Faedah-faedah Membaca
Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua
orang haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca
Jambatan Ilmu.
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita
ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan
menjadi lebih bijak.
Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa
yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan
ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di
seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti
katak di bawah tempurung".
kebaikan dan keburukan dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca,
kita dapat mengetahui tentang sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk
berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.
Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku
seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca
buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.
Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan
membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu
mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan
membaca sebagai budaya hidup mereka.
Contoh 2
Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat
membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini
bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat
mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan
menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar,
kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita
tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu
karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata.
Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang
lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran
dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan
mereka dalam kehidupan sehari-harian.
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana
banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik,
cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih
bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak
elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada
para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan
mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah
amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi
kebanggaan guru-guru dan ibu bapa
Contoh 3
Fakta-Faedah Membaca
Membaca mendatangkan banyak faedah. Tulis sebuah karangan tentang kelebihan
tabiat suka membaca.
Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang
mempunyai tabiat ini dapat banyak kelebihan dan manfaat.
Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan
bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita.
Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.
Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya,
kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata
yang meluas baik dalam bahasa Malaysia mahu pun bahasa Inggeris akan
meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.
Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita.
Contohnya, jika kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah.
Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan dan
sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan
berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat
bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton
televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita
harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak
pandai, membaca jambatan ilmu.
Contoh 4
Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. Mereka yang
mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak kelebihan dan manfaat.
Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif.
Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran
kita. Oleh itu, pemikiran kita senantiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.
Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan
berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat
bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton
televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan.
Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang
bijak pandai, "Membaca Jambatan Ilmu".
contoh 5
Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian
seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar
yang banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai
banyak faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.
Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Penemuan
saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa kamus itu
akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut. Sesungguhnya,
penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan
pelajar mahir dalam penulisan pula.
Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap
membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui
banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira
positif atau negatif. Jelaslah, pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang
dihuraikan dalam pembacaan itu lalu mampu membuat kesimpulan yang bernas.
Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini memerlukan
tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama
buku pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat
dalam sebarang kejadian negatif seperti melepak tidak akan berlaku.
Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan
memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana
banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan
umum negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa bangga dengan kejayaan anak
mereka dalam peperiksaan itu.