Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah.

Kemudian, salin semula


ayat-ayat
yang
mengandungi
perkataan
berimbuhan pinjaman.
Farish dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke
poliklinik. Farishl hendak mendapatkan rawatan doktor.
Adik Farish, Fariza yang baru pulang dari kelas
prasekolah turut mengikut mereka.
Terdapat ramai orang di poliklinik itu. Farish
mengambil nombor giliran. Sementara menunggu
giliran, Farish membaca senaskhah majalah. Dia
membaca rencana mengenai seorang hartawan yang
terkenal. Beliau seorang dermawan yang banyak
membantu golongan miskin. Isterinya pula seorang
karyawan berbakat yang gemar menghasilkan lukisan
abstrak. Ramai jutawan telah membeli hasil karya
seninya yang cantik.
Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter
memanggil nama Farish. Farish pun masuk ke dalam
bilik rawatan. Farish menjaga tatasusila semasa
berurusan dengan doktor itu. Doktor memeriksa Farish
dan memberinya ubat antibiotik.

Baca ayat-ayat di bawah. Gariskan perkataan


berimbuhan pinjaman.
1.
Encik Mazlan merupakan seorang usahawan
yang
berjaya dalam perniagaan yang diceburinya sejak
lima tahun lepas.
2.
Hartawan itu seorang yang merendah diri dan
beliau
amat disenangi oleh jiran-jirannya.
3.

Datuk Siti Nurhaliza merupakan seniwati yang


disegani ramai.

4.
Banyak
tersebut.

wartawan

asing

5.
Abang Syafiq merupakan
lulusan
luar negara yang berwibawa.
6.

hadir

pada

seorang

majlis
jurutera

Jamilah merupakan seorang peragawati yang


terkenal.

7.
Nabila
prasekolah
lagi.

belajar

membaca

sejak

di

kelas

8.

Kami akan belajar tatabahasa pada setiap hari


Selasa.

9.

Cuba jauhi prasangka buruk terhadap kawankawan kamu, pesan Cikgu Marina.