Anda di halaman 1dari 2

KEM B-FORM KE-16/2016

[27/9/2016 29/9/2016]
LAPORAN / POST MORTEM
TALI-TEMALI / PEMBINAAN GAJET
(MOHD ABDUL WAFI BIN AHMAD)
ULASAN AKTIVITI :

Setiap unit kebanyakannya menggunakan kayu hutan untuk membina gajet. Ada
juga yang menggunakan buluh bagi menghasilkan gajet yang lebih sempurna.
Peserta membina pelbagai jenis gajet seperti meja, pondok berteduh, ampaian,
jejantas dan sebagainya.
Tali yang disediakan untuk mengikat gajet ialah tali rafia. Peserta juga dibenarkan
untuk menggunakan tali nilon atau tali-tali yang bersesuaian untuk mengikat gajet.
Penilaian dibuat oleh 3 orang guru berdasarkan kategori seperti berikut :
i.
Penggunaan kayu hutan / buluh.
(20 markah)
ii.
Kekemasan
(30 markah)
iii.
Ikatan
(30 markah)
iv.
Kreativiti
(20 markah)
Aktiviti bermula pada jam 1:15 petang dan berakhir pada 6:00 petang.

KELEMAHAN

Masih ramai peserta yang tidak mengetahui jenis-jenis dan fungsi sesuatu ikatan.
Kebanyakannya ikatan gajet yang dibuat masih tidak kukuh dan tidak stabil.
Pengetahuan tentang sesuatu gajet agak terhad menyebabkan peserta hanya
membina gajet-gajet asas seperti meja dan dapur untuk memasak.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Aktiviti tali-temali / pembinaan gajet
Guru-guru penasihat bagi setiap unit beruniform perlu dedahkan pelajar jenis,
fungsi dan teknik ikatan yang betul.
Pelajar juga perlu didedahkan asas pembinaan gajet pada perjumpaan unit
masing-masing.
Masukkan pembelajaran ikatan dan asas pembinaan gajet dalam silibus
perjumpaan mingguan / bulanan.
Keseluruhan (Kem B-Form)
Biasakan pelajar dengan perkhemahan (bermalam dalam khemah).
Dedahkan pelajar cara memasak menggunakan kayu api sepanjang
perkhemahan (dengan bimbingan guru-guru penasihat). Secara tidak langsung
kita dapat kurangkan perbelanjaan untuk penyediaan makanan dan lebihan
duit dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan lain yang berkaitan
kem.
Pelajar perlu diberi taklimat secara khusus oleh penyelaras program / kem
komandan.
Mesyuarat pelaksaan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga kali bagi
melicinkan lagi perjalanan program.
Pembahagian tugas kepada guru-guru tertentu perlulah dilakukan sekurangkurangnya sebulan sebelum berlangsungnya Kem B-Form bagi memudahkan
guru-guru yang terlibat membuat persediaan dan perancangan yang lebih rapi
dan terperinci.