Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 Komentar
Wan
Satu kajian dari China meneliti perkaitan antara tempoh bermain permainan video
dengan kepadatan mineral tulang (BMD) di kalangan remaja China. Dapatan kajian
menunjukkan remaja dengan lebih lama tempoh permainan video lebih
berkemungkinan untuk mempunyai kaki, batang tubuh, pelvik, tulang belakang, dan
jumlah BMD yang lebih rendah.
Para penyelidik menyimpulkan bahawa penemuan ini memberikan sebab untuk
mengurangkan jangka masa bermain permainan video sebagai cara yang mungkin
untuk meningkatkan BMD di kalangan remaja. Walaupun permainan video boleh
menyeronokkan, ia tidak sepatutnya menggantikan senaman dan aktiviti fizikal demi
untuk kesihatan tulang anda.
Posted in Berita Kesihatan
0 Komentar
Wan
Saya nak kongsi tips yang saya dapat daripada seorang kenalan, untuk dijadikan
panduan bagi kita yang pernah atau sering terjaga daripada tidur untuk ke bilik air.
Pakar selalu pesan, setiap orang harus ambil perhatian tentang 3 kali 1/2 minit.
Kenapa 3 kali 1/2 minit ni penting? Amalan ini sangat mudah namun boleh
mengurangkan angka kematian secara mengejut. Anda mungkin pernah mendengar
cerita ada individu yang nampak sihat di siang hari tetapi meninggal dunia keesokan
pagi.
Petang semalam saya bersembang dengan dia, dia nampak ceria, sihat dan cergas.
Dia dah meninggal? Apa penyakit dia? Baca selanjutnya
Posted in Tips Kesihatan
9 Komentar
Wan
Saya tertarik dengan berita tentang kajian mengenai daun betik sebagai penawar
untuk denggi. Menurut surat daripada Rotherdermus, daripada Institut Penyelidikan
Perubatan Malaysia (IPPM) yang disiarkan di dalam akhbar The Sun pada 15 Oktober
2014 (Surat tersebut boleh dibaca kat sini).
Dalam surat tersebut dilaporkan bahawa jus daun betik telah dibukti secara klinikal
dapat meningkatkan platlet darah pesakit denggi.
Namun apa yang agak mengejutkan ialah kenyataan daripada Professor Adeba
daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, yang disiarkan dalam akhbar The Star
pada 7 Oktober 2014 (Boleh baca kat sini). Beliau berkata jangan seronok sangat
dengan berita tentang jus daun betik dapat meningkatkan platlet darah pesakit
denggi. Menurut beliau doktor lebih risau tentang fenomena kebocoran plasma,
yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman (yang tidak dapat dikaitkan secara
lengsung dengan tahap platlet).
Professor Adeba mengingatkan bahawa daun betik mengandungi banyak alkaloid,
satu bahan yang diketahui toksid, dan juga mengandungi sebatian yang diketahui
mempunyai kesan langsung ke atas jantung.
Menurut Rotherdermus, jika daun betik mempunyai bahan yang merbahaya, kenapa
tidak dimaklumkan kepada orang ramai lebih awal lagi. Masyarakat Malaysia sejak
turun temurun menggunakan daun betik sebagai makanan harian (ulam dan
sebagainya). Pengamal perubatan tradisional juga menggunakannya sebagai ubat
untuk berbagai jenis penyakit. Beliau mencadangkan agar IPPM dan Fakulti
Perubatan Universiti Malaysia bergabung tenaga untuk melakukan kajian lebih lanjut
tentang kesesuaian penggunaan daun betik sebagai penawar denggi, termasuk juga
kajian toksikologi untuk menentukan tahap toksid yang terkandung di dalamnya.
Posted in Berita Kesihatan
1 Komentar
Wan
Kita tahu bahawa air sangat penting, tetapi tahu tak bila masa tertentu yang kita
perlu minum air? Anda tahu?
Satu gelas air setelah bangun dari tidur membantu mengaktifkan organ
dalam.
Satu gelas 30 minit sebelum waktu makan membantu dalam
penghadaman makanan.
Satu gelas sebelum mandi membantu menurunkan tekanan darah.
Satu gelas sebelum tidur mengelakkan strok atau serangan jantung. Kirakira 90% daripada serangan jantung berlaku di awal pagi, risiko boleh
dikurangkan jika minum segelas dua air sebelum tidur.