Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM CERIATHON 2016


ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK
96400 MUKAH, SARAWAK
1. Latar Belakang
Program Ceriathon ini dirancang bagi memenuhi keperluan kewangan Persatuan
Ibu bapa dan Guru dalam menjalankan pelbagai program pendidikan dan pembangunan
prasarana di sekolah ini yang mana kewangan PIBG amat sedikit disebabkan jumlah
murid yang tidak ramai. Tujuan murni ini diperkemaskan lagi dengan budaya ilmu dan
pendidikan cemerlang yang menjadi tonggak dan aspirasi kejayaan murid-murid dalam
peperiksaan UPSR sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Program ini bertujuan untuk
mengumpul dana dengan cara membuat kutipan daripada orang perseorangan ataupun
sektor swasta. Oleh itu , PIBG memilih Ceriathon kerana lebih releven dan tidak banyak
mengganggu proses pembelajaran murid di mana komitmen individu terutama ibu bapa
dan penjaga dalam membimbing murid melaksanakan program ini amat dialu-alukan.
2. Rasional
Murid-murid SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK MUKAH tinggal
dalam satu persekitaran perumahan elit dan sebilangan besar ibu bapa penjaga
mempunyai pendapatan tetap melebihi 2 ribu ringgit. Ada di antara mereka iaitu 70%
kakitangan kerajaan dan 30 peratus bekerja sendiri. Oleh itu, program ini dijangka akan
dibantu oleh ibubapa/penjaga dengan mempromosikan kad-kad kutipan kepada saudaramara serta rakan-rakan sekerja yang 70% berpendapatan tetap dan pihak PIBG
menjangkakan kad-kad kutipan ini akan memenuhi sasaran kutipan yang telah ditetapkan.
3. Objektif.
3.1 Pihak sekolah berharap dana terkumpul akan dapat digunakan untuk pembangunan
sekolah terutama keperluan prasarana dan pembelajaran murid.
3.2 Memberi peluang kepada murid untuk sama-sama menyumbang keperluan
pendidikan bagi peningkatan pembelajaran mereka.
3.3 Menanam sikap bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan sesuatu program
yang melibatkan kewangan dalam kalangan murid-murid.
3.4 Mendidik murid-murid berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat bersama.
4. Matlamat
1

Program Ceriathon dicadangkan bertujuan untuk:


4.1 Menubuhkan dana membina prasarana untuk kegunaan kecemerlangan pendidikan
bagi mempelbagaikan program pendidikan kepada anak-anak murid sekolah ini.
4.2 Menambah jumlah bahan bantu mengajar dan kertas pendua serta alat-alatan
kokurikulum bagi kegunaan murid-murid sekolah ini.
4.3 Meningkatkan keceriaan kawasan sekolah yang agak baru dan luas agar kawasan
sekolah ceria, menarik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
5. Tujuan kutipan
Bagi membiayai program-program kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan
keceriaan sekolah.
6. Tarikh Program
6.1 Tarikh pelaksanaan aktiviti Ceriathon diputuskan pada 16 SEPTEMBER 2016
(Sabtu) sempena cuti hari Sabtu bertempat di SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT
PATRICK MUKAH.
6.2 Tarikh pelancaran dan edaran kad kepada murid-murid sekolah serta guru-guru
ditetapkan pada 15 Julai 2016 (Isnin).
6.3 Tempoh kutipan Derma Kad Ceriathon bermula 25 Julai 2016 (Isnin) hingga
15 September 2016 (Khamis).
6.4 Tarikh kutipan wang terkumpul daripada murid bermula pada 15 Julai 2016 (Isnin)
hingga 15 September 2016 (Khamis)
6.5 Jangkamasa tempoh pelaksanaan program ini 90 hari.
7. Masa Program
Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.
8. Tempat program.
Dataran Terbuka Sekolah Kebangsaan Saint Patrick. Peserta Ceriathon adalah terdiri
daripada murid-murid sekolah, warga sekolah dan ibu bapa serta penjaga bersedia di
dataran terbuka untuk mendengar taklimat aktiviti-aktiviti Ceriathon.
9. Perasmian

PIBG bercadang menjemput Dato Bandar Ipoh sebagai tetamu kehormat untuk
merasmikan program ceriaton ini dan seterusnya menyampaikan hadiah dalam Majlis
Perasmian Penutupan.
10. Penyampaian hadiah.
Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh beberapa individu. Antaranya:
10.1
10.2
10.3

Perasmi
- Dato Bandar Ipoh
Pengerusi PIBG
- En. Hassan Bin Hj. Barsonit
Guru Besar SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK MUKAH
- Pn. Hjh. Paridah bt. Abdul Karim,PPT

11. Kategori hadiah Individu.


Hadiah disampaikan kepada individu seperti berikut :
11.1

11.2

Kategori Murid Kutipan terbanyak individu (Hamper)


TAHUN

LELAKI

SATU
DUA
TIGA
EMPAT
LIMA
ENAM
JUMLAH

1
1
1
1
1
1
6

PEREMPUA
N
1
1
1
1
1
1
6

2
2
2
2
2
2
12

Kategori Guru Dan PIBG

11.2.1 Kutipan guru dan kakitangan terbanyak.


11.2.2 Kutipan AJK PIBG terbanyak

JUMLAH

- 5 Hamper
- 5 Hamper

Jika terdapat jumlah kutipan yang sama banyak penerima hamper dipilih melalui
undian.

12. Aturcara Perasmian Penutup


7.00 pagi
8.00 pagi

:
:

Pendaftaran peserta Ceriathon 2016


Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Negeri Sarawak
Ucapan Perasmian Penutupan oleh Pengerusi PIBG

8.30 pagi

Aktiviti Ceriathon
3

10.00 pagi
10.30 pagi
11.00 tengah hari

:
:
:

Rehat dan Kudapan


Penyampaian Hadiah
Bersurai.

13. Sasaran Kutipan


13.1
PIBG mensasarkan kutipan sebanyak RM15000.00 (Lima Belas Ribu
Ringgit Malaysia sahaja).
13.2

Berdasarkan catatan berikut :


13.2.1

Murid 400 orang X RM30.00 (Minimum) seorang

= RM 12000.00

13.2.2

Guru Dan Kakitangan 31 Orang X RM50.00 (Minimum)

= RM 1550.00

13.2.3

AJK PIBG 15 orang X 50.00 ( Minimum)

= RM 750.00

13.2.4

Derma Ikhlas Individu dan Syarikat (Anggaran)

= RM 5500.00

13.2.5

Dana daripada sekolah-sekolah Mukah (25 Sek. X RM30.00) = RM

750.00

JUMLAH = RM20550.00
14. Tempoh Kutipan
14.1

Tempoh kutipan bermula dari hari edaran kad pada 15 Julai 2016 (Isnin) hingga
15 SEPTEMBER 2016 (khamis).

15. Cara Kutipan


15.1 Setiap murid dibekalkan dengan satu kad Ceriathon.
15.2 Ibu bapa/Penjaga mewakili anak membuat kutipan Ceriathon.
15.3 Ahli PIBG juga dibekalkan dengan 1 kad kutipan Ceriathon.
15.4
Kad dan wang kutipan diserahkan kepada Bendahari PIBG melalui
sekolah (jawatankuasa Pelaksana)
16. Jawatankuasa Ceriathon 2016
Penaung

: PPD Daerah Mukah

Penasihat

: Encik Lawrence Bin Ajim


(Guru Besar SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK
MUKAH)

Pengerusi

: Encik Dr. Mathew


(Naib YDP PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK
4

MUKAH)
Timbalan Pengerusi

: Encik Mahathir Bin Abang


(YDP PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK
MUKAH)

Naib

Pengerusi

II

: Tuan Haji Jaafar Bin Hj. Zaini


: Kipli Bin Abdullah

Penyelaras

: Puan Aminah binti Hj. Hui

Setiausaha

: Puan Salawati Bte Awan

Bendahari

: Encik Abdul Halim Bin Mutalib

AJK

: Encik Ahmad Bin Lili


: Semua AJK PIBG

17. Cadangan Aktiviti Hari Ceriathon


17.1
17.2
17.3
17.4

Menanam pokok
Pemeriksaan kesihatan
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang
Membuat Mural

18. Cadangan Hadiah Galakan Ceriaton


18.1
18.2
18.3
18.4

RM60.00 hingga RM99.00


RM100 hingga RM199.00
RM200.00 hingga RM299
RM300.00 hingga RM399.00

- Sehelai baju T
- 1 Hamper
- Sehelai baju T dan Hamper
- Sehelai baju T dan Hamper
5

18.5
18.6

RM400.00 hingga RM599.00


RM600 ke atas

- 1 Jam Tangan.
- Basikal

19. Hadiah Khas (Kelas ).


20.1
20.2

- Kutipan Kelas Terbanyak Tahap1


- Kutipan Kelas Terbanyak Tahap 2

=
=

1 hamper
1 hamper

Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
(Salawatie bte Awan)
Setiausaha PIBG
SK. Saint Patrick,
96400, Mukah.

(Mahathir Bin Abang)


Yang Dipertua PIBG
SK. Saint Patrick,
96400, Mukah.

Anda mungkin juga menyukai