Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: KEIMANAN RATU BALQIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.
Keimanan ratu Balqis ingin kuceritakan
Puteri bijak dan cantik rupawan,
Diuji Allah dengan kekufuran,
Namun akhirnya mengEsakan tuhan
Kisah ratu Balqis ini di zaman Nabi Sulaiman. Tahukah kawan-kawan bagaimana
kisah ratu balqis beriman kepada Allah? Ya dengarkan cerita saya..
Setelah Nabi Sulaiman menbangunkan Baitul Maqdis dan melakukan ibadah haji,
pergilah baginda meneruskan perjalanan ke Yaman. Setibanya di Sana ibu kota Yaman,
baginda memanggil burung pelatuk yang bernama Hud-Hud untuk diperintahkan mencari
sumber air di tempat yang kering dan tandus itu. Ternyata si burung hud-hud itu tidak
berada di situ. Nabi Sulaiman amat marah dan mengancam hendak menjatuhkan
hukuman yang berat kepada si burung hud-hud. Sebagaimana firman Allah dalam surah
an-Naml ayat 21:


21. "Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya Dengan seksa Yang seberat-beratnya,..
Hadirin dan hadirat
Ramai dikalangan kita pada masa kini sering menyalahkan sesuatu perkara kepada
individu lain tanpa usul periksa. Akibatnya ramai manusia tertindas dan teraniaya seperti
umat Islam di Iraq dan Palestin. Ingat kawan-kawan..terlajak perahu boleh diundur
terlajak perilaku dan kata badan binasa.
1

Hadirin dan hadirat


Datang hud-hud membawa berita,
Melihat Balqis di negeri Saba
Istana mewah dihiasi permata,
Malangnya kufur pada yang Esa
Setelah menerima berita burung hud-hud itu, Nabi Sulaiman memerintahkan si burung
pelatuk itu mengutuskan warkah kepada ratu Saba sebagaimana firman Allah yang
berbunyi:


28. "Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka,
(Surah an-Naml ayat 28)
Hadirin dan hadirat
Kita telah diutuskan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup namun masih ada
umat manusia yang berpaling dari Kitab Allah dan sunnah Rasulullah seperti ajaran ayah
Pin , syiah, golongan anti hadis dan banyak lagi. Janganlah kita mensyirikkan Allah
kerana antara dosa yang tidak diampunkan Allah antaranya menduakan Allah.
Para hadirin dan hadirat,
Terkejut Balqis tidak terkira,
Warkah Sulaiman menyapa wajahnya,
Diamati amanat Sulaiman padanya,
Mengajak berserah diri tunduk pada yang Esa
Lantas Balqis mengumpulkan pembesarnya,
Membuat pilihan antara dua,
2

Menghunus pedang atau longgokan harta


Akhirnya harta menjadi taruhan maruah dan Negara
Firman Allah dalam surah an-Naml ayat 35


35. "Dan Bahawa Aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka,
Hadirin dan hadirat
Kempen anti rasuah yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah bertepatan dengan prinsip
Islam Hadari yang ke 8 iaitu keutuhan budaya dan moral. Kawan-kawan rezeki yang
halal akan dilipatgandakan tetapi rezeki yang haram akan dihitung di akhirat kelak.
Hadirin dan hadirat sekalian
Adakah nabi Sulaiman terpedaya dengan harta benda Ratu Balqis itu?
Jawapannya tidak kawan-kawan. Nabi Sulaiman telah mengarahkan para pembesar
negeri Sabaitu kembali bersama harta taruhan mereka. Beredar sahaja rombongan itu,
lantas Nabi Sulaiman bertanya Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu yang
sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang menyerah diri
kepadaku?. Jin Ifrit segera menjawab Aku akan datang kepadamu dengan membawa
singgahsana itu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu. Berkata pula seorang yang
berilmu, Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu berkedip. Nabi
Sulaiman amat bersyukur melihat singgahsana itu berada di hadapannya. Kawan-kawan,
ketika Balqis datang, Sulaiman bertanya, Serupa inikah singgahsanamu?. Seakan-akan
ini singgahsanaku, kata Balqis. Masuklah ke dalam istana, pelawa Nabi Sulaiman.
Tatkala Balqis melihat lantai istana itu, disangkanya kolam air yang sangat besar lalu
disingkapkan kainnya ke atas betis. Berkatalah Sulaiman, Tidak usah engkau
menyingkapkan kain mu. Apa yang engkau lihat ialah kaca-kaca putih yang menjadi
lantai dan dinding ruangan ini. Lantas Balqis berkata sebagaimana di dalam firman
Allah dalam surah an-Naml ayat 44 yang berbunyi:
3



44. Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menganiaya diri sendiri dan (Sekarang Aku
menegaskan bahawa) Aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan
sekalian alam ".

Hadirin sekalian
Masyarakat pada hari ini sering membuat kezaliman terhadap makhluk ciptaan Allah
seperti mencemarkan alam sekitar, menzalimi manusia dan binatang dan sebagainya.
Ingatlah pintu taubat itu sentiasa terbuka luas untuk hamba-hamba yang ikhlas memohon
keampunan Allah.
Hadirin sekalian
Ratu Balqis dan Sulaiman bersatu akhirnya
Redha Allah dihajat sentiasa
Menjadi pedoman kita bersama
Moga menjadi insan bertaqwa.
Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Sekian wabillahitaufiq walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
Ilhami: Ustz. Hamimah Hj. Sani
Hak cipta terpelihara
Sek.Keb. Jaya Baru Keningau