Anda di halaman 1dari 5

Refleksi Individu

Sebagai seorang guru prasekolah, adalah amat penting untuk melengkapkan diri
dengan ilmu atau kemahiran asas pertolongan cemas kerana kemalangan boleh
berlaku tidak mengira masa dan tempat khususnya di pusat prasekolah. Menurut
Jean Piaget, secara fitrahnya kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai
rasa ingin tahu yang tinggi. Faktor ini merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan kanak-kanak mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan
kemalangan yang melibatkan kecederaan. Sebagai seorang guru prasekolah, kita
tidak boleh menghalang sifat ingin tahu kanak-kanak ini kerana sifat ini merupakan
aset penting dalam penerokaan dan pembelajaran persekitaran mereka. Sebagai
langkah menghadapi situasi yang melibatkan kecederaan kanak-kanak di
prasekolah, guru sendiri haruslah mempelajari dan menguasai ilmu serta kemahiran
asas pertolongan cemas. Bukan hanya guru, kanak juga boleh didedahkan dengan
kemahiran ini agar mereka boleh menangani sendiri kecederaan-kecederaan kecil
yang melibatkan diri mereka sekiranya perlu. Sehubungan dengan itu, kumpulan
pengajian kami telah menganjurkan satu bengkel pertolongan cemas kepada kanakkanak di prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dengan tujuan
utama untuk mendedahkan kanak-kanak di prasekolah tersebut dengan ilmu dan
kemahiran asas pertolongan cemas. Secara peribadi saya dapat simpulkan bahawa
program ini mempunyai manfaat dan kekuatannya tersendiri. Dari sudut diri saya

sendiri, program ini memberi pendedahan kepada diri saya berkenaan dengan caracara untuk menguruskan sesebuah program bengkel pertolongan cemas khususnya
di prasekolah. Pengurusan ini melibatkan tiga fasa utama yang melibatkan fasa
perancangan, fasa pelaksanaan dan fasa pendokumentasian. Pengalaman ini amat
berguna sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran di sekolah kelak. Tidak
mustahil saya akan diminta untuk mengurus program seumpama program bengkel
pertolongan cemas ini di sekolah kelak. Maka, di sinilah pengalaman dan ilmu yang
telah ditimba dapat digunakan semula. Selain daripada itu, apa yang lebih penting
adalah kanak-kanak yang terlibat dapat menguasai atau setidak-tidaknya
mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam situasi sebenar sekiranya
perlu. Di prasekolah misalnya, guru prasekolah ada untuk mengambil tindakan
segera bagi mengurus kanak-kanak yang mengalami luka ringan akibat kemalangan.
Bagaimana pula sekiranya kanak-kanak tersebut tidak mempunyai akses kepada
bantuan orang yang levih dewasa? Setidak-tidaknya kanak-kanak tahu apa yang
perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya mereka mengalami luka iaitu membersihkan
luka tersebut dengan air bersih. Ini dapat mengurangkan risiko luka tersebut menjadi
lebih serius akibat jangkitan bakteria contohnya. Dalam bengkel ini, kanak-kanak
telah diajar dengan beberapa cara balutan menggunakan kain anduh dan pembalut
luka (bandage). Kekuatan yang seterusnya ialah, melalui program ini sifat
bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk dalam kalangan pihak yang terlibat.

Pihak-pihak yang terlibat termasuklah guru prasekolah, pembantu pengurusan murid,


penceramah jemputan, kanak-kanak prasekolah dan ahli dalam kalangan kumpulan
pengajian kami. Program seperti ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna
sekiranya semua pihak di atas tidak memberikan kerjasama dan sokongan yang
padu dalam menjayakan objektif program. Sesuai dengan pepatah Melayu yang
mengatakan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing . Setiap pihak atau
setiap individu memainkan peranan masing-masing tidak kira sekecil mana peranan
tersebut, semuanya adalah penting. Selain daripada hubungan kerjasama yang
padu, hubungan komunikasi juga semakin teguh. Misalnya, melalui program ini,
kumpulan kami mendapat peluang untuk membina satu hubungan yang lebih baik
khususnya dengan guru prasekolah di prasekolah tersebut memandangkan beliau
adalah seorang guru yang baru menggantikan guru prasekolah sebelum ini. Program
ini menyediakan satu laluan jalinan kerjasama antara kami dengan guru prasekolah
tersebut
. Selain daripada kekuatan yang telah dinyatakan di atas, dari segi input
pengetahuan dan kemahiran saya dapat memperkukuhkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran mengenai pertolongan asas kecemasan. Sebelum ini saya memang telah
banyak didedahkan dengan kemahiran-kemahiran pertolongan cemas ini namun
setelah sekian lama tidak digunakan, ilmu dan kemahiran ini semakin pudar dalam
ingatan. Sebagai fasilitator yang mengajarkan kemahiran ini kepada kanak-kanak

prasekolah, saya terpaksa belajar semula dan menguasai kemahiran-kemahiran


tersebut sebelum diajarkan kepada kanak-kanak di prasekolah. Secara tidak
langsung saya dapat mengimbas serta memperkukuhkan lagi ilmu dan kemahiran
berkaitan dengan pertolongan cemas. Itu adalah antara beberapa kekuatan utama
yang dapat saya jelaskan. Banyak lagi sebenarnya kekuatan lain jika diteliti dan
difikirkan sedalam-dalamnya. Walaubagaimanapun, setiap perkara yang
dilaksanakan pasti akan ada kekurangan atau cacat celanya. Begitu juga dengan
pelaksanaan program bengkel pertolongan cemas ini.
Antara kelemahan yang dapat saya kenal pasti adalah dari segi pengurusan masa.
Terdapat beberapa orang kanak-kanak yang datang lewat menyebabkan perjalanan
program bengkel pertolongan cemas pada hari tersebut bermula sedikit lewat.
Semasa aktiviti mengajar kemahiran asas pertolongan cemas kepada kanak-kanak
sedang dijalankan, ada segelintir kanak-kanak juga dibiarkan bermain tanpa kawalan
yang cukup, menyebabkan gangguan kepada kanak-kanak lain yang sedang belajar.
Kanak-kanak tersebut sepatutnya berada dalam kumpulan masing-masing namun
kanak-kanak ini dibiarkan berlegar-legar ke kumpulan yang lain sehingga
mengganggu konsentrasi kanak-kanak lain. Jarak yang kecil antara kumpulan juga
mungkin adalah antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Jarak yang
kecil antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain memudahkan kanak-kanak
tersebut mengacau kumpulan berhampiran. Oleh itu, cadangan bagi mengatasi

masalah atau kelemahan-kelemahan yang telah dinyatakan ialah, di masa yang akan
datang ibu bapa kanak-kanak boleh diberitahu terlebih dahulu perihal program yang
akan dijalankan dan meminta supaya mereka menghantar anak mereka lebih awal.
Ini adalah bagi cadangan penambahbaikan bagi mengatasi kanak-kanak yang
datang lewat. Bagi masalah kanak-kanak prasekolah yang mengganggu rakanrakannya, pemantauan yang lebih harus diberikan oleh para fasilitator yang
mengambil alih satu-satu kumpulan kanak-kanak tersebut. Perkara ini boleh
ditekankan semasa penerangan mengenai tugas setiap bahagian masing-masing.
Selain daripada itu, jarak antara kumpulan juga harus ditambah supaya
menyukarkan sedikit kanak-kanak yang ingin mengganggu rakan di kumpulan
berhampiran. Kesimpulannya, pelaksanaan program bengkel pertolongan cemas ini
mempunyai banyak kekuatan daripada kelemahan. Maka, program-program
seumpamanya harus digalakkan dan diperbanyakkan lagi khasnya di prasekolah.
Bagi cadangan untuk pelaksanaan program bengkel pertolongan cemas yang akan
datang, ibu bapa boleh dilibatkan sekali sebagai fasilitator yang berperanan sebagai
tenaga pengajar. Selain daripada kanak-kanak, ibu bapa kepada kanak-kanak
tersebut juga akan memperoleh manfaat yang besar kerana pada masa yang sama
ibu bapa juga akan dapat mempelajari kemahiran asas pertolongan cemas tersebut.
Akhir kata melentur buluh biarlah dari rebungnya, membentuk insan biarlah dari
kecilnya.

Anda mungkin juga menyukai