menyemai minat untuk membaca dalam diri kita serta keluarga kita?
Kecenderungan untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan berbeza yang
terdapat di sekeliling kita seperti buku cerita, majalah, surat khabar, jurnal
dan juga karya sastera warisan bangsa kita sendiri. Selain itu, ibu bapa pula
seharusnya memainkan peranan masing-masing dengan aktif bagi menyemai
minat membaca dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah, '
melentur buluh biarlah dari rebungnya ' . Apabila diri kita sudah terdedah
dengan pelbagai jenis bahan bacaan yang berbeza, kita akan dapat
mengenalpasti genre bahan bacaan yang sepadan dengan minat dan
kecenderungan kita sendiri. Dengan ini, sudah tidak dapat dinafikan bahawa
memupuk minat membaca akan menyumbang terhadap keberkesanan
pengaplikasian amalan membaca dalam kehidupan seharian.
Selain itu, kita juga seharusnya mengisi masa lapang dengan
melakukan aktiviti yang berfaedah seperti membaca. Pada zaman kini,
sebilangan besar daripada masyarakat di negara kita gemar atau cenderung
untuk memenuhi waktu senggang mereka dengan melakukan aktiviti yang
tidak berfaedah seperti melepak, bermain permainan video, berpelesaran di
pusat-pusat beli belah dan melibatkan diri dengan gejala sosial yang
membimbangkan. Hal ini biasanya terjadi dalam kalangan remaja yang
belum dewasa akibat desakan nafsu dan keinginan diri untuk menggapai
kebebasan bukan seperti ' burung di dalam sangkar, mata terlepas badan
terkurung' . Bagi mengatasi hal ini, ibu bapa hendaklah meluangkan masa
yang lebih berkualiti bersama anak-anak di samping mendorong mereka
untuk menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti bagi memanfaatkan
masa lapang mereka secara optimum. Di samping itu, ibu bapa juga
sewajarnya menjadi teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak
dengan turut menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti wajib semasa
waktu senggang. Dengan ini, anak akan meniru perbuatan kedua-dua orang
tua mereka bak kata pepatah, ' ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'
.
Di samping itu, kita mestilah melazimkan diri untuk berkunjung ke
pesta buku. Pesta buku adalah bertujuan untuk memapar dan
mempromosikan karya-karya baharu kepada khalayak ramai. Di pesta buku
juga biasanya terdapat potongan harga yang menarik bagi judul-judul buku
yang terpilih. Dengan ini, kita akan dapat menjimatkan wang yang sedia ada
selain dapat membeli judul-judul buku yang terbaharu di pasaran. Selain itu,
kita juga berpeluang untuk bertemu dengan penulis-penulis buku yang
terkenal dan masyhur seperti A. Samad Said, Ain Maisarah dan ramai lagi.
Peluang keemasan seperti ini tidak seharusnya kita lepaskan kerana melalui
pertemuan tersebut kita akan dapat berbual-bicara dengan pengarang buku
yang kita minati. Dengan ini, minat kita terhadap membaca akan bertambah
di samping dapat meluangkan masa bersama-sama insan tersayang dengan
berkunjung ke pesta buku bersama-sama.
Bagi menggulung segala pernyataan di atas, sudah terang lagi bersuluh
bahawa amalan membaca sememangnya penting dan perlu diamalkan dalam
kehidupan. Hal ini demikian kerana dengan membaca, kita akan memperoleh
pelbagai ilmu pengetahuan yang akan dapat memacu diri kita ke puncak
jaya. Oleh itu, pihak-pihak seperti ibu bapa, guru, sasterawan serta Dewan
Bahasa dan Pustaka ( DBDP ) seharusnya saling bekerjasama bagai ' aur
dengan tebing ' bagi menjamin kejayaan usaha murni ini. Sekiranya
membaca dapat dijadikan sebagai amalan hidup dalam diri segenap lapisan
masyarakat di negara kita, maka visi kudsi negara iaitu ingin melahirkan
modal insan pertama dan menjadikan negara kita sebagai sebuah negara
maju akan dapat dicapai.