Anda di halaman 1dari 9

Tema

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor


Tema bagi novel ini adalah penghasilan teknologi canggih berdasarkan pengetahuan sains.

Retinal scanner dipasang oleh abang Farisha iaitu Azraai di luar pintu rumah Farisha bagi
meningkatkan sistem keselamatan rumah tersebut.
Robot semua dokumen yang diperlukan oleh Farisha semasa Simposium di Hotel
Renaissance itu telah dsediakan oleh robot tersebut.
Telefon Hologram Farisha telah menghubungi abangnya,Aqram melalui Telefon Hologram
di mana membenarkannya untuk melihat hologram abangnya melalui skrin telefon tersebut.
Penetrator Aqram telah menggunakan sebuah alat yang berbentuk seperti batang pena
berwarna perak untuk membaca fikiran Farisha.
Mikrocip sebuah mikrocip telah ditanam di dalam Farisha ketika dia masih kecil oleh
bapanya sendiri iaitu Dr. Karl.
Cyborg Rusmina merupakan isteri kepada Dr. Karl namun dia telah dipukul oleh Dr. Karl
sehingga hampir mati lalu ditukarkannya menjadi sebuah cyborg bernama Alia.

Silir Daksina karya Nizar Parman


Tema bagi novel ini adalah cinta akan seni sastera dan budaya bangsa.

Minat dalam mendeklamasikan sajak


Ai Ling amat tertarik dengan pertandingan mendeklamasikan sajak dan dia meminta agar
Cikgu Amirulnizam untuk mengajarnya.
-Haiqal sering memenangi pertandingan medeklamasikan puisi dan menulis sajak serta puisi.
Sanggup meninggalkan orang yang dikasihi
-Abdullah bin Kayan sanggup meninggalkan umi dan Haiqal semata-mata untuk mencapai
minatnya dalam bidang sastera.
Zapin DPurnama
-Haiqal ingin meneruskan perjuangan bapanya sebagai salah seorang penari zapi DPurnama
itu.

Perwatakan Watak Utama


Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Farisha
Farisha seorang gadis berusia 26 tahun dan seorang anak kandung kepada Medina@Marilyn dan
Karl. Farisha juga seorang yang cantik. Buktinya, menurut pandangan Aqram, Farisha agak cantik
dan bersopan santun.

Farisha juga seorang yang genius dan pakar dalam penggodaman IT. Buktinya, Farisha diminta oleh
Dr Maxi menggodam sistem Dinara yang dibuat oleh Karl atas kepakaran yang dimilikinya pernah
berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Bukti lain, Aqram mengakui kelemahan
Dinara dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya boleh ditingkatkan
Selain itu, Farisha adalah seorang yang sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.
Buktinya, Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini
bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu
Azraai.
Farisha juga dikatakan seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Sebagai contohnya,
pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori,
warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.
Silir Daksina karya Nizar Parman
Haiqal Hakimi
Haiqal merupakan seorang yang amat berbakat dalam bidang seni sastera.Buktinya,Haiqal sering
memenangi pertandingan mendeklamasikan puisi dan menulis puisi serta sajak.
Haiqal juga seorang anak yang penyayang. Hal ini berlaku apabila Haiqal menyayangi Umi, Abdul
Fatah,iaitu bapa tirinya,Abdullah bin Kayan,bapa kandungnya dan juga adik tirinya,Nurul Aisyah.
Bukan itu sahaja,Haiqal juga memaparkan perwatakan yang baik hati di dalam novel ini. Dapat
ditunjukkan apabila Haiqal telah memujuk sahabatnya,Ratna yang sedang menangis kerana telah
mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang kurang cemerlang.
Haiqal juga seorang yang amat bijak dalam pelajaran. Sebagai contoh,dia telah berjaya melanjutkan
pelajaran ke sebuah institusi di bumi kenyalang setelah tamatnya tingkatan 6.
Haiqal juga telah digambarkan sebagai seorang yang taat akan perintah agama. Haiqal telah
mengerjakan ibadat solat subuhnya apabila tiba di stesen bas Batu Pahat sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung halaman bapanya.

Latar Masyarakat
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan
keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang iterkom yang
bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.

2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.


Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak pedulikan
orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.
3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam
dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat
daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.
4. Masyarakat yang celik ICT
Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat dalam
dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam computer. Azraai
juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha.
5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji
Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha sehingga
berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl. Hal ini
demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan Dinara.
6. Masyarakat yang bijak
Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar penerangan ringkas
tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan kelemahan Dinara. Walaupun belum
memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan Dinara. Kerana
kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.
Silir Daksina karya Nizar Parman
a) Masyarakat peniaga.
Contoh: Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di kampung dan
menjualnya di pekan.
b) Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa.
Contoh: Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi
memperkasa seni warisan.
c) Masyarakat yang berpendidikan.
Contoh: See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam.
d) Masyarakat yang berbilang kaum.
Contohnya: Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim , Tauke Lim dan See Hwa tinggal di Kampung
Seri Purnama.
f) Masyarakat penyayang.

Contohnya: Tauke Lim menunukkan sikap penyayangnya dengan selalu manja jamuan yang
diadakan di kampungnya dan membelanja kawan-kawannya di warung.

Nilai
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak
dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai
sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang retinal scanner
dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem
komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya
sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam
badaannya oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita
gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya.
Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada ketua
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun
kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk
menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured
Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
Silir Daksina karya Nizar Parman
1) kasih sayang - Haiqal amat menyayangi umi dan walidnya walaupun dia tahu bahawa walidnya
bukan bapa kandungnya .

2) keprihatinan - Ai Ling bertanya khabar gurunya apabila mendapati kesihatan gurunya tidak seperti
dahulu
3) amanah - Tauke Ong menjaga amanah yang diberikan oleh arwah cikgu Abdullah sebelum Haiqal
tiba di Kampung SerI Purnama .
4)baik hati - See Hwa akan membantu Haiqal walau apa sahaja yang dia usahakan
5) ketabahan - Abdullah bin Kayan tabah apabila dia tidak berjaya membawa Haiqal tinggal
bersamanya di Kampung Seri Purnama .
Pengajaran
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya
itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat
kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk
banyak perkara.
2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan zuriat
sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya
genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk
menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang manusia
yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.
Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi.
Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.
4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap di telefon
dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha
sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.
Silir Daksina karya Nizar Parman
1. Kita hendaklah cinta akan seni sastera dan budaya bangsa.
Abdullah bin Kayan sanggup berpisah dengan isterinya semata-mata untuk memulihara
zapin.

2. Kita mestilah menghargai nilai persahabatan.


Haiqal dan Ratna saling menghargai persahabatan mereka.
3. Kita hendaklah tabah melakukan sesuatu kerja.
Abdullah sangat tabah dan berusaha untuk menghidupkan semula tarian zapin.

Prosa Tradisional
(Kepimpinan Melalui Teladan)
SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk
menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh
laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari
membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah
kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala
Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha
seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh
Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di
Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteriisteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar
Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari
kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal
ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap.
Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana
kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya
mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta
mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar,
manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala
Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk
dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana
telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya
membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan
membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan
Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda
sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari
barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu
bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada
fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya

berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah
Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh
Sultan dan Laksamana Melaka.
TEMA
Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit
tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.
PERSOALAN
1.
2.
3.
4.
5.

Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.


Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.

WATAK DAN PERWATAKAN


1. Laksamana
o Seorang yang berani
o Seorang yang pemurah
o Seorang yang bijaksana
o Cinta akan keamanan negara
Taat setia kepada pemerintah
Pandai dalam ilmu kesaktian
Memiliki sifat kepahlawanan
1. Kertala Sari
o Anak kepada Petala Bumi
o Berasal dari Majapahit
o Seorang pencuri yang handal
o Seorang yang tamak dan angkuh
o Seorang pendendam
o Pandai dalam ilmu kesaktian
o Suka membuat huru hara
o Taat kepada pemerintah
1. Sultan Melaka
o Seorang yang prihatin

o Seorang pemimpin yang adil


o Seorang yang mengenang budi
1. Patih Gajah Mada
o Berasal dari Majapahit
o Seorang pendendam

LATAR
Latar Masyarakat
1. Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
1. Masyarakat yang bertanggungjawab
Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan
masalah kecurian di negeri Melaka.
3. Masyarakat yang mengenang budi
Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh
Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta
mereka ditemui.
4.Masyarakat yang taat pada pemerintah
Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
Latar Tempat
1. Negeri Melaka
Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di
Melaka
1. Majapahit
Contoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian
penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina.
1. Di tengah pasar
Contoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.
Latar Masa
1. Malam
Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah
malam.
1. Siang
Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis
segala harta-hartanya.
GAYA BAHASA
1. Bahasa istana

Contoh:

sultan, patik, tuanku,

1. Bahasa pinjaman bahasa Jawa


Contoh:
manira,kula,pakanira
1. Kata ganda
Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak
NILAI
1. Nilai keberanian
Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
1. Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.
1. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpurapura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
1. Nilai pemurah
Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun harta itu.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
1. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
1. Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
1. Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan
Burung Terbang Dipipiskan Lada
*sila rujuk dalam buku*