PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Pelajaran Jawi merupakan sebahagian daripada komponen Pendidikan Islam yang diajar di
sekolah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) Pendidikan Islam, penguasaan dalam
kemahiran membaca dan menulis Jawi sangat penting dan menjadi asas kepada mata pelajaran
tersebut. Pelajaran Jawi mula diajar secara formal mengikut sukatan pelajaran yang digubal
oleh Kementerian Pendidikan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bermula dari tahun 1
hingga dengan peruntukan masa 30 minit seminggu. Perkembangan pengajaran Jawi di
peringkat sekolah kemudiannya diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan Model
Pemulihan Jawi di dalam program j-QAF yang telah diperkenalkan sejak tahun 2003.
Walaubagaimanapun, sejak pelajaran ini dimasukkan ke dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) sehingga terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), tahap
penguasaan murid dalam pelajaran Jawi belum mencapai tahap yang membanggakan.
Kelemahan dalam penulisan Jawi ini telah menyebabkan murid kurang berminat dengan
pelajaran Pendidikan Islam, sedangkan tulisan Jawi adalah tulisan yang digunakan di dalam
PdP Pendidikan Islam. Tanpa penguasaan Jawi yang bagus, murid-murid tidak dapat mengikuti
bidang pembelajaran Pendidikan Islam lain seperti Ibadah, Aqidah, Sirah, Akhlak dan
Pendidikan Al-Quran yang disampaikan oleh guru dengan baik. Maka, adalah menjadi satu
kebimbangan apabila pencapaian murid-murid akan terjejas kerana kelemahan penguasaan
Jawi (Nik Rosila Nik Yaacob, 2007). Justeru, sekiranya penguasaan kemahiran ini tidak
diperkasakan dari awal, maka dikhuatiri akan berlakunya keciciran di dalam pelajaran
Pendidikan Islam khususnya dalam kemahiran membaca dan menulis Jawi.
Atas kesedaran ini, maka Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan
Malaysia telah memperkenalkan satu modul iaitu modul Kem Cemerlang Jawi (KCJ) menerusi
program j-QAF yang mula diperkenalkan pada tahun 2003 bagi menggantikan Modul Kelas
Pemulihan jawi j-QAF (MKPJ) sebelum ini. Berdasarkan tinjauan penulis ke atas kajian-kajian
berkaitan penguasaan kemahiran Jawi yang telah dijalankan oleh penyelidik lain sebelum ini,
penulis terpanggil untuk menilai kesediaan dan keberkesanan penggunaan Modul Kem
Cemerlang Jawi yang mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
program J-QAF pada Oktober 2015 dalam memartabatkan kembali penguasaan kemahiran
Jawi dalam kalangan murid.
1.2
Modul Kem Cemerlang Jawi adalah satu program j-QAF yang mula diperkenalkan oleh
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2015 melalui surat
pekeliling KPM. BPI. 600-1/3/13 Jil. 1 bertarikh 8 Julai 2015. Pada peringkat awal
pelaksanaannya, pihak Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri seluruh
Malaysia membuat pelantikan rasmi kepada 6 buah sekolah yang akan menjadi rintis khas
melalui Ujian Diagnostik pada Oktober 2015. 6 buah sekolah tersebut telah dipantau untuk
dibuat pelaporan serta maklumbalas mengikut kategori bandar dan luar bandar (SK, SABK dan
SK) berdasarkan negeri masing-masing.
Pengenalan modul ini dilihat selari dengan kurikulum pelajaran Jawi di dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam bermula dari tahun
1 sehingga tahun 6. Modul terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Modul Bacaan dan Modul
Tulisan serta modul tambahan iaitu Modul Syafawi. Modul ini memberi penekanan kepada
mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung, membaca dan menulis
suku kata terbuka dan suku kata tertutup serta membaca dan menulis ayat pendek.
Mengikut sukatan pelajaran Jawi, murid-murid Tahun Satu mesti dapat mengenal,
menyebut dan menulis dengan betul huruf-huruf tunggal Jawi, huruf-huruf yang boleh
disambung dan tidak boleh bersambung, membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Bagi Tahun Dua pula, mereka boleh mengenal, membaca dan menulis suku kata tertutup serta
dapat membaca dan menulis rangkai kata dan ayat. Bagi murid-murid Tahun Tiga pula, mereka
dapat mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek serta membaca
dan menulis perkataan yang mengandungi huruf hamzah ().
Manakala bagi murid Tahun Empat pula, mereka dapat membaca ayat yang
mengandungi tanda bacaan, melengkapkan tanda bacaan pada ayat, menukar teks Rumi ke
Jawi. Bagi Tahun Lima seharusnya dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar yang merangkumi
perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan
berimbuhan dan perkataan pinjaman. Akhir sekali pada peringkat Tahun Enam, murid sudah
mampu membaca dan menukar teks Jawi-Rumi dan Rumi-Jawi dengan lancar, serta
melengkapkan diri dengan satu lagi kemahiran Jawi iaitu seni Khat.
Sekiranya penggunaan modul ini diperkasakan kepada seluruh murid yang keciciran
dalam Jawi dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan, ia mampu
memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah,
khususnya dalam menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis Jawi dengan
sempurna. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh
murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang
berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan
sempurna. Melalui pelaksanaan modul ini, KPM mensasarkan penguasaan 100% dalam
pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah
menengah.
1.3
Penyataan masalah
Model Kem Cemerlang Jawi adalah salah satu langkah baharu daripada program j-QAF yang
mula diperkenalkan sejak tahun 2003. Sebelum ini, Modul Pemulihan Jawi telah dilaksanakan
dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan pertama di Tahun Satu
dengan matlamat tidak akan timbul masalah keciciran pelajar dalam Jawi dan mereka semua
mampu menguasai Jawi setelah mendapat bimbingan secara berterusan. Pelaksanaannya
dijalankan oleh guru khas pemulihan jawi atau guru j-QAF dalam waktu yang sama dengan
kelas Jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan Modul Kelas Pemulihan jawi j-QAF
(MKPJ) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Walaubagaimanapun,
pelaksanaannya telah dihentikan dan berdasarkan laporan pemantauan yang diterima, didapati
penguasaan bacaan dan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar adalah lemah dan masih perlu
diperbaiki (Normaria Che Hussin, (2009); Akmariah Mamat et.al (2010); Muhamad Yusri
Salleh; Laporan j-QAF 2010, (2010).
Tambahan pula, sejak diperkenalkan pelaksanaan norma baharu guru pendidikan Islam
di sekolah rendah KPM, pemansuhan gelaran jawatan telah dibuat bagi guru j-QAF (GJQ) dan
guru j-QAF Kash (GJQK) kepada gelaran jawatan Guru Pendidikan Islam (GPI) secara
keseluruhan. Kesannya, penjawatan ini menyebabkan GPI bertanggungjawab untuk
melaksanakan dan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam KSSR, Pendidikan Islam
Prasekolah dan model-model Program j-QAF kecuali Model Perluasan Bahasa Arab. Selain
itu, Model Khatam Al-Quran dan Model Tasmik perlulah dilaksanakan dengan pelaksanaan
dua (2) waktu Tasmik bagi setiap kelas diambil kira sebagai waktu mengajar rasmi guru
menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah serta diajar secara kolaboratif.
Modul KCJ adalah satu usaha yang baik dalam mengatasi masalah penguasaan Jawi
dalam kalangan murid daripada terus membarah. Pembelajaran jawi daripada modul ini adalah
berasaskan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penguasaan keempat-empat kemahiran sangat
penting kerana ia akan membantu murid menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dan
mata pelajaran Pendidikan Islam dengan mudah (Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail, 2010).
Justeru adalah menjadi tanggungjawab kepada guru Pendidikan Islam untuk membantu murid
menguasai kemahiran-kemahiran tersebut melalui strategi dan pendekatan pengajaran yang
sesuai.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam
melaksanakan Modul KCJ adalah bergantung kepada kesediaan, keupayaan serta peranan guru
Pendidikan Islam untuk mencapai matlamat dan objektif yang digariskan oleh modul tersebut.
Memandangkan penguasaan kemahiran Jawi murid merupakan aspek utama yang akan dinilai
di dalam keberkesanan pelaksanaanya, maka adalah penting untuk kita memastikan kesediaan
guru dan pendekatan yang terbaik digunakan sewaktu melaksanakannya. Kesediaan guru
adalah penting untuk dikaji agar pelaksanaanya menepati metodologi dan teknik yang berkesan
agar mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis Jawi dengan
sempurna.
Sejajar dengan pelaksanaan modul Kem Cemerlang Jawi mulai kajian rintis pada
Oktober 2015, diharap kajian ini dapat mengetahui tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dan
mengenalpasti amalan strategi-strategi pengajaran yang dilaksanakan ke arah pencapaian
matlamat akhir pelaksanaannya iaitu penguasaan 100% dalam pelajaran Jawi dan seterusnya
memperkasakan Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini kerana pengkaji
melihat pengenalan modul baharu di dalam program j-QAF ini memerlukan keupayaan dan
kebolehan guru melaksanakan pengajaran berkesan bagi mencapai obektif pelaksanaan yang
telah digariskan. Guru-guru haruslah mempunyai kesediaan yang cukup dari sudut sikap,
kemahiran dan pengetahuan kerana aspek-aspek itulah yang menjana ke arah keupayaan guru
melaksanakan amalan strategi pengajaran Jawi ke atas Modul KCJ kelak.
Bagi pengkaji untuk mendapatkan dapatan kajian ini ia merupakan satu cabaran besar
kerana modul ini masih berada di peringkat awal pelaksanaannya. Pelaksanaan secara
menyeluruh kepada seluruh sekolah di Malaysia baru sahaja bermula pada awal tahun 2016.
Maka itu kajian ini seperti yang telah dinyatakan sebelum ini hanya ingin meninjau peringkat
awal pelaksanaannya modul baru ini dengan melihat aspek kesediaan, persepsi dan
perancangan pelaksanaan sesuai dengan matlamat dan objetif yang diharapkan. Sehubungan
itu, kajian ini akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek penting dalam pelaksanaan modul
KCJ iaitu:
1. Kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan modul Kem Cemerlang
Jawi.
1.4
Objektif kajian
Persoalan kajian
1. Apakah tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan program KCJ?
2. Apakah penilaian guru-guru Pendidikan Islam terhadap keberkesanan perlaksanaan
program KCJ?
3. Apakah kekangan yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan Islam dalam melaksanakan
program KCJ?
1.6
Hipotesis kajian
1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru-guru Pendidikan
Islam dalam pelaksanaan KCJ mengikut jantina, pengalaman mcngajar dan juga bidang
pengkhususan.
2. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kesediaan guru-guru pendidikan
Islam dengan keberkesanan pelaksanaan KCJ.
3. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kekangan yang dihadapi oleh guru-guru
pendidikan Islam dalam melaksanakan program KCJ dengan keberkesanan program KCJ.
1.7
Berdasarkan kerangka konseptual kajian di bawah, pengkaji meletakkan pemboleh ubah tidak
bersandar terhadap pelaksanaan KCJ kepada jantina, pengalaman mengajar dan juga
pengkhususan yang pernah diikuti oleh responden. Manakala pemboleh ubah bersandar yang
akan dikaji pula ialah tentang kesediaan guru dalam melaksanakan KCJ, penilaian dan juga
kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan program tersebut. Dalam kajian ini juga, pengkaji
menggunakan satu sahaja bentuk instrumen iaitu soal selidik.
1.8
Kepentingan kajian
Kepentingan sesuatu kajian biasanya menunjukkan kenapa sesuatu kajian itu dijalankan.
Kepentingan kajian akan meneroka sejauh mana dapatan-dapatan dan persoalan-persoalan
yang menjadi permasalahan akan terurai. Justeru, adalah menjadi harapan pengkaji segala
maklumat yang dihasilkan dari kajian ini mempunyai implikasi kepada perkara-perkara
berikut:
a. Menjadi panduan kepada pihak sekolah, guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Besar untuk
meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengendalikan program ini ke arah yang lebih
mantap.
b. Membantu guru terutamanya sebagai pasukan pelaksana dan Sektor Pendidikan Islam di
Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara untuk merancang, mengurus dan melaksanakan
Modul Kem Cemerlang Jawi dengan lebih berkesan.
c. Memberi maklumat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengesan ke akar umbi
masalah yang dihadapi oleh seluruh jentera pelaksana Modul Kem Cemerlang Jawi.
d. Memberi maklumat kepada ibu bapa untuk lebih memahami program ini seterusnya samasama membantu menjayakan program ini.
e. Menanamkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap penguasaana Jawi seterusnya
meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran Pendidikan Islam sekaligus ke arah
pembentukan peribadi insan kamil.
f. Hasil kajian ini akan dapat membantu penyelidik akan datang yang berminat mengkaji
program ini.
1.9
Batasan kajian
Pelaksanaan pendidikan Jawi di sekolah rendah melalui Modul Kem Cemerlang Jawi di dalam
salah satu program j-QAF ini adalah amat luas jika hendak dikaji kepentingannya dan ruang
lingkup pelaksanaannya. Pelaksanaan program ini boleh ditinjau dari pelbagai sudut seperti
peranan yang telah dimainkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), peranan Sektor Pendidikan Islam (SPI) di Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN), maklum balas ibu bapa serta maklum balas masyarakat keseluruhannya.
Walaubagaimanapun, kajian ini berfokus kepada aspek kesediaan, keberkesanan dan
kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan Kem Cemerlang Jawi di sekolah. Kajian ini
merupakan satu tinjauan yang dijalankan terhadap guru-guru Pendidikan Islam di sekolahsekolah termasuk sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sama ada Cina
atau Tamil yang melaksanakan program Kem Cemerlang JAwi di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kajian ini tertumpu di sekolah-sekolah rendah yang terdapat di daerah
Melaka Tengah.
1.10
Definisi Operasional
Definisi yang diberikan kepada istilah-istilah yang digunakan dan bersesuaian dengan
permasalahan kajian. Berdasarkan kepada tujuan dan kepentingan kajian ini, terdapat beberapa
istilah yang membawa makna khusus seperti berikut:
1.10.1 Pelaksanaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pelaksanaan membawa maksud perihal, perbuatan
atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan tugas. Pelaksanaan juga
ialah membuat sesuatu bersama untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu. Pelaksanaan
turut didefinisikan sebagai aktiviti yang melibatkan usaha merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal penglibatan anggota dalam organisasi untuk sama-sama berusaha ke
arah mencapai matlamat yang satu.
Daripada definisi dan pernyataan tersebut penyelidik merumuskan bahawa pelaksanaan
menuntut suatu usaha bertindak yang perlu disempurnakan dengan penuh tanggungjawab yang
meliputi aspek pengurusan dan pentadbiran. Sesuatu pelaksanaan yang berjalan lancar,
sistematik dan berkesan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran yang sihat iaitu
berkualiti dan bermatlamat.
Pelaksanaan sesuatu organisasi atau program adalah berkait rapat dengan budaya
organisasi dan budaya kerja. Pelaksana merupakan kuasa penggerak yang mewujudkan budaya
kerja yang baik sesuai dengan fokus program. Pelaksana yang dimaksudkan adalah pentadbir
atau pengurus sesuatu organisasi. Dalam konteks pendidikan, pentadbir sekolah adalah pihak
yang bertanggungjawab membentuk struktur organisasi pengajaran dan pembelajaran, pereka
bentuk dan pemula kepada perubahan bagi memastikan pelaksanaan sesuatu program efisien
dan efektif.
Terdapat tiga objektif utama yang disasarkan dalam modul ini iaitu murid dapat;
Dengan pelaksanaan modul ini, adalah diharapkan agar murid mampu mencapai
sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi seterusnya dapat memperkasakan Pendidikan
Islam sekolah rendah dan sekolah menengah.
BAB 2
ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1
Pengenalan
Bab ini mengandungi dua perkara utama iaitu latar belakang kajian atau literatur berkaitan dan
sorotan kajian lalu atau kajian berkaitan. Dalam literatur berkaitan, penyelidik menyampaikan
lakaran kasar semua literatur yang berkaitan dengan kajian. Ini termasuklah konsep, definisi,
teori, prinsip dan model berkaitan bidang kajian.
2.2
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan beberapa kajian mengenai celik
huruf Jawi, antaranya ialah Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengadakan kajian pelaksanaan pelajaran Jawi di kalangan murid Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1992. Pada keseluruhan kajian ini mendapati
66.88% murid tahun 1, 49% murid tahun 2, 61.4% dan murid tahun 3 boleh membaca Jawi
mengikut tahap mereka. Manakala, bagi tahap 2 pula sebanyak 57.7% murid tahun 4, 67%
murid tahun 5 dan 67.1% murid tahun 6 boleh membaca Jawi. Peratusan murid yang rendah
menguasai kemahiran Jawi ini menunjukkan perlunya ada usaha-usaha yang lebih drastik dari
semua pihak bagi membantu murid menguasai Jawi.
Umum mengetahui bahawa terdapat banyak kajian yang dilakukan oleh cendikiawan
tentang isu penguasaan Jawi ini sama ada di dalam negeri ataupun di luar negara. Antaranya
ialah hasil kajian yang dilakukan oleh Norlaila Sulaiman (1993), mendapati dalam kajiannya
bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam kurikulum sekolah sama ada
rendah ataupun menengah telah menimbulkan masalah dan menjadi sebab kelemahan
penguasaan kemahiran Jawi di kalangan murid.
Dapatlah difahami daripada kajian tersebut bahawa sistem pengajaran dan
pembelajaran yang tidak sistematik telah memungkinkan berlakunya murid yang lemah Jawi.
Merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Norlaila, maka ada persamaan dari segi bidang yang
dikaji tetapi tidak sama tajuk kajian. Oleh itu, kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada
pengkaji untuk mengetahui tentang kelemahan murid dalam suku kata dan cara-cara mengatasi
permasalahan Jawi ini.
Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd. Rashid
(1991) yang mendapati tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar adalah rendah.
Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang diajar dan digunakan dalam
banyak mata pelajaran lain di sekolah. Pendapat ini juga disokong oleh dapatan kajian yang
dijalankan oleh Muhamad bin Endut (1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat
menguasai Jawi disebabkan ia hanya diberi penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam
sahaja.
Rumusan dari kajian-kajian di atas mendapati bahawa sistem pendidikan perlu
ditambah baik agar bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar sama ada di peringkat rendah
ataupun menengah agar mereka dapat mengusai pelajaran Jawi. Guru-guru perlu
memartabatkan bidang Jawi ini sebagaimana mereka inginkan kejayaan murid dalam bidangbidang yang lain. Tidak wajar sekali jika murid hanya menguasai dan cemerlang subjek
akademik sahaja tanpa memikirkan bekalan untuk akhirat kelak.
Ini kerana, bahasa dan tulisan Jawi ini merupakan asas kepada pemahaman dan
pembacaan al-Quran al-Karim. Begitu juga suatu pandangan dari Hashim Abdullah (1999),
menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan Jawi bermakna satu lagi daripada sekian
banyak warisan pusaka bangsa Melayu yang hilang. Inilah juga yang dikenal pasti kejahilan
anak-anak muda Melayu membaca al-Quran, disebabkan ketidakbolehan mereka membaca
Jawi. Ekoran daripada itu pelbagai krisis akhlak dan sosial di kalangan remaja kerana konsep
Islam yang tulen tiada lagi dalam diri mereka. Menyedari hakikat itulah maka kini, pelbagai
pihak tampil ke hadapan dengan pelbagai pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang
pernah mentamadunkan bangsa Melayu.
Penguasaan kemahiran bacaan dan tulisan Jawi terutamanya melibatkan tajuk suku kata
amat penting untuk dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah lagi. Pengkaji mendapati
responden lemah dalam kemahiran ini kerana tidak memahami cara yang betul untuk
mempelajarinya dan amat kurang membuat ulang kaji serta latih tubi di rumah. Jika perkara ini
berterusan, kemungkina besar remaja kini akan melupai khazanah Islam. Ini telah dibuktikan
melalui kajian yang telah dibuat oleh Hashim Abdullah (1999), menyatakan kehilangan atau
kelupusan tulisan Jawi bermakna satu lagi daripada sekian banyak warisan pusaka bangsa
Melayu yang hilang dan inilah juga yang dikenalpasti kejahilan anak-anak muda Melayu
membaca al-Quran adalah disebabkan ketidakbolehan mereka membaca Jawi dari peringkat
asas.
Senario ini telah bertambah teruk sejak kebelakangan ini apabila dibuktikan di mediamedia elektronik mahupun media-media cetak tentang kelemahan murid-murid menguasai
kemahiran asas membaca Jawi. Jika perkara ini tidak dibendung dengan kadar segera maka
negara kita akan hilang identiti sebuah negara Islam yang pernah masyhur suatu masa dahulu
dengan kehebatan tulisan Jawi. Punca kemalapan tulisan Jawi adalah disebabkan oleh
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi itu sendiri yang dilihat
mempunyai kekurangan dari sudut huruf-huruf saksi atau vokal bagi melambangkan bunyi
Bahasa Melayu. Tetapi jika diteliti hanya kira-kira 60 patah perkataan sahaja yang terdapat
kelemahan, itupun adalah bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara warisan lama.
Terdapat
usaha-usaha
yang
berterusan
dari
Kementerian
Pelajaran
untuk
mempertahankan tulisan ini iaitu pada tahun 1985 Kementerian Pelajaran dengan memahami
kepentingan warisannya ini telah mewajibkan pelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah agama.
Disamping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) telah memasukkan pelajaran Jawi ke
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang mmeberi tumpuan kepada kemahiran
membaca dan menulis Jawi yang diajar dalam subjek Pendidikan Islam. Permasalahan Jawi ini
juga telah dikaji oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2002 dan telah
mengeluarkan pekeliling pada tahun 2003 agar semua sekolah memberikan penekanan kepada
penguasaan Jawi khususnya enam bulan pertama di tahun 1
Pada tahun 2005 pula, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
program j-Qaf di sekolah rendah bagi membantu guru-guru agama untuk meningkatkan
penguasaan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu ain. Usaha pihak kerajaan yang terbaru
ialah menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 untuk memartabatkan lagi tulisan Jawi di
sekolah rendah dengan menyediakan peruntukan masa sebanyak 180 minit seminggu bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam. Guru-guru juga akan diberikan kursus pengajaran yang lebih
berkesan untuk memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan masing-masing dan seterusnya
dapat memudahkan untuk mengajar dalam kelas (sumber; Berita Harian, 5 Oktober 2009).
Kajian-kajian di atas disokong juga oleh kajian yang dilakukan Norina binti Mohd Nor
pada tahun 2011 dari fakulti Pendidikan dan Bahasa yang bertajuk Tahap Penguasaan
Membaca Ejaan Jawi Murid Tahun Lima di SK Darau menyatakan bahawa tahap penguasaan
kemahiran membaca Jawi di kalangan murid sekolah adalah rendah. Murid-murid hanya
mempu mengenal huruf Jawi sahaja, akan tetapi tidak mampu mengeja suku kata walaupun
dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid sangat lemah untuk membaca perkataan Jawi kerana hanya mampu
mengeja suku kata terbuka sahaja. Apabila murid tidak lancar mengeja suku kata maka
impaknya ialah murid sukar untuk membaca perkataan atau ayat Jawi yang bersambung.
Justeru, dapatlah kita fahami bahawa kajian ini mempunyai persamaan dari segi tajuk iaitu
mengkaji masalah suku kata Jawi dan berfokus kepada murid-murid sekolah rendah. Dapatan
dari kajian Norina binti Mohd Nor di SK Darau ini telah membuktikan suku kata Jawi ini sukar
dikuasai oleh murid kerana sistem pengajaran dan pembelajaran yang tidak sistematik dan
faktor murid itu sendiri.
Selain itu, kajian dilakukan oleh Muzni bin Haji Borhan pada tahun 1995 dari Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk Penguasaan Pelajaran Jawi di
Kalangan Murid Tahun Lima bagi Daerah Tampin Negeri Sembilan. Kajian ini mendapati
kaedah pelajaran jawi dipraktikkan dengan baik oleh guru-guru. Walaubagaimanapun,
pencapaian murid-murid didapati kurang memuaskan. Ini kerana, peruntukan masa
pembelajaran yang tidak mencukupi, bahan pembelajaran Jawi yang kurang dan kelemahan
murid untuk menguasai asas suku kata.
Dapatan dari kajian di atas, maka dapatlah kita simpulkan bahawa terdapat faktor-faktor
tertentu yang menjadi penyebab kepada kelemahan murid untuk menguasai Jawi dengan lebih
berkesan. Antaranya ialah penggunaan kaedah dan teknik yang kurang sesuai dengan murid
yang lemah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian,
guru perlu mempelbagaikan teknik dalam penyampaian Jawi agar dapat menarik minat murid
untuk belajar Jawi dan seterusnya membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca
Jawi.
Pada tahun 2004, Timbalan Menteri Pelajaran Dato Mahathir Mohd Khir telah
memberi penjelasan bahawa Kementerian Pelajaran serius dalam menggalakkan murid-murid
bergiat aktif dalam tulisan Jawi. Justeru, bagi memartabatkan bidang Jawi ini Kementerian
Pelajaran telah menjadikan pengajian dan pembelajaran Jawi dengan peruntukan masa
sebanyak 60 minit seminggu serta menyediakan buku-buku teks Pendidikan Islam dalam
tulisan Jawi. Usaha ini telah dipergiat ke peringkat sekolah rendah dan menengah agar masalah
murid lemah Jawi ini dapat diatasi dan dibanteras hingga angka sifar. Sokongan dan kerjasama
semua pihak sama ada pihak sekolah, ibu bapa atau institusi swasta perlu digembeling bersama
untuk mendidik murid-murid minat dalam bidang ini.
Terdapat juga beberapa usaha dan kajian yang dilakukan oleh Dr. Amini Amir Abdullah
iaitu Pensyarah Usuluddin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat bahawa negara
perlu membuat undang-undang tertentu agar semua masyarakat perlu menggunakan tulisan
Jawi dalam pengiklanan dan sebagainya (Harian Metro; 17 Mac 2012). Hasil pendapat beliau
ini maka dapatlah kita fahami bahawa para cendikiawan zaman ini menyedari bahawa tulisan
Jawi makin luntur penggunaannya di kalangan masyarakat kini. Beliau menegaskan bahawa
pihak-pihak tertentu perlu berganding bahu untuk memartabatkan tulisan Jawi ini agar ianya
tidak pupus di mata dunia.
Kajian yang lain juga dilakukan oleh Aziah binti Ismail dari Universiti Putra Malaysia
(UPM) berkaitan tajuk Penguasaan Tulisan Jawi di Kalangan Pelajar UPM pada tahun 2006.
Kajian ini lebih menjurus kepada pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi yang masih lagi
lemah dalam penguasaan bidang Jawi. Adalah sangat mengecewakan kerana di peringkat tinggi
ini masih ada yang lemah untuk menguasai asas Jawi. Ini membuktikan kelemahan sistem
pendidikan dan sifat individu itu sendiri yang kurang minat mempelajari bidang Jawi ini.
Seharusnya, tidak ada lagi isu-isu pelajr tidak pandai menulis dan membaca Jawi di peringkat
pengajian tinggi. Ini kerana, aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Jawi.
Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran Jawi akan menghadapi masalah di
dalam kelas dan pendidik perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai agar dapat
membantu mereka untuk menguasai kemahiran tersebut. Kajian yang dilakukan oleh Aziah
binti Ismail ini mempunyai perbezaan dengan kajian pengkaji iaitu dari segi responden yang
diuji kerana melibatkan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi. Walaubagaimanapun,
permasalahan yang dikaji mempunyai sedikit persamaan iaitu kelemahan dalam menguasai
bidang jawi. Semoga kajian yang dilakukan di pusat pengajian tinggi ini boleh menjadi
panduan kepada pengkaji untuk mendapat data dan maklumat yang berguna agar dapat
menyelesaikan permasalahan pembelajaran Jawi yang berlaku di SK Pitas, Sandakan.
Selain itu, kajian yang dibuat oleh Hasanudin bin Hj. Borhan di Sekolah Kebangsaan
Bandar Raub Pahang (tahun 1995) telah mengenalpasti kelemahan murid tahun empat sekolah
rendah adalah berkaitan dengan menulis bentuk huruf yang disebut dan menyambung hurufhuruf tersebut. Dapatan hasil kajian awal yang dijalankan ke atas murid maka didapati muridmurid sangat lemah di dalam menulis bentuk huruf tersebut berdasarkan teks rumi dan
menyambung huruf tersebut menjadi perkataan. Bidang kajian ini mempunyai persamaan
dengan kajian pengkaji iaitu mata pelajaran Jawi tetapi ada perbezaan dari segi tajuk kecil iaitu
bentuk huruf Jawi.
Dapatan dari kajian yang dilakukan oleh Hasanudin bin Hj. Borhan maka dapatlah
disimpulkan bahawa kajian yang dilakukan oleh beliau ialah tentang kemahiran asas jawi iaitu
menulis dan membentuk huruf-huruf jawi tunggal di kalangan murid sekolah rendah.
Penguasaan huruf jawi tunggal ini amatlah penting di kalangan murid sekolah rendah mulai
tahun 1 lagi. Jika murid tidak dapat menguasai asas jawi itu maka sukarlah murid untuk
mengeja dan menulis suku kata jawi pula dan impaknya ialah murid tidak mampu membaca
perkataan dan ayat jawi. Justeru, para pendidik perlu memberikan lebih penekanan berkaitan
kemahiran asas jawi ini agar murid-murid dapat membaca dan menulis jawi pada masa akan
datang.
Kesimpulannya, perbincangan dalam tajuk ini telah menyentuh tentang beberapa faktor
yang telah mendorong kepada berlakunya kelemahan penguasaan membaca dan menulis suku
kata jawi di kalangan murid tahap 1 dan 2 di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Kajian-kajian
terhadap pembolehubah yang telah dijangkakan dari pelbagai perspektif telah diutarakan oleh
pengkaji terdahulu menimbulkan beberapa persoalan kajian. Ulasan karya ini sangat penting
kepada pengkaji bagi memudahkan untuk membuat kajian seterusnya berkaitan isu
pelaksanaan Modul Kem Cemerlang Jawi di SJKC Siang Lin dan seluruh sekolah jenis
kebangsaan di Melaka Tengah terutama dalam membentuk metodologi kajian.
2.3
,,,
hasil persetujuan Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu pada tahun 1984 dan telah
diterbitkan oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam Pedoman Ejaan Jawi Yang
disempurnakan.
Padanan rumi
Huruf Jawi
(bentuk tunggal)
Padanan rumi
Huruf Jawi
(bentuk
tunggal)
gh
k, q, (q)
s (th)
kh
w, u, o
z (dh)
k (k)
ye
sy (sh)
s ()
ng
d ()
t ()
z ()
ny
awal; a, i, u/
akhir k, ()
sintetik), kaedah huruf (lafaz huruf-mengeja), kaedah suku kata, kaedah bunyi seluruh kata
(perkataan) untuk gabungan bunyi atau suku kata menjadi perkataan.
Pendekataan ini sesuai digunakan untuk mengajar sistem ejaan Jawi, kaedah suku kata,
sama ada suku kata terbuka-terbuka, terbuka-tertutup, tertutup-terbuka atau tertutup-tertutup.
Pendekatan ini menggabungkan unsur-unsur terkecil yang tidak bermakna dalam bahasa.
Unsur-unsur ini diperkenalkan terlebih dahulu, kemudia baru didedahkan dengan unsur lebih
besar dan bermakna. Pengajaran lisan dan membaca mengikut pendekatan ini bermula daripada
unsur yang lebih kecil kepada unsur yang lebih besar.
Pendekatan sintesis daripada yang kecil kepada yang besar
Wacana
Ayat / frasa
Perkataan
Suku kata
Abjad
Huruf
Bunyi
Teori pembelajaran bahasa yang mendasari pendekatan ini ialah teori pembelajaran
rangsangan dan tindak balas, penghafalan dan latih tubi ulangan yang menjadi ciri utama
pendekatan ini. Pendekatan ini menjadi pegangan kepada golongan behavioris.
2.3.3 Pendekatan analisis atau analitik (cerakinan)
Analisis bermakna memecahkan apa-apa yang telah dipelajari kepada bahagian-bahgaian yang
tertentu supaya susunan dan perkaiatan bahagian-bahagian itu mudah dan senang difahami.
Analisis juga bermaksud mencerakinkan sesuatu idea di dalamnya supaya menjadikannya jelas
dan nyata.
Abjad/
huruf
Suku kata
Perkataan
Frasa
Ayat
Cerita
Wacana
Pendekatan analisis daripada besar kepada kecil
2.4
Pierce dan Louber (1967) berpendapat, terdapat dua prinsip utama dalam memilih strategi atau
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Prinsip pertama ialah kaedah atau strategi pengajaran
perlu dirancang. Perancangan yang tidak dirancang akan membawa akibat pengajaran yang
tidak berpandu kepada objektif-objektif pembelajaran. Ini akan memberi kesan pembaziran
masa pembelajaran pelajar. Oleh kerana masa merupakan komoditi yang berharga dan terhad
kepada guru dan pelajar, perancangan dalam strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
perlu, kerana ia boleh memaksimumkan penggunaan masa yang diperuntukkan secara berkesan
dan meminimumkan aktiviti-aktiviti yang tidak produktif.
Prinsip kedua yang dimaksudkan ialah kaedah atau strategi pengajaran dan
pembelajaran mesti bersifat fleksibel. Dalam konteks ini kita memang tidak dapat menetapkan
apakah kaedah yang paling baik dan berkesan serta praktikal. Ini disebabkan oleh faktor
perbezaan latar belakang guru, pelajar dan topik mata pelajaran. Walaupun begitu kita perlu
memilih dan memberi pertimbangan positif terhadap kesan-kesan penggunaan kaedah
pengajaran kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran.
2.4.1 Kaedah pandang sebut
Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bacaan jawi. Ia melibatkan dua aktiviti iaitu
membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat
berdasarkan gambar yang ada cerita. Aktiviti ini adalah untuk membiasakan murid untuk
mengecam perkataan atau ayat dan tidak mengejanya. Melalui kaedah ini , murid akan dilatih
bagaimana untuk mengenali sesuatu perkataan tanpa mengejanya terlebih dahulu melalui latih
tubi. Kaedah ini lebih praktikal kerana ianya memendekkan masa untuk mengeja perkataan
serta murid boleh memberikan tumpuan kepada perkataan atau ayat yang bermakna. Walaupun
begitu kaedah ini tidak memfokuskan kepada pengajaran bunyi huruf.
2.4.2 Kaedah huruf (abjad)
Kaedah ini merupakan kaedah asas membaca yang paling tua digunakan untuk mengajar
membaca dalam kalangan kanak-kanak. Daripada cantuman huruf-huruf, murid akan
diperkenalkan pula bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan.
Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah murid menguasai bunyi-bunyi perkataan
dalam ayat-ayat. Kaedah ini membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua
perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut.
Kelemahan kaedah ini ialah akan melambatkan proses pemahaman kerana mereka banyak
menghabiskan masa untuk mengeja setiap perkataan.
2.4.3 Kaedah bunyi (fonetik)
Merupakan kaedah asas membaca yang menekankan hubungan hubungan simbol dengan
bunyi. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar kanak-kanak yang baharu mengenal huruf jawi
kerana ianya tidak membebankan memori mereka. Kaedah ini memerlukan murid itu bersedia
lebih awal seperti mengetahui bunyi-bunyi huruf, boleh menyebutnya dengan baik serta dapat
mengingatinya dalam tempoh yang lama. Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam kaedah
ini adalah menggunakan asiosasi bunyi dan asiosasi gambar. Melalui teknik asiosasi bunyi dan
gambar ini, murid dapat mengingat dan di samping itu guru tidak perlu mengenalkan semua
bunyi sekaligus tetapi memadai bunyi-bunyi asas dahulu. Bunyi huruf vokal perlu
diperkenalkan terlebih dahulu baharu memperkenalkan bunyi huruf-huruf konsonan yang
senang kemudian yang lebih susah.
2.4.4 Mengeja/membatang
Membatang suku kata bermaksud murid mengeja dengan menyebut satu demi satu huruf yang
membentuk suku kata. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh guru bagi tujuan ini.
2.4.5 Imlak
Imlak bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan,frasa dan
ayat) untuk ditulis orang lain. Ia Melibatkan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan
menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama
ada huruf, suku kata, perkataan, ayat dan wacana. Antara kebaikannya murid dapat
menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas dan dapat melatih pendengaran pada sebutan
intonasi perkataan dan ayat.
2.4.6 Latih-tubi
Latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali
dengan teknik menghafaz. Kekuatan kaedah ini murid dapat mencapai taraf penguasaan
kemahiran disamping menjamin kekekalannya.
2.4.7 Permainan
Belajar sambil bermain merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid
sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.
Murid akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari
sesuatu yang sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka. Kaedah ini dapat
mengembangkan banyak kemahiran murid seperti psikomotor, sosial, interaksi dan
komunikasi. Sesuai untuk pringkat rendah. Contoh kaedah permainan bagi Huruf Tunggal ialah
permainan boling, Tenteng, Main kad dan Kereta api. Manakala contoh permainan bagi
Kemahiran Suku kata ialah Sahibba dan pancing ikan.
2.4.8 Nyanyian/nasyid
Antara kaedah yang sangat menarik dan berkesan dalam pengajaran jawi ialah kaedah dan
teknik nyanyian atau nasyid. Murid peringkat sekolah rendah sangat suka menyanyi. Selaras
dengan minat mereka, pengajaran jawi boleh disampaikan dengan cara menyanyi lagu yang
sesuai supaya murid dapat mengingati huruf-huruf jawi mengeja perkataan dan sebagainya.
Contohnya lagu Rasa Sayang Jawi.
2.5
Membaca juga mempunyai aspek sosial, iaitu proses yang menghubungkan perasaan,
pemikiran dan tingkah laku sesorang manusia dan indivdu yang lain. Dalam proses membaca,
terdapat beberapa jenis susun tugas yang perlu dilakukan oleh pembaca. Susun tugas tersebut
adalah:
a) mengecam atau mengenal lambing-lambang atau perkataan yang dilihat
b) mengaitkan lambang-lambang atau perkataan itu dengan bunyi atau makna
c) menterjemahkan makna perkataan-perkataan itu dengan mengaitkannya kepada apa yang
telah sedia ada dalam kepala
d) mengumpul dan mencantumkan idea-idea, perkataan dan ayat-ayat sehingga menjadi sebuah
idea yang lengkap
e) cuba menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri, kawankawan, guru-guru atau ibu bapa
Berdasarkan susun tugas yang dinyatakan oleh Berk di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa proses proses membaca melibatkan pemikiran aktif dalam kalangan pembaca.
2.5.2 Kemahiran menulis
Secara umumnya, menulis adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai kod
komunikasi. Kemahiran ini perlu dikuasai dan begitu ditekankan dalam pendidikan Bahasa di
sekolah termasuk dalam bidang Jawi. Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf
yang lain. Sebagai suatu hasil kraf dan seni, kemahiran menulis mesti diajar dengan cara dan
teknik yang betul di peringkat awal lagi. Oleh itu, menulis Jawi memerlukan latihan dan
bimbingan yang bersistematik. Faktor-faktor di atas akan menentukan kebolehan dan
keupayaan murid-murid menulis Jawi. Peringkat menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang
mempunyai perbezaan dari segi arah tulisan dan bentuk dan kaedah menyambungkan huruf
menjadi suku kata atau perkataan. Pengajaran menulis memerlukan perancangan dan ketelitian
yang rapi.
Di sini peranan guru amat penting di dalam memberi penekanan latihan dan latihtubi
serta tumpuan kepada psikomotor. Sementara teori mentalisme lebih sesuai diajukan kepada
murid-murid yang mempunyai daya kemahiran mengenal dan mengecam huruf-huruf Jawi.
Guru seharusnya dapat menyesuaikan kaedah dan pendekatan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran tulisan Jawi berdasarkan kebolehan murid-murid dan tidak mengelirukan murid
dengan kaedah tulisan Jawi.
Kekerapan latihan menulis yang terancang akan membantu murid-murid menguasai
tulisan Jawi dengan baik. Guru haruslah menyediakan lembaran kerja dan pendekatan serta
teknik yang pelbagai dan menyeronokkan untuk memberi tumpuan dan perhatian yang lebih
terhadap penguasaan tulisan Jawi.
a) Peringkat Pramenulis
Manakala pada peringkat pramenulis pula ialah tempoh masa murid-murid disediakan
dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan
betul. Dalam tempoh ini latihan-latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan
dan mata diberi kepada murid-murid dari peringkat awal lagi. Bagi mereka menguasai
kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan Jawi
yang dirancang haruslah sistematik bertitik tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis
yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara
berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
4. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.
5. Melatih pergerakan yang berbeza arah tulis dari kanak ke kiri dan dari kiri ke
kanan.
b) Peringkat mendirikan asas
Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis faham dan tahu memegang
pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk
lambang-lambang tulisan. Pada peringkat ini, dicadangkan murid-murid membentuk
huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.
c) Penyampaian kemahiran
Semasa menyampaikan kemahiran tulisan mekanis, guru haruslah
memberi perhatian kepada beberapa perkara:
Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid
yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya
mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.
Melalui pelaksanaan modul ini, KPM mensasarkan penguasaan 100% dalam pelajaran jawi
seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tujuan modul Kem Cemerlang Jawi ialah untuk membantu murid-murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran asas Jawi sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
bermula dari tahun 1 hingga tahun 6. Kem ini dijalankan agar dapat membantu guru-guru
melaksanakan program pemulihan Jawi yang tidak dapat dijalankan di dalam kelas setelah
penyelarsan guru pendidikan Islam dilaksanakan di seluruh negara. Kolaboratif yang
dilaksanakan sebelum ini dapat dilaksanakan dengan adanya kem ini.
Terdapat 6 objektif utama kem ini iaitu:
1. Murid dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf jawi tunggal dengan betul
2. Murid dapat membaca suku kata, perkataan dan ayat mudah dengan betul
3. Murid dapat mengenal dan tahu menggunakan padanan huruf rumi dan jawi ketika
menulis ejaan jawi
4. Murid dapat menulis huruf jawi dari arah yang betul iaitu kanan ke kiri, bentukbentuk huruf dari atas ke bawah, kedudukan dan bilangan titik huruf serta perubahan
bentuk huruf ketika berada di awal, tengah ataupun akhir
5. Faham dan mahir dalam menyambung huruf ketika menulis kalimah jawi
6. Murid dapat memahami, mengeja dan menulis perkataan mudah yang terdiri
daripada sukukata terbuka dan tertutup dengan kaedah yang betul
Ia disasarkan kepada semua murid tahun dua hingga enam yang tidak melepasi ujian
diagnostik dengan markah 60 dan ke atas. Murid Tahun Satu tidak terlibat dengan program ini
kerana mereka masih dalam proses mengenal asas Jawi. Terdapat 3 modul utama yang
disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam di dalam modul ini iaitu modul membaca, modul
menulis dan modul syafawi.
2.6.1 Modul bacaan
Huruf jawi tunggal
Suku kata terbuka a+a, perkataan dan ayat
Suku kata terbuka u+u, perkataan dan ayat
Suku kata terbuka o+o, perkataan dan ayat
Suku kata terbuka i+i, perkataan dan ayat
Suku kata terbuka, perkataan dan ayat yang mengandungi bunyi e taling.
Suku kata terbuka, perkataan dan ayat yang mengandungi bunyi e pepet.
Suku kata tertutup pola vokal i, perkataan dan ayat.
Suku kata tertutup pola vokal u, perkataan dan ayat.
Suku kata tertutup pola vokal o, perkataan dan ayat.
Suku kata tertutup, perkataan dan ayat yang mengandungi vokal a digugurkan huruf
alif.
Vokal awal kata.
Karangan pendek
2.6.2 Modul Tulisan
Kad Jadual Padanan Huruf
Latihan menulis padanan huruf jawi
-
Murid dapat menulis jawi dari arah yang betul iaitu menulis dari sebelah kanan ke kiri.
Murid dapat menulis bentuk huruf jawi dengan betul dari segi kedudukan huruf atas atau
bawah garisan, kedudukan titik dan bentuk-bentuk huruf tunggal.
Murid dapat mengenal pasti bentuk-bentuk huruf di awal, di tengah dan di akhir.
Murid dapat mengenal, menyebut dan menulis padanan huruf rumi dan jawi.
Kem susulan perlu diadakan kepada murid yang masih belum menguasai kemahirankemahiran tertentu
Ujian diagnostik
(Tahun 2-6)
Catatan:
Menguasai
Belum menguasai
Kem Cemerlang
Jawi 1
Menguasai
Belum menguasai
Kem Cemerlang
Jawi 1
Murid yang
masih belum
menguasai
kemahiran asas
setelah
mengikuti Kem
Susulan guru
perlu merancang
kem seterusnya
mengikut
kesesuaian
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
Kajian ini bermatlamat untuk meninjau tahap kesediaan guru dalam modul Kem Cemerlang
Jawi program j-QAF. Sehubungan dengan itu, strategi kajian deskriptif melalui kaedah tinjauan
dengan mengunakan soal selidik telah dipilih bagi menjayakan kajian. Bab ini menerangkan
secara terperinci bagaimana kajian dilaksanakan dengan menfokuskan kepada reka bentuk
kajian, populasi kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur
penganalisisan data.
3.2 Reka Bentuk
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan strategi kajian jenis deskriptif berbentuk tinjauan.
Satu jenis kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik.
Gambaran kesediaan guru-guru terhadap pelaksanaan Modul KCJ dapat dinilai melalui tahap
pernyataan dan persetujuan yang diberikan, iaitu 5(sangat setuju), 4(setuju), 3(kurang setuju),
2(tidak setuju) dan 1(sangat tidak setuju). Skor yang tinggi akan memberi gambaran tahap
kesediaan yang positif terhadap sesuatu kriteria dan sebaliknya. Perbezaan tahap kesediaan
responden diperolehi berdasarkan lokasi sekolah, jantina dan pengalaman mengajar yang
berbeza.
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian
Tujuan persampelan adalah untuk mendapatkan data daripada segelintir orang yang dapat
mewakili seluruh populasi. Dengan kata lain, sampel merupakan sebahagian daripada populasi.
(Frey et al., 125). Dalam kajian ini, pengkaji tidak dapat mengambil data daripada seluruh
populasi atas limitasi masa dan bilangan guru pendidikan Islam yang meliputi negeri Melaka
yang ramai.
Populasi dalam kajian adalah terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam sekolah
rendah sama ada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Sektor
Pendidikan Islam, terdapat ___ buah sekolah rendah di Daerah Melaka Tengah.
Rajah di bawah menunjukkan prosedur penglibatan dalam persampelan.
Soal selidik
3.4
Instrumen kajian
Instrumen soal selidik merupakan cara untuk melaksanakan reka bentuk tinjauan. Menurut
Pinsonneault & Kraemer (1993), soal selidik merupakan satu instrumen yang dapat
mengumpul data mengenai ciri, pelaksanaan dan pendapat daripada sekumpulan populasi yang
besar. Dalam kajian ini, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada
guru Pendidikan Islam berkaitan pelaksanaan KCJ di sekolah-sekolah Daerah Melaka Tengah.
Soal selidik yang dibina dalam kajian ini terdiri daripada 6 bahagian iaitu Bahagian ABahagian B dan mengandungi __ item soalan.
Bahagian A
Bahagian ini mengandungi 7 item soalan berkaitan demografi guru seperti nama sekolah, jenis
sekolah, jantina, umur, pengalaman mengajar, kelulusan akademik tertinggi dan bidang
opsyen/pengkhususan pengajian.
Bahagian B
Bahagian B mengandungi 22 item yang tertumpu kepada tahap kesediaan guru Pendidikan
Islam dalam pelaksanaan modul KCJ di sekolah.
Bahagian C
Bahagian C mengandungi 10 item tertumpu kepada keberkesanan pelaksanaan modul KCJ di
sekolah.
Bahagian D
Bahagian ini D mengandungi 10 item berkaitan cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh guru
Pendidikan Islam dalam melaksanakan modul KCJ.
Setiap bahagian di dalam borang soal selidik dilengkapkan dengan arahan berupa
maklum balas yang harus diberikan. Bagi mengisi instrumen soal selidik ini. responden diarah
untuk membulatkan jawapan dengan menandakan (/) bagi menjawab soalan A. Manakala
bahagian B, C dan D, paras pengukuran skala Likert digunakan sebagai pengukur kajian.
Soalan-soalan yang terdapat dalam instrumen kajian ini telah direkabentuk mengikut skala
Likert yang mengandungi lima nilai (Mohamad Najib Abdul Ghaffar,2007). Pengskoran skala
yang digunakan ialah 5(sangat setuju), 4(setuju), 3(kurang setuju), 2(tidak setuju) dan 1(sangat
tidak setuju).
Setelah item-item kajian di atas dikemu dan disahkan, kajian rintis akan dilakukan oleh
pengkaji bagi mengukur tahap kebolehpercayaan item-item tersebut agar sesuai dengan
kehendak sebenar.
3.5
Kajian rintis
Kajian rintis dijalankan untuk menguji soal selidik yang disediakan oleh penyelidik, dan hal
ini untuk memperolehi kesahihan dan kebolehpercayaan soal selidik serta untuk membaiki
kelemahan yang ada dalam prosedur kajian. Kajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk
penambahbaikan instrumen yang telah dibina dengan memberi peluang responden
mengemukakan komen dan eadangan. Menurut Gall & Borg (2003), fungsi kajian rintis ini
menjadi lebih bermakna sekiranya responden diberi peluang menggunakan perkataan mereka
sendiri dalam menjelaskan makna sesuatu item. Sekiranya terdapat item-item soalan yang
perlu diperbaiki, ia perlu diuji ke atas responden yang sama sehingga semua makna soalan
soal selidik tersebut dapat difahami dengan jelas.
3.5.1 Kebolehpercayaan Inst rumen
Kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan
instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi
menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Ghazali Darusalam, 2003)
Instrumen kajian yang dibina adalah berasaskan kepada kajian-kajian lepas dan perlu
kepada proses kesahan dan kebolehpercayaan bagi menjamin kualiti data yang diperolehi.
Proses untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian perlu dimulakan
dengan perbincangan guru-guru Pendidikan Islam j-QAF sebagai (face validity) serta pakarpakar yang berkaitan dalam bidang tersebut untuk tujuan kesahan kandungan(content
validity).
Menurut Anatasi (1982) kebolehpercayaan adalah merujuk kepada tahap ketekalan
sesuatu skor yang diterima oleh individu yang konsisten apabila diberikan ujian semula atau
dengan ujian yang sama pada masa yang berlainan. Kebolehpercayaan instrumen kajian
diukur menggunakan Pekali Alfa Cronbach di mana sesuatu alat ukuran dianggap baik
sekiranya mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.70 ke atas.
Mengikut Mohd. Majid Konting (1994) nilai kebolehpercayaan yang melebihi 0.6
selalunya diguna pakai dalam kajian-kajian sebagai asas penentuan tahap kebolehpercayaan
soal selidik. Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan nilai a bagi ketiga-tiga instrumen
tersebut dengan nilai 0.09.01eh itu dapat disampelkan bahawa instrumen yang dibina adalah
boleh dipercayai dan seterusnya diaplikasikan dalam kajian ini