Anda di halaman 1dari 24

`

RIWAYAT HIDUP
Al Imam Hasan Al Banna dilahirkan pada tahun 1906 di kampung AL
Mahmudiyah dari daerah AL Bahriah kira-kira sembilan puluh batu dari
Kaherah. Bapanya Ahmad Abdul Rahman Al Banna adalah seorang ulama
dan seorang pengarang yang telah mendapat pelajaran di Azhar di zaman
Al Imam Muhammad Abduh. Hasan Al- Banna merupakan anak sulung dari
lima orang adik-beradik. Dalam usia 8 tahun beliau memulakan pelajaran
permulaannya di sebuah sekolah rakyat di kampungnya dan dalam usia 12
tahun

beliau

memasuki

sekolah

rendah,

dimana

beliau

terus

menggabungkan dirinya dalam badan Latihan Akhlak atau Jamaah Al


Suluk Al Akhlaki yang dikelolakan oleh gurunya sendiri. Di antara
kegiatan badan ini ialah mengenakan tatatertib dalam bentuk dendadenda ke atas ahlinya yang mengeluarkan kata-kata cacian dan maki
hamun kepada teman-teman sejawatnya atau melakukan perbuatan yang
menyalahi

Agama.

Dalam

masa

yang

pendek

sahaja

beliau

memperlihatkan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan muncul sebagai


pemimpin badan itu. Dalam peringkat usia persekolahan rendah ini, Hasan
Al Banna mula menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh Al
Ikhwan Al Hasafiah sebuah pertubuhan sufi yang banyak mempengaruhi
jiwanya. Di sana beliau berkenalan dengan seorang belia yang masih
muda bernama Ahmad Al Sakri yang kemudiannya menjadi tokoh yang
memainkan peranan penting di dalam pertubuhan Jamaah Al Ikhwan Al
Muslimon. Sewaktu berada di tahun akhir sekolah rendah, pemberontakan
1919 telah tercetus dan beliau turut menyertai pelajar-pelajar yang lain
dalam demonstrasi-demonstrasi di perkarangan dan di luar sekolah di
samping menggubah dan mendeklamasi sajak-sajak yang berkobar-kobar
dengan semangat nasionalisme. Pada tahun 1922 beliau di terima selaku
anggota I dalam pertubuhan Jamaatul Al Safiah yang sebelum ini terkenal
dengan nama Al Ikhwan Al Safiah. Pertubuhan ini mempunyai dua tujuan
dua hala iaitu :
(i)

berjuang untuk memelihara prinsip-prinsip akhlak Islam.

(ii)

Menentang gerakan dayah Kristian di Bandar Kahirah.


1

Semasa di dalam pertubuhan ini beliau terpengaruh dengan ajaran


Al Imam Al Ghazali. Pada waktu itu beliau bukan sahaja terkenal rajin
dengan pelajarannya, malah beliau melakukan penelahan di luar yang
luas. Beliau sangat gemar membaca buku-buku Tasauf, Sejarah Rasulullah
(S.A.W), kisah-kisah perjuangan pahlawan yang mempertahankan tanah
air dan agama dan kisah-kisah perjuangan menuju jalan Allah. Pada tahun
1923 dalam usia 16 tahun beliau telah lulus sekolah perguruan rendah dan
pada tahun yang sama juga beliau memasuki kuliah Darul Ulum satu
yayasan pengajian tinggi yang merangkul pengajian tradisional dan
pengajian moden dan merupakan satu institusi pengajian tinggi di masa
itu.
Semasa berada di kota Kaherah beliau dengan pandangan mata
seorang anak desa yang berpendidikan agama dapat melihat dengan jelas
pergolakan parti poltitik dan aliran-aliran yang menentang agama yang
dicetuskan oleh gerakan Kamal Arttaturk. Beliau juga melihat aliran Non
Islamic di Universiti Mesir. Ketika itu ramai beranggapan bahawa Universiti
Mesir tidak akan dapat menegakkan sekularismanya melainkan dengan
menentang agama dan memerangi tradisi-tradisi sosial yang berbentuk
agama. Ia melihat denagn sedih bagaimana persekutuan-persekutuan,
pari-parti

politik,

himpunan-himpunan

sasterawan

dan

pertubuhan-

pertubuhan sosial yang sekular semuanya menuju satu haluan iaitu


melemahkan pengaruh agama. Ketika itu beliau mengeluh merorong
"Allah sahaja yang tahu berapa lama kami tidak kerana memikirkan nasib
umat, menganalisakan penyakit-penyakit yang dihadapi dan cara-caran
untuk mengatasinya. Kami begitu risau hingga sampai kami menangis.
Pada tahun berikutnya beliau memasuki satu pertubuhan Agama
yang lain iaitu Jamaatul Makram Al Akhlak Al Islamiah atau Persekutuan
2

Budi Utama Islam, iaitu sebuah pertubuhan yang giat mengaturkan


ceramah-ceramah Islam, beliau dan rakan-rakan seperjuangan telah
menjalankn dakwah bukan sahaja di masjid-masjid, tetapi di segala
tempat perhimpunan orang ramai terutama di kedai-kedai kopi rakyat di
merata pelusok desa. Usaha beliau membawa dakwah di kedai kopi telah
memberikan hasil yang amat besar. Di peringkat ini beliau banyak
membuat perhubungan denagn tokoh-tokoh pemimpin Islam yang terkenal
di zaman itu seperti Mahyudin Al Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid
Wajdi

dan

lain-lain

tokoh

yang

memperjuangkan

Islam.

Pada tahun 1927 beliau mendapat Ijazah dari Darul Al Ulum dalam
usianya

21 tahun. Kemudian beliau menjadi guru bahasa

Arab di salah sebuah sekolah rendah di Bandar Ismailiah di wilayah


Terusan Suez dan terus berkhidmat di bidang perguruan Islam sembilan
belas tahun dan meletakkan jawatannya sebagai guru pada tahun 1946.
Beliau menyusun kegiatan dawah dengan berkesan dalam masyarakat
bandar Ismailiah, beliau juga telah membawa dawah ke kedai kopi yang
dilakukan di kota Kaherah, dan di sanalah dapat mencungkil bakat-bakat
manusia yang baik untuk diberikan pendidikan selanjutnya yang lebih
teratur. Walaupun beliau tinggal di Ismailiah, namun beliau tetap
mempunyai hubungan yang rapat dengan badan-badan dan tokoh-tokoh
pejuang Islam di Kaherah. Beliau ikut serta menyokong pertubuhan
Persekutuan Belia Islam, pada tahun 1927 dan menjadi wakil majalah Al
Fatah, sebuah majalah yang bertugas selaku jurucakap badan-badan dan
pertubuhan Islam di masa itu. Majalah itu dipimpin oleh Mahyuddin Al Taib
salah seorang ulama pejuang Islam dan pengasas Persekutuan Belia Islam.
Pada bulan Mac 1928 beliau telah menubuhkan organisasi Al Ikhwan
Muslimon di Bandar Ismailiah. Pertubuhan itu telah berkembang pesat.
Pada tahun 1923 beliau telah berpindah ke kota Kaherah dan membuka
cawangan Pertubuhan Ikhwan Muslimon

di Kaherah bersama

adik

bongsunya yang sehaluan dan seperjuangannya Abdul Rahman Al Banna.


Pertubuhan itu telah berkembang subur di masa tercetusnya perang dunia
3

yang kedua dan berjaya menjadi salah satu kuasa politik yang bertarung
di masa itu. Beliau telah mengatur Ikhwan Muslimon dalam tiga peringkat.
Peringkat pertama, memperkenalkan gagasan Ikhwan Muslimon dan
menyebarkan dawah asas melalui ceramah-ceramah dan mengadakan
kegiatan-kegiatan kebajikan masyarakat. Kedua, peringkat membentuk
keperibadian

anggota-anggota

Ikhwan

sebagai

persediaan

untuk

melancarkan jihad. Ketiga, peringkat melaksanakan cita-cita perjuangan


Islam yang tegas. Dalam tahun 1948 Pertubuhan Ikhwan Muslimon telah
diharamkan oleh pemerintahan Al Nukrasyi dari parti al Sadi kerana
dituduh

merancangkan

satu

pemberontakan

untuk

menumbangkan

kerajaan. Berikutan dengan pengharaman itu, ibu pejabat organisasi itu


dikepung polis dan semua anggota yang ada di bangunan itu ditangkap
kecuali Al Imam Al Sheikh Hasan al Banna. Semua cawangan organisasi itu
dibubarkan

dan

harta

bendanya

diletakkan

di

bawah

pentadbiran

Kementerian Dalam Negeri.


Organisasi itu seterusnya dituduh sebagai musuh ketat kerajaan
yang cukup lengkap dengan persediaan senjata, hospital-hospital, sekolahsekolah, kilang-kilang dan syarikat perniagaan yang kukuh. Al Imam Hasan
Al Banna yang masih bebas itu terus berusaha dengan segala dayanya,
untuk menyelamatkan organisasi itu tetapi ia tidak dapat menemui jalanjalan damai dengan perdana menteri Al Nukrasi Bassa.
Di waktu Zohor 12 Februari 1949 Al Imam Syed Hasan Al Banna
telah ditembak ketika beliau keluar dari bangunan Al Ikhwan Muslimon
untuk menaiki kereta sewa dan beliau telah meninggal dunia di Hospital
beberapa minit selepas itu. Kematian beliau telah dirancang oleh polis
rahsia kerajaan kerana menuntut bela atas kematian perdana menteri
yang telah dibunuh oleh seorang mahasiswa yang bertindak atas dayausahanya sendiri kerana marahkan pembubaran Al Ikhwan Al Muslimon.
Jenazahnya telah dikebumikan di bawah kawalan kereta-kereta kebal dan
kereta-kereta perisai dan tidak dibenarkan disaksikan oleh orang ramai
kecuali keluarganya sendiri. Demikian tamatnya kisah seorang pendakwah
dan pejuang Islam yang ulung di abad 20 dan langkah-langkah perjuangan
4

beliau telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan yang dinamis di


merata bumi masyarakat Islam.

SIFAT PERIBADI
Imam Hasan Al Banna juga memiliki ciri-ciri istimewa pada :1. Kemampuan daya ingatannya.
2. Kecerdasannya.
3. Kesabarannya.
4. Ketawadhuannya.
5. Sifat pemaafnya.
6. Firasatnya yang tajam.
Dari segi kehidupan lahiriah beliau :1. Hanya menyantap makanan yang terhidang di hadapannya.
2. Mengenakan pakaian yang sederhana.

3. Menjalani kehidupannya dengan rezeki Allah sekadar cukup


untuk memenuhi keperluannya.
Hatinya tidak pernah risau ketika ia perlu meninggalkan anak-anaknya
untuk Allah walaupun tidak ada sesuatu pun yang ia tinggalkan bagi
mereka. Kesenangan dan kebahagiaan hatinya ialah tatkala ia berseru
kepada manusia dengan kalimat Allah dan menyampaikan kepada mereka
rahsia yang tersembunyi dalam dirinya dan tatkala kecemerlangan
gagasan dan nilai-nilai luhur yang ia bawa menemui realitinya.
Dalam menyampaikan dakwahnya, beliau nyaris tidak ada istirehat
bahkan terus bergerak dari pagi hingga ke petang hari. Jika beliau
melakukan

jaulah,

sebahagian

besar

hari-harinya

dilalui

dengan

perjalanan dakwah. Siang hari beliau gunakan untuk bermusafir dan ia


tidak tidur pada malam hari kecuali sedikit.
Pada detik-detik akhir kehidupannya, seoarang ikhwan menasihatinya
ketika ia melihatnya tidak tidur malam dan tidak juga memanfaatkan siang
harinya untuk beristirehat. Zaman ini sangat sukar melahirkan peribadi
seperti itu. Ia sesungguhnya tidak mati bahkan hidup di sisi Tuhannya dan
di hati para pengikutnya. Jejak dakwah dan kehidupannya tidak akan mati
bahkan tetap hidup menempuh perjalanan panjang yang membentang di
hadapannya. Mereka yang datang di belakangnya akan merasa sangat
letih dan penat untuk mengikuti jejak langkahnya.

KEGIGIHAN
Syeikh Hassan al Banna berkali-kali mengajak orang kampung
supaya berjihad menumpaskan penjajah British dan menghalau mereka
selama-lamanya dari Mesir. Beliau tidak bertolak ansur langsung dalam
masalah ini dan beliau tidak mempercayai langsung pendapat dan fikiran
bahawa masalah ini dapat diselesaikan melalui perbincangan dan
mesyuarat yang tidak membawa ke mana-mana. Di dalam peperangan
6

Palestin pada tahun 1948, pasukan sukarelawan Ikhwan Muslimin adalah


pasukan yang paling berani berperang di pihak Arab. Apabila BangsaBangsa Bersatu mengiktiraf penubuhan negara Yahudi di Palestin, Sheikh
Hassan al Banna menyeru semua negara Islam meninggalkan BangsaBangsa Bersatu dan berjihad menentang Yahudi.
Sheikh Hassan al Banna dan penyokongnya dengan terang-terang
dan
berani melaungkan bahawa Islam sajalah agama yang terbaik dan
penyelesai kepada semua masalah yang dihadapi oleh Mesir. Matlamat
Ikhwanul Muslimin ialah untuk mendirikan masyarakat dan negara Islam di
mana Syariah Islam menjadi undang-undang negara. Hassan al Banna
berkata : "Kita tidak akan berdiam diri dan bersenang hati atau berhenti
selagi Qur'an benar-benar menjadi perlembagaan negara. Kita akan hidup
untuk mencapai matlamat ini atau mati dalam usaha melaksanakannya".
Al Ikhwanul Muslimin tidak berpuas hati dengan undang-undang negara
yang hanya meletakkan Islam sebagai Agama Negara. Mereka mendesak
supaya undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya di mana kerajaan
dan rakyat tunduk kepada undang-undang Allah. Sheikh Hasan al Banna
berkata dalam satu ucapannya : "Al Ikhwanul Muslimin memegang sikap
bahawa Islam mempunyai implikasi yang luas dan menyeluruh. Islam
mengawal semua tingkah laku individu dan masyarakat. Setiap sesuatu
mestilah tunduk di bawah undang-undangNya dan mengikut ajaranNya.
Sesiapa yang menurut Islam dari segi Ibadat saja tetap meniru orang kafir
dalam

semua

hal

lain

boleh dianggap sama taraf dengan orang kafir". Di dalam jawapan kepada
salah seorang pemimpin politik di zamannya, beliau berkata : "Kami
mengajak kamu kepada Islam, ajaran Islam, undang-undang Islam dan
petunjuk Islam. Kalau ini dianggap politik oleh kamu maka inilah politik
yang kami perjuangkan".

Oleh kerana Demokrasi tulin tidak wujud di Mesir, Hassan al Banna


memerintah supaya semua parti politik dibubarkan termasuk Sistem
7

Parlimen kerana ini semua tidak menghasilkan apa-apa melainkan


keruntuhan moral dan perebutan kuasa. Hassan al Banna dan pengikutnya
berkeyakinan bahawa tidak ada satu pun parti politik Mesir yang wujud di
zaman Raja Farouk benar-benar ingin melaksanakan undang-undang
Islam atau cinta kepada Islam. Ikhwanul Muslimin bercita-cita untuk
menubuhkan sebuah negara Islam Mesir yang kuat dan memansuhkan
semua

parti-parti

yang

ada.

Begitulah tegasnya sikap al Ikhwanul Muslimin sehinggakan menjadi


syarat bagi sesiapa yang ingin menjadi ahli harakahnya berhenti dari
menjadi ahli sebarang parti politik yang ada di Mesir pada zaman Raja
Farouk.
Walaupun al Ikhwanul Muslimin menyokong Nasionalis Arab Sekular
dalam
soal membebaskan Mesir dari belenggu Penjajah, dan kesatuan Arab, ini
bukanlah menjadi matlamat tetapi cara saja. Menyatukan bangsa Arab
adalah langkah pertama kepada penyatuan Ummat Islam di negara Arab.
Bebas dari penjajahan bermakna Ummat Islam mempunyai kesempatan
untuk
menubuhkan sebuah negara Islam. Malangnya apabila tergulingnya Raja
Farouk dalam Revolusi 23hb. Julai 1952, negara Mesir ditukar kepada
sebuah Negara Nasionalis Sekular tulin serta terus melanjutkan polisi
membaratkan Mesir seperti yang dibuat oleh pemerintah dahulu. Masa
telah membuktikan bahawa pemerintah yang baru adalah sama ganasnya
terhadap pergerakan Islam seperti pemerintah yang dulu juga malah
mereka lebih tamak, zalim dan gila kuasa. Al Ikhwanul Muslimin bukan
mahukan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, malah mereka berjanji
berkali-kali untuk menyokong sesiapa yang memerintah asalkan undangundang Islam dijalankan. Semua ini ditolak mentah oleh diktator Tentera
yang baru berkuasa itu. Presiden Gamal Abdul Nasser pernah berkata :
"Saya telah bertemu dengan Ketua Penasihat Ikhwanul Muslimin yang
telah membuat beberapa tuntutan kepada saya. Perkara pertama yang dia
mahu ialah semua wanita diwajibkan menutup aurat. Dia juga mendesak
8

supaya ditutup semua panggung wayang dan tempat pementasan.


Dengan lain perkataan dia mahu supaya hidup kita gelap dan mendung.
Sudah tentulah menjadi perkara mustahil untuk kita melaksanakannya".
Pengharaman Ikhwan muslimin dan kematian Imam As-syahid
Percubaan untuk menbunuh Presiden Gamal Abdul Nasser pada December
1954, menjadi alasan yang baik yang ditunggu-tunggu oleh kerajaan
untuk

menghancurkan

Ikhwan

al

Muslimin.

Ikhwan

telah

dituduh

melakukan penembakan itu walaupun Ikhwan berkali-kali menafikannya.


Beribu-ribu anggota Ikhwan telah ditangkap, dipenjara dan 6 orang telah
digantung hingga mati. Protes dari dunia Islam tidak dilayan langsung. 12
tahun
selepas peristiwa itu, iaitu pada tahun 1961, al Ikhwanul Muslimin telah
difitnah sekali lagi sebagai penyebab kepada kegagalan dan kemunduran
negara. Akhirnya Presiden Nasser telah menubuhkan satu Jawatankuasa
Khas yang penting untuk `menghapuskan pengaruh gerakan apa yang
dipanggil reaksionari Ikhwanul Muslimin'. Beliau (Gamal Abdul Nasser)
telah mencadangkan supaya kuasa ketenteraan dan undang-undang
digunakan untuk menghancurkan Harakah Islam ini. Sebahagian dari
cadangan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Khas itu telah disiarkan
dalam An-Nadwa, Mekah seperti berikut :1.

Mata Pelajaran Deeniyah (agama) mestilah dibuang terus dari


sukatan
pelajaran di Institusi Pengajian di seluruh negara. Semuanya
itu
digantikan

akan
dengan

kurikulum

baru

berdasarkan

prinsip

sosialisma.
2.

Komunis mestilah dibantu dan diberi peluang yang luas untuk


menghancurkan
berugamaa

agama

supaya
di

martabat

mereka

yang
Mesir

hancur. Tanggungjawab ini diberikan kepada kerajaan yang


9

akan
mengizinkan komunis menjalankan aktiviti anti agamanya
dengan
selantang-lantangnya. Sementara itu agama akan ditindas dari
sebarang
peluang untuk bergerak.
3.

Selepas kita mengkaji dengan dengan mendalam tentang


mereka

yang

tidak terikat dengan Ikhwan tetapi memainkan peranan yang


sama
Ikhwan,

dengan
kita

pendakyah

merumuskan

pendakyah

ini

bahawa
bersatu

kedua-dua
dari

segi

kumpulan
fikrah

dan

amalannya.

Oleh itu kedua kumpulan ini mestilah dipisahkan dan pertalian


mereka diputuskan. Kalau tidak, harinya tidak akan lama di
mana mereka akan berganding bahu untuk memberontak
menentang kerajaan secara terbuka. Pada masa itu kita akan
susah untuk membezakan antara satu dengan yang lain.
Adalah

wajar

kalau

kita

elakkan

bahaya

ini

dengan

menganggap bahawa kedua kumpulan itu adalah sama.


Semua ruang untuk perkembangan mereka serta peluang bagi
aktiviti intelektual dan praktikal mereka mestilah dihalang.
Penyiasatan yang rapi hendaklah dijalankan bagi mengetahui
berkenaan dengan perjumpaan dan hubungan mereka antara
satu sama lain. Semua ahli ibadat dari sebarang agama
mestilah diharamkan dari menjadi ahli sebarang organisasi.
Mereka hendaklah juga diharamkan dari tempat-tempat awam,
propaganda kebangsaan dan keramaian-keramaian negara.

10

4.

Ikhwan dan simpati-simpatinya mestilah ditindas berterusan


serta
dipenjarakan. Semua usaha untuk menjaga keselamatan harta
benda mereka hendaklah ditarik balik dan diumumkan bahawa
keselamatan mereka pun tidak akan dijamin. Berbagai-bagai
penyiksaan, penghinaan dan penindasan mestilah dilakukan ke
atas mereka supaya mereka tidak akan merasa senang
walaupun sesaat.

Akibat

dari

polisi

ini,

beribu-ribu

Ikhwan

termasuk

Muslimat

ditangkap
dengan tidak ada peluang membela diri dan mereka diazab dengan
penyiksaan yang tidak ada tolok bandingnya. Pengaruh Ikhwan Muslimin
yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha
dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948. Beliau telah mengharamkan
Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk
menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu
ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan.
Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya
dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai
pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan
tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik.
Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan
Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara,
di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang
wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau
menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan
menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya. Tidak lama kemudian
Perdana

Menteri

Mesir

telah

dibunuh

dan

Gerakan

Ikhwan

telah

dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda
pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah
disumbatkan ke dalam penjara. Dengan alasan untuk mengendurkan
(mengurangkan)

ketegangan

(konflik)

antara

Ikhwan

Muslimin

dan
11

kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding


bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya
jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.Rancangan
tersebut berjaya dan syeikh Hassan Al-Banna menghembuskan nafas
terakhir pada hari tersebut. Kematian syeikh Hssan Al-Banna yang cukup
menyayat hati tidak mematahkan semangat anggota-anggota ikhwan
yang lain untuk menyambung perjuangan tersebut.
Hassan Ismail Hudaybi, seorang hakim dan ulamak terkenal yang
menggantikan Hassan al Banna debagai Ketua Penasihat Ikhwan telah
disiksa walaupun umurnya sudah tua dan uzur. Pada 29hb. Ogos, 1966
tiga orang pemimpin Ikhwan telah dihukum bunuh. Yang paling terkenal di
antara tiga itu ialah Ash-Shaheed Sayyid Qutb yang juga seorang ulamak
dan penulis terkenal di dunia Arab. Adiknya Muhammad Qutb yang
juga seorang penulis yang terkenal. Dua orang adik perempuannya,
Aminah dan Hamidah Qutb pun turut dikurung dalam penjara bertahuntahun lamanya. Beberapa tahun dahulu. Sheikh Hassan al Banna telah
meramalkan mala petaka ini dan memberi amaran kepada pengikutpengikutnya bahawa Ikhwanul Muslimin akan dihina, ditentang, ditahan,
dianiaya,

disiksa

dan

akan

dikenakan

kesusahan

yang

amat

pahit. Sementara itu beliau berjanji bahawa kemenangan di dunia dan di


akhirat akan tetap bersama Ikhwan akhirnya.

Walaupun Ikhwan al Muslimin ditindas di negaranya sendiri, Ikhwan


di
Syria, Jordan, Lebanon dan Sudan terus bergiat dengan aktivitinya. Di
Geneva, Dr. Said Ramadhan mengahwini anak perempuan Hassan al
Banna
dan menyebarkan prinsip perjuangan Islam di Barat dengan hebat. Beliau
keluar

dari

Mesir

apabila

beliau

dijatuhkan

hukuman

bunuh

oleh
12

kerajaan Mesir. "Adalah salah kalau kita menganggap prinsip perjuangan


Ikhwanul
Muslimin telah mati. Kehilangan sementara harakah dari masyarakat
kerana situasi tertentu, tidak bermakna ianya telah mati. Pergerakan
berideologi

tidak

akan

mati dengan cara ini. Mesejnya masih terus berkembang di semua


lapangan hidup termasuk intelektual, sosial dan kebudayaan. Malah
prinsip perjuangan Ikhwan subur dan menjelajahi tanah-tanah baru.
Apabila sekatan yang dikenakan oleh penzalim diturunkan, Ikhwan
InsyaAllah akan muncul dengan lebih gagah dan bersemangat. Inilah
keadaan Ikhwan yang sebenar.Perjuangan yang belum selesai ini perlu
diteruskan oleh kita semua selaku umat islam yang masih celik dan sedar
tentang hakikat ini. Ayuh bangunlah sahabat-sahabat sekalian.. Mari
berjuang di jalan Allah!!!!
Perjalanan yang dilakukan oleh Imam Hasan Al-Banna untuk mengunjungi
cabang-cabang Al-Ikhwan Al-Muslimun pada bulan Januari dan Februari
tahun 1946 M.

Pada hari Ahad tanggal 9 Safar bertepatan dengan 13 Januari di ElMania.

Hari Senin dan Selasa menghadiri acara Sekretariat Pusat di Kairo,


yaitu acara diskusi mingguan.

Hari Rabu, 16 Januari di El-Mania, Al-Qamh dan Faqus.

Hari Kamis, 17 Januari di Abu Kabir dan Zaqaziq.

Hari Jumat, 18 Januari di Ismailiyah.

Hari Sabtu, 19 Januari di Port Said.

Hari Minggu, 20 Januari di Gharbiyah.

13

Hari Senin dan Selasa, acara di Sekretariat Pusat di Kairo.

Hari Rabu, 23 Januari di Mansurah.

Hari Kamis, 24 Januari di Syabin Al-Kum, namun ke Thantha terlebih


dahulu.

Hari Jumat, 25 Januari ke Thantha lagi dan ke Damanhur.

Hari Sabtu, 26 Januari ke Alexandria, dan ketiga daerahnya yang lain.

Hari Minggu, 27 Januari, di Qalyubiah dan Syabin Al-Qanatir.

Hari Senin, 28 Januari di Thuh dan Banha.

Hari Selasa di Sekretariat Pusat menghadiri acara rutin dan diskusi


mingguan.

Perjalanan di atas adalah perjalanan yang berbeza-beza dan berjauhan


tempatnya.

Membuktikan

betapa

gigih

pengorbanan

tenaga

yang

dilakukan oleh Imam Hasan Al-Banna tanpa jenuh dan pamrih sedikit pun.
Masih ada lagi perjalanan lain yang dilakukan oleh Imam Hasan Al-Banna
yang dilakukan pada setiap Kamis, Jumat dan Sabtu, setelah berakhirnya
aktiviti belajar-mengajar. Namun beliau segera kembali lagi ke sekolahnya
pada hari Ahad tanpa terlambat. Beliau telah melakukan pekerjaan dan
usaha di mana orang lain yang memiliki tubuh fisik yang kuat belum tentu
mampu melakukannya, berikut adalah contoh jadwal kegiatan yang
dilakukan oleh beliau :Tahun 1357 H./ 1939 M.

Pukul 15.40 berangkat dari Kairo, hari Kamis sore 21 Dzulqa'dah


bertepatan dengan 12 Januari tiba di El-Mania pada 16.00.

14

Pukul 11.35 berangkat dari El-Mania pada malam yang sama dan tiba
di Idfu pada 08.40 pagi hari Jumat.

Pukul 13.25 setelah shalat Jumat, berangkat dari Idfu menuju provinsi
Qina dan tiba di Qina pada 14.36.

Pukul 08.24 pagi hari Sabtu, berangkat dari Qina menuju Naj'u
Humadi, tiba di sana pada pukul 09.45 pagi.

Pukul 16.24 berangkat dari Naj'u Humadi menuju Jurja, dan tiba di
sana pada pukul 17.44 sore hari itu juga.

Pukul 10.55 malam berangkat dari Jurja menuju Kairo, dan tiba di
Kairo pada pukul 7.00 pagi hari Ahad.

Begitulah bayangan ringkas mengenai penat lelah Imam Syahid Hasan AlBanna. Beliau bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam di
Mesir. Semoga Allah meletakkan beliau dalam kalangan mereka yang
mendapat rahmat-Nya.

SUMBANGAN
Hasan Al Banna dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah,
Mesir tahun 1906 M. Ayahnya, Syaikh Ahmad Abdul Rahman al-Banna
adalah seorang ulama fiqh dan hadits, diantara tulisan ayah beliau alFath al-Rabbny l tartb musnad al-imam Ahmad dan pekerjaan seharihari ayah beliau adalah menjilid buku dan membaiki jam, sehingga ayah
beliau dilaqab dengan Ass`ty. (Hasan al-Banna 1992: 5)

Sejak masa

kecilnya, Hasan al Banna sudah menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan


otaknya. Pada usia beliau, atas anugerah Allah, al-Banna telah menghafal
separuh

isi

Al-Qur'an.

Sang ayah terus menerus memotivasi Hasan agar melengkapi hafalannya.


15

Semenjak itu beliau mendisiplinkan kegiatannya menjadi empat. Siang


hari dipergunakannya untuk belajar di sekolah.
Kemudian belajar membuat dan membaiki jam dengan orang tuanya
hingga petang. Waktu petang hingga menjelang tidur digunakannya untuk
mengulang pelajaran sekolah. manakala membaca dan mengulang-ulang
hafalan

Al-Qur'an

ia

lakukan

selesai

shalat

Shubuh.

Maka

tak

mengherankan apabila Hasan al Banna mencetak berbagai prestasi


gemilang di kemudian hari. Pada usia 14 tahun Hasan al Banna telah
menghafal seluruh Al-Quran. Hasan Al Banna lulus dari sekolahnya dengan
predikat terbaik di sekolahnya dan nomor lima terbaik di seluruh Mesir.
Pada usia 16 tahun, ia telah menjadi mahasiswa di perguruan tinggi Darul
Ulum. Demikianlah sederet prestasi beliau. Selain prestasinya di bidang
akademik, Ia juga memiliki bakat leadership yang cemerlang. Semenjak
masa belia Hasan Al-Banna selalu terpilih untuk menjadi ketua organisasi
siswa di sekolahnya. Bahkan pada waktu masih berada di jenjang
pendidikan i'dadiyah, beliau telah mampu menyelesaikan masalah secara
dewasa. Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta
adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah
untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin
telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul
Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah
di bandar Ismailiyah. Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam
kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya
Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan
masalah Ummah pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan
kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui.
Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang
dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka
mungkin berakhir dengan munajat dari kita semua. Setelah berkhidmat
selama 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan
pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam
masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian
16

lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh. Di


dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan
Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling
membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang
canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan
sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik
atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.
Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin
yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga
peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas
melalui

ceramah

keperibadian

serta

anggota

kegiatan
agar

kebajikan.

bersedia

Kemudian

menjalani

jihad,

membentuk
seterusnya

melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas. lkhwan Muslimin berjaya


menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas
Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam
perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin
sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah
menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah
menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang.
Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih
setengah

juta

pekerja

yang

aktif

dan

setengah

juta

penyokong

(sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan


kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan
yang melangkaui batas negara. Dalam satu jawapan yang diberikan oleh
wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan
Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan
insan

yang

mencari

erti

kemanusiaan

di

kalangan

manusia,

dan

warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang


baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam. Malah, kerajaan
British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk
minum teh.

17

Beliau

dipuji

kerana

perwatakannya

yang

baik,

kerja-kerja

kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai


atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu
dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur. Bidang politik
sebagai salah satu elemen kehidupan, jelas tidak dapat dipisahkan dengan
moralitas. Dalam Islam, kepedulian umat terhadap politik sudah muncul
semenjak

lahirnya

Islam.

Pertikaian

kaum

muslimin

dengan

kaum

musyrikin mustahil mampu diatasi jika tidak menggunakan strategi (baca:


politik) yang jitu. Namun, politik yang dimaksudkan Islam jelas yang
berperadaban, bermoral, humanis, tidak menghalalkan segala cara, serta
mengacu pada kaidah fiqhiyyah: "Tasharraful Imam 'Ala al-Ra'iyyah,
Manuthun bi al-Mashlahah", bahwa kebijakan penyelenggara negara atas
rakyat harus senantiasa mengedepankan kemaslahatan. Dalam konferensi
para mahasiswa Ikhwanul Muslimin yang diselenggarakan bulan Muharram
tahun 1357H, Imam Hasan Al-Banna menyampaikan: Dengan lantang
saya kumandangkan bahwa keislaman seorang Muslim belum sempurna,
hingga ia memahami masalah politik, mendalami persoalan-persoalan
aktual yang menimpa umat Islam serta punya perhatian dan kepedulian
terhadap masalah keumatan. Dalam kesempatan ini, dengan lantang saya
ungkapkan bahwa pendikotomian agama dengan politik tidak diakui oleh
Islam. Karena setiap pergerakan Islam sejak awal harus meletakkan misi
dan programnya menyangkut masalah kepedulian terhadap problematika
politik umat. Karena bila tidak, berarti pergerakan Islam tersebut mesti
mengkaji pemahaman konsep Islam mereka kembali. ( Hasan al-Banna
1949: 85) Benar Itulah fakta yang selalu mengaspirasikan bahwa tiada
kebaikan dalam agama yang menafikan politik dan sebaliknya politik yang
hampa nilai-nilai agama, kerana politik semacam ini merupakan politik
dalam konsep Barat. Sementara Islam dengan politiknya membawa misi
pembahagiaan manusia di dunia mahupun akhirat kelak, sebuah politik
yang melindungi semua hak mereka sehingga diharapkan pada suatu
masa nanti umat Islam dan non-Islam menggunakan etika politik Islam
yang akan melahirkan kebahagiaan bagi mereka.

18

IKTIBAR DARIPADA SEJARAH HASSAN AL-BANNA


Imam Hasan al-Banna tidak pernah menengahkan dan menampilkan
tajuk-tajuk perbincangan yang boleh menimbulkan kesalahfahaman,
perselisihan dan perpecahan. Baginya, kesepakatan umat dalam perkaraperkara asasi dan kaedah kulliyyah yakni kaedah-kaedah umum ajaran
Islam sudah mencukupi, sehingga tidak perlu lagi memaksakan mereka
untuk bersepakat dan bersependapat dalam perkara-perkara khilafiyyah
furuiyah yakni perkara-perkara cabang yang masih diperselisihkan. Imam
Hasan al-Banna memulai dakwahnya dengan memberikan pengajian
agama di sebuah surau yang telah dibangun oleh Tuan Haji Mustafa
sebagai saranan ibadah kepada Allah Taala. Di tempat tersebut beliau
memberikan didikan dan pengajaran kepada beberapa orang murid
mengenai ilmu-ilmu agama dan tafsir al-Quranul Karim dalam suasana
yang mesra dan penuh rasa persaudaraan.
Beberapa waktu berselang, maka majlis pengajian yang bermula
setelah solat fardhu Maghrib sampai dengan waktu Isya itu menjadi
terkenal dan disukai orang ramai. Setelah solat fardhu Isya beliau akan
meneruskan pengajiannya di salah sebuah kedai kopi yang terdekat. Cara
yang dilakukan beliau cukup menarik minat orang ramai untuk ikut serta
dalam perbincangan yang diadakan, dari kalangan mereka ada yang suka
dengan masalah-masalah khilafiyah, gemar bersilat dan bertikam lidah
dalam perselisihan yang sudah menjadi warisan dari generasi ke generasi
tersebut. Beliau berkata: Pada suatu malam, aku dapat merasakan ada
sesuatu yang tidak kena ada perasaan permusuhan dan perpecahan di
kalangan

orang-orang

yang

hadir.

Mereka

yang

hadir

nampak

berkelompok dan saling memisahkan diri antara satu dengan yang lain.
Belum lagi aku memulai pengajian sehingga aku dikejutkan dengan
19

sebuah pertanyaan yang meluncur dari salah seorang hadirin, katanya:


Apakah pendapat Ustaz mengenai masalah tawassul? Kemudian aku
berkata kepadanya: Wahai saudaraku, saya rasa saudara tidak hanya
bertanya masalah ini sahaja kepada saya, namun saya yakin bahawa
saudara

akan

bertanya

masalah-masalah

lain

yang

seumpamanya

seperti : membaca selawat sebelum memulai azan, membaca surah alKahf pada hari Jumaat, membaca lafaz sayyidina dalam tasyahhud,
mengenai kedua orang tua Nabi Muhammad s.a.w., di manakah tempat
keduanya?
Membaca Al-Quran, sampaikah pahalanya kepada si mati ataupun
tidak? Halaqah(majlis) zikir yang dilakukan oleh orang-orang tareqat,
apakah ia perbuatan maksiat atau ibadah kepada Allah? Kemudian aku
sebutkan semua permasalahan yang termasuk ke dalam bab: khilafiyah
dan furuiiyah tersebut satu persatu yang merupakan asas perpecahan
dan perselisihan yang berlaku sejak berpuluh tahun lamanya. Setelah itu
saudara penanya tadi menjadi hairan dan terkejut, seraya berkata:
Memang betul, permasalahan-permasalahan itulah yang saya hendak
tanyakan kepada tuan guru,! Kemudian aku kata kepadanya: Wahai
saudara, saya bukanlah seorang yang alim, namun sebagauseorang
ustazdan guru biasa, saya ada menghafal beberapa ayat al-Quranul karim,
hadith-hadith nabi Muhammad s.a.w. dan hukum-hakam syara yang telah
saya kaji dan pelajari dari kitab-kitab agama dan kemudian saya ajarkan
semula

kepada

orang

awam.

Persoalan-persoalan

yang

saudara

kemukakan tadi diluar kemampuan saya dan saya tidak sanggup


menjawabnya. Barangsiapa

yang berkata

saya

tidak

mengetahui

bermakna juga telah berfatwa. Apabila saudara berpuas hari dengan apa
yang akan saya katakana dan saudara menyetujuinya, maka dengarlah
dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih, namun apabila saudara
ingin mengetahuinya lebih mendalam lagi, maka silakan bertanya lagi
kepada yang lebih alim dan bijak dari kalangan para ulama yang pakar
dalam bidang ini. Kerana merekalah yang mampu memberikan fatwa
terhadap semua soalan saudara tadi. Kemampuan saya hanya sampai di

20

sini sahaja, dan Allah Taala tidak akan membebani hambaNya melainkan
sekadar yang mereka mampu.
Maka orang yang bertanya tadi pun terus berdiam dan tidak dapat
bercakap apa-apa lagi. Aku sengaja menggunakan cara seperti ini agar
para hadirin merasa lapang dada dan selesa, serta terlepas dari perasaan
permusuhan dan perselisihan yang masih tersimpan di dalam dada.
Memang, nampak semua yang hadir merasa lega. Namun aku tidak akan
melapaskan peluang yang baik tersebut begitu sahaja, maka aku pandang
mereka lekat-lekat dan aku kata kepada mereka semua: Wahai saudarasaudaraku, saya menyedari betul bahawa saudara penanya inidan
saudara-saudara yang lain di sini, dengan mengajukan pertanyaan
tersebut, sebanarnya ingin mengetahui: siapakah ustaz baru ini dan
memihak kepada golongan mana? Adakah dia dari kelompok Syeikh Musa
atau kelompok Syeikh Abdul Sami?! Pengetahuan seperti ini tidak
berfaedah sama sekali kepada saudara-saudara semuanya.
Saudara-saudara

telah

tenggelam

di

dalam

lautan

fitnah

permusuhan dan perpecahan selama lebih delapan tahun, sudah cukuplah


derita dan kerugian yang dialami. Kaum muslimin memang berbeza
pendapat dalam masalah-masalah (masalah khilafiyah dan furuiyah)
tersebut sejak beratus tahun dahulu dan mereka akan terus berbeza
pendapat. Allah Taala menyuruh kita untuk saling mengasihi dan
menyayangi antara sesama dan membenci perpecahan dan permusuhan.
Dengan itu, saya merayu kepada saudara semuauntuk berjanji kepada
Allah Taala meninggalkan perkara-perkara tersebut mulai sekarang,
sebaliknya

saudara-saudara

berusaha

untuk

mempelajari

asas-asas

agama (usul al-Din) dan kaedah-kaedah utamanya. Beramal dengan


akhlak dan ajaran-ajarannya yang utama, iaitu perkara-perkara yang
disepakati bersama oleh para ulama; kita lakukan perintah-perintah fardhu
dan sunnah dan kita jauhkan diri daripada mencari-cari perkara pelik dan
mengada-ngada, sehingga jiwa kita menjadi bersih dan murni. Kita jadikan
tujuan kita mencari kebenaran, bukan hanya mendukung sesebuah
pandangan ataupun pendapat, dalam pada itu kita pelajari perkaraperkara tersebut di atas dalam suasana kekeluargaan, persaudaraan,
21

perpaduan dan ikhlas. Inilah cadangan yang saya kemukakan kepada


saudara-saudara

semua,

semoga

mendapat

perhatian

dan

ianya

merupakan janji setia di antara kita semua. Begitulah adanya, sebelum


bersurai, semua hadirin saling berjanji setia untuk saling tolong menolong
dalam kebenaran dan dalam berkhidmat kepada agama Islam dan
bekerjasama untuk menjayakannya serta berupaya melepaskan diri
daripada pengaruh masalah khilafiyah yang mneyebabkan perselisihan
dan memberikan ruang kepada mereka yang berlainan pendapat untuk
beramal mengikut keyakinannya, sehingga dia mengetahui hakikat yang
sebenarnya.
Maka, pengajian di surau tersebut terus berlanjutan dalam suasana
yang harmoni dan penuh rasa persaudaraan dengan taufiq dan hidayah
Allah Taala dan aku sentiasa mencari tajuk-tajuk perbincangan yang
berhubung dengan persatuan dan persaudaraan di antara sesama orangorang beriman untuk memulai pengajian sebagai langkah awal untuk
mempererat erti dan makna persaudaraan, di samping itu pula aku sentuh
beberapa makna yang berhubungan dengan masalah khilafiyah yang tidak
menjadi

titik

perselisihan

antara

mereka,

bahkan

setiap

individu

memberikan pandangan yang baik berkenaan dengan masalah tersebut.


Kemudian aku mengambil satu contoh dari sikap bertolak ansur dan
saling pengertian di antara para ulama salaf dalam berbeza pendapat. Aku
masih ingat pada ketika memberikan satu misalan praktikal dalam
kehidupan kaum muslimin, aku kata pada mereka. Siapa di antara kamu
yang bermazhab Hanafi, sila maju ke hadapan?! Maka datang salah
seorang yang bermazhab Hanafi. Kemudian aku kata lagi: Siapa yang
bermazhab Shafii, sila maju kehadapan?! Maka tampillah seorang yang
bermazhab Shafii. Aku kata lagi: Saya akan menjadi imam bagi kedua
orang saudara kita ini, kepada saudara dari mazhab Hanafi apakah
saudara akan membaca surah al-Fatihah?! Jawabnya: Saya akan berdiam
dan tidak membacanya. Kataku: Saudara dari mazhab Shafii, apakah
saudara akan baca surah al-Fatihah? Jawabnya: Ya, pasti saya akan baca.
Aku bertanya lagi: Apakah kita telah selesai menunaikan solat berjemaah
22

tadi,bagaimanakah pendapatmu wahai saudaraku dari mazhab Syafii


mengenai solat saudaramu dari mazhab Hanafi tadi? Jawabnya: Batal
solatnya, kerana dia tidak membaca surah al-Fatihah yang termasuk salah
satu rukun solat. Aku berkata lagi: Saudara dari mazhab Hanafi, apa
pandangan kamu mengenai solat saudaramu dari mazhab Syafii tadi?
Jawabnya: Dia telah melakukan satu perbuatan makruh tahriman, kerana
membaca surah al-Fatihah bagi seorang makmum hukumnya makruh
tahriman. Aku bertanya lagi: Kemudian apakah salah seorang dari kamu
menafikan (persaudaraannya) dari yang lain? Mereka berkata: Tidak.
Jawabku: Maha Suci Allah! Dalam perkara seperti ini kamu semua dapat
saling pengertian dan menerima, iaitu perkara batal atau sahnya solat
seseorang, kemudian kamu tidak mahu menerima apabila ada orang
membaca dalam tashahhud: dengan mengucap sayyidina ataupun tidak,
kemudian perkara tersebut kamu jadikan sebagai puncak pertelingkahan
dan perpecahan. Cara yang saya pergunakan ini ternyata banyak
memberikan pengaruh positif bagi mereka sehingga secara sedar mereka
meninjau kembali sikap mereka selama ini terhadap sesama saudaranya
sendiri dari kaum muslimin dan tahulah mereka bahawa agama Allah
Taala itu sangat luas dan mudah berbeza dengan pandangan akal,
individu ataupun golongan namun tempat kembali semua perkara
sebenarnya

kepada

Allah,

RasulNya,

jemaah

kaum

muslimin

dan

imamnya, apabila mereka masih memiliki jemaah dan imam.

PENUTUP
Hasan al-Banna merupakan tokoh yang sangat berpengaruh dalam
perkembangan pergerakan Ikhwan Muslimin dan reformasi dunia islam,
beliau merupakan ketauladanan dalam memimpin suatu pergerakan,
menjadi pengajar yang dipuji murid-muridnya. Pemikiran beliau sangat
luas dan cepat memahami keadaan masyarakatnya sehingga beliau dapat
pula mencari solusi bagi permasalahan tersebut. Istiqomah dalam setiap
perjuangan dan cita-cita yang baik walaupun nyawa sebagai taruhannya.
Sehingga lahirlah ruh jihad yang membara untuk membina ummat islam
23

dengan ikhlasnya. Gerakan reformasi berjaya jika kita semua jujur dan
istiqomah dalam perjuangan. Semangat sahaja yang berkobar-kobar tanpa
pengisian akan menyebabkan gerakan ini berkubur tanpa nisan. Sebab itu
kita perlu mantapkan barisan kita, kita perlukan ceramah, usrah, kuliah
dan

sebagainya

yang

dapat

meningkatkan

pemikiran

kita

dan

menyebarkannya kepada rakyat massa betapa reformasi adalah perlu


untuk setiap insan di bumi ini. Insyaallah dengan sokongan rakyat massa,
gerakan

ini

akan

berjaya.

LAMPIRAN

24

Anda mungkin juga menyukai