Airbag diperbuat daripada fabrik nilon dan setiap airbag direka mengikut kesesuaian jenis kenderaan
dan kedudukan di dalam kenderaan. Airbag turut dilengkapi dengan lubang yang akan terbuka dengan
sendirinya setelah beg udara tersebut mengembang sepenuhnya. Ini adalah untuk membolehkan gas
yang terhasil dibebaskan dari airbag dan mengelakkan kejadian lemas serta mengelakkan pemandu
atau penumpang melantun ke belakang akibat dari tindak balas graviti.
Airbag mempunyai berbagai-bagai bentuk dan saiz bergantung pada jenis kenderaan, kedudukan dan
jenis kegunaan. Sebagai contoh airbag di bahagian penumpang mempunyai saiz yang lebih besar
berbanding dengan beg udara di bahagian pemandu.
Operasi airbag:
1.
Semasa pelanggaran, airbag sensor akan mengukur kadar hentaman yang terhasil,
jika nilai yang diukur melebihi kadar yang ditetapkan, sumbu (initiator) yang terdapat di dalam
alat pengembung (inflator) akan terbakar.
2.
Sumbu (Initiator) akan membakar penggalak (enhancer) dan bijian propelan, dan
3.
penghuni kenderaan, selepas selesai mengembang gas akan keluar dengan cepat melalui
lubang pelepasan (discharge hole) yang terdapat di belakang bag. Ini akan mengurangkan
kesan hentaman bag dan menghasilkan pemandangan yang secukupnya.
Komponen airbag
Sistem keselamatan pasif terdiri daripada komponen-komponen berikut:
Battery interrupter elements (only in vehicles in which the battery is installed in the
interior/luggage compartment)
Pelanggaran hadapan
SRS airbag pada bahagian hadapan di reka untuk aktif, jika pelanggaran yang teruk berlaku secara
berhadapan di dalam zon yang ditunjukkan di dalam rajah dibawah.
SRS airbag pada bahagian hadapan akan dilancarkan jika kadar hentaman yang berlaku adalah
bersamaan dengan kadar hentaman yang akan dialami oleh kenderaan jika melanggar sebuah
tembok yang tidak bergerak atau berubah bentuk pada kelajuan 20 km/j 25 km/j (12bsj 15 bsj).
Jika kadar hentaman berada di bawah nilai yang ditetapkan airbag tidak dilancarkan. Nilai halaju akan
dianggap tinggi jika kenderaan melanggar sesuatu objek seperti kenderaan yang sedang berhenti,
tiang papan tanda jalan atau sebarang objek yang boleh berubah bentuk atau bergerak atau jika
pelanggaran yang berlaku menyebabkan kenderaan yang dipandu berada di bawah kenderaan yang
lain contohnya termasuk di bawah kontena trak yang tinggi.
Rajah dibawah menunjukkan keadaan di mana airbag hadapan tidak akan dilancarkan.
Pada kelajuan 35 batu/jam atau 56 Km/j kenderaan yang berlanggar dengan sebuah objek akan
berhenti selepas 150 milisaat, pemandu atau penumpangan tidak mempunyai masa yang cukup untuk
bertindak balas. Dalam sekelip mata sistem-sistem ini akan beroperasi:
Pelanggaran sisi
Airbag sisi berfungsi untuk melindungi pelvis dan badan pemandu dan penumpang hadapan daripada
kecederaan apabila berlaku pelanggaran. Airbag tirai cermin yang dipasang dari tiang A ke tiang C
pula berfungsi untuk menghalang kepala daripada cedera akibat berlanggar dengan cermin tingkap
semasa pelanggaran. Airbag jenis ini terbahagi kepada 2 jenis tingkap hadapan sahaja dan tingkap
hadapan dan belakang.
Rajah dibawah menunjukkan keadaan di mana airbag sisi dan airbag tirai cermin akan dilancarkan.
Keadaan (1) airbag sisi dan tirai cermin bahagian hadapan sahaja dilancarkan.
<1> Apabila ECU menerima maklumat bahawa pelanggaran sisi telah berlaku, kedua dua airbag sisi
dan tirai cermin pada bahagian hadapan akan dilancarkan.
<2>Jika kenderaan menerima hentaman dari arah pepenjuru atau sisi sepertimana yang ditunjukkan
di sebelah kiri, tetapi bukan pada kompartmen kenderaan, airbag sisi dan tirai cermin tidak akan
dilancarkan.
Airbag hanya akan dilancarkan jika ianya perlu mengurangkan hentaman kepada penghuni
kenderaan.
Keadaan (2) airbag sisi dan tirai cermin bahagian hadapan dan belakang dilancarkan.
<1> Airbag sisi dan tirai cermin direka untuk dilancarkan apabila ruang tempat duduk (kompartmen
kenderaan) menerima hentaman seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 2.7 (2).
<2> Jika kenderaan menerima hentaman dari pepenjuru atau hentaman berlaku seperti yang
ditunjukkan di dalam rajah sebelah kiri, yang tidak melibatkan ruang tempat duduk (kompartmen
kenderaan), airbag sisi dan tirai cermin tidak akan dilancarkan.
Rajah dibawah menunjukkan keadaan dimana airbag sisi tidak akan dilancarkan.