Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PENULISAN

Penaakulan adalah salah satu kemahiran matematik yang perlu dimiliki oleh setiap
orang demi mencapai kurikulum matematik KSSR. Berdasarkan objektif ini, saya telah
menjalani suatu projek untuk melalui pengalaman proses penaakulan. Masalah yang telah
saya kaji ialah masalah mengenai menara Hanoi.
Saya mengaitkan permainan menara Hanoi ini dengan satu masalah yang
berdasarkan pada sebuah cerita legenda tentang candi Indian atau menara Benares di India
yang memiliki tiga tiang dan salah satu tiangnya terdapat 64 tumpukan cakram emas. Para
pendeta mendapat tugas untuk memindahkan cakram emas itu ke tiang yang lain sesuai
dengan suatu aturan. Konon, Dewa Brahma menciptakan tiga tiang pada candi tersebut.
Pada salah satu tiang terdapat tumpukan cakram emas sebanyak 64 keping, dengan urutan
keping yang terbesar terletak di bawah, makin ke atas makin kecil. Selanjutnya, Dewa
Brahma memerintahkan para pendeta untuk memindahkan keping-keping emas itu dengan
aturan: setiap perpindahan hanya boleh memindah 1 cakram dan cakram yang besar tidak
boleh diletakkan di atas cakram yang lebih kecil. Persoalannya sekarang berapa banyak
perpindahan yang perlu dilakukan oleh para pendeta tersebut untuk memindahkan 64
keping cakram ke tiang yang lain?
Untuk mencari penyelesaian bagi masalah tersebut saya juga telah melakukan
aktiviti amali dengan membina menara Hanoi sendiri seperti gambar rajah di bawah.
Dengan aktiviti tersebut, saya dapat mencari jawapan bagi persoalan tersebut. Lebih-lebih
lagi saya juga dapat mencari cara penyelesaian bagi permainan Hanoi ini. Sebagai langkah
terawal, saya hanya menggunakan dua cakram sahaja untuk melakukan perpindahannya.

Gambar rajah 1.0


Berdasarkan gambar rajah 1.0, saya dapat berjaya memindah kedua-dua cakram dari tiang
A ke tiang C dengan hanya 3 pergerakan. Walaubagaimanapun, saya masih tidak nampak
apa-apa gambaran daripada aktiviti tersebut. Jadi, saya meneruskan aktiviti saya dengan 3
cakram seperti gambar rajah di bawah.

Gambar rajah 1.1


Seperti gambar rajah 1.1, saya juga telah berjaya memindah ketiga-tiga cakram
tersebut dari tiang A ke tiang C. Untuk melakukan perpindahan ini, saya hanya melakukan 7
pergerakan sahaja. Pada tahap ini apa yang saya faham ialah perpindahan yang saya
lakukan terdiri daripada dua jenis iaitu perpindahan bersebelahan iaitu dari tiang A ke B atau
B ke C dan lagi satu jenis perpindahan yang saya lakukan ialah lonjakan dari A ke C atau C
ke A. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya meneruskan aktiviti ini dengan 4 cakram
seperti di gambar rajah 1.2.

Gambar rajah 1.2


Berdasarkan gambar rajah 1.2, saya juga dapat memindah keempat-empat cakram tersebut
dengan pergerakan minimum 15 sahaja. Di sini, saya dapat lihat bahawa bilangan
pergerakan adalah hasil tambah bilangan perpindahan bersebelahan dan perpindahan
lonjakan. Setelah melakukan perpindahan menggunakan 4 cakram saya dapat melihat
corak pergerakannya. Daripada hasil aktiviti tersebut, saya membina sebuah jadual untuk
mengkaji corak pergerakan menara Hanoi. Jadualnya dibina seperti berikut:

Jumlah cakram

Jumlah bilangan

Proses perpindahan

yang digunakan

pergerakan yang

(proses rekursif)

Dugaan pola

(n)

dilakukan

(Ln)

L1=1

L1=1

21=2 1

L2=3

L2=2 L1+1

41=221

L3=7

L3=2 L2+1

81=2 1

L4=15

L4=2 L3 +1

161=24 1

..

..

..

..

Ln=2 Ln1+1

2n1

Jadual 1.0
Berdasarkan jadual 1.0, konjektur yang didapati ialah jumlah bilangan pergerakan
yang dilakukan adalah sentiasa ganjil untuk semua bilangan cakram. Selain itu, daripada
jadual ini juga saya dapat terbitkan satu formula berdasarkan konjektur yang didapati.
Terlebih dahulu, saya dapat meneliti bahawa proses perpindahannya mempunyai suatu
corak yang tertentu atau lebih dikenali sebagai unik. Apabila diperhatikan, ketika melakukan
perpindahan 1 cakram, 2 cakram, 3 cakram dan seterusnya, sebenarnya kita melakukan
perpindahan dan penyusunan yang sama secara berulang. Untuk gambaran yang lebih
jelas, kita lihat gambar rajah di bawah.

3 cakram

1 cakram

Pergerakan cakram
Pergerakan berlaku atas tiang

1
C

2 cakram

Pergerakan cakram
Pergerakan berlaku atas tiang

1
B

Pergerakan cakram

2 1
C C

Pergerakan berlaku atas tiang


4 cakram

B B

Pergerakan cakram 1 2 1 3
Pergerakan berlaku atas tiang B C C B
Gambar rajah 1.3

1
A

2 1
B B

4 1 2 1 3 1 2 1
C C A A C B C C

Berdasarkan gambar rajah 1.3 dan jadual 1.0, kita dapat tahu bahawa unuk
memindahkan 2 cakram, kita perlu memindahkan terlebih dahulu 1 cakram kecil ke tiang
singgah, lalu memindahkan cakram besar ke tiang tujuan dan seterusnya memindahkan
cakram kecil ke tiang tujuan. Ertinya, untuk memindahkan n cakram maka kita perlulah
memindahkan (n-1) cakram yang lebih kecil ke tiang singgah, lalu memindahkan 1 kali
cakram terbesar ke tiang tujuan, dilanjutkan dengan memindahkan kembali (n-1) cakram
yang lebih kecil tadi ke tiang tujuan. Dari sini, kita dapat lihat bahawa untuk mendapatkan
jumlah bilangan pergerakan yang minima maka diperlukan perpindahan (n-1) cakram dua
kali dan ditambah perpindahan cakram terbesar satu langkah. Proses ini dikenali dengan
proses rekursif seperti mana ditunjukkan dalam jadual 1.0.
Daripada proses rekursif inilah saya dapat terbitkan satu formula bagi mencari
jumlah bilangan pergerakan yang dilakukan mengikut bilangan cakramnya. Merujuk perkara
di atas, pergerakan cakram

Ln

diperlukan untuk menyelesaikan teka-teki n cakram,

dengan tiga tiang yang diberi. Jadi, berdasarkan proses rekursif, kita dapat simpulkan
bahawa

Ln=2 Ln1+1
dengan

L1=1. Dapatlah penyelesaian atau fomula


Ln=2n1

Daripada kaedah menaakul, saya dapat terbitkan formula tersebut. Untuk membuktikan
kebenaran atau keaslian formula yang didapati saya menyemak jumlah bilangan pergerakan
yang dilakukan dengan 3 cakram dengan menggunakan fomula tersebut. Maka, saya
mengantikan n dengan 3,

L3=231=7
Jawapannya adalah sama seperti jadual di atas. Maka, formula ini dapatlah diterima dan
boleh digunakan untuk memudahkan kita mencari bilangan pergerakan yang dilakukan
untuk semua bilangan cakram tanpa aktiviti amali. Dengan adanya formula tersebut, kita

bolehlah mendapatkan penyelesaian bagi menara Hanoi walaupun bilangan cakramnya


banyak.
Merujuk kepada masalah mengenai menara Hanoi iaitu berapa banyak perpindahan
yang perlu dilakukan oleh para pendeta tersebut untuk memindahkan 64 keping cakram ke
tiang yang lain dapat dicari dengan adanya formula tersebut. Saya hanya mengantikan n
dengan nilai 64,

2641=18, 446,744,073,709,551,615
Jika tiadanya formula sudah pastinya saya tidak dapat mencari jawapannya sebab mencari
jawapannya melalui aktiviti amali untuk soalan ini adalah sesuatu yang tidak mungkin.
Sekiranya keadaan seperti ini berlaku, di sinilah kita memerlukan penggunaan formula
seperti di atas. Lebih-lebih lagi, terbitan formula daripada kaedah menaakul adalah lebih
baik jika berbanding dengan penggunaan formula semata-matanya. Apabila kita
menyelesaikan

sesuatu

masalah

dengan

cara

menaakul

kita

dapat

memahami

penyelesaiannya dengan lebih mudah dan cepat. Kita juga tidak perlulah mengingati dan
menghafal semua formula matematik untuk menyelesaikan masalah matematik sebaliknya
dengan kaedah menaakul kita bolehlah terbitkan formula daripada masalah tersebut dan
dapat menggunakannya untuk menjawab soalan-soalan matematik yang ditanya. Pendek
kata, kaedah menaakul adalah aspek tunjang kepada subjek matematik. Kesimpulannya,
cara yang paling berkesan dan terbaik untuk membelajar matematik ialah dengan kaedah
penaakulan.

RUJUKAN

Agam Abdillah Pratama. (2013). Menara Hanoi. Dimuat turun pada 28 Ogos 2015 daripada
https://frendymatematik.wordpress.com/alat-peraga/menara-hanoi/

Benjamin, A., & Shermer, M. (2006). Think Like A Maths Genius. New York: Souvenir Press.

Brissenden, T. (1988). Talking about mathematics. Britain: Butler and Tanner, Frome.

Djoko Luknanto. (2013). Menara Hanoi. Dimuat turun pada 7 September 2015 daripada
http://luk.staff.ugm.ac.id/komputer/Hanoi/isi.html

Merina. (2013). Permainan Menara Hanoi. Dimuat turun pada 1 September 2015 daripada
https://merinalestarii.wordpress.com/2013/06/06/permainan-menara-hanoi/

Posamentier, A. S. (2003). Math Charmers. New York: Prometheus Books.

Sobel, M. A., & Maletsky, E. M. (2004). Teaching Mathematics. Needham Heights: Allyn &
Bacon.

Wolfram Mathworld. (2015). Tower of Hanoi. Dimuat turun pada 5 September 2015 daripada
http://mathworld.wolfram.com/TowerofHanoi.html