Anda di halaman 1dari 6

PERANAN GURU BIASA DAN GURU KAUNSELING DALAM PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 PERSAMAAN
Walaupun ada beberapa perbezaan peranan yang dipertanggungjawabkan
kepada guru biasa dan guru kaunseling, namun ada yang sama. Persamaan
pertama

adalah

kedua-dua

pihak

bermatlamatkan

untuk

mencapai

kesejahteraan diri murid. Kesejahteraan diri boleh diperoleh dengan


mengenal pasti masalah, aspek positif kehidupan yang sihat dan memeriksa
akibat

jangka

panjang

tentang

perlakuan

yang

menganiaya

diri.

Kesejahteraan diri dapat dicapai setelah kesemua masalah, kebimbangan


dan keresahan telah diselesaikan dengan baik.
Persamaan kedua adalah mencapai kecemerlangan diri murid.
Kecemerlangan diri murid adalah bermaksud
Peranan ketiga adalah menguatkan hubungan komunikasi antara guru
dan murid. Ramai murid yang menghadapi masalah dalam hubungan dengan
ahli-ahli masyarakatnya atau orang sekeliling, termasuklah guru-guru di
sekolah. Proses kaunseling dapat menolong klien atau murid meningkatkan
kualiti hubungannya dengan rakan, guru-guru lain dan orang sekeliling,
namun, perhubungan komunikasi terbina dan makin baik terutama antara
murid dan guru yang menjadi pembimbingnya ketika itu. Perkara ini terjadi
setelah temu bual, perbincangan, nasihat berlaku antara dua pihak. Satu
perasaan erat akan muncul di mana perhubungan yang hanya setakat nama
guru dan murid mempunyai satu ikatan yang utuh.
Peranan keempat adalah menjadi personel perhubungan atau seranta
sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. Perkara ini bermaksud
merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai aktiviti konferensi
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan ataupun
bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan
murid. Perkara ini penting kerana menjadi perhubungan antara masalah yang
dialami dengan pihak yang perlu mengetahuinya. Contohnya, bagi kes cabul

murid yang diberitahu oleh murid tersebut, harus diambil tindakan dengan
segera. Namun, perlu dilakukan sedikit penyiasatan sama ada apa yang
diberitahu adalah benar atau hanya rekaan semata-mata kerana jika tersalah
tindakan, akan memalukan pihak yang tidak bersalah. Namun, jika benar,
harus ambil tindakan segera ke atas guru tersebut dengan melaporkan
kepada pihak pentadbir sekolah, sebaik-baiknya dengan cara rahsia agar
dapat memastikan kerahsiaan murid terbabit dapat dijaga.
5.3

PERBEZAAN
5.3.1 Peranan guru biasa
Peranan pertama adalah memastikan pelaksanaan sesuatu program
bimbingan dan kaunseling berjalan dengan lancar di sekolah, para
guru boleh memainkan peranan sebagai guru pembantu atau guru
penolong kepada kaunselor pelajar atau guru kaunseling sedia ada.
Lazimnya, guru-guru biasa boleh membantu kaunselor murid dalam
semua aktiviti-aktiviti pemulihan, pencegahan dan pemupukan yang
digariskan untuk dilaksanakan. Contohnya ialah program MentorMentee. Oleh sebab ia dilancarkan oleh guru kaunseling, peranan
guru biasa adalah menjadi mentor kepada murid-murid di dalam kelas.
Guru biasa merupakan pekerja kepada guru kaunseling yang
merupakan

pengurus

kepada

program-program

yang

telah

dilancarkan.
Peranan kedua adalah guru biasa mengurus murid ke arah
akademik. Hal ini kerana fokus utama guru biasa adalah menjurus
kepada akademik dalam kelas dan sekolah kerana mempunyai kursus
khas atau tauliah dalam bidang pendidikan. Guru akan menolong
murid dalam pelajaran mereka dengan memperkenalkan mereka akan
matlamat pelajaran dan penyesuaian mereka dengan suasana
persekitaran. Mereka juga menganjurkan kepada pelajar kaedah
belajar secara berkesan, peraturan sekolah dan kepentingan mata
pelajaran. Dengan kata lain, guru biasa menumpu kepada membantu
murid dari semua aspek berkaitan akademik.

Peranan ketiga adalah melaksanakan inventori yang telah


dibina atau disediakan oleh guru kaunseling.

Inventori diambil dari

guru kaunseling dan diberi kepada murid-murid dalam kelas. Setelah


kesemua murid isi inventori tersebut, guru akan kumpul dan beri
kepada guru kaunseling. Peranan guru dalam hal inventori hanya
mudah, dengan kata lain ialah ambil, beri dan kutip inventori tersebut.
Peranan keempat adalah menyediakan rancangan tahunan
program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di sekolah. Contoh
program, khususnya dalam pendidikan yang berpusatkan mata
pelajaran seperti kelas tambahan. Kelas tambahan yang dijalankan
pada setiap malam dapat membantu murid terhadap ketidakpastian
dalam mata pelajaran yang diambil. Contoh program lain adalah
motivasi pencapaian iaitu berfokus kepada cara pembelajaran, menulis
nota berkesan dan kaedah belajar yang sesuai.
Peranan kelima adalah mengenal pasti dan merujuk murid,
guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan
kaunseling krisis kepada guru kaunseling. Guru bimbingan tidak boleh
cuba menyelesaikan masalah orang yang bermasalah krisis seperti
kes rogol, rasuah, judi dan sebagainya dengan sendiri kerana terdapat
cara atau kod tersendiri dalam mengendalikan masalah ini. Jika
terdapat orang bermasalah krisis ini berjumpa dengan guru bimbingan
ia hendaklah dirujuk terhadap guru kaunseling.

5.3.2 Peranan guru kaunseling


Peranan pertama adalah mengurus atau penyelia program-program
kaunseling

di

sekolah.

Setiap

program-program

kaunseling

di

lancarkan oleh guru kaunseling kerana mempunyai pelbagai latihan


dan kursus khas dalam bidang ini. Namun, bukan dilaksanakan atau
diaplikasikan kepada murid kerana guru kaunseling hanya merupakan
pengurus atau pencipta kepada program yang ingin dilaksanakan. Ia
dilaksanakan oleh guru biasa. Setelah guru memberi inventori yang

diberi

oleh

guru

kaunseling

kepada

murid-murid,

guru

akan

mengutipnya setelah mereka selesai dan dikumpul untuk diserahkan


kepada guru kaunseling. Kemudian, guru kaunseling akan baca
inventori tersebut dan di buat analisis. Hasil analisis akan di rekod
untuk perancangan seterusnya.
Peranan kedua adalah mengurus murid ke arah pembentukan
personaliti, disiplin dan sahsiah diri. Pembentukan diri dari segi ini
didedahkan oleh guru kaunseling dengan menggunakan potensi dan
kekuatan diri yang ada bagi diri murid ke arah pembentukan diri yang
menyeluruh. Maksud menyeluruh sebenarnya termasuk akademik,
namun, disebabkan ia adalah peranan utama bagi guru biasa sebagai
pembimbing murid, maka guru kaunseling memberi fokus ke arah lain
seperti yang dinyatakan tadi.
Peranan

ketiga

adalah

menyediakan

inventori

untuk

dilaksanakan oleh guru biasa dalam kelas. Inventori merujuk kepada


senarai semak yang digunakan untuk mengkaji soal selidik tentang
sesuatu isu semasa, tabiat, pandangan atau masalah emosi-sosial
yang dihadapi oleh murid. Contoh inventori yang dibina oleh guru ialah
Inventori Kaji Minat, Inventori Minat Kerjaya, Inventori Nilai Diri dan
sebagainya. Di peringkat sekolah, inventori yang sering digunakan
ialah Rekod Himpunan Sulit Pelajar.
Peranan keempat adalah menyediakan rancangan tahunan
program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah. Contoh program adalah program kolokium, motivasi, kem jati
diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya. Ia berlainan dengan
peranan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan
bimbingan di sekolah yang dilaksanakan oleh guru biasa sebagai
pembimbing kerana mereka lebih tertumpu pada program akademik.
Guru kaunseling pula berfokus kepada program sahsiah, disiplin dan
personaliti.
Peranan kelima adalah memberi khidmat kaunseling krisis pada
murid, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya. Masalah-

masalah serius biasanya dirujuk oleh guru bimbingan kerana mereka


lebih rapat dengan murid-murid, sesama guru, kakitangan sekolah dan
ibu bapa kerana sentiasa berurusan dengan mereka. Jadi, setelah
tugas guru

bimbingan

selesai

dengan

merujuk mereka

yang

bermasalah serius, guru kaunseling akan memulakan sesi kaunseling


mengikut

kod

etika,

aplikasi

kemahiran-kemahiran

asas

dan

seterusnya meminta mereka membuat keputusan sendiri tentang


perkara yang ingin dilakukan seterusnya.

6.0

PENUTUP
Kemahiran

kaunseling

bukan

sahaja

perlu

dipelajari,

dikuasai

dan

diaplikasikan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling sahaja, malah kemahiran


ini juga perlu dipraktikkan oleh guru-guru lain dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana setiap individu adalah unik dan mempunyai
minat serta kecenderungan masing-masing. Jadi, seorang guru haruslah
memahami setiap anak muridnya supaya mereka berasa selesa dan dapat
belajar dengan baik.
Selain itu, pengaplikasian kemahiran-kemahiran kaunseling juga akan
menjadikan seorang guru itu prihatin dan sentiasa peka dengan kebajikan
anak muridnya. Ini akan dapat mewujudkan hubungan yang baik antara guru
dan anak muridnya. Apabila huungan baik ini wujud, murid akan berasa
selesa dan akan memberikan kerjasama yang baik kepada guru berkenaan.
Secara tidak langsung, sesi pengajaran dan pembelajaran akan lebih
bermakna dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang optimum.
Situasi murid-murid sekolah hari ini semakin kompleks dan mencabar.
Mereka terdedah kepada banyak anasir-nasir negatif yang memerlukan jati
diri yang kuat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatankegiatan yang tidak bermanfaat. Justeru, apabila seorang guru itu sentiasa
mengambil berat tentang anak muridnya, sentiasa bertanya dan mendengar,
guru tersebut boleh mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu masalah

murid-murid dan mencari penyelesaiannya supaya masalah ini tidak


berterusan dan membelenggu pelajar lain pula.
Pengetahuan serta pengaplikasian kemahiran kaunseling juga dapat
mengelakkan tanggapan negatif guru, murid serta seluruh warga sekolah
terhadap pelajar bermasalah. Kebiasaanya, murid-murid yang bermasalah ini
cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini dan
memberontak untuk menarik perhatian rakan-rakan dan guru mereka. Jika
guru itu tidak menghiraukan perlakuan sebegitu dan terus membuat persepsi
negatif terhadap murid-murid bermasalah ini, masalah akan menjadi semakin
buruk dan murid tersebut akan terus diberi persepsi sedemikian. Guru
perlulah menggunakan kemahiran menyoal misalnya untuk mencungkil
masalah pelajar dan menolong pelajar tersebut utuk berubah dan menjadi
seorang yang lebih baik dan mempunyai hala tuju tang jelas dalam hidup.
Selain itu, guru yang mengaplikasikan kemahiran kaunseling dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan komunikasi dua hala di
dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna
kepada kedua-dua pihak.
Sebagai kesimpulannya, pengaplikasian kemahiran kaunseling dalam
pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak kepentingan. Seorang guru
seharusnya menguasai dan menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, persefahaman antara
guru dan murid akan menjadi lebih baik dan banyak masalah dapat diatasi.
Sesi pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan akan menjadi sesuatu
yang menyeronokkan kepada murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai