Anda di halaman 1dari 5

Sejarah Pembentukan Tamadun Islam

Pada Zaman Rasulullah

Bermulanya tamadun Islam dalam sejarah selepas turunnnya wahyu pertama daripada Allah
pada hari Isnin 17 Ramadan (6 Ogos 610 Masihi) kepada Rasululah S.A.W. pada waktu itu
baginda berumur 40 tahun. Baginda telah dipilih sebagai seorang rasul Allah dan nabi
enggan penurunan wahyu pertama itu.
Antara sebab baginda diutuskan adalah untuk:

Memberitahu masyaraat Arab bahawa tuhan itu satu dan tiada tuhan lain selain Allah.
Memerangi kejahilan masyarakat Arab

Setelah turunnya wahyu pertama, bermulalah agama baru yang diberi nama Islam menurut
perintah Allah. Zaman jahiliyah juga bertemu pengakhirannya dan bermulalah era baru yang
dikenali sebagai zaman Al-Quran. Surah Al-Alaq merupakan wahyu pertama yang diterima
oleh baginda di gua Hira yang mengatakan bahawa pengetahuan menulis dan membaca
adalah asas dalam pendidikan Islam.
Manusia akan memperoleh ilmu pengetahuan apabila mereka tahu membaca dan menulis.
Menerusi ilmu, manusia dapat membina tamadun yang maju dari segi teknologi, ilmu
pengetahuan, seni bina dan banyak lagi.
Beberapa bulan selepas wahyu pertama diturunkan, baginda menerima wahyu kedua di Bukit
Nur berhampiran dengan Makkah. Melalui wahyu kedua ini, Allah memerintahkan baginda
untuk menyebarkan agama Islam. Pada permulaan dakwah, baginda menyebarkan agama
Islam kepada orang yang terdekat dengannya seperti ahli keluarga dan sahabat baginda.
Antara orang yang menerim islam pada peringkat awalnya ialah isteri baginda, Ummul
Mukminin Khadijah binti Khuwailid, anak angkat baginda, Zaid bin Harithah, sahabatsahabat baginda seperti Abu Bakar Al-Siddiq dan Uthman bin Affan.disebabkan sahabatnya
seperti Abu Bakar adalah orang yang berpengaruh, mereka berjaya mengislamkan beberapa
tokoh besar seperti Saad bin Abi Waqas dan Thalha bin Ubaidillah.

Makin hari, pengikut nabi semakin ramai dan terus tersebar di Makkah. Oleh kerana
Rasulullah dakwah secara sembunyi, rumah Arqam bin Abi Arqam telah menjadi tempat
berkumpul umat Islam untuk memberi pengajaran dan bimbingan tentang Islam. Ketika itu,
jumlah pengikut nabi baru mendekati empat puluh orang dan baginda menyedari bahawa
jumlah itu masih sedikit dan tidak mampu melawan serangan dan tekanan daripada pihak
kafir Quraisy. Pendakwahan secara sembunyi ini telah baginda lakukan selama tiga tahun.
Pada waktu Hamzah bin Abdul Muthalib, bapa saudara baginda S.A.W dan sebahagian
tokoh-tokoh besar Quraisy termasuk Umar bin Al-Khattab masuk islam, uamat islam semakin
kuat dan kukuh. Maka ketika itu, turunlah perintah Allah kepad Nabi Muhammad untuk
melakukan dakwah secara terang-terangan.
Kaum musyrikin menentang usaha penyebaran agama Islam dan ramai pengikut baginda
diseksa. Oleh itu, baginda mengarahkan pengikut baginda untuk berhijrah ke Habsyah pada
615 Masihi. Baginda kemudian berhijrah ke Thaif lima tahun kemudian. Penduduk setempat
telah bekerjasama dengan kaum Musyrikin Makkah untuk menentang baginda. Masyarakat
Quraisy tidak mahu menghapuskan

kepercayaan dan amalan nenek moyang mereka sejak

turun-temurun. Baginda mengambil keputusan untuk berhijrah ke Yathrib bersama-sama Abu


Bakar Al-Siddiq bersama sahabat-sahabat yang lain. Penghijrahan berlaku pada 1 Rabiulawal
dan telah melakukan perubahan besar kepada tanah Arab dengan peristiwa tersebut, iaitu :

Permulaan tahun Hijrah dalam kalendar Islam


Nama kota Yathrib ditukar menjadi Madinah

Satu perjanjian telah dibuat diantara baginda dengan kaum Aus dan Khazraj di Madinah.
Perjanjian itu telah dinamakan perjanjian Aqabah kerana telah dibuat di bukit Aqabah.
Sebanyak 12 orang kaum Aus dan Khazraj dlantik untuk menyebarkan Islam di Madinah
menurut perjanjian itu. Dengan itu, Madinah telah menjadi tapak penyebaran Islam yang
baru.
Selepas Hijrah, kegiatan dakwah baginda tidak lagi disekat. Ibadat sudah dapat dilakukan
secra terang-terangan dengan aman tanpa sebarang kekacauan. Nabi Muhammad telah
membina masjid yang kedua di dunia selepas Masjid Quba iaitu masjid Al-Nabawi. Masjid
ini telah dibina untuk menegakkan dan menyebarkan agama Islam. Masjid bukan sahaja
menjadi tempat beribadah tetapi juga dijadikan sebagai pusat aktiviti yang menyatupadukan
umatIslam.

Tiada lagi perpecahan berlaku dikalangan masyarakat Arab. Mereka tidak lagi mengamalkan
konsep assabiyah dan system berkabilah. Seluruh masyarakat Arab disatukan di bawah satu
akidah yang berasaskan keimanan terhadap Allah S.W.T selepas Hijrah. Orang Muhajirin dan
Ansar telah dipersaudarakan oleh Rasulullah. Puak Aus dan Khazraj juga disatukan menjadi
Ansar. Dengan itu, sebuah negara Islam telah dibentuk oleh Rasulullah di Madinah. Di
Madinah, pemerintahan Islam adalah berasaskan lunas-lunas kemanusiaan dan keadilan yang
dianjurkan oleh Al-Quran.
Piagam Madinah telah dibentuk oleh Rasulullah. Tujuannya adalah untuk melahirkan sebuah
masyarakat dan pemerintahan yang adil, stabil dan maju. Undang-undang kerajaan Islam
Madinah adalah berasaskan wahyu dan dijadikan dasar Piagam Madinah. Piagam ini merujuk
kepada kanun dan perjanjian bertulis tentang hak dan tangggungjawab pemerintah dengan
orang yang diperintah. Masyarakat berbilang kaum dan agama di Madinah dianggap sebagai
satu ummah di bawah piagam tersebut. Mereka mesti menegakkan keadilan, membanteras
kezaliman dan bekerjasama mengukuhkan ekonomi negara. Pemimpin negara Madinah ialah
Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah juga telah menubuhkan pasukan tentera untuk mempertahankan negara. Islam
membawa erti pendamaian. Umat Islam dilarang melakukn permusuhan dan paksaan seperti
yang dinyatakan didalam Al-Quran. Penyebaran agama Islam dilakukan secara aman. Uamat
Islam idak boleh berperang melainkan arahan Allah. Melakukan perjanjian damai dengan
pihak musuh amat digalakkan didalam Islam. Antara peperangan yang penting dalam Islam
ialah Perang Badar, Perang Tabuk, Perang Uhud dan Perang Khandak.

Baginda telah pergi menunaikan fardu haji bersama 100, 000 orang pengikutnya. Pada masa
yang sama, baginda telah menyampaikan amanat yang terakhir. Dalam amanat tersebut,
baginda telah menyeru umat Islam supaya berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu AlQuran dan Sunnahnya. Hikmah perjuangan Rasulullah ialah supaya umat Islam berikhtiar
untuk mencapai kejayaan. Apabila Perjanjian Hubaibiah dimeterai pada tahun 625 Masihi,
umat Islam mencapai satu kejayaan yang besar.
Dengan ini, negara Islam telah diikftiraf. Kemudian dengan pembukaan kota Makkah pada
tahun 630 Masihi. Rasulullah dengan 10, 000 orang pengikutnya telah memasuki kota
Makkah dan meruntuhkan 360 buah berhala. Akidah orang Islam dan mewujudkan sebuah
masyarakat berilmu, insaf dan bertawakkal telah berjaya di bentuk. Tugas baginda telah
disambung oleh 4 orang khalifah yang berkaliber iaitu Abu Bakar Al-Siddiq, Umar bin AlKhatab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Zaman pemerintahan khalifah adalah
penting dalam sejarah Islam dan dinamakan Zaman Khalifah al-Rasyidin. Baginda wafat
pada usia 60 tahun pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.

Anda mungkin juga menyukai