindungan untuk diriku dan anak-anakku semuanya, dan
ahli keluargaku semuanya, dan hartaku semuanya, dan saudara-saudaraku
semuanya, dan harta-harta mereka, secara berkekalan dan berpanjangan
selama-lamanya, dengan wajah Allh Yang Maha Agung, yang tiada sesuatu
pun yang lebih agung daripadaNya. Dan dengan kalimah-kalimah Allh yang
sempurna, yang tidak dapat dilampaui oleh yang baik mahupun yang jangak.
Dan dengan nama-nama Allh yang baik seluruhnya, yang aku ketahui dan
yang tidak aku ketahui. Daripada kejahatan yang telah ciptakan oleh Tuhanku
dan yang telah dibentukkan dan yang telah diberikan kewujudan olehNya.
Aku berlindung dengan keredaanMu daripada kemurkaanMu, dan dengan
kemaafanMu daripada siksaanMu. Dan aku berlindung denganMu daripadaMu.
http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

13

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


Maha Mulia wajahMu. Tiada mampu aku menghitung pujian ke atasMu.
Engkau adalah sebagaimana yang Engkau pujikan ke atas diriMu sendiri.
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allh yang sempurna, daripada
setiap syaitan dan serangga perosak dan daripada setiap mata yang jahat (the
evil eye, yakni sejenis bentuk sihir).
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allh yang sempurna, daripada
kemurkaanNya dan siksaanNya, dan daripada kejahatan hamba-hambaNya,
dan daripada bisikan-bisikan para syaitan dan daripada kehadiran mereka.
Wahai Tuhan, aku berlindung denganMu daripada bisikan-bisikan para
syaitan. Dan aku berlindung denganMu, wahai Tuhan, daripada kehadiran
mereka. (Mafhum Srah al-Muminn ayat 97-98.)
Aku berlindung dengan Allh daripada syaitan yang direjam. (10 kali)
Dengan nama Allh Pemilik Urusan [yang besar kadarnya], Amat Agung
buktiNya, Maha Tegas di dalam pemerintahanNya. Apa yang dikehendaki Allh
jua yang terjadi. Aku berlindung dengan Allh daripada syaitan. (3 kali)
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Dengan nama Tuhan Yang Disembah, Pencipta Yang Terbesar, dan Dia
adalah kota pertahanan [yang tidak dapat ditembusi] daripada semua yang aku
takuti dan aku bimbangkan. Tiada kekuatan bagi makhluk dengan kekuatan
Pencipta makhluk. Dia mengekang dengan pengekangan kekuatanNya [dengan
perisai pertahanan yang tidak dapat ditembusi oleh musuh dan dengan limpah
ruah bantuan yang menghapuskan]. Am amth Am amth. (2)
Dan sesungguhnya Allh Maha Kuat, Maha Perkasa. (Mafhum Surah alAzb ayat 25.)
Dengan nama Allh Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. H
Mm An Sn Qf (mafhum Srah asy-Syr ayat 1-2) adalah naungan kami.
Dengan nama Allh Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Kf
H Y An d (mafhum Srah Maryam ayat 1) adalah penahan kami.
Dan Allh akan menghadang mereka daripada engkau sekelian, dan Dia
adalah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (Mafhum Srah al-Baqarah ayat
137.)
Dan tiada upaya dan tiada daya kekuatan melainkan dengan Allh Yang
Maha Tinggi, Maha Agung. Anun Qfun Adumma amma Hun Amnun. (3)
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Dengan nama Allh Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Dia
berkata, Jadilah engkau sekelian terhalau [dengan kehinaan] ke dalamnya
(yakni ke dalam neraka), dan janganlah engkau sekelian berkata-kata (yakni

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

14

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


merayu-rayu kepada Allh agar dikeluarkan daripada neraka). (Mafhum Srah
al-Muminn ayat 109.)
[Telah berkata dia yakni Saiyidatun Maryam] Sesungguhnya aku
berlindung dengan Yang Maha Pengasih daripada engkau, jika engkau adalah
seorang yang bertaqwa. (Mafhum Srah Maryam ayat 18.)
Aku ambil dengan keagungan zat Allh Tal dan pendengaranNya dan
penglihatanNya dan kekuatanNya dan kekuasaanNya dan kemuliaanNya dan
pemerintahanNya dan kata-kataNya dan keperkasaanNya, dan aku letakkan di
atas zat-zat engkau sekelian, dan pendengaran-pendengaran engkau sekelian,
dan penglihatan-penglihatan engkau sekelian, dan kekuatan-kekuatan engkau
sekelian.
Wahai seluruh jin dan manusia, dan syaitan-syaitan dan sultan-sultan
(atau orang-orang yang memiliki kuasa yakni para pemerintah), dan orangorang Arab padang pasir dan kejahatan yang tujuh, dan serangga-serangga
perosak dan [orang-orang yang melakukan] pencurian, dan setiap makhluk
yang telah diciptakan Allh. Aku jadikan tutupan di antara aku dan engkau
sekelian, dan di antara ahli keluargaku dan engkau sekelian, dan di antara
hartaku dan engkau sekelian, dan di antara saudara-saudaraku dan engkau
sekelian, dengan tutupan kenabian, yang telah mereka jadikan tutupan (yakni
pendinding) dengannya daripada serangan-serangan para Firaun (yakni para
penzalim).
Jibrl di pihak kanan engkau sekelian, dan Mkl di pihak kiri engkau
sekelian, dan Muammad allallhu alaihi wa sallam di pihak hadapan engkau
sekelian, dan Allh Subnahu wa Tal di pihak atas engkau sekelian, dan
Dia meliputi engkau sekelian, dan Dia mencegah engkau sekelian daripadaku,
pada diriku, dan agamaku, dan ahli keluargaku, dan hartaku, dan apa jua [yang
menjadi] kepunyaanku, dan apa jua yang [berada] padaku, dan apa jua yang
[berada] bersamaku, dan apa jua yang [berada] di atasku, dan apa jua yang
[berada] di bawahku, dan apa jua yang [berada] di sekelilingku.
Dan jika engkau membaca al-Quran, Kami jadikan di antara engkau
dengan mereka yang tidak beriman dengan Hari Akhirat, satu dinding yang
tertutup (yakni tidak kelihatan). Dan Kami jadikan di atas kalbu-kalbu mereka
penghalang daripada dapat memahaminya, dan pada telinga-telinga mereka
penghalang daripada dapat mendengarnya. Dan apabila engkau menyebut
Tuhanmu sahaja di dalam al-Quran, mereka akan berpaling ke belakang
melarikan diri. (Mafhum Srah al-Isr ayat 45-46.)
Wahai Allh, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada setiap
sesuatu yang telah Engkau ciptakan, dan aku meminta daripadaMu
pemeliharaan daripada mereka.
Dan aku persembahkan di hadapanku, dan di belakangku, dan di
kananku, dan di kiriku, dan di atasku, dan di bawahku, dan dari luarku, dan
dari dalamku, dan di sekelilingku, dengan kewujudan penyaksian tenteraNya,
http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

15

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


yang mengikut pada hadapannya dan pada belakangnya, dan memelihara
mereka akannya dengan perintah Allh, sebagaimana Engkau telah memelihara
nabiMu, penghulu kami dan penaung kami, Muammad allallhu alaihi wa
sallam pada yang demikian itu seluruhnya.
Dan aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu
seluruhnya.
Dengan nama Allh Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.
Katakanlah, Dialah Allh Yang Maha Esa. Allh tempat meminta. Tiada Dia
beranak, dan tiada Dia diperanakkan. Dan tiada bagiNya kesetaraan sesuatu
pun. (Mafhum Srah al-Ikhl.) (3 kali)
Wahai Allh, aku berlindung dengan keagungan zatMu, yang tiada
kesudahan baginya, yang tiada mengetahuinya selainMu.
Dan aku berlindung dengan namaMu yang agung, yang teragung. Dan
aku berlindung dengan wajahMu yang mulia, yang termulia. Dan aku
berlindung dengan nama-namaMu yang indah seluruhnya, yang aku ketahui
dan yang tidak aku ketahui.
Dan aku berlindung dengan semua kalimah-kalimahMu yang sempurna
seluruhnya, yang penuh keberkatan, yang tiada dapat dilampaui oleh yang baik
mahupun yang jangak.
Dan aku berlindung dengan semua [doa-doa] perlindungan yang telah
berlindung nabiMu Muammad allallhu alaihi wa sallam dengannya.
Dan aku berlindung dengan semua [doa-doa] perlindungan yang telah
dimintakan perlindungan dengannya oleh nabi-nabiMu, dan rasul-rasulMu, dan
malaikat-malaikatMu, dan wali-waliMu seluruhnya, yang aku ketahui dan yang
tidak aku ketahui. Semoga Allh mencurahkan selawat dan salam ke atas
mereka sekelian.
Dan aku berlindung dengan seluruh yang Engkau ketahui pada diriMu
sendiri, yang tiada sesiapa pun mengetahuinya selainMu, daripada kejahatan
diriku sendiri, dan daripada kejahatan jin dan manusia, dan [daripada
kejahatan] syaitan-syaitan dan sultan-sultan (atau orang-orang yang memiliki
kuasa yakni para pemerintah), dan [daripada kejahatan] orang-orang Arab
padang pasir dan kejahatan yang tujuh, dan [daripada kejahatan] serangga
perosak dan [daripada terkena] kecurian, dan [daripada kejahatan] setiap
ciptaan Allh. Dan daripada penyakit gila, kusta, sopak, hemiplegia (mati
separuh badan), buasir, enuresis (penyakit lemah pundi air kencing sehingga
menyebabkan seseorang tidak dapat membuang air kecil dengan sempurna),
pekak, buta, bisu, dan [daripada] keburukan akhlak, dan [daripada]
tertanggalnya gigi, dan [daripada] kesakitan gigi geraham, dan [daripada]
rosaknya gigi atau tergerak ia (atau menjadi longgar) atau tercabut ia. Dan
daripada semua bala dan fitnah, yang zahir dan yang batin. Dan daripada
setiap keburukan dan kebencian di dunia dan di akhirat.

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

16

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


Dengan nama Allh Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.
Katakanlah, Dialah Allh Yang Maha Esa. Allh tempat meminta. Tiada Dia
beranak, dan tiada Dia diperanakkan. Dan tiada bagiNya kesetaraan sesuatu
pun. (3 kali)
Aku meminta perlindungan untuk diriku dan anak-anakku semuanya, dan
ahli keluargaku semuanya, dan harta-hartaku semuanya, dan saudarasaudaraku semuanya dan juga harta-harta mereka, secara berkekalan dan
berpanjangan selama-lamanya, daripada apa yang telah aku mintakan
perlindungan seluruhnya dan dengannya Engkau berikan perlindungan
seluruhnya.
Dan semoga Allh mencurahkan selawat dan salam ke atas penaung kami
Muammad dan ke atas ahli keluarganya pada setiap pandangan dan nafas,
sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmu Allh.

Nota (1)
Di sini, kami menterjemahkan lafaz ucapan Allhu Akbar sebagai Allh
Lebih Besar. Ada sesetengah orang lain yang lebih suka untuk menterjemahkannya sebagai Allh Yang Maha Besar. Ada dua sebab kenapa kami tidak
melakukan perkara yang sama.
Sebab yang pertama ialah kerana wujud satu nama Allh yang lebih
sesuai diterjemahkan sebagai Yang Maha Besar yakni al-Kabr. Dari sudut
bahasa, al-kabr bererti yang besar. Jika perkataan ini digunakan bagi yang
selain daripada Allh, kami akan menterjemahkannya sebagai yang besar.
Umpamanya, jika dikatakan al-kitb al-kabr, kami akan menterjemahkannya
sebagai buku yang besar.
Tetapi jika perkataan al-kabr digunakan untuk menyifatkan Allh, maka
kami akan menterjemahkannya sebagai Yang Maha Besar. Ini adalah untuk
menekankan maksud bahawa makna besar yang digunakan untuk makhluk
itu tidak sama dengan makna besar yang digunakan untuk Allh. Kalau
makna setakat sepintas lalu sahaja mungkin sama, yakni untuk memudahkan
fahaman. Tetapi dari segi hakikat, makna besar bagi dua penggunaan ini
tidaklah sama.
Begitulah juga dengan perkataan-perkataan lain. Di dalam Bahasa Arab,
tidak ada perkataan Maha. Kita boleh menggunakan nama sifat yang sama
untuk manusia dan juga untuk Allh. Umpamanya di dalam Bahasa Arab,
perkataan karm, boleh digunakan untuk manusia dan juga untuk Allh. Cuma
di dalam Bahasa Melayu, akan diterjemahkan sebagai mulia jika digunakan
bagi seorang manusia, dan akan diterjemahkan sebagai Maha Mulia jika
digunakan bagi Allh.

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

17

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


Sebab yang kedua ialah kerana lafaz ucapan Allhu Akbar itu adalah di
dalam bentuk relatif, yakni bentuk perbandingan. Di dalam Bahasa Arab, jika
disebut, sebagai contoh, kitbuka akbaru min kitb, ia bererti buku anda
adalah lebih besar daripada buku saya. Maka perkataan akbar itu adalah di
dalam bentuk relatif yakni bentuk perbandingan.
Maka jika dikatakan pula, Allh Lebih Besar, yang di dalam Bahasa
Inggeris boleh diterjemahkan sebagai, Allh is greater, maka mungkin ada
orang yang bertanya, Lebih besar daripada apa?, maka jawapannya yang
ringkas ialah, Allh adalah lebih besar (atau adalah terlalu besar) daripada
dapat kita menceritakan hakikat zatNya dengan kata-kata sahaja.
Sebagai satu penjelasan tambahan, kami petikkan di sini penerangan alImm al-Ghazl mengenai makna bagi lafaz ucapan Allhu Akbar, sebagaimna
yang terdapat di dalam kitabnya yang berjudul Misyktul-Anwr :

:

Hakikat segala hakikat: Dari sinilah al-rifn (orang-orang yang
mengenali Allh dengan marifah yang khas) mendaki dari dasar al-majz (yang
berbentuk metafora) ke puncak al-aqqah. Dan sesudah sempurna mikraj
mereka, maka mereka melihat pula dengan penyaksian secara langsung (yakni
umpama para penyaksi yang menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri)
bahawa tiadalah di dalam kewujudan melainkan Allh jua. Dan bahawa setiap
sesuatu itu akan binasa melainkan wajahNya.


Kerana sesungguhnya dia (yakni al-rif) melihat [tiap sesuatu itu] musnah
pada satu waktu daripada segala waktu. Bahkan, ia [sudah ditentukan pada
hakikatnya] akan musnah dari azali lagi dan untuk selama-lamanya, kerana
tiadalah ia dapat digambarkan melainkan [pada keadaan] yang demikian itu
(yakni akan sentiasa musnah dari awal hingga ke akhirnya).



.
Kerana setiap sesuatu selain daripadaNya, jika ditinjau (yakni jika ia
diiktibarkan) dari segi zatnya, maka ia [sebenarnya] adalah satu ketidakwujudan

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

18

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah

(adam, yang disebut di dalam Bahasa Inggeris sebagai nonexistence) yang


murni. Dan jika ditinjau dari segi wajah yang mengalir kepadanya kewujudan
daripada al-Awwal al-aqq (Yang Maha Awal Yang Maha Benar), maka dapat
dilihat yang kewujudan itu bukanlah pada zatnya. Bahkan [ia adalah] daripada
wajah yang mengikuti Mjid-nya (yakni Pemberi kewujudannya). Maka jadilah
yang maujud (yakni yang memilik kewujudan) itu adalah wajah Allh belaka.

.
.
Dan bagi setiap sesuatu itu ada dua wajah, satu wajah mengarah ke
dirinya dan satu wajah mengarah ke Tuhannya. Maka jika ditinjau (yakni jika ia
diiktibarkan) dari segi wajah dirinya sendiri, dia adalah ketidakwujudan. Dan
jika ditinjau (yakni jika ia diiktibarkan) dari segi wajah Allh, ia adalah satu
kewujudan. Maka tiadalah yang maujud (yakni yang memilik kewujudan)
melainkan Allh dan wajahNya. Maka setiap sesuatu akan binasa kecuali
wajahNya, dari azali lagi dan untuk selama-lamanya.



.
Dan tiadalah mereka (yakni al-rifn) perlu menunggu sehingga didirikan
Hari Kiamat untuk mendengar seruan daripada Yang Maha Pencipta, Dan
bagi siapakah kerajaan pada hari ini? Bagi Allh Yang Maha Esa Yang Maha
Perkasa [mafhum ayat 16, Srah Ghfir]. Bahkan seruan itu tidak pernah
terpisah daripada pendengaran mereka untuk selama-lamanya.

.
Dan tiadalah mereka memahami makna lafaz ucapan Allhu Akbar (Allh
Lebih Besar) bahawa Dia adalah lebih besar daripada yang selainNya.



Maha Suci Allh! Kerana di dalam kewujudan tiada bersamaNya sesuatu
yang selainNya sehingga [dapatlah dikatakan yang] Dia adalah lebih besar
daripadanya. Bahkan tiada selainNya [yang memiliki] kedudukan kebersamaan
ataupun kedudukan keikutsertaan. Bahkan tiadalah bagi selainNya kewujudan

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

19

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


melainkan dari segi wajah yang bersumber daripadaNya. Maka yang maujud
(yakni yang memilik kewujudan) adalah wajahNya sahaja.



.
Dan adalah mustahil bahawa Dia adalah lebih besar daripada wajahNya
sendiri. Bahkan maknanya [yang sebenar] ialah Dia adalah lebih besar
daripada dapat dikatakan yang Dia adalah lebih besar, melalui jalan relatif atau
perbandingan. Juga Dia adalah lebih besar daripada dapat diketahui hakikat
kebesaranNya oleh selainNya, baik dia seorang nabi atau seorang malaikat.
Bahkan tiada sesiapa yang dapat mengenali Allh dengan pengenalan yang
sebenar-benarnya melainkan Dia sendiri. Kerana setiap yang diketahui (marf)
adalah termasuk di bawah kekuasaan (suln) yang mengetahui (al-rif) dan di
bawah pengaruhnya. Dan perkara ini pula akan menafikan keagungan dan
kebesaranNya.
Nota (2)
Bahagian daripada al-un al-Manah an-Nabawiyyah ini menyerupai
amalan al-izb a-aghr yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ibrhm adDasq (meninggal dunia pada tahun 676 Hijrah di Mesir).
Asy-Syaikh Ibrhm ad-Dasq adalah pengasas a-arqah alBurhmiyyah yang dikenali juga sebagai a-arqah al-Burhniyyah dan juga
sebagai a-arqah ad-Dasqiyyah. Amalan al-izb a-aghr biasanya dibaca

oleh para pengamalnya sebanyak tiga kali selepas solat Subuh dan selepas solat
Isyak. Selepas dibaca al-izb a-aghr disambung pula dengan berzikir
beberapa nama Allh yang tertentu dengan bilangannya yang tertentu.

Kami salinkan di sini sebahagian besar daripada amalan al-izb a-aghr


untuk dibuat perbandingan dengan amalan al-un al-Manah an-

Nabawiyyah.


.





.
.

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

20

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah







.

.


Am amth Am amth - empat perkataan ini pula adalah di

dalam Bahasa Suryn, bukan di dalam Bahasa Arab. Menurut asy-Syaikh


Abdul Azz ad-Dabbgh, yang merupakan guru kepada guru kepada asySyaikh Amad ibn Idrs, Bahasa Suryn adalah bahasa yang digunakan di
dalam lam al-arw.
Empat kata nama di dalam Bahasa Suryn ini mengandungi rahsiarahsia ketuhanan, yang tidak diketahui hakikatnya yang sebenar melainkan
oleh mereka daripada golongan orang-orang yang telah dikurniakan ilmu
laduni oleh Allh.

Am - pada asalnya bererti Y Mlik (Wahai Yang Memiliki). Yang


dimaksudkan di sini ialah Wahai Yang Memiliki Kerajaan, Yang Agung Yang
Teragung. Engkaulah Yang Maha Hidup, Yang Berdiri dengan Sendirinya .
amth - pada asalnya adalah menunjuk kepada kerajaanNya di mana

Dia mengubah apa-apa jua perkara di dalamnya sebagaimana yang Dia


kehendaki, dan Dia menzahirkan di dalamnya penzahiran-penzahiran daripada
nama-namaNya sebagaimana yang Dia kehendaki.
Seolah-olah orang yang menyebutnya mengatakan, Wahai Yang
Memiliki Rahsia-Rahsia, Wahai Yang Memiliki Cahaya-Cahaya, Wahai Yang
Memiliki Siang dan Malam, Wahai Yang Memilik Awan yang menurunkan
Hujan, Wahai Yang Memiliki Matahari dan Bulan-bulan, Wahai Yang Memiliki
Syurga dan Neraka.
Dan rahsia bagi kata nama ini adalah terlalu menakjubkan dan tidak
dapat diringkaskan di dalam mana-mana isyarat.

Am - ia adalah keadaan di mana orang yang menyebutkan kata nama

ini menyifatkan Dia Yang Maha Tinggi dengan sifat-sifat Kebesaran dan
Kesempurnaan, Keagungan dan Keperkasaan, serta Ketinggian dan
Keunggulan.

Seolah-olah orang yang menyebutnya mengatakan, Wahai Yang


Mengalahkan setiap sesuatu. Wahai Yang Berkuasa di atas setiap sesuatu.
Wahai Yang Mengetahui setiap sesuatu. Wahai Yang Menghendaki setiap
sesuatu. Wahai Yang Mengatur setiap sesuatu.

amth - ia adalah isyarat kepada perkara-perkara yang telah

dibenarkan oleh si penutur untuk mengubah pada seluruh penzahiran Namahttp://warisan-ahmad-idris.tripod.com

21

Al-un Al-Manah An-Nabawiyyah


Nama di kerajaanNya, di mana dia telah dibenarkan untuk melakukan
sebagaimana yang dia ingini. Dan di dalamnya tersimpan rahsia besar yang
tidak dapat dijangkau sepenuhnya melainkan oleh Allh al-Laf al-Khabr,
ataupun setakat yang telah dikurniakan olehNya kepada seorang nabi atau
seorang wali yang besar.
Nota (3)

Anun Qfun Adumma amma Hun Amnun - enam perkataan ini

juga adalah di dalam Bahasa Suryn, dan ia juga telah dimasukkan di dalam
beberapa azb oleh para masyaikh silam, umpamanya di dalam izb al-Luf
yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ab al-asan asy-Sydhil dan di dalam
al-izb al-Kabr yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ibrhm ad-Dasq.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat dicetak dan disebarkan secara percuma,
tanpa dikenakan sebarang upah, kepada sesiapa jua yang berminat untuk
mengamalkan kandungannya. Bagaimanapun, untuk dapat menerima faedah
kerohaniannya yang sempurna, kami sarankan berjumpalah terlebih dahulu
dengan tuan-tuan guru yang diiktiraf seperti Dato Mufti Negeri Sembilan untuk
menerima ijazah. Semoga Allh meredai dan memberkati mereka yang saling
membantu dan saling bekerjasama di dalam perkara ini.

http://warisan-ahmad-idris.tripod.com

22